Monday, February 1, 2010

Itik Aylesbury atau Pekin ???


Jumaat ptg lepas (15/01/10) aku pegi rumah abg bob di teras jernang, bangi... itupun sbb aku dapat info dari member aku yg tinggal dekat dengan rumah dia. Kata member aku, dia ada nampak bro ni bela anak itik baru, putih tp tatau itik apa.. so aku yg sedia ada no dia terus jer kol hp dia n tanya.. itik apa yg dia bela.. sekali dia jawab.. "ntah la zam, abg pun tatau itik apa.. tp kata cina yg jual tu itik telur.. telurnya dibuat telur asin.. " nah ambik koo... sekali ngan aku tatau itik tu baka apa.. nak kata itik muscovy cam bukan laju semacam jer gerakannya.. tp takper, aku oder jugak 50 ekor.. gamble jer la.. pi mai pi mai pun nanti leh jual telur.. so tup tup sabtu lepas abg bob dah dapat 50 ekor anak itik utk aku.. so aku terus pi ambik n bayar duit kat dia.. tq abg bob sbb pecaya aku... aku kirim air liur jer kat dia dgn modal tempoh perkenalan 2 minggu... tp dah rezki, dia cam pecaya jer ngan aku...

Bila dah dpt anak itik tu aku mula dok pikir.. itik apa yg aku beli ni.. satu hari aku pegi pasa klang, terjumpa kedai pets yg jual anak itik sebijik cam aku punya.. so aku tanya dia, itik tu n bila besar camner rupanya.. cam apek ker? apek pun jawa " mana ada itik sama cam wa.. u ada nampak itu itik kaa.. aaa itu macam la sudah besar nanti" oo nampak cam itik pekin.. tp pekin utk daging.. dan itik ni cam cool jer.. aku balik surf internet na jumpa la baka aylesbury ni.. yg dipelihara utk daging tp bertelur byk jugak...tp sampai hari ni aku masih konfius samada itik yg aku bela nih baka pekin ker atau aylesbury.. tgk la bila dah besar skit nanti...

Itik Aylesbury

Itik jenis ini adalah dibiakkan untuk daging. Warna bulunya putih keseluruhan. Baka tulennya mempunyai paruh yang berwarna pink dan kaki yang berwarna oren terang. Jika paruhnya berwarna oren, ia mungkin telah dikacukkan dengan itik baka Pekin. Beratnya boleh mencapai 4.5 -5.4 kg (10 to 12 lb) bagi jantan dan 4.1-5.0 kg (9 to 11 lb) bagi betina. Kebanyakan baka yang dikenali sebagai itik Aylesbury pada hari ini adalah baka kacukan dengan itik Pekin. Bertelur 300 biji/tahun.


Itik Pekin

Itik jenis ini adalah dibiakkan untuk daging. Warna bulunya putih keseluruhan. Cepat membesar dan mempunyai penukaran makanan yang baik.
Beratnya boleh mencapai 4.0-5.4 kg (9 to 12 lb) bagi jantan dan 3.6-4.0 kg (8 to 9 lb) bagi betina. Ia bertelur kira-kira 160 biji semusim. Nisbah pembiakan adalah 1:5.

2 comments:

  1. Salam...ingin bela itik pekin di kampung kat penang,bolehkah saya tempah 50ekor anak itik pekin?

    ReplyDelete
  2. Salam, saya dah tak buat itik... fokus ayam eksotik jer..maaf tuan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.