Monday, April 26, 2010

Ayam Mutiara Lagi



Salam, semalam (26/04/10) aku ke Sri Bumi Ternak milik saudara zul hilmi kat Beranang, tujuannya adalah nak ambil 4 ekor ayam mutiara yg dah aku order 3 hari sebelumnya. ! jantan dan 3 betina, Alhamdulillah setibanya aku kat ladang nampak beliau dah ada kat situ… ayampun dah siap tangkap cuma tinggal nak ikat kaki jer.. ayam ni aku oder khas buat member aku Azrul yg baru nak berjinak dengan ternakan ayam mutiara ni.. katanya, anaknya suka dengan ayam so aku cadangkan bela ayam mutiara, selain comel mereka ni sangat rintang penyakit.. so senang la nak bela for beginner.. berbalik kepada cerita kat ladang zul td, dalam sembang2 tu aku pun tangkap ayam tu n ikat kaki dia, cara ikat supaya dia susah lari adalah dgn ikat dua ekor sekaligus, so susah la dia nak lari.. mak aku la yg ajar semua nih… aku tak lama kat sri bumi ternak sbb ada org dtg nak ambil inkubator auto lak, en azizan dari Nilai.. Jadi malam tadi ayam-ayam tu transit kat rumah aku la kejap.. Pagi tadi mcm biasa jam 6.30 pg aku bertolak dari Bangi ke Shah Alam bersama isteri dan ayam-ayam mutiara tu sekali … sekarang ni ayam-ayam tu ada kat dalam raga dalam sangkar puyuh member aku kat opis nih.. ptg ni akan berubah la tempat tinggal mereka.. harap azrul akan dapat jaga mereka dengan baik, kalo menjadik aku nak cadangkan baka yang lagi menguntungkan utk beliau.. sbb dia tinggal kat rumah kampung.. Kalo nak lawat blog kedua-dua kenalan aku ni bolehla klik link di bawah :
Zul Hilmi : http://seribumiternak.blogspot.com/
Azrul : http://www.al-ansarfarm.blogspot.com/

Sunday, April 25, 2010

Isu Putaran Telur Dalam Inkubator

Salam utk semua, aku baru lepas siap buat sebiji auto inkubator tadi.. ni tgh rehat2.. so ada mood nak menulis lak.. kali ni aku nak tulis pasal isu di atas, ya, isu putaran telur dlm inkubator... berbalik kepada tujuan membina inkubator. Kalau tak silap aku tujuan manusia bina inkubator ni adalah utk gantikan ibu ayam yg mana manusia mengambil keputusan utk meniru 100% sistem dan keadaan ketika telur dieram oleh ibu ayam tersebut. Antara perkara-perkara yg berjaya ditiru adalah :
1. Suhu badan eraman ibu ayam - di ganti dengan pemasangan heater/pemanas cthnya mentol @ heater coil dgn kawalan dr thermostat samada digital atau biasa, bg ayam suhu maksimum diset kepada 38-39 darjah Celcius.
2. Kelembapan sekitar telur – apabila heater dipasang, kelembapan udara di dlm kotak inkubator akan berkurang disbbkan proses pemanasan, oleh itu satu bekas air perlu diletakkan dlm kotak inkubator bg menyediakan lembapan yg sesuai contohnya 55-65% bg eraman telur ayam.
3. Pengudaraan – lubang-lubang kecil disediakan pada inkubator bg memastikan udara sentiasa beredar dlm inkubator ini termasuklah memasang blower atau kopas kecil bertujuan menyeragamkan suhu pada segenap penjuru inkubator. Ibu ayam biasanya akan mengangkat badannya bg memberikan pengudaraan yg baik utk telur, perkara ini juga dilakukan bg tujuan mengawal suhu dan kelembapan.
4. Memutar telur – inkubator manual biasanya memerlukan bantuan pengguna dlm membuat putaran telur manakal bg inkubator automatic pula, ia telah disetkan utk memutarkan telur selang beberapa jam atau beberapa kali dlm sehari. Bg kebanyakan pengguna dan pembuat inkubator, mereka berusaha utk memutarkan telur kepada 180 darjah atau paling kurang 90 darjah. Namun begitu jika kita lihat sifat ibu ayam semasa mengeramkan telur tersebut, ia tidak pula mengalihkan telur-telurnya mengikut sudut-sudut tersebut, kenapa ? Ini kerana, tujuan memutarkan telur telah disalahertikan oleh segelintir dr kita. Mereka menyangkakan bahawa telur perlu diputar utk memastikan semua permukaan kulit telur menerima suhu yg sama pada setiap masa. Ini adalah salah faham sebenarnya, tujuan telur diputar adalah bg mengelakkan embrio melekat pada permukaan membran (selaput) kulit telur, sifat embrio adalah sentiasa mencari haba, oleh itu ia akan bergerak ke bahagian kulit yg menerima haba, jika haba terlalu panas ia akan menjauhi permukaan kulit telur dan berada ditengah-tengah telur, jika haba yg diterima kurang maka ia akan mendekati kulit telur dan jika ia berada terlalu hampir dan terlalu lama pada permukaan kulit telur, ia akan melekat pada membran dan seterusnya mati. Ini kemudiannya menghasilkan telur tembelang. Ibu ayam hanya menggerakkan telur-telurnya beberapa kali setiap hari, cukup sekadar telur tersebut bergoyg kerana gerakan ini akan mengelakkan embrio melekat lalu mati. Jadi utk menghasilkan inkubator automatik yg baik, cuba kerapkan gerakan atau goyangan dan tidak perlu bersusah payah menghasilkan kedudukan yg tersusun dgn darjah tertentu kerana ini akan memakan kos yg tinggi. Selamat Berjaya Utk Anda Yg Ingin Mencuba !!!

Wednesday, April 21, 2010

Lawatan Ke Ladang Arnab Beruas, Perak


Salam yop...aku kat taiping time sent posting ni. Ada bengkel kerja skit.. Kali ni aku berpeluang lawat ladang ternakan arnab kat Beruas, Perak. Secara tak sengaja ada member yg hadir kat sekali kat sini tanya aku kat mana nak cari arnab area Perak nih.. aku ni tergamam kejap sbb ni bukan negeri aku.. tp disbbkan akupun ada minat kat menatang comel ni so aku start surf internet. Jumpa la satu tempat kat beruas, ladang kepunyaan en rahman beralamat Arcaemas Ent, Lot 8446 Kg Che Puteh 32700 Beruas,Perak. So petang tu jugak aku ngan 4 lg member pegi ke Beruas dari Taiping ni.. 65 kilo jugak dari sini.. of course sebelum pi situ kami contact tuan dia dulu.. en rahman kat shah alam rupanya, cuma ayah ngan mak dia ada kat ladang dok jaga arnab. So sesampainya kami kat ladang tu, ayahnya en yusuf sambut kami ngan mesra... kamipun jalankan operasi meninjau kawasan, mmg dasat jugak ladang dia nih.. kalau tak silap ada 4 jenis baka yg dibiakkan kat sini iaitu baka New Zealand White, Angora, American Chinchilla dan Lion Head. Ada juga baka Flemish Giant yang boleh capai 7 kilo per ekor.. tp xbyk.. baru nak biak jer.. Kawan aku sorang ni si Jo (org Sabah) mmg nak cari baka Flemish Giant ni so kecewa la dia sbb tak dapat beli.. namun begitu habis kami temuramah mak n ayah en rahman ni.. best jugak berkongsi pengalaman dengan mereka. Terpegun jugak aku dgn kesungguhan mereka menjaga kebersihan dan keselamatan ladang ternakan arnab anak mereka. Berikut adalah gambar-gambar yg sempat aku snap di ladang en rahman.. Anda boleh melawat blognya di : http://www.beruasagrofarm.blogspot.com/


Bersama ayah en rahman, en yusuf di ladang ternakan arnab beliau.


Anak New Zealand White yang masih belum buka mata.


Anak baka apa ntah aku tak pasti yg ni tp byk kaler-kaler.. comel.


Ibu New Zealand White dan anak-anaknyer..


Suasana susunan sangkar di ladang Beruas Agro Farm @ Arcaemas Interprise.

Monday, April 19, 2010

Serama Kembali 2010



Lewat tahun 1996 dulu hingga tahun 2000 kat rumah aku mmg byk ayam serama yg aku ambil bakanya dari Kelantan. Mmg gred A n jadi buruan ramai jugak time tu.. tp semasa kegilaan org terhadap ikan flower horn timbul, serama sedikit ditinggalkan dan ditambah pula isu pengadilan di Kedah yg pada masa itu dikatakan tidak telus mengakibatkan pertandingan ayam serama kian hambar sehingga muncul kembali bersinar sekitar tahun 2007 @ 2008. Aku adalah salah sorang yg meninggalkan terus minat terhadap ayam serama, bukan kerana pengaruh flower horn atau tak puas hati kat pengadil pertandingan tp sbb aku kena bertugas di Miri, Sarawak so tak leh la bawak ayam, tinggal kat quarters lak.. lg padah. Ayam serama baka baik aku kat kampung pun time tu makin berkurang sbb takder sapa biakkan dan akhirnya pupus. Tp hari ni aku terniat nak pi melawat sorang penjual serama kat Shah Alam iaitu Shahrul Sirim. Tak perasan lak yg dia ni org senegeri ngan aku dan famous kat Shah Alam ni dlm arena serama nih.. aku redah jer pi rumah dia. Niat nak beli sekor kalo bekenan.. kebetulan ada la sekor yg tinggal sbb yg lain dah di let go satu hari sebelumnya, rezki aku tadak kat situ.. tp sbb tgk cam bekenan jer so terus aku sambar.. tu kat atas tu gambar dia la. Shahrul ckp dalam 4 bulan dah umur dia.. pada mata aku dah cantik sbb tu aku sambar. Ni aku letak dalam akuarium jer dulu sbb dia kecik jer.. jgn bimbang, akuarium tu aku tak isi airpun so tak la dia lemas.. tak sabar nak tunggu dia nyalin bulu sbb bila dah matang pe'el dia akan lg samseng.. lg cun la agaknyer... kalo korang rajin nak lawat blog shahrul nih lawat la link ni :

http://seramasirim9.blogspot.com/
http://seramashahalam.blogspot.com/

Sunday, April 18, 2010

Jom Belek Jantina Ayam Mutiara


Salam semua.. mmg isu ni dah lama dipersoalkan.. terutama kalau org baru dalam dunia ternakan ayam exotic nih.. Soalan yg selalu ditanya adalah : Bagaimana nak kenal ayam mutiara jantan atau betina ? So salah satu sebab aku bentangkan persoalan ni adalah kerana baru-baru ni aku ada buat sedikit kajian terperinci berkenaan perbezaan dua jantina ni dari segi rupa mereka ( Selain bunyi). Hasilnya aku dapati mmg jelas perbezaannya. Seperti yang aku perjelaskan dalam rajah di atas la, apa yang aku buat adalah aku tangkap ayam jantan n snap gambar close-up n lepaskan, dah tu tangkap pulak ayam betina n snap gambar dia n lepaskan jugak. So hasilnya aku dapat la beberapa perbezaan jelas seperti gambar tu.. Lepas tu aku buat kesimpulan tentang perbezaan mereka dan aku stated kan dalam gambar tu. Tujuan aku supaya lepas ni kalau ada org-org baru yg nak cari rujukan boleh la gunapakai kajian aku ni. Sbb aku cuba cari dalam internet pun cam kurang jer pendedahan dia.. Sila klik gambar atas utk view yg lebih jelas. Sekian, tq.