Saturday, June 22, 2013

Stok Anak Ayam Hujung Jun 2013


 
Salam kengkawan semua, lama jugak aku tak update blog aku nih.  Sibuk ngan agenda Sambutan Hari Pekerja 2013, ni dah setel semua n pagi ni dah disambut so aku buleh la melepaskan penat lelah aku yg dah hampir sebulan tu.  Tinggal claim je aku nak kena buat nih.  Hampir RM1k jugak la 'terpakai' duit sendiri semata2 nak siapkan cenderahati utk sambutan tu.  Ok, habis bab tu, ni aku nak cerita berkenaan ternakan aku la plak... Seperti yg anda semua lihat dalam foto di atas tu, semua anak2 tu adalah stok utk jualan bulan Julai nanti.. tp kalau ada yg sanggup borong aku ok jer.  Insya Allah tetas lg...buat masa sekarang Alhamdulillah brahma menjadik balik, giant cochin mmg tak pernah putus, black rosecomb pun kembali beraksi cuma silver sebright jer ada masalah skit sbb aku lambat sedar rupanya jantan yg aku guna tak memanjat sbb tak sihat, mungkin demam kut... so lepas 2 minggu baru aku sedar yg telur tak berbenih.  Oleh yg demikian takder la stok anak yg tetas, sekarang dah masuk jantan baru yg aktif jadi insya Allah telur yg hari ni akan berbenih sbb biasanya telur yg dikeluarkan hari ni adalah hasil persenyawaan 3 hari lepas dan sperma pejantan akan kekal dalam simpanan sperma si betina selama 10 hari sebagai spare menunggu ovum dari betina matang sekiranya tiada persenyawaan berlaku dalam tempoh tu, kalau ada berlaku persenyawaan maka sperma baru tu akan digunapakai dan yg lama akan dikumuhkan.  Hehe terlajak la plak... siap bagi penerangan tu.  Ok lah.. kalau korang tgk dalam foto tu ada kelibat anak silver n golden yg sesat hehe. Tu last batch yg menetas sebelum jantannya sakit, n anak golden tu juga berbapakkan silver sbb tu aku tak berani jual, just suka2 jer... Bg sesaper yg duk follow blog aku ni aku ucapkan ribuan terima kasih sbb ramai jugak yg bertukar2 maklumat n petua.  Aku sgt2 berbesar hati kalau lg ramai yg buat mcm tu... sama2 lah kita kongsi ilmu pemberian Allah ni...

6 comments:

  1. Tq info psl sperm dan ovum tue

    ReplyDelete
  2. Salam, jangan lupa sepasang rosecomb. Jamal@seremban

    ReplyDelete
  3. Baka anak ayam hutan biasa memang selalu ada ker?
    ke kene tunggu stok ada? nak sekor jantan dua betina jer..
    sajer2 nak bela :D
    salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, stok tak selalu ada tp member ramai.. kalau nak bgtau jer 012 5245002

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.