Wednesday, October 30, 2013

Gergasi Manja

 
Salam semua, membela, menjaga dan membiakbaka ayam gergasi memang sangat menyeronokkan.  Ayam yang terkenal manja dan lembut walaupun mempunyai fizikal yang nampak gagah dan kuat.  Dengan fizikal yang terpamer itu membuatkan ada kanak-kanak yang takut untuk mendekati ayam baka giant cochin ini.  Hakikatnya bila sekali mereka memegang dan mengusap ayam ini, mereka akan cuba untuk mendekatinya sekali lagi dan malah berkali-kali lagi.  Aku mula memelihara dan membiakbaka ayam jenis ini dari tahun 2010 dan sudah banyak pengalaman indah yang aku lalui.  Pengalaman di mana saat melihat ayam pertama yang aku beli membesar dari hari ke hari, menunggu saat mereka matang dan bertelur dan seterusnya menunggu saat menetasnya anak ayam tersebut dari mesin eram.  Betapa comelnya anak-anak ayam ni... gebu n bulat !  Lepas tu tgk mereka membesar lagi n begitulah sehinggalah ke hari ini tanpa rasa jemu... beraneka warna dan karekter anak ayam ni.. ada yg suka bergurau dengan tangan, ada yang penakut.. maah ada yg suka kejar aku hehe  sampai la besar mcm tongkang masih nak kejar n patuk kaki aku hehe sakit gak kadang2 tu.. ada masa tu aku lak yg kejar dia hihi... Setakat ni baka giant cochin ni tak pernah mengecewakan aku, asal keluar anak jer mesti menjadik... bulu lebat n sihat.  Tak banyak yg sakit, kalu adapun hanya sakit mata jer yg mudah dirawat.   Bagi sesiapa yang teringin mendapatkan baka ni bolehlah hubungi aku.. anak2 masih giat menetas di reban aku nih.


7 comments:

  1. maaf pak, apa bisa mengirim telur ayam brahma ke indonesia?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bang...abang ada jual anak ayam gajah tak..

    ReplyDelete
  3. Berapa harga ayam cochin ni ye? Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Brape harga anak ayam cochin ni?

    ReplyDelete
  5. Salam en.nizam...ada lagi ayam gergasi ni...shah=)

    ReplyDelete
  6. Salam en.nizam...ada lagi ayam gergasi ni...shah=)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.