Salam, 7 bulan lepas aku ada buat crossbreed antara ayam laga Siam dan Giant Cochin dan telah hasilkan beberapa ekor anak. Salah seekornya kekal hidup hingga ke hari ini iaitu sekor betina spt dalam gambar kat bawah ni, warnanya hitam dengan bulu leher oren.. ada bulu kaki walaupun tak berapa panjang.. so sekarang ayam ni dah mula bertelur dah. So projek aku kembali beroperasi utk hasilkan ayam brahma berbalung kecil dan mempunyai ketahanan atau imun badan yg kuat spt ayam laga. Buat masa sekarang aku kacukkan ibu muda ni dgn jantan light brahma aku yg merupakan penghulu reban sejak dulu. Kita tgk la sama2 apa jenis anak yg bakal keluar nanti.. kalau tgk dalam gambar tu mmg balung induk muda ni jenis batu atau sgt kecil dan rapat ikut bapaknya dulu iaitu sekor ayam laga baka hujung.. so bulu agak lebat dan tebal sbb ikut mak dia giant cochin..
Perbandingan saiz dgn ibunya...Kalau berdiri mmg lebih tinggi dari ibunya...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.