EGG STIMULANT adalah ubat serbuk yang larut air mengandungi antibiotik dan multivitamin. Antibiotik jenis Bacitracin MD adalah penggiat tumbesaran dengan menghapuskan bakteria patogenik dalam saluran pemakanan denan itu dapat meningkatkan kadar penyerapn nutrisi. Multivitamin pula sangat diperlukan untuk metabolisma dan sebagai penggalak pertumbuhan sel baru. Sepanjang tempoh bertelur, ayam betina aktif mengeluarkan telur, menyebabkan pembentukan kuantiti sel baru yang banyak dalam ovari. Ini akan menyebabkan ayam berada dalam keadaan tertekan, yang mana akan menyebabkan penurunan prestasi. Dengan membekalkan multivitamin, terutamanya vitamin C, ia dapat mengatasi masalah ini.
Kegunaan :
Meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran telur.
Menghalang penurunan kadar pengeluaran telur semasa ayam sakit dan dalam tempoh rawatan.
Mempercepatkan proses pemulihan ayam.
Didatangkan dalam bentuk:
Sachet serbuk : 100 g
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.