Friday, June 28, 2013

Proses Pengeraman Telur di Anizam Agro Farm


Salam rakan2 penternak sekalian, seperti yang anda sedia maklum, semua telur dari AAF akan ditetaskan oleh mesin penetasan / incubator keluaran AAF sendiri dan setakat ni aku pakai 2 buah incubator yg dah berusia hampir 2 tahun.  Kedua-duanya dari jenis automatik.  Alhamdulillah mesin aku ni tak pernah mengecewakan.  Dan spt dalam foto kat atas adalah telur2 yg bakal menetas (insya Allah) mengikut tarikh masing2.  Bermula dari sebelah kiri hingga yg terbaru di kanan sekali.  Mmg aku akan campur adukkan telur-telur ikut tarikh pungutan samada setiap hari atau selang sehari.  Buat masa sekarang AAF mampu mengeluarkan sekitar 7-10 biji telur ayam eksotik dalam sehari.  Jadi mmg aku kena pakai 2 buah mesin muatan 100 biji setiap satu.  Telur2 yg telah menjalani proses candling dan ternyata tiada benih atau benih mati akan digantikan dengan telur baru bagi menjimatkan ruang.  Oleh itu aku akan buat candling selang 3 hari.  So dapatla aku jimatkan ruang dan tenaga elektrik.  Kadang2 kalau telur tak banyak aku akan hidupkan cuma 1 mesin jer.. Buat masa ni aku masih guna kedua-dua mesin serentak sebab telur tengah banyak.  Foto di atas telah diambil setelah proses candling dilakukan bermaksud semua telur di atas adalah berbenih dan aktif kecuali telur baru di hujung kanan sbb baru sehari masuk mesin mcmana nak sulu huahahaha.  Apapun aku harap semuanya ada benih.  Kebelakangan ni aku hadapi masalah dalam mengacuk ayam hutan bulu betina dgn ayam hutan betina dan ayam silver sebright berbalung tunggal.. semua telur yang keluar tidak berbenih.  Ayam hutan jantan aku dulu mmg aktif tp sekarang walaupun memanjat betina dgn baik tapi benih tadak.  So aku cuba bg makanan berkhasiat termasuk ubatan spt Breeding Vita dan madu lebah.  Rawatan aku buat selama sebulan dan harap pejantan ni akan kembali produktif.  Oleh kerana betina silver sebright berbalung tunggal tu giat bertelur jadi aku akan kacukkan dengan ayam serama supaya menghasilkan anak serama berbulu laced.  Saja jer cuba2 kut2 jadik hehe.. kat bawah ni adalah telur2 dari incubator aku dalam view yg berbeza.


 
Perhatikan tulisan pada kulit telur yang membezakan tarikh, saiz dan short form yang aku gunakan bagi membezakan jenis induk ayam pengeluar telur tersebut. Cthnya B utk Brahma, R/C utk Rosecomb, HR/C utk kacukan penghasilan BBRed Rosecomb dsb.
 
Inilah mesin yang bertanggungjawab dalam menetaskan anak-anak ayam yang comel untuk AAF.

Thursday, June 27, 2013

Bekalan Telur Ayam Kegunaan Harian

Salam tuan-tuan dan puan-puan, hehe kali ni saja jer nak share satu pengalaman, bukan pengalaman apapun, pengalaman bela ayam baka penelur. Alah, ayam yg kita beli telur buat makan kat kedai tu. Kebetulan aku melawat kedai pets kat Banting tahun lepas. Terbeli la beberapa ekor anak ayam baka penelur nih. So sekarang dah besar panjang n bertelur dah dia. Sekor jer pun yg jadi betina, yg lan semua jantan hahaha... salah pilih :(. Tp disebabkan sekor nilah (foto beliau ada di bawah) aku tak perlu lah kerap beli telur ayam kat supermarket. Hari2 beliau bertelur, so kalau aku tak makan telur 5 hari, aku dah ada 5 biji telur utk dimakan sekaligus huahahaha.. pok cik kayo. Bukan apa, aku dengan merendah dirinya suka nak beri pandangan dan cadangan kpd member-member rakan penternak aku nih, apalah kiranya contohi aku nih, bela jer ayam telur nih n campur sekali ngan ayam2 peliharaan anda. Sbb telur dia bosar n sodap. Kalau kita bela ayam kampung contohnya, telur ayam kampung leh buat jual.. telur ayam telur nih buleh buat makan. Kan untung... Just cadangan je lah. Setakat nih dah dekat seratus bijik dah aku makan telur dia nih... nampak dia nih sihat je lagi. Lepas nih nak kacuk lak ngan brahma, buleh la brahma aku telur hari2 huahahahah
 

Yg kat tengah tu (bercop merah) telur aku beli dari kedai.. cuba tgk perbandingan saiznya.

 

Saturday, June 22, 2013

Stok Anak Ayam Hujung Jun 2013


 
Salam kengkawan semua, lama jugak aku tak update blog aku nih.  Sibuk ngan agenda Sambutan Hari Pekerja 2013, ni dah setel semua n pagi ni dah disambut so aku buleh la melepaskan penat lelah aku yg dah hampir sebulan tu.  Tinggal claim je aku nak kena buat nih.  Hampir RM1k jugak la 'terpakai' duit sendiri semata2 nak siapkan cenderahati utk sambutan tu.  Ok, habis bab tu, ni aku nak cerita berkenaan ternakan aku la plak... Seperti yg anda semua lihat dalam foto di atas tu, semua anak2 tu adalah stok utk jualan bulan Julai nanti.. tp kalau ada yg sanggup borong aku ok jer.  Insya Allah tetas lg...buat masa sekarang Alhamdulillah brahma menjadik balik, giant cochin mmg tak pernah putus, black rosecomb pun kembali beraksi cuma silver sebright jer ada masalah skit sbb aku lambat sedar rupanya jantan yg aku guna tak memanjat sbb tak sihat, mungkin demam kut... so lepas 2 minggu baru aku sedar yg telur tak berbenih.  Oleh yg demikian takder la stok anak yg tetas, sekarang dah masuk jantan baru yg aktif jadi insya Allah telur yg hari ni akan berbenih sbb biasanya telur yg dikeluarkan hari ni adalah hasil persenyawaan 3 hari lepas dan sperma pejantan akan kekal dalam simpanan sperma si betina selama 10 hari sebagai spare menunggu ovum dari betina matang sekiranya tiada persenyawaan berlaku dalam tempoh tu, kalau ada berlaku persenyawaan maka sperma baru tu akan digunapakai dan yg lama akan dikumuhkan.  Hehe terlajak la plak... siap bagi penerangan tu.  Ok lah.. kalau korang tgk dalam foto tu ada kelibat anak silver n golden yg sesat hehe. Tu last batch yg menetas sebelum jantannya sakit, n anak golden tu juga berbapakkan silver sbb tu aku tak berani jual, just suka2 jer... Bg sesaper yg duk follow blog aku ni aku ucapkan ribuan terima kasih sbb ramai jugak yg bertukar2 maklumat n petua.  Aku sgt2 berbesar hati kalau lg ramai yg buat mcm tu... sama2 lah kita kongsi ilmu pemberian Allah ni...

Sunday, June 9, 2013

Projek BBRed Rosecomb - The Making

 
 Salam semua, BBRed Rosecomb atau nama panjangnya Black Breasted Rosecomb adalah salah satu baka rosecomb yang tidak kurang menariknya.  Di Malaysia aku masih belum dapat lihat baka rosecomb dgn variasi warna ini.  Kebanyakannya adalah berwarna hitam diikuti dengan warna putih.  Pun begitu, warna putih juga amat jarang dibiakkan.. memang ada di Malaysia tp aku jarang lihat warna ini dijual-beli dalam pasaran unggas Malaysia.  Kalau ada, akupun nak hehe.. dikesempatan ni aku nak perkenalkan lah kepada kwn2 semua variasi BBRed aku.. yg mana aku cuba hasilkan dengan mengacuk serama jantan dan rosecomb betina.  Aku kira dalam 40% jer lagi nak kena tambahbaik nih untuk jadikan BBRed standard mcm dalam foto kat bawah nun.  Bezanya ayam aku ni akan jadik lebih kecil dari yg standard.. kira kalau warna, balung n cuping telinga dah tip top nanti leh la aku lawan ayam omputih huhahahaha... apapun doakan aku yer geng!!
 

Tuesday, June 4, 2013

Anak Giant Cochin For Sale !!

 
Salam semua, lama dah aku tak menulis nih.. sibuk nih.  Kali ni dpt menulis.. sabtu lepas ada org borong anak giant cochin n brahma.  Kebetulan kali ni anak brahma kurang tetas walopun induk bertelur jugak.. tp giant cochin menjadik betul.  Anak umur sebulan lebih aku jual RM150 sekor, tp kalau dah amik 4-5 ekor takkan aku tak diskaun kan.. so aku bg diskaun la pada pelanggan aku ptg sabtu tu.. Kualiti anak makin baik memandangkan aku dah mula buat selective breeding hasil dari pemilihan induk yg juga anak tetasan dari AAF tahun 2011 lepas... agak terkejut aku apabila genetik ayam ni masih dibawa dgn baik oleh anak2 pewarisnya walopun induknya yg asal tak menyerlah sgt.  Untuk itu,aku ada buat lg beberapa pemilihan anak yg aku cuba besarkan sebagai induk pelapis untuk hasil anak yg lebih tinggi kualitinya.  Harap AAF akan jadik pengeluar giant cochin dan brahma yg berkualiti secara berterusan.  Setakat ini AAF mampu mengeluarkan sekitar 10-15 ekor anak giant cochin dan brahma dalam sebulan.  Itu dah ditolak dgn anak2 yg mati dan berkualiti rendah... AAF cuba untuk menjual hanya anak yg menepati ciri standard baka asal sahaja.  Insya Allah dgn doa para pelanggan AAF akan berkembang dgn lebih pesat lg...  Kat bawah ni adalah anak2 ayam yg dijual pada Sabtu lepas... Harap En Muiz owner baru mereka dapat membiakkan baka ini suatu hari nanti dan bersama2 memeriahkan industri ayam eksotik di Malaysia.