Strok Haba
atau Heat Stroke pada ayam/unggas tidak asing lagi di Negara kita terutama
kepada baka-baka ayam yang berbulu tebal seperti ayam giant cochin, brahma dan
tidak ketinggalan ayam pedaging. Bagi ayam
hiasan seperti giant cochin dan brahma khususnya, memang menjadi antara masalah
besar kerana baka-baka ini diimport dari Negara seperti Eropah yang mempunyai
suhu agak rendah berbanding Malaysia.
Pengalaman
membeli ayam dewasa yang diimport dari Negara Eropah sejak 2014 menjadikan saya
sangat berhati-hati dalam menjalankan kuarantin di reban saya sebaik sahaja
ketibaan mereka. Terlalu banyak perkara
yang perlu difikirkan dan dibimbangkan.
Perkara-perkara seperti jenis makanan, kesesuaian saiz sangkar, level stress
yang telah/sedang mereka lalui, kesesuaian suhu reban, ketahanan tubuh pada
virus, bakteria dan hama di reban baru sehinggalah kebimbangan kepada
kesesuaian jumlah klorin dalam air minuman (yang mana tidak beri kesan
besarpun, tp tetap risau bila ayam start monyok huhu). Setiap kali terima ayam import baru, perkara
pertama yang saya lakukan adalah periksa keadaan fizikal ayam dimulai dengan
berat ayam. Ya kita faham bila ayam
diimport maka mereka akan melalui 1-2 minggu kuarantin di Negara asala sebelum
bertolak ke Malaysia. Dan bila sampai di
Malaysia, bakal dikuarantin sekali lagi selama 1-2 minggu bergantung kepada
undang-undang semasa. Dalam reban
kuarantin di KLIA atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Penang ni,
pengimport tidaklah boleh hari-hari datang jaga, jadi terpaksa upah orang pusat
tu jaga, dia pulak bukan pakar jadi tuan-tuan pun boleh agak lah kebajikan ayam
secara individu jadi macamana. Tak dapat
salahkan mereka sebab baka-baka ni memang bukan mudah nak jaga. Memang masa tamat kuarantin, ayam akan
kurus. Tapi tak kisahlah asalkan
sihat. Kalau tak sihat tu nasiblah, tawakal
je bawa balik dan rawat ikut skill masing-masing. Andai kata padam jugak pun pasrah je lah ye
huhu. Ayam ni bila kurus sebab kurang
makan tiada masalah, tapi kalau kurus sebab sakit, memamg kita jem dik oii..
jem jem jemmmm huhu.
Perkara kedua
saya akan check selepas terima ayam adalah check kut-kut ada penyakit. Rapatkan badan ayam ke telinga untuk dengar
nafas ayam, risau ada bunyi disebabkan penyakit pernafasan. Paling koman pun check for Infectious Coryza
(dalam bahasa Melayu : selsema ayam), bukan selsema burung tu.. kalau ada yg tu
sedari kuarantin dulu tak lepas dah huahuahua.
Rawatlah guna tilmicosin ke, oxytetracycline ke, florfenicol kea tau apa-apa
antibiotic yang disyorkan untuk rawat coryza.
Kalau ada penyakit lain pun sila alert ya tuan-tuan, jangan check coryza
je. Mungkin ada berak kapur ke, berak
darah ke atau berak hijau.
Seterusnya saya
akan check bulu-bulunya, jangan ada kutu atau hama pulak. Dah.. merebak pulak kutu dan hama omputih kat
Malaysia ni haa. So saya biasanya akan
mandikan terus guna sampoo Dettol ke syampoo kutu kucing tu ke.. asalkan mapuh
set-set kutu hama tu.. huahuahua. Time
nak mandikan tu kena lah cari masa yang sesuai, janganlah awal pagi atau petang
nak malam tu, sejuk kot. Naya dia.. saya
biasanya mandikan pada jam 11 pagi atau paling lewat 3 petang, sempat la bulu
tu kering sebelum malam menjelma. In sha
Allah selamat beliau.
Lepas semua
tu, saya mulalah fikir macamana nak anginkan reban jika suhu agak tinggi. Macamana nak tau suhu tinggi? Tengok je lah
keadaan ayam tu, kalau mulut asyik nganga je, kepak asyik angkat renggang je
dengan badan, sah lah panas tu.. takkan tunggu dia royak wi ko kito.. hehe. Jadi saya biasanya akan bawak sangkar tu ke
kawasan yang kurang panas contohnya bawah bumbung tinggi ke, kawasan berangin
ke, kawasan tak kena sinaran matahari secara terus ke atau saya letak je reban
tu bawah pokok yang redup (awas en sawa).
Kalau ada duit lebih, buat la reban sistem tertutup tu, macam reban ayam
daging tu.. fuhh, hanya jika pok cik kayoooo. Haha. Jadi bila ayam dah nampak kembali normal,
paruh dan kepak kurang atau tidak langsung macam sebelumnya. Alhamdulillah
kemungkinan besar untuk tuan dapat pewaris baka import ni adalah tinggi. Tapi jika Nampak tidak berubah jugak, tuan
kena selalulah basahkan bawah ketiak ayam tu dengan air sehingga lencun,
elakkan letak depan kipas secara terus kerana ayam akan sejuk melampau. Dan elakkan juga guna mist fan kerana akan
bagi kesan kat paru-paru ayam, tak pasal-pasal ayam kena paru-paru berair lak
nanti. Dahlah kecik je tubuhnya.
Foto ini menunjukkan tanda -tanda ayam sedang kepanasan :
paruh dan kepak dibukak luas bertujuan membebaskan haba lampau.
Ok sekarang
kita anggaplah ayam import ni dah selesa dan bebas kutu hama bagai. So kita nak pilih makanan pulak untuk
dia. Apa yang saya buat adalah, sy akan
cuba bagi makanan biasa yang saya guna untuk ayam-ayam direban saya tu, tp
sikit je.. supaya dia kekal lapar sentiasa.. maknanya biar dia makan habis dan
minta lagi.. makan lagi.. habis dan minta lagi.. cara ni lebih selamat
berbanding kit abagi penug tembolok, lepas tu dia stop dan layan tembolok
kembang sbb dedak dan kena air. Dia
start mengah dan mulalah ngantuk nak tidurrrr je. AWAS !! Ayam kerap mengantuk di siang hari tu
gejala badan tengah lemah dan bila-bila masa virus dan bakteria boleh tembus benteng
imun tubuh. Hati-hati ya anak-anak. Lepas 2-3 hari dia dah mula serasi dengan
dedak dan bekas air minuman kita tu maka tiada masalah lah untuk kita terus penuhkan bekas makanan dengan
dedak.
Untuk kita
lihat perkembangan positif atau negatifnya tahap kesihatan ayam-ayam ni adalah
paling jelas dengan kelakuan mereka. Bagi
ayam jantan kalau bunyi kokoknya ada, kuat dan kerap, sahlah dia sihat atau makin
sihat. Dan bagi ayam betina, sekiranya
asyik bunyi dan mematuk makanan dan sebaginya, maka terbukti dia sihat in sha
Allah. Tapi… kalau jalanpun selangkah.. selangkah.. maka sila pikirkanlah
rawatannya.
Biasanya ayam
yang diimport dari Eropah memang dah matang (tp ada juga kes terpencil import
ayam muda). So takkan lama akan bertelur lah mereka. Tp kalau bela 6 bulan tak bertelur juga, kena
fikir-fikirlah untuk cari apa punca. Tu belum
dikira betina dan bertelur cantik, tapi bila eram takde benih la pulak. Kebetulan
konon import baka baru, kat Malaysia kita sorang je lah yang ada… haa padan
muka. Nak cari mana lak jantan ganti. Jemmmmm lalu bisikan setan pun datang, “Kacuk
ayam laga je lah” hohoho
Soooo…
berbalik semula kepada perbincangan kita berkaitan strok haba tadi (melalut
jauh tuuu). Seperti yang saya
terangkandi atas tadi, cubalah sedaya mungkin kerapkan periksa keadaan ayam,
sebab strok haba ni tak bagi tanda lama-lama, kejap je boleh padam. Pernah terjadi kepada ayam giant cochin
import saya, pagi jam 11 tgk ok lg.. makan-makan macam biasa, tiada satu tanda
apapun yang menyatakan dia sakit. Check pulak
jam 1 tengahari dan terbaring, badan lembut lagi time dapat tahu. Mati bodoh-bodoh gitu je.. omputih kata
stupid-stupid death gitu.. hadoilaaa. Hiba wooo. Duit melayang.
Bagaimana nak
elak strok haba selain cara yang dah ditulis di atas tu? Ya.. ada satu lagi
cara iaitu : jangan beli ayam tu. Huahahha..
gurau je weihhh jgn marah nooo.. saya biasanya akan gunakan Nopstress yang mana
kandunganya adalah gabungan vitamin yang bertindak sebagi anti stress dengan
tambahan electrolyte yang bertindak menggantikan bekalan cecair yang hilang
dalam tubuh ayam. Fungsinya macam kita
minum 100Plus tu. Alhamdulillah cara ni agak berkesan, maka saya memang
sentiasa ada stok Nopstress ni kat reban.
Jadi jika tiada
masalah ketara, maka ayam-ayam tuan ni akan bertelur danmembiak dengan baik di Malaysia. In sha Allah akan ada para pelapis yang
menghuni Malaysia dengan baik. Aamiinn. Sekian
dulu coretan untuk kali ni, semoga bersua lagi. Selamat Berjaya.
Bagus ilmu ni
ReplyDeleteterima kasih puan
Delete