1. Dara muda ni mmg menarik.. warna dan bulu yg menarik, gebu gitu. Kalau berjalanpun ada gaya. Tak sabar aku nak tgk anak dia... sekarang baru umur 4 bln. 2 bln lg nak telur.
2. Yg ni mmg induk dah.. dah berpuluh ekor anak dia kuar. Alhamdulillah. Induk giant cochin ni masih aktif nih. Anak asal reban AAF dan mmg terkenal dengan kualiti telur yang bagus dan mudah biak. Warna yg menarik dan kadang2 warna anak yg keluar adalah buff hasil gen ibunya yg jugak warna buff.
3. Ni ibu muda baru keluar anak first batch.. telur batch pertama ada 8 biji. 7 ada benih dan menetas. Nak tengok batch kedua pulak bulan depan kut. Induk ni anak tetas kat AAF sendiri iaitu anak kacukan bapak dark dan ibu black. Jantannya dah dijual manakala betina aku simpan buat induk sbb aku takder lagi kaler ni.. ini adalah warna standard untuk betina dark brahma.
4. Induk muda juga asal dari keturunan dark brahma dikacuk dengan ibu light brahma hasilkan anak buff. Sekarang tgh aktif bertelur. Tak pasti maksimum berapa biji tp bentuk teur sgt baik untuk pengeraman. Bulunya masih dalam proses matang dan akan lebih gebu dalam sebulan 2 lagi.
5. Masih dara, belum pernah bertelur. Bulan Nov 2013 jangkaan bertelur. Harap2 akan menjadi induk terbaik AAF jugak nanti. Giant cochin dengan warna light. Umur 5 bulan.
6. Brahma muda dara, warna sedikit dark tp seolah-olah gen light dgn dark 50-50. Xper biar dia.. nak tgk anaknya jadik warna apa bila cross dgn dark brahma. Mana tau kuar semua dark.. hehe
Selain induk kat atas ni aku jugak ada 2 lagi induk hitam giant cochin dan brahma. Tak sempat nak snap foto sbb mereka ni pemalu huahahaha. Nantilah aku upload kalau ada masa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.