Saturday, April 7, 2012

Merpati Australia

Salam kepada semua, pagi tadi aku ke stesen bas Shah Alam di seksyen 17 utk ambil bungkusan dari Terengganu yg di hantar oleh Cikgu Sanusi. Aku pasti ramai yg kenal cikgu ni sbb beliau mmg femes dgn baka merpati modena, tp merpati yang ditapau dari Ganu utk aku kali ni bukannya modena tp baka Australia. Aku terbekenan kat merpati ni disebabkan bulu kaki dan warnanya selain saiz yg agak besar. Aku borong 4 ekor terus, 2 pasang iaitu sepasang anak n sekali dgn mak bapaknya sekali hahaha... kebetulan cikgu lepaskan semuanya so aku sambar je la. Merpati ni aku dah lama minat n suka yg warna putih dan perang cam yg aku beli ni la.. sekarang masih memburu yg warna putih.. bulu kakinya panjang n keras so mmg aku suka sbb nampak sgt cantik.. sapa yg berkenan baka ni boleh la contact aku utk tempah sbb td aku dah tgk mak n ayahnya dah mengawan balik, maksudnya bakal terima cucu la aku nanti :)

Induk: 2 di kiri

Anak: 2 di kanan

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.