Saturday, January 18, 2014

TRIMEZYN-S - ANTIBIOTIK SANGAT MUJARAB

 
 
 
TRIMEZYN-S adalah dihasilkan bagi bertujuan bagi merawat beberap jenis penyakit seperti :

1. Coryza
2. Fowl Cholera
3. Colibacillosis
4. Pullorum
5. CRD
 
TRIMEZYN-S adalah boleh larut air yang mengandungi gabungan Sulfadiazine dan Trimethoprim yang mana dapat melawan bakteria seperti E. Coli, Haemophillus sp, Pasteurella sp, Salmonella sp, Staphylococcus sp dsb.  Sulfathoprim bertindak dengan menyerap ke dalam asid folik yang diperlukan oleh semua haiwan hidup untuk menghasilkan proteind an asid nuklik dan merencatkan tumbesaran bakteria.
 
Kandungan :
Setiap kg mengandungi:
Sulfadiazine 160 g
Trimethoprim 32 g
 
Kegunaan :
Coryza (kesejukan, berhingus dan bengkak muka)
Jangkitan E.Coli
CRD (nafas berbunyi)
Fowl Cholera (berak hijau)
Pollorum (berak kapur)
 
Cara Guna :
1 gram dicampur ke dalam 1-2 liter air minuman untuk 3-5 hari rawatan berturut-turut.
 
Didatangkan dalam bentuk:
Sacet : 10 g
 
Jika diikutkan, TRIMEZYN-S adalah ubat yang lebih baik berbanding Vita Tetra Chlor dalam melawan jangkitan bakteria.  Kesannya sangat cepat.  Aku gunakan khas untuk melawan coryza, berak hijau, berak kapur dan pucat muka.  Kalau aku tak pasti ayam aku tu sakit apapun, ubat ni jugalah aku campur dalam air minuman depa.  Alhamdulillah berhasil.  Byk yg dapat diselamatkan.

2 comments:

  1. Salam. Pemberian antibiotik pada ayam sihat tidak digalakkan. Kalau ayam sakit nanti bakteria dah rentang ubat antibiotik, nak bagi makan yang mana pula.

    ReplyDelete
  2. mmg tidak digalakkan.. tp boleh guna.. sama mcm manusia.. bila demam.. mkn antibiotic.. doctor tak galakkan tp doctor bagi juga makan sbb tiada pilihan :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.