Tuesday, January 25, 2011

Anggur Di Aviary Aku

Salam semua, lebih kurang 3 bulan lepas aku ada beli 2 pokok anak benih anggur merah kat satu nusery di B.B. Bangi.. dekat rumah aku jer. So aku pun tanam la dekat aviary aku. Dengan harapan akan tumbuh subur la ianya. Ni dah 3 bulan dah.. alhamdulillah pokok tu makin hari makin segar.. harapan aku nanti boleh la tengok buah dia pulak. Tp tak tau la bila nak berbuahnya.. kalau ikutkan tuan yg jual anggur ni, ada anggur yang masam kalau tak pandai pilih benihnya, yang aku beli ni anggur merah manis katanya.. harap betullah sbb kalau masam jugak terpaksa la aku beli gula utk buat jus.. :) Saja jer aku pilih anggur merah supaya nampak ketara perbezaan buah n daunnya bila dah berbuah besok.. Kat bawah ni ada aku sertakan gambar pokok anggur aku yang tengah subur tu..



Harap-harap buah dia macam ni.. hehehe..

Thursday, January 20, 2011

Penyakit Puru Pada Unggas

Penyakit puru ni semacam ketuat/kutil yang akan tumbuh pada bahagian mata atau kaki unggas termasuklah ayam atau burung. Puru boleh mengakibatkan kematian selain ia juga berjangkit di antara unggas tersebut. Itu yang paling aku takut.


Asalnya hanya daripada gigitan nyamuk, ia membesar dan membengkak dan apabila ada nyamuk lain gigit si pembawa kuman dan gigit pulak burung lain yg sihat, burung yg sihat tu pulak akan kena sakit. Aku dah menghadapinya byk kali. Kadang2 tak sampai 5 hari sakit dah 'padam'.. sedih woo.. so petua utk cepat hilangkan puru ni adalah dengan menggunakan ubat kurap merah cap kaki tiga tu.. mmg mujarab giler lah... aku dah try dah.. last2 puru tu gugur terus dalam masa 3 hari.. laju beb.. uma perlu sapu ke tempat yg dijangkiti 2 kali sehari. Sekali pun takper kalo dah malas sangat.. Ni gambar ubatnya. Tak perlula korang beli ubat puru minum la bagai.. aku dah try, harap harga jer mahal.. tak mujarab pun.. ayam tak sempat sembuh, ubat dah abih..

Induk Giant Cochin En Zakaria



Salam semua, aku tak ingat bila tarikh sebenar en zakaria sms aku foto ni tp ia menunjukkan beberapa ekor induk giant cochin kepunyaan beliau sedang beriadah di kawasan lapang rumah beliau. Memang bertuah en zakaria kerana berpeluang memiliki baka ayam tersebut dan diwariskan secara turun temurun oleh ayah beliau lagi. Aku harap en zakaria kekal dengan keupayaan membiak baka tersebut. Bukan apa senang nak kaw tim dengan dia, kalo org lain aku tak pasti la. Bila aku tengok jer foto di atas terus membuak2 semangat aku nak biakkan giant cochin aku nih.. tp kena tunggu lg 6 bulan, wadduh lamanya... sabbar.. sabbar...

Sepasang Zebra Finch

Semalam aku dapat sepasang zebra finch dari kedai pets di Klang. Memang kiut menatang bernama zebra finch nih.. dengan warna dan corak bulu badan yang tersusun ditambah dengan saiz yg kecil menjadikan ia sejenis burung yang comel. Jadi disebabkan daya tarikan tersebut akupun beli jua akhirnya. Mula takmo beli. First time aku tgk burung ni secara dekat adalah kat kedai pets kenalan aku di Sg Ramal Dalam, Ramal Pets Shop nama kedainya, En Mat iaitu tuan punya kedai dapat burung tu sepasang tp yg betinanya dah 'padam' so masa aku lawat kedai beliau, cuma tinggal yg jantan jer.. bila aku tgk n sembang2 ngan en mat nih, rasa terpaut lak dgn burung ni.. yang jantan biasanya akan lebih jinak dan selalu berbunyi seakan siulan kecil dan manja, mmg sedap telinga dengar... bila aku check dalam internet, ternyata zebra finch mmg mendapat tempat di hati para peminat burung tempatan. Zebra Finch ( Taeniopygia guttata ) berasal dari Australia dan ia membiak sepanjang tahun. Perbezaan jantan dan betina aku ada tunjukkan dalam foto-foto di bawah. Jantan biasanya mempunyai bulu pipi kecoklatan , paruh yang kemerahan dan mempunyai pelbagai corak bulu di badannya. Betina pula tidak mempunyai sifat tersebut. Jika zebra finch tersebut telah mengalami mutasi warna contohnya mempunyai bulu putih dan lain2 yang mana tidak mempunyai warna bulu pipi yang jelas, maka warna paruh adalah satu-satunya kaedah mengenalpasti jantina mereka. Ia boleh hidup 5-10 tahun dalam kurungan dan mencapai 15 tahun jika lepas bebas. Ia makan bijirin kecil seperti kambu (sambau), biji rumput lain dan seumpamanya. Jumlah telur yang dikeluarkan setiap kali membiak adalah 2-7 biji dan yang paling kerap adalah 5 biji. Tp jika dalam kurungan ada rekod menunjukkan ia akan bertelur dalam jumlah yang lebih banyak. Anak2 burung ini mungkin mempunyai warna yang berbeza dari ibubapa mereka, jadi korang mungkin akan lebih teruja utk membela dan membiak burung ini. Anak burung jantan hanya akan mempunyai bulu pipi dan paruh yang berwarna apabila mencapai umur 2 bulan ke atas. Sebelum itu semua anak burung adalah kelihatan sama sahaja. Tempoh pengeraman adalah sekitar 14-16 hari, sama seperti burung budgie, penetasan anak adalah secara berperingkat. Dan pengeraman juga dilakukan oleh kedua-dua induk secara bergilir. Selepas 3 hingga 4 minggu anak burung akan cuba keluar dari sarangnya. Ia akan mula membiak setelah berumur 8 bulan ke atas.





Zebra Finch Betina yang aku baru beli.



Zebra Finch Jantan yang baru aku beli.




Kedua-dua Zebra Finch yang baru aku beli dari kedai pet Klang.


Contoh anak-anak zebra finch.




Ibu zebra finch duk layan 2 ekor anaknya.

Monday, January 17, 2011

Anak Budgie Umur Seminggu

Anak budgie aku yang sulung dah umur seminggu dah.. mmg susah nak pastikan semua hidup, tetas 7 ekor yang idup 3 jer dari 2 sarang tu.. tp apapun Alhamdulillah sebab ini pengalaman pertama aku.... lepas ni aku dah tau apa nak buat.. mmg aku akan breed budgie ni gila-gila punya sbb dah ada tempat n makanan pun senang. Ni aku sertakan foto anak budgie aku.. kaler kuning kehijauan kalo tak silap.. maklumla bulu baru tumbuh... lagi seminggu nampak la rupa dia.. :)



Anak Puyuh Tetas Lagi

Salam, anak puyuh tetas lagi hari ni.. ramai jugak, anak puyuh ni cam biasa la.. utk member aku yg bela puyuh telur tu, en azmi.. peratusan penetasan makin baik dalam inkubator aku. Alhamdulillah aku dah tahu cara tingkatkan peratusan penetasan ikut jenis telur.. satu lagi ilmu yg Allah bagi.. lepas ni aku akan giatkan lagi projek penetasan puyuh ni.. Insya Allah aku akan pasarkan anak puyuh umur seminggu lak lepas ni. Tungguuuuuuu....
Di bawah ni ada foto penetasan puyuh aku ..




Anak Ayam Mutiara Nak Jual (SOLD)

Salam kengkawan, aku ada anak ayam mutiara yang dah besar nak jual, mulanya niat nak buat pewaris, tp sangkar cam dah penuh jer.. lain kali la aku simpan.. ada 5 ekor. Dah umur 2 bulan setengah.. lagi 3-4 bulan bertelur la tu. Dah jinak-jinak dah sbb selalu main ngan diaorg nih.. Kalo ada sapa2 yang berkenan call la aku di 012-5245002. Sms pun layan.. harga kita kira la nanti.. Ni kat bawah ni aku upload gambarnya.