Gejala lumpuh atau lemah sendi pada ayam bukanlah satu fenomena baru. Masalah ini telah wujud sejak wujudnya ayam dan unggas lainnya. Dalam kes ini, kaki ayam akan menjadi lemah seolah-olah tidak dapat menampung berat badannya sendiri. Masalah ini mungkin bermula dengan simptom lemah sendi lutut yang dapat dilihat selama beberapa hari dan jika tidak dirawat maka akan menyebabkan ayam terus tidak dapat bangun dan lumpuh. Namun begitu, ada juga kes di mana ayam terus tidak dapat bangu dalam tempoh semalaman. Menyebabkan penternak menjadi tidak keruan dan pelik dengan masalah yang merak hadapi. Saya sendiri telah beberapa kali menghadapi kes yang sedemikian, yang mana menjadi satu tanda tanya kepada saya tentang apakah penyebab kejadian ini. Hasil pembacaan yang dib
uat menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada masalah ini dan kita mungkin akan agak keliru untuk meneka yang mana satukah punca kepada masalah tersebut. Berikut adalah punca-punca yang saya kira perlu diketengahkan :
1. Penyakit Marek's
Marek's Disease atau penyakit Marek's adalah kesan dari sejenis virus yang dikenali sebagai virus Gallid herpesvirus 2 (GaHV-2). Virus ini akan menyebabkan 2 keadaan pada ayam iaitu samada buta, lumpuh atau kedua-duanya sekali dan seterusnya mati. Terdapat juga rakan-rakan ternak yang mengaku telah berjaya merawat masalah lumpuh. Namun berbeza pula pada masalah rabun yang mana belum pernah ada bukti menunjukkan rawatan berjaya dilakukan. Namun begitu, saya sendiri pernah berjaya merawat rabun mata ayam peringkat awal dan lumpuh menggunakan B-Combo (kes berasingan), namun begitu saya sendiri tidak pasti adakah rabun dan lumpuh tersebut adalah kesan dari Marek's atau sekadar katarak ringan dan lumpuh biasa.
2. Kekurangan Kalsium
Semua unggas mempunyai tulang dan tulang berfungsi bagi membantu tubuh bergerak. Tulang terdiri daripada kalsium dan kandungan kalsium dalam tubuh unggas tidak akan kekal selamanya di mana ia akan semakin berkurangan dari hari ke hari dan perlu digantikan. Apabila tubuh tidak menerima bekalan kalsium yang baru dari sumber makanan atau minuman maka tulang mula akan lemah dan tidak dapat bekerja dengan baik. Oleh kerana unggas berdiri menggunakan kaki mereka maka kita akan dapati kekurangan kalsium ketara memberi kesan kepada kebolehan unggas untuk berdiri. Penambahan kalsium dalam makanan mereka akan dapat membantu dalam merawat masalah ini.
Di ladang saya sendiri (Anizam Agro Farm), saya merawat unggas yang mempunyai masalah lumpuh atau lemah sendi dengan menggunakan gabungan B-Combo dan Ostelinax (kalsium). Kedua-dua bahan ini dihasilkan di USA dengan kualiti yang sangat tinggi. Tidak hairanlah ianya mudah diserap dan tindakannya cepat dan berkesan. Beberapa kes yang melibatkan ayam jantan dan betina berjaya disembuhkan dengan memberi B-Combo + Ostelinax secara harian samada disuap ke mulut atau dihidangkan bersama dedak. Paling cepat kesannya adalah sesingkat 3 hari dan paling lama mengambil masa 2 minggu bagi kes kritikal.
Beberapa faktor juga memainkan peranan dalam keberkesanan rawatan. Faktor bentuk badan sebagai contoh, ayam modern game yang berbadan kecil dan mempunyai kaki yang panjang adalah lebih sukar dirawat berbanding ayam mini cochin yang mempunyai badan yang bulat dan kaki yang pendek. Kaki yang pendek akan lebih mudah bangun dan mudah diseimbangkan. Faktor kedua adalah kepantasan kita memberi rawatan, sebagai contoh, ayam A yang telah 2 minggu lumpuh akan lebih sukar dirawat berbanding ayam B yang baru sehari mengalamai lumpuh. Peratusan sembuh akan lebih tinggi dan memihak kepada ayam B. Faktor ketiga adalah penyakit sampingan, sebagai contoh, ayam akan sukar sembuh sekiranya terdapat penyakit lain yang sedang menyerang di ladang yang sama. Menyebabkan ayam menjadi semakin lemah untuk melawan kelumpuhan.
Assalamualaikum.. Saya hadapi masalah ayam yg mengalami simptom kelumpuhan, berlaku kpd byk ayam & berlanjutan sejak setahun +, spt satu rantaian, lemah kaki - lumpuh - mati.. Disambung oleh pesakit baru & berterusan setiap masa. Tidak dijangkiti serentak pada semua ayam, tapi sentiasa ada yg baru seolah2 bersambung. Tidak mengira usia. Cuma cepat @ lambat akan ada yg mati.. Harap dpt membantu..
ReplyDelete