Monday, September 5, 2011

Anggur Berbunga Lagi

Salam semua, bercerita berkenaan anggur aku ni mmg best sbb dia bagi hasil yg aku tak jangka, aku baru buat pruning pada 22 Ogos lepas.. hari ni baru 5 September maknanya setelah 2 minggu pruning dah kuar bunga yg lebat... mmg syok wooo.. yg lg bestnya pulak, rupanya pokok anggur ni mampu berbuah berlapis2 kalau kita pruning pun berlapis2.. haha. Maksudnya kalau aku pruning dahan no 1 minggu ni, dahan no 2 minggu depan so dahan2 tu pun akan berbuah selang seminggu jugak la.. waaa besttt. Betul la kata org pokok anggur akan berbuah ikut suka tuannya. Asal buat pruning jer mesti berbuah hehehe.. kat bawah ni ada aku sertakan foto2 yg sempat aku snap pakai hp murah aku tu.. ni sebahagian jer ni, nak tunjuk byk2 kut riak lak :) Apapun aku harap dapat la aku merasa anggur2 ni sebelum dimakan oleh org lain sbb pokok ni tak berpagar hehehe.. ada rezeki ada la...













No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.