Salam kengkawan para pelawat blog aku ni, disebabkan aku berjaya dalam membiak brahma so ada la modal skit nak tambah koleksi baka ayam. Baru2 ni Ramal Pets offer aku anak Booted Bantam, warna kuning pekat/oren pendek kata korang tgk la sendiri gambarnya kat bawah ni. So akupun terus berkenan n sambar jer.. alhamdulillah kedua2 anak ayam tu masih sihat hingga ke hari ini. Harap dapat hidup dengan sihat selamanya. Ramal Pets kata baka ni adalah baka D'Uccle tp bila aku siasat, baka ni sebenarnya bukanlah D'Uccle sbb baka D'Uccle adalah hasil drp kacukan Antwerp Belgian yg ada beard/jambang dengan Booted Bantam yg ada bulu kaki panjang. Dan hasil kacukan adalah menjadi D'Uccle yg ada beard dan bulu kaki panjang. Mungkin ada salah faham di situ. Tp apapun aku akan baiki salah faham tu dan kembali dgn nama asal baka ayam ni iaitu baka Booted Bantam. Nama ni dipilih ni berdasarkan tumbuhnya bulu yg tebal di kaki ayam ni so mcm kasut boot, jadi kita panggillah Booted Bantam :)... Harga boleh tahan.. tp tak ramai yg aku tgk ada baka ni, kalau ada pun jarang dijualbeli. Akupun tak pasti kenapa? Tak membiak ker atau tak diminati.. tp nampak gayanya comel dan sgt sesuai sbg haiwan kesayangan.. Ayam jantan dewasa tak sampaipun berat sekilo, si betina apatah lg. Ayam baka ni mempunyai balung tunggal yg tegak biasanya dgn 5 gigi.. aku harap anak yg aku dpt ni punya balung yg tebal supaya tak senang jatuh atau senget.
Ni la anak yg aku dapat, bulu kaki baru nak tumbuh.. tunggu la lg 4 bulan utk tgk full grown.
Ni antara jantan dewasa baka Booted Bantam ni.. bagi aku mmg comel n cantik..
Manakala ini adalah baka D'Uccle yg sebenar, perhatikan beard di bawah dagunya..
Salam sahabat.. Booted Bantam dah ade anak ke.. Kalau ade nak booked.. Hehe..
ReplyDelete