Tuesday, February 8, 2011

Laced Sebright Bantam



Ayam bantam atau nama penuhnya Laced Sebrights Bantam adalah antara ayam exotic yg digemari pada hari ini. Sebright adalah sejenis ayam yang dinamakan berdasarkan orang yang menghasilkannya iaitu Sir John Saunders Sebright. Bantam pula bermaksud kecil atau katik. Berat ayam ini adalah seperti berikut :

• Jantan dewasa 0.74 Kg
• Betina dewasa 0.63 Kg

Baka kacukan ini dihasilkan sekitar tahun 1800. Bermula tahun 1874 ayam ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Silver Laced Sebrights dan Gold Laced Sebrights. Walaupun ia telah berjaya dikelaskan, namun usaha utk menambahbaik ayam ini masih dijalankan sehingga tahun 1952 di mana baka ini telah disahkan. Pada tahun 1965, The American Bantam Association Standard telah mengeluarkan standard terhadap ayam ini. Kedua-dua jenis ayam ini kekal popular hingga ke hari ini dan bakanya bertaburan di serata negara.
Sekarang ni aku ada la sepasang anak ayam ni, jenis silver laced. Aku suka silver lg berbanding gold sbb silver ni cam menarik n bersih, lg satu nampak kontra sgt2.. so aku baru dpt sepasang umur dalam 2 minggu kut.. harap membesar dgn sihat la..



Jantan dewasa silver laced.

Betina dewasa silver laced.

Jantan dewasa golden laced.

Betina dewasa golden laced.

Kacukan baru - buffed laced jantan dewasa.


Buffed laced betina dewasa.

Dan ini pula adalah anak bantam yg aku beli.

8 comments:

  1. leh tahan :) tp saya beli anak.. bahagi 3 la harga dari harga induknya..

    ReplyDelete
  2. owh..lau tgk harga kat ramal pet tu..bahagi 3..hehe..mmg boleh tahan.smoga membiak ayam tu. =)

    ReplyDelete
  3. lawa ayam ni,suka2. nampak mcm kuat n tahan pnyakit ja..

    ReplyDelete
  4. mmg kuat ayam nih usup.. bg mat baru ja bela, kalo nak start bertelur pun bulan 6 nanti la.. tp kalo awal drp tu kira bonus la.. :)

    ReplyDelete
  5. kacukan baru lawa tuuu.. berkenan la plak.. hehe..

    ReplyDelete
  6. cemerlang.....(shah)=)
    boleh pinjam gmba ayam?
    nak post kat fb...kira tolong promote en nizam punye ayam sekali....hehehe

    ReplyDelete
  7. kacukan baru mmg lawa tp mana nak dpt tak tau :(

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.