Saturday, May 6, 2017

CEMANI








NAMA BAKA : CEMANI

ASAL : INDONESIA

SAIZ : STANDARD

BERAT : JANTAN (2.2 - 3 KG), BETINA (1.3 - 2 KG)

TUJUAN : HIASAN, RAWATAN KESIHATAN

WARNA : SUDAH TENTUNYA HITAM
                   
BILANGAN TELUR SETAHUN : 80 - 120 BIJI

WARNA KULIT TELUR : CERAH

SAIZ TELUR : SEDERHANA

Friday, May 5, 2017

BRAHMA






NAMA BAKA : BRAHMA

ASAL : INDIA

SAIZ : BESAR

BERAT : JANTAN (5 - 8 KG), BETINA (3 - 4 KG)

TUJUAN : HIASAN

WARNA : DARK, LIGHT, BUFF
                   
BILANGAN TELUR SETAHUN : 80 - 120 BIJI

WARNA KULIT TELUR : PELBAGAI

SAIZ TELUR : BESAR

AMERAUCANA




BREED NAME
AMERAUCANA

ORIGIN                        
USA

TYPE                           
STANDARD

SIZE                             
MALE (3KG), FEMALE (2.2KG)

PURPOSE
EGG-LAYING

COLOUR VARIETIES
BLACK, BLUE, BLUE WHEATEN, BROWN RED, BUFF, SILVER, WHEATEN, WHITE 
(*WE ONLY HAVE WHITE VARIETY IN ANIZAM AGRO FARM)
                   
EGG LAYING
GOOD

EGG COLOR
LIGHT BLUE

EGG SIZE
MEDIUM

COMB TYPE
PEA COMB

CRESTED
NO

FEATHERED LEGS
NO

NUMBER OF TOE
4

MUFFS
YES

BEARDS
YES

EAR TUFFS
NO


Friday, August 26, 2016

TORTICOLLIS PADA AYAM




Apakah torticollis?

Torticollis adalah keadaan di mana leher unggas terpusing ke belakang tanpa boleh dikawal olehnya.  Ramai penternak akan jadi takut kerana simptom ini adalah seakan sama dengan simptom sampar/newcatle disease.  Ada yang salah anggap dan segera bertindak menghapuskan ayam ini.  Bezanya yang jelas adalah, ayam yang mengidap torticollis akan hidup lebih lama berbanding ayam yang dijangkiti sampar (yang biasanya mati keesokkan harinya).  Torticollis juga dikenali dengan nama lain iaitu wry neck, crook neck, twisted neck dan stargazing.  

Apakah puncanya?

Kajian ilmiah telah dibuat dan keputusan telah diperolehi dengan jayanya bahawa punca sebenar berlakunya toticollis adalah hasil daripada kekurangan vitamin E dan mineral Selenium. Ianya tidak berjangkit tetapi akan ada ayam lain yang hadapi kes sama kerana sumber makanan yang juga sama iaitu kurang vitamin dan mineral tersebut.  Ini kelihatan seolah-olah iainya berjangkit.

Apakah kaedah rawatannya?

Semudah puncanya juga, kaedah rawatan adalah dengan memberikan vitamin E dan Selenium dengan dos 3 kali per hari.  Akan pulih paling cepat dalam tempoh 24 jam hingga seminggu In shaa Allah.

Selamat Mencuba !

Thursday, March 24, 2016

Friday, March 18, 2016

JUALAN VAKSIN, VITAMIN, ANTIBIOTIK DAN SEGALA MACAM PERALATAN TERNAKAN

Salam para pelawat blog saya ini, satu lagi blog khas untuk menjual keperluan ternakan telah diujudkan bagi memudahkan para penternak unggas membuat pembelian secara online.  Sila lawati link di bawah :



* Khidmat nasihat selepas jualan diberikan secara percuma, sangat sesuai bagi penternak baru yang tercari-cari apakah produk dan tatacara penggunaannya.

Sekian

Majulah Industri Penternakan Negara

Friday, March 11, 2016

KURSUS ARTIFICIAL INSEMINATION (AI) FOR POULTRY ANJURAN ANIZAM AGRO FARM

Alhamdulillah Anizam Agro Farm diberi kesempatan oleh Allah SWT dalam menyebarkan ilmu AI secara teori dan praktikal kepada penternak ayam yang berminat.  Kursus ini diadakan bergantung kepada permintaan samada dari orang perseorangan mahupun syarikat tertentu.  

Berikut adalah kelebihan kaedah AI berbanding kaedah pembiakan semulajadi:

- Nisbah jantan kepada betina lebih rendah 
- Kesuburan 5-10% lebih baik berbanding kaedah semulajadi 
- Memudahkan selective breeding 
- Menyelesaikan masalah ketidaksuburan telur 
- Memanjangkan hayat dan fungsi induk dan pembaka 
- Penggunaan ruang ternak yang jauh lebih kecil 
- Rekod tepat tentang sesuatu baka 
- Kacukan berbeza saiz dan subspesis dapat dilakukan