Thursday, November 3, 2011

Giant Cochin + Thai Update



Salam, ingat lagi tak berkenaan anak kacukan antara giant cochin betina dan ayam laga thai aku dulu, sekarang dah besar dah.. dah 4 bulan dah umur dia, mmg kacak n menawan.. cuba tgk foto dia kat atas tu. Macam ayam laga pakai stokin haha... aku sebenarnya sesaja jer simpan dia buat pets.. suka tgk camner dia akan membesar dan perhatikan perubahan badannya. Sekarang dah pandai berkokok dan melawan tangan. Dia punya ketip, fuhhh... tak tahan woo. Abih tgn aku luka2 kalau ajak acu tangan. Tu yg aku malas layan kadang2 tu, niat kita gurau tp dia pukul betul2.. siap sepak terajang pun aku penah kena.. mcm ayah dia jugak. Batang kaki dah la besar... pernah lebam la jari aku kena sepak ngan dia.. Warna n bulu kaki mmg ikut mama dia, n cutting badan mmg sebijik bapak... dah tu apa nama nak bagi ni... Thaicin ?? Sedap jugak tu hahaha... Aku nak tunggu umur dia 8 bulan, fully grown.. time tu baru nampak siapa sebenarnya si merah ni.. :)

Baby Black Giant Cochin

Salam semua, semalam aku sempat singgah Ramal Pets... ambik anak giant cochin hitam yang termenetas kat kedai dia. Ceritanya bermula bila En Mat ni import ma n bapak dia dari oversea ke Malaysia. Semasa transit kat kedai beliau, ibu ayam ni sempat la bertelur 3 bijik. Bila dieram menetas la sekor.. mmg mangsa aku la sbb En Mat sms aku tanya nak ke tak ? Aku ngaku je la.. sbb aku dah tgk mak n bapak dia, mmg pure itam.. besar lak tu.. gedabak ! Cuma tak sempat amik gambar jer mak n bapak dia kalo tak leh tunjuk kat korang. Sapa la yg beli parent dia ni, mmg untung... aku mmg tak cukup duit nak beli pasangan ideal tu.. leh tahan harganya :).. Anak yg aku dapat ni nampak gayanya cam jantan, kalo jantan nanti aku survey2 la betina bila dia dah cukup umur :).. harap sihat walafiat la hendaknya dia ni.. sekarang baru umur 3 minggu...



Lebih kurang camni la bapak dia, besar n bulu lebat sesangat... ( Foto internet... )

Pembaka Silver Bantam

Salam semua, ada 2-3 org dari kengkawan yg lawat blog aku mintak uploadkan gambar pembaka silver bantam yg aku gunakan untuk turunkan benih. Jadi bagi kawan2, ini dia induk silver bantam aku tu, ada sekor jantan dan 2 betina, sekor lg yg betina duk ngeram. Bulu comot sbb sebelum ni duk main ujan, ni dah pindah tempat best skit.. Induk aku dah 3 ekor padam kesan dari bakteria penyebab coryza, yg dapat diselamatkan ni jer yg boleh meneruskan proses pembakaan. Tp takper aku akan beli induk baru kalau ada yg aku bekenan. Ramai jugak yg tanya nak beli anak gold bantam tp aku takder stok la lg.. dulu ada jugak kuar tp belum sempat apa dah padam dek coryza. Bapak jantannya pun arwah jugak so aku akan cari ganti la nanti utk teruskan kesinambungan waris diaorg ni.. Kepada sesapa nak jual gold bantam jantan tu sila la contact aku di 012-5245002. Aku tgh mencari ni..

Wednesday, November 2, 2011

Sepasang Lahore Hitam Utk Dijual



Anak merpati umur dalam 3 bulan nak jual.. call la aku kalo berminat di 012-5245002, harga RM200 sepasang.. Burung di area Shah Alam / Bangi. Keadaan burung mcm dalam foto tu la.. sihat, tenang dan penyabar :) Beli jangan tak beli..

Saturday, October 29, 2011

Anak Brahma Dah Umur 2 Bulan

Salam semua, lama aku tak update posting kat blog aku ni.. sebenarnya aku sibuk teman wife aku kat spital HUKM.. 2 bulan setengah jugak aku tido kat wad walopun bukan aku yg sakit. So dalam dua bulan setengah tu agak2 apa jadik kat aku, korang mesti korang kata aku dah kurus.. tp korang silap, sebenarnya berat aku bertambah lg 8 kg.. hahaha.. kuasa Allah sapa boleh agak :) Aku sendiri pun pening hehe.. Dipendekkan cerita wife aku dah pun melahirkan baby aku yg kedua jugak lelaki pada malam Deepavali lepas dengan berat 3.3 kg.. Syukur aku ke hadhrat Ilahi atas kurniaan-Nya yg tak terhingga ni.. bukan setakat anak aku, anak2 ayam akupun makin menjadik.. tambah2 baka light brahma aku tu.. mmg best tgk anak2 dia membesar bagai johan :) Di bawah ni aku ada sertakan foto anak2 ayam tu yg berumur 2 bulan tepat pada 29 Okt 2011 ni.. Perhatikan bentuk badan, warna dan kelebatan bulu badan dan kakinya. Enjoy..




















Saturday, October 8, 2011

Anak Brahma Dah Umur Sebulan

Salam semua, anak ayam brahma aku ni dah umur sebulan lebih dah, disebabkan ini adalah batch pertama anak brahma so aku akan buat sedikit kajian ttg tumbesarannya. Bukan kajian apapun cuma aku akan rekodkan pertumbuhannya mengikut bulan, contohnya foto2 kali ni adalah foto mereka semasa dah cukup sebulan. Macam ni la rupa anak brahma bila dah cecah umur sebulan. Bulu pada kaki mmg nampak ketara dan panjang, manakala warna bulu jelas menunjukkan ia adalah baka light brahma. Balung yang kemerahan mcm menunjukkan ayam ni jantan, selain foto anak yang bawah ni ada jugak yang aku tengok mcm betina, harap tekaan aku tepat sbb kalau jadik jantan belaka naya woo...







Saturday, October 1, 2011

Ayam Black Rosecomb


Salam semua, pagi tadi aku berkesempatan jumpa En Mat di kedainya Ramal Pets..tujuannya adalah nak ambik sepasang anak ayam baka black rosecomb yg cumel tu. 2 hari oder terus dapat. Ayam ni pertama direkodkan dikembangbiak di Britain sekitar kurun ke 14.. dah lama tu. Ayam ni dapat nama dia berdasarkan bentuk balungnya yang berbentuk bunga rose di bahagian hadapan. Kalau kira berat dewasa jantan cuma 600 gram lebih jer sekor n yg betina dewasa pulak cuma 500 gram lebih jer.. sebab tu mereka ni jatuh dalam kategori bantam ( kerdil ).. Di atas tu adalah contoh ayam dewasa jantan dan di bawah ni betina manakala foto anak ayam adalah anak ayam yg aku beli dari en mat.. baru umur sebulan jer tu..