Tuesday, August 30, 2011

Hybrid Chicken : Giant Cochin + Light Brahma 1







Salam Aidilfitri buat semua, semalam (29/08/11) aku check incubator, ingat nak tambah air jer sbb batch telur yg akan menetaspun lg 2 hari (30/08/11).. tp time bukak incubator tu terkezut jugak aku sbb ada 7 ekor anak ayam tetas dah.. 4 ekor baka kacuk brahma n cochin, 2 ekor baka kacuk Thai n Cochin dan sekor bantam silver.. mmg excited la aku tgk anak ayam gebu2 tu.. tambahan lak anak ayam yg aku nanti2 kan tu pun dah tetas.. maksud aku anak ayam baka kacukan antara brahma dan buff giant cochin aku. Kalau diikutkan ada 15 biji telur untuk batch tu tp aku masukkan ke dalam incubator pada 2 tarikh berbeza, 12 biji aku masukkan awal seminggu tp 6 jer ada benih diikuti 3 lagi aku masukkan lepas tu n semua ada benih, so ni duk tunggu 3 biji tu lak tetas pada 07/08/11 nanti.. Insya Allah. Seperti biasa aku akan sediakan foto2 tumbesaran anak2 ayam ni dari semasa ke semasa. Cuma rujuk jer posting ni dari semasa ke semasa sbb aku akan edit posting asal utk upload foto baru so sapa2 yg dah baca posting ni harap terus baca jer… akan ada foto baru yg aku update nanti.


Kat US, UK dan Negara barat mmg dah advance dah bab kacuk mengacuk ayam ni.. diaorg mmg hebat, dah berpuluh tahun duk kacuk ayam, ada yg dikacuk utk daging, ada yg utk telurnya dan tak kurang utk dijadikan ayam hiasan.. Ok kat atas tu aku ada attachkan foto 4 ekor anak kacukan antara light brahma n giant cochin. Sgt gebu dgn bulu yg tebal serta bulu kakinya. Perhatikan bulu kakinya yg lebat, tak sama dgn hasil kacukan cochin dan Thai di mana cuma jari tepi sahaja dilitupi bulu manakala jari tgh dah licin. Tp utk baka yg mak bapaknya berbulu kaki ni, ada 2 jari kaki berbulu penuh iaitu jari tgh n jari tepi.. mmg best ! Jika diperhatikan tentang jantina pulak, aku sebenarnya dah ubah setting incubator aku dgn meningkatkan 1 darjah Celcius dgn harapan byk la betina akan dihasilkan berbanding jantan. Ini kerana aku percaya suhu incubator memainkan peranan dalam menentukan jantina anak ayam. So kat bawah ni adalah video klip anak brahma aku yg baru tetas tu..





2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.