MENJUAL UBATAN UNGGAS KESAYANGAN ANDA SECARA ONLINE ( POSLAJU )

Sunday, June 12, 2011

Cacing Dalam Mata ( Eye Worm )


Salam, kali ni aku nak cerita pasal cacing dalam mata ayam, burung dan lain2 pets... cacing dalam mata ni akan menyebabkan mata berair dan membengkak, aku sebenarnya dah berpuluh kali alami benda ni.. sekitar awal pembabitan aku dalam memelihara ayam iaitu pada awal 90-an, time tu aku baru lepas sekolah rendah, aku sangkakan bengkak mata ni disebabkan bakteria atau bendasing spt miang padi.. maklumlah, ayam aku byk makan sisa beras dari sekam padi yang diangkut dari kilang padi berdekatan... walaupun aku tak tahu ada cacing dalam mata ayam yg bengkak tu, aku tetap rawat ayam-ayam tu.. ayah aku ajar pakai bawang merah.. titiskan air perahan dalam mata ayam tu, mmg menjadi tp kekadang tak jadi... so bila aku dah mula buat kajian sendiri maka aku terjumpalah sekumpulan cacing dalam mata setiap ekor ayam yg matanya bengkak, caranya aku tekan mata ayam tu pada bahagian bengkak tu, mmg nampak satu group cacing yg berenang-renang dalam mata ayam tu.. mmg jijik n kesian kat ayam tu. Aku tak sempat nak snap sebab time nak snap jer cacing tu dah masuk balik ke pangkal mata ayam.. hampeh tul.. so utk buang cacing tu aku pakai hembusan yg kuat ke mata ayam tu... aku tekan mata ayam, biar cacing tu leka berenang n 'phuuuuuuuuhhhhh !!! ' aku bagik sebijik... terpelanting cecaing tu tp masih ada yg tinggal nyer.. mmmg takkan kuar abih.. cacing ni pulak dia akan mati kering kalao dah jatuh.. tp selagi ada lembapan dia akan idup so aku test ngan larutan dettol.. nak tgk mati ke tak dia.. mmg 'padam'... kejap jer... sbb tu la sampai ke hari ni aku pakai larutan dettol utk setiap ayam yg dijangkiti.. syaratnya kena rawat awal la, jgn biar mata ayam tu cam bola baru nak rawat.. aku kekadang sedih bila tgk ada peminat n penternak yg suka cari untung jer dari ayam2 mereka, hal kesihatan dibiarkan jer.. ayam2 yg sakit diasingkan n dibiarkan mati mcm tu jer.. bukan nak rawat. Setiap penyakit ada ubatnya, rawatlah ayam2 tu.. mereka jugak makhluk Allah.. Usahalah carikan ubatan yg sesuai.. Insya Allah berjumpa.. jika kita dah ikhtiar tp tak boleh jugak, itu barulah ketentuan.. kena pasrah lah. Penyakit spt puru, sakit mata dan demam selsema sepatutnya dapat dirawat dgn mudah... penyakit yg sukar dirawat adalah spt serangan virus mcm sampar.. mmg tak sempat rawat tp boleh di vaksin sblm kena. Insya Allah sama2 lah kita jadi insan yg mempunyai perikemanusiaan.. Amin..

6 comments:

  1. kalau ayam mata bengkak saye letak minyak masak sehari sekali...2-3 hari pulih...:)

    ReplyDelete
  2. ya betul tu.. petua dari ayah saya ada jugak mcm tu.. boleh jugak dipakai.. :) tq nadiah

    ReplyDelete
  3. GUNA DETTOL,CAMNE TU,GUNA DETTOL YG SHAMPOO KE PASTU TITIK DALAM MATA AYAM,NAK TAU..

    ReplyDelete
  4. Guna Dettol yg cecair tu, yg mcm air teh tu.. (rujuk post saya sblm ni) campur satu titik dettol dalam satu sudu air, ambil satu titik campuran tu n titis dalam mata.. pagi n petang sampai baik. Selalu esok harinya dah nampak perubahan..

    ReplyDelete
  5. hehe.. kalau tempat saya pulak selalu gunakan penambah rasa AJI NO MOTO tu.. letak kat mata.. besoknya dah baik.. alhamdullillah...

    ReplyDelete
  6. wahhh.. satu info berguna ni.. aku nak cuba la jugak :)

    ReplyDelete