Salam rakan2 penternak sekalian, seperti yang anda sedia maklum, semua telur dari AAF akan ditetaskan oleh mesin penetasan / incubator keluaran AAF sendiri dan setakat ni aku pakai 2 buah incubator yg dah berusia hampir 2 tahun. Kedua-duanya dari jenis automatik. Alhamdulillah mesin aku ni tak pernah mengecewakan. Dan spt dalam foto kat atas adalah telur2 yg bakal menetas (insya Allah) mengikut tarikh masing2. Bermula dari sebelah kiri hingga yg terbaru di kanan sekali. Mmg aku akan campur adukkan telur-telur ikut tarikh pungutan samada setiap hari atau selang sehari. Buat masa sekarang AAF mampu mengeluarkan sekitar 7-10 biji telur ayam eksotik dalam sehari. Jadi mmg aku kena pakai 2 buah mesin muatan 100 biji setiap satu. Telur2 yg telah menjalani proses candling dan ternyata tiada benih atau benih mati akan digantikan dengan telur baru bagi menjimatkan ruang. Oleh itu aku akan buat candling selang 3 hari. So dapatla aku jimatkan ruang dan tenaga elektrik. Kadang2 kalau telur tak banyak aku akan hidupkan cuma 1 mesin jer.. Buat masa ni aku masih guna kedua-dua mesin serentak sebab telur tengah banyak. Foto di atas telah diambil setelah proses candling dilakukan bermaksud semua telur di atas adalah berbenih dan aktif kecuali telur baru di hujung kanan sbb baru sehari masuk mesin mcmana nak sulu huahahaha. Apapun aku harap semuanya ada benih. Kebelakangan ni aku hadapi masalah dalam mengacuk ayam hutan bulu betina dgn ayam hutan betina dan ayam silver sebright berbalung tunggal.. semua telur yang keluar tidak berbenih. Ayam hutan jantan aku dulu mmg aktif tp sekarang walaupun memanjat betina dgn baik tapi benih tadak. So aku cuba bg makanan berkhasiat termasuk ubatan spt Breeding Vita dan madu lebah. Rawatan aku buat selama sebulan dan harap pejantan ni akan kembali produktif. Oleh kerana betina silver sebright berbalung tunggal tu giat bertelur jadi aku akan kacukkan dengan ayam serama supaya menghasilkan anak serama berbulu laced. Saja jer cuba2 kut2 jadik hehe.. kat bawah ni adalah telur2 dari incubator aku dalam view yg berbeza.
Perhatikan tulisan pada kulit telur yang membezakan tarikh, saiz dan short form yang aku gunakan bagi membezakan jenis induk ayam pengeluar telur tersebut. Cthnya B utk Brahma, R/C utk Rosecomb, HR/C utk kacukan penghasilan BBRed Rosecomb dsb.
Inilah mesin yang bertanggungjawab dalam menetaskan anak-anak ayam yang comel untuk AAF.
Saje nak share petua untuk meningkatkan kadar penetasan.. kalau boleh gunakan pensil nak tulis atas telur.. itu yang terbaik kerana chemical yang digunakan untuk marker pen boleh effect embryo development.. saintifik belum ade tapi petua otai2 ayam.. sekadar berkongsi.. Majulah ayam untuk negara.. haha
ReplyDeletehehe ok tq
Deletebetul tu, bedasarkan pengalaman saya yg di ambil dari otai, dakwat marker yg mempunyai chemical akan meresap kecelah liang kecil pernafasan telur, bg ayam yg kecil ia akan memberi kesan terhadap penetasan telur.
ReplyDeleteoo ok sebenarnya satu2nya bahan beracun dalam dakwat marker adalh xylene,ia adalah sejenis bahan pencair yg terdapat dalam dakwat marker tersebut, xylene mampu meruwap dan sgt bahaya jika digunakan dalam bilik yg tertutup, ia juga boleh membahayakan janin dalam kandungan jika dihidu secara kerap. Tp kebanyakan markers sekarang dah takder xylene atau bahan beracun lain yg boleh membahayakan embrio anak ayam, sbb tu lah aku pakai n dah 2 tahun lebih masih menunjukkan keputusan positif pada penetasan anak ayam. Sepanjang pengalaman aku, takder kecacatan anak ayam hasil penggunaan marker xylene free ini. Kenyataan aku pada awal bergiat dalam aktiviti penetasan telur juga sama spt otai2 tu, ttp sebenarnya kenyataan tu adalah lebih kepada kebimbangan dan bukan terbukti membahayakan... aku menggunakan marker kerana kesan pensel adalah tidak kekal lama dan tulisannya mudah hilang apabila telur mula bergolek dalam incubator.. Tq.
Deleteoh , cam tu ke. Tq kerana berkongsi
ReplyDeletesama2 la kita kongsi pengalaman...
Delete