Monday, February 1, 2010

White Leghorn - Baka Penelur Unggul







Salam semua, semalam aku dapat call dari waa ramli.. anak ayam baka White Leghorn pure breed yang aku tempah dulu dah ada stok.. aku oder tak banyak.. 20 ekor jer ( foto anak dalam kotak tu )... tp aku respek waa sbb sanggup dtg hantar ke tol bangi... tahniah waa !! so mlm td aku jumpa waa dan ambik ayam jam 12 lebih rasanya.. tak larat nak hantar ke reban di semenyih so aku bawak balik ke rumah kat bangi dulu dan pg tadi baru hantar ke reban..

Aku mula berminat dengan baka ni sbb ia jarang ada kat Malaysia dan ia dah terbukti satu baka penelur yg sangat baik... telurnya besar dan rintangan penyakit tinggi sbb ia adalah baka asli, bukan kacukan.. kawan aku (zul - beranang) pun ada bela jugak aku tgk.. tu yang beminat tu... buat masa ni aku nak jaga n didik betul2 supaya kemudian hari akan dapat hasil yg baik. Mungkin aku akan buat kajian kacukan ttp baka asli akan aku kekalkan di reban aku.

Berikut adalah sedikit ifo berkenaan baka ini :

Leghorn adalah baka ayam berasal dari Tuscany, Italy. Bakanya yang pertama diimport ke Amerika Utara dalam tahun 1953 dikenali sebagai Italians. Menjelang tahun 1865 baka ini dikenali sebagai Livorno iaitu salah satu bandar di Italy yang dalam bahasa Inggerisnya bermaksud Leghorn.

White Leghorn adalah di antara baka penelur yang paling popular di dunia. Baka yang diiktiraf oleh American Poultry Association (APA) dan American Bantam Association (ABA) adalah white, red, black tailed red, light brown, dark brown, black, blue, buff, Columbian, buff Columbian, barred, exchequer dan silver. Kebanyakan mempunyai pial tunggal yang lebar dan merah.
Baka Leghorn adalah antara penelur terbaik (sekitar 280 biji setahun) dengan kadar tukaran makanan-telur yang sangat hebat. Ia adalah baka ringan dengan berat badan cuma 1.35 – 1.8 kg sahaja dan matang dengan cepat. Leghorn sangat aktif dan sejenis ayam yang suka terbang. Leghorn adalah sejenis ayam yang bising.

Di USA, baka ini dijadikan bahan kajian dalam makmal untuk kajian embrio dan biologi unggas.

18 comments:

  1. Salam Tuan,

    Saya mencari sepasang baka ini untuk bonda tersayang.

    Sekiranya Tuan ada mempuanyai baka White Leghorn ini, dapatlah kiranya menghubungi saya melalui SMS.
    (Kekangan kerja menghalang saya menjawab panggilan telefon)

    Ini nombor sy untuk dihubungi :)
    014 - 717 919 7

    Tmn Sri Serdang,
    Seri Kembangan

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Salam...Saya memerlukan telur baka ini untuk membuat research...sy harap pihak tuan dapat menghubungi saya dengan segera di talian 0162331846 (Dahlia)atau email sy lia_didi90@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam, kat farm sayapun dah pupus baka ni...

    ReplyDelete
  4. Salam. En. Nizam ada cara lain ke sy boleh dapat baka ayam ni atau ada sesiapa yg sy boleh hubungi untuk dapat baka ayam white leghorn ni?

    ReplyDelete
  5. 016 9704360 waa ramli - cuba try dia ni, dulu amik dari dia tp tak ori tu yg lemah semangat skit tu... segan lak rasa nak rekomen tp ini jer yg ada.

    ReplyDelete
  6. Saya ada leghorn jantan ori yang diimpot dari Phillipine dan kacuk dengan H & N Coral, species ayam penelur hybrid yang unggul. Warna telur off white. Saya boleh emel gambar kalau ada yang minat. Kontek saya : steve.greentech@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Thanks En. NIzam. Mr Steve, saya ada send email

    ReplyDelete
  8. En Nizam, boleh saya tahu knp baka ni lemah? penyakit ke?

    ReplyDelete
  9. saya tak pasti bahawa baka ni lemah.. setahu saya baka ni hidup dgn baik di laman2 rumah di luar negara... mungkin di Malaysia ia lemah kerana faktor iklim, tp saya rasa baka ni kuat.. sbb baka tulennya pernah membiak dgn baik di Malaysia satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  10. Sempat ke ayam tu bertelur waktu di farm En. Nizam?

    ReplyDelete
  11. tak sempat sbb saya sakit hati n terus jual sbg ayam kg kacuk masa mereka masih dara n teruna lg huhuhu..

    ReplyDelete
  12. Encik Nizam , masih Ada anak ayam leghorn?

    ReplyDelete
  13. salam en. nizam.sy nk tanya brp harga seekor anak ayam jenis leghorn ni?

    ReplyDelete
  14. Hi Salam. Ada lagi ke ayam leghorn?

    ReplyDelete
  15. Salam... bagaimana pemeliharaannya dan perlakuannya?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.