Tuesday, November 16, 2010

Merpati Lahore dari Pakistan.

Salam, hari Ahad lepas aku menerima sepasang merpati Lahore dari En Man di Sungai Petani, dia hantar pakai bas ke hentian kajang lepas tu aku amik la.. sepasang jer aku beli pun, saja nak buat baka. Merpati ni anak lg, jinak giler.. siap boleh main-main n tak lari or terbang pun.. mkn kat tangan lak tu.. ni gmbar merpati yg baru aku terima tu..



Aku suka merpati ni sbb dia kiut miut, cam pengguin hehe.. harap menjadi la pembiakan merpati ni di aviary aku.. Di bawah ni ada aku translatekan sedikit maklumat berkenaan merpati jenis Lahore ni.. bagus utk sesi pengenalan :)

Asal-Usul
Merpati Lahore berasal dari Lahore, Pakistan. Ianya diimpoert ke Jerman sekitar tahun 1880 dan menjadi popular dikalangan peminat merpati pada awal 1960-an. Merpati jenis ini biasanya ditemui di kawasan Iran dan adalah salah satu jenis merpati yang mempunyai beraneka warna. Ia pernah dibiakkan untuk dagingnya di Parsi ttp pada hari ini, ia dibiakkan lebih kepada tujuan hiasan. Sifatnya yang tenang, jinak dan lemah-lembut membuatkan ia sesuai untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.

Penampilan
Merpati Lahore adalah salah satu jenis merpati yang besar iaitu lebih kurang 10.5 inci tinggi dan 11.5 inci panjang ketika dewasa. Dari bahu ke bahu pula, ukurannya mencecah 5.5 inci. Corak badannya pula adalah sangat unik di mana ia terhasil daripada warna latar putih dengan tompokan warna sekunder yang bermula dari bahagian atas paruh melewati atas kepala hingga ke bahagian atas kepak. Bahagian dada dan ekor akan kekal putih menjadikannya kelihatan seperti pengguin. Corak ini membuatkan harganya melambung tnggi di kalangan peminat merpati di dunia.
Bahagian leher burung ini pula mempunyai bulu yang tebal menjadikan ia kelihatan besar, bulat dan gemuk. Manakala bahagian kakinya pula berbulu putih seakan memakai stokin.

Merpati Lahore dibiakkan dalam pelbagai warna sekunder seperti hitam, kelabu, coklat, Blue Barred, Cream Barred, Mealie, Silver Barred, Silver Chequer, merah, Stencil, Schwarz dan kuning.

Kelakuan
Sepertimana merpati jenis lain, merpati Lahore juga dikenali dengan sifat jinak, lemah lembut dan pemalu di samping dapat menjadi haiwan peliharaan yang jinak.

Di bawah ni ada aku sertakan foto berkenaan variasi warna merpati ini, mungkin ada lagi variasi warna lain yang ada pada merpati jenis ini selain yang aku tunjukkan ni..

Yellow ( Kuning )

Stencil

Silver Chequer

Silver Barred

Red ( Merah )

Mealie

Cream Barred

Blue Barred

Schwarz

Black

5 comments:

  1. cara ingin membuatkannya bertelur cam mane??burung terkukur jawa nk buat bertelur macam mane??baru nk berjinak-jinak nie...

    ReplyDelete
  2. senang jer.. kalo dah cukup matang mmg akan bertelur.. tp kena sedia bekas bertelur la.. nanti bila sampai masa dia bertelur jugak.. bila kita tertunggu2 mmg rasa mcm lama :)

    ReplyDelete
  3. oooww...tq...boleh berikan pengetahuan tentang terkukur jawa stakat yang nizam tahu???sya amat memerlukan pertolongan nizam...

    ReplyDelete
  4. bro, beli dgn spe?/ ade num tipun die??

    ReplyDelete
  5. beli dari man sungai petani 0125990150

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.