Assalamualaikum dan dalam sejahtera kepada para pelawat blog ini.
Kali ini saya akan kongsikan berkaitan masalah bulu pelepah unggas yang mencapah keluar dari kedudukan asalnya. Gejala ini lebih mudah dikenali sebagai ‘angel wing’ dalam Bahasa Inggeris. Orang Barat memanggilnya Angel Wing kerana ada bulu pelepah yang keluar ke kiri dan ke kanan seolah-olah sayap malaikat yang mereka faham dan gambarkan. Masalah angel wing ini bukan baru bagi para penternak unggas serata dunia. Ia merupakan masalah global di mana para penternak unggas seluruh dunia pernah atau berisiko menghadapinya. Antara unggas yang paling mudah kena angel wing adalah angsa, diikuti oleh itik pedaging samada hybrid atau tulen dan agak kerap pada jenis-jenis ayam yang mempunyai kadar tumbesaran yang pantas seperti ayam pedaging, ayam gajah, ayam keturunan laga bersaiz besar seperti ganoi, shamo, indio gigante dan ratu.
Kenapa angel wing terjadi?
Terdapat 3 faktor utama yang dikenalpasti menjadi penyebab
angel wing iaitu:
1. Kecacatan
genetik
Ya angel wing adalah salah satu
kecacatan. Bila ia dikategorikan sebagai
salah satu kecacatan genetik maka bermaksud ianya boleh diwarisi dari ibu atau
bapa unggas kepada anak-anaknya. Oleh
itu, jika anda ingin membuat pembiakan bagi unggas-unggas ini, elakkan memilih
unggas yang mempunyai masalah angel wing.
Jelas sekali seolah-olah kita sengaja mencari masalah hehe.
2. Kekurangan
nutrisi dalam makanan harian
Angel wing bermaksud di mana ada beberapa
bulu pelepah di kepak utama (primaries wing) mencapah keluar dan bukan tersusun
di tempat asalnya pada bahagian lapisan bawah kepak (rujuk foto). Pertumbuhan bulu-bulu ini sepatutnya seiring
dengan pertumuhan tulang yang menyokongnya supaya elok terletak pada
laluannya. Namun begitu, akibat
kekurangan nutrisi seperti vitamin D, vitamin E, kalsium atau manganese, maka
susunan tersebut gagal diperolehi. Maka
terhasillah masalah angle wing.
3. Diet
tinggi protein dalam makanan
Masalah angel wing bukanlah masalah yang
berlaku dalam sekejap masa. Ia adalah
hasil yang diperolehi dari satu tempoh yang panjang. Bermula dengan sedikit demi sedikit kedudukan
bulu pelepah tersebut berubah lokasi hasil daripada pertumbuhan badan yang
terlalu cepat berbanding pertumbuhan tulang akibat makanan terlalu tinggi kandungan protein samada dalam bentuk mentah ataupun amino acid.
Dalam proses tumbesaran unggas, pertumbuhan tulang dan kemasukan daging
atau pertambahan berat perlulah seiring.
Jika tidak, ada sahaja yang tak kena sepanjang proses tersebut dan akan
menghasilkan kesan sampingan dan dalam kes ini adalah angel wing.
Angel wing, adakah boleh dirawat?
Ya angel wing masih boleh dirawat. Alhamdulillah. Tetapi… hanya jika anda merawatnya pada peringkat awal iaitu ketika unggas masih muda dan tulang dan tubuh masih dalam proses pertumbuhan. Jika unggas sudah matang, maka kemungkinan rawatan ini tidak lagi berhasil. Kecuali dengan kaedah penbedahan. Rawatan adalah paling mudah di peringkat awal anda perasan unggas anda ada gejala angel wing. Biasanya angle wing mula berlaku pada unggas usia muda iaitu di bawah umur 2 bulan mengikut jenis unggas. Cara merawat paling biasa digunakan adalah 2 kaedah iaitu mengikat barisan bulu pelepah yang terlibat ke lokasi asalnya dan membiarkan dalam keadaan tersebut sehingga kembali normal atau cara kedua adalah dengan memotong terus bulu pelepah yang teribat sehingg pendek betul sehingga ia salin dengan bulu baru secara semulajadi.
Namun begitu, dalam kedua-dua rawatan ini, unggas wajiblah diberi makan dan minum serta tempat tinggal yang paling baik dan selesa bagi mendapatkan kesan rawatan optima. Kita sebagai penternak tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana jika dibiarkan maka menjadi-jadi pula masalah angle wing ini di reban kita. Baikilah kualiti pengurusan unggas di reban kerana angel wing bukan hanya masalah unggas, tetapi juga menandakan masih ada ruang yang perlu diperbaiki dalam pengurusan reban kita.
Sekian semoga bermanfaat untuk
semua. Terima kasih dari saya.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.