Salam semua, membela, menjaga dan membiakbaka ayam gergasi memang sangat menyeronokkan. Ayam yang terkenal manja dan lembut walaupun mempunyai fizikal yang nampak gagah dan kuat. Dengan fizikal yang terpamer itu membuatkan ada kanak-kanak yang takut untuk mendekati ayam baka giant cochin ini. Hakikatnya bila sekali mereka memegang dan mengusap ayam ini, mereka akan cuba untuk mendekatinya sekali lagi dan malah berkali-kali lagi. Aku mula memelihara dan membiakbaka ayam jenis ini dari tahun 2010 dan sudah banyak pengalaman indah yang aku lalui. Pengalaman di mana saat melihat ayam pertama yang aku beli membesar dari hari ke hari, menunggu saat mereka matang dan bertelur dan seterusnya menunggu saat menetasnya anak ayam tersebut dari mesin eram. Betapa comelnya anak-anak ayam ni... gebu n bulat ! Lepas tu tgk mereka membesar lagi n begitulah sehinggalah ke hari ini tanpa rasa jemu... beraneka warna dan karekter anak ayam ni.. ada yg suka bergurau dengan tangan, ada yang penakut.. maah ada yg suka kejar aku hehe sampai la besar mcm tongkang masih nak kejar n patuk kaki aku hehe sakit gak kadang2 tu.. ada masa tu aku lak yg kejar dia hihi... Setakat ni baka giant cochin ni tak pernah mengecewakan aku, asal keluar anak jer mesti menjadik... bulu lebat n sihat. Tak banyak yg sakit, kalu adapun hanya sakit mata jer yg mudah dirawat.
Bagi sesiapa yang teringin mendapatkan baka ni bolehlah hubungi aku.. anak2 masih giat menetas di reban aku nih.
Wednesday, October 30, 2013
Sunday, October 27, 2013
Ketidaksuburan Pada Ayam Jantan
Salam semua, semasa membeli pasangan induk ayam atau burung, kita biasanya akan paling risau takut2 induk betinanya tak bertelur. Lepas confirm yg betina pernah bertelur kitapun beli n bawak balik umah. Lepas 2-3 minggu dapat la 8-10 biji telur n bubuh dalam mesin eram. Tunggu 5 hari n suluh.. tadak apapun. Tunggu lagi hari ke 10 pun tadak apapun.. ah sudah. Lepas 21 hari pun kosong. Nak marah sapa la ni?, Penjual ayam ?, Pembeli ayam ? (kita la tu), Ayam betina ? atau Ayam jantan?.... nak contact penjual nanti dia kata "Mana aku tau, dulu ok jer..", Jom marah ayam betina.. sekali dia jawab "Come on man, I dah bertelur dah apa... tanya la ayam jantan tu dia o.k. ka k.o." Tu mmg betul, ada ayam jantan yg kurang atau mmg langsung tak subur... faktor makanan sgt penting dalam menentukan ayam jantan kekal subur. Ayam jantan yang kekurangan vitamin akan menyebabkan ia secara diam kurang subur. Maklumlah, bela dalam kurungan.. kalau lepas bebas cam ayam kampung mungkin takder masalah ni. Pernah tak anda beli ayam jantan, masuk reban anda, lepas sebulan pertama, anak keluar berpusu-pusu. Tp lepas selang 5-6 bulan tetiba dah tadak benih dalam telur. Aku da beberapa kali hadapi masalah ni, apa yg aku buat adalah guna ubat keluaran MEDPET Cock Fertility Tablets. Ubat ni dirumus khas untuk merawat ayam jantan yang dikenalpasti menghadapi masalah kesuburan samada jumlah simen yang sedikit ataupun jumlah sperma yg sedikit walaupun mengeluarkan simen yang banyak.
INDIKASI:
- Ubat penggalak kesuburan dan baiki keadaan tubuh pejantan ungas.
- Dos yang muah, tinggi Vitamin E dan juga sesuai untuk pejantan yang telah agak tua.
- Penggalak prestasi maksimum dengn penyembuhan pantas dari sebarang tekanan.
KOMPOSISI:
- Tocopherol Acetate (Vitamin E) 150 mg
- Creatine 50 mg
- Magnesium Sulphate (Mg) 5 mg
KAEDAH GUNA:
- 1 tablet untuk 5 hari pertama dan 3 kali seminggu semasa musim pembiakan.
PAKEJ:
- 100 tablet/botol
KOMPOSISI:
- Tocopherol Acetate (Vitamin E) 150 mg
- Creatine 50 mg
- Magnesium Sulphate (Mg) 5 mg
KAEDAH GUNA:
- 1 tablet untuk 5 hari pertama dan 3 kali seminggu semasa musim pembiakan.
PAKEJ:
- 100 tablet/botol
Wednesday, October 16, 2013
Brahma Hitam Jantan Kesayangan
Salam semua, kat atas tu adalah anak brahma jantan kesayangan aku yg baru berumur 2 bulan.. mmg gebu giler. Jinak pulak tu, pair dia betinapun hitam jugak. Adik dia sekor lg jantan jgak jadik light brahma. Harap mereka ni buleh aku jadikan pelapis induk sekarang ni. Aku minat sgt brahma hitam ni sbb bulu dia hiju berkilat bila dah matang nanti. Hehe tu yang tak sabar tu. Harap mereka ni membesar dalam keadaan sihat walafiat nanti. Aku akan update lg perkembangan anak ni bila dah umur 4 bulan nanti. Tak sabar tak sabar hehe. Kat bwh ni adalah adiknya jantan light n betina black.
Senarai Induk Brahma N Giant Cochin Di AAF
1. Dara muda ni mmg menarik.. warna dan bulu yg menarik, gebu gitu. Kalau berjalanpun ada gaya. Tak sabar aku nak tgk anak dia... sekarang baru umur 4 bln. 2 bln lg nak telur.
2. Yg ni mmg induk dah.. dah berpuluh ekor anak dia kuar. Alhamdulillah. Induk giant cochin ni masih aktif nih. Anak asal reban AAF dan mmg terkenal dengan kualiti telur yang bagus dan mudah biak. Warna yg menarik dan kadang2 warna anak yg keluar adalah buff hasil gen ibunya yg jugak warna buff.
3. Ni ibu muda baru keluar anak first batch.. telur batch pertama ada 8 biji. 7 ada benih dan menetas. Nak tengok batch kedua pulak bulan depan kut. Induk ni anak tetas kat AAF sendiri iaitu anak kacukan bapak dark dan ibu black. Jantannya dah dijual manakala betina aku simpan buat induk sbb aku takder lagi kaler ni.. ini adalah warna standard untuk betina dark brahma.
4. Induk muda juga asal dari keturunan dark brahma dikacuk dengan ibu light brahma hasilkan anak buff. Sekarang tgh aktif bertelur. Tak pasti maksimum berapa biji tp bentuk teur sgt baik untuk pengeraman. Bulunya masih dalam proses matang dan akan lebih gebu dalam sebulan 2 lagi.
5. Masih dara, belum pernah bertelur. Bulan Nov 2013 jangkaan bertelur. Harap2 akan menjadi induk terbaik AAF jugak nanti. Giant cochin dengan warna light. Umur 5 bulan.
6. Brahma muda dara, warna sedikit dark tp seolah-olah gen light dgn dark 50-50. Xper biar dia.. nak tgk anaknya jadik warna apa bila cross dgn dark brahma. Mana tau kuar semua dark.. hehe
Selain induk kat atas ni aku jugak ada 2 lagi induk hitam giant cochin dan brahma. Tak sempat nak snap foto sbb mereka ni pemalu huahahaha. Nantilah aku upload kalau ada masa.