Modern Game adalah baka ayam berasal dari England antara tahun 1850 dan 1900. Baka ayam ini dihasilkan dengan tujuan utama menjadi baka hiasan dengan versi ayam laga. Bila aktiviti laga ayam diharamkan di UK sekitar kurun ke-19, ayam ini dihasilkan daripada kacukan baka Old English Game dan Baka Malays ( maksudnya nenek moyang dia baka ayam kita jugak.. sekali lagi Malaysia famous ) Baka baru ni bukan bertujuan untuk dibuat laga ttp lebih kepada hiasan dan hobi.
Pada hari ini, ayam baka ni byk dipertandingkan berdasarkan rupa mereka. Kriteria pertandingan menitikberatkan bentuk tubuh, saiz belakang yang pendek, ekor yg kecil, bulu yang keras dan rapat ke tubuh. Terdapat pelbagai variasi warna antaranya yng biasa adalah hitam-merah, birchen ( corak batik atau seakan ira kayu ), coklat-merah, duckwing ( warna seakan kepak itik ) dan pyle ( warna badan putih tp bulu leher dan belakang merah/oren ). Warna baka ini juga dikelaskan kepada 2 iaitu : 1) ayam yang mempunyai kaki berwarna hijau gelap dgn mata yg berwarna merah. 2) ayam yang mempunyai kaki berwarna hitam gelap dgn mata yg berwarna gelap.
Modern game jugak datang dalam 2 saiz iaitu saiz standard (2.2 – 4.1 kg) dan bantam (450-660 g). Untuk menyertai pertandingan, balung dan wattle perlu dipotong kerana ia akan mencacatkan kualiti rupa ayam sekiranya terlalu besar. Ini dibolehkan kerana kedua2 bahagian itu tidak mempengaruhi permarkahan dan ini juga dapat menyerlahkan lagi rupa mereka sebagai baka ayam laga. Baka ini bukanlah baka penelur atau pedaging, jadi hanya ada satu tujuan membiakkan baka ini iaitu sebagai haiwan kesayangan. Bagi baka bantam, ia sangat sesuai dipelihara oleh penghuni kawasan bandar yang padat dan peminat2 yang mempunyai kawasan kediaman yang sempit.
Berbalik kepada cerita au pulak, semalam aku berpeluang mendapat sepasang baka ayam ini dari breedernya sendiri setelah melawat rebannya. Ayam yg aku dapat nib aka bantam n mmg kecik, aku rasa dalam 300 gram jer yg jantan tu, umur dah 3 bulan lebih.. aku ada jugak tgk induk asalnya, pun kecik jugak. Mmg comel.. jinak pulak tu.. boleh berkawan ngan serama aku :)
Berikut aku sertakan foto2 yang menerangkan lagi perihal ayam baka ni..
dkt mana ada ayam ni bang?
ReplyDelete