Monday, February 27, 2012
Anak Ayam Hutan Baka Bulu Betina
Anak Ayam Hutan Kacuk (ALL SOLD)
Stok Anak Light Brahma Untuk Dijual
Salam semua, kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkan baka anak ayam light brahma yg berbulu kaki lebat keluaran Anizam Agrofarm ni silalah hubungi aku sekarang sbb ada 2-3 org yg tempah dulu aku tak ingat sapa... pendek kata aku lupa so mintak maaf tp jgn bimbang.. insya Allah stok banyak.. anak ayam mcm dalam gambar dan setakat ni alhamdulillah telur tak pernah putus jadi insya Allah akan ada stok sentiasa sampai la diberitahu kelak.. penghantaran boleh diuruskan ke seluruh Malaysia guna bas ekspress dgn tambahan rm30 per kotak.... hubungi aku di 012-5245002 (nizam).
Sunday, February 26, 2012
Update Kacukan Cochin-Sebright Bantam
Ingat lagi anak kacukan antara Buff Mini Cochin jantan dan Golden Sebright betina aku dulu (LINK), sekarang dah dara dah... tak lama lagi bertelur la tu.. dua2 betina.. tak dpt la tgk camner rupa jantannya... kat bawah ni adalah foto dua2 dara tu... taktau nak panggil apa sbb tak cantik mcm bantam n tak comel cam cochin... ni aku nak kacuk ngan menatang apapun aku tak tau ni.. kalau ada cadangan dari followers silakan la... warna bulupun tak cantik sgt.. taktau kut2 bila dah sekali nyalin bulu akan lg cantik... tp apapun aku suka jugak layan dua2 ekor ni sbb mereka ni jinak n suka mkn :)
Saturday, February 25, 2012
Ayam Kampung Kacuk Ayam Mutiara ?
Mungkinkah perkara di atas akan berlaku ? Mampukah kita hasilkan kacukan mcm ni ? Cuba rujuk tulisan aku pada post aku bertajuk Kacukan/Hybrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara. Agak mustahil tp org putih dah buat, so akupun try la buat jugak... jeng..jeng..jeng.. dan kat bawah ni adalah hasilnya.. haha menjadik jugak rupanya. So dengan bangganya aku boleh kata Anizam Agrofarm dah ada guinea fowl-chicken hybrid.. hehe. Aku gunakan ayam kampung jantan dicampur dengan ayam mutiara betina. Tak sangka ayam jantan ni galak betul sampai berbenih telur ayam mutiara tu...utk pengetahuan kwn2 semua, dari hari pertama tetas aku dah dpt kesan perbezaan anak ayam kacuk ni, pertamanya dari segi bunyi yg keluar dari anak ayam ni... kalau ayam mutiara selalunya akan bunyi ciapan panjang skit dan berturutan tp anak ayam ni bunyi sebijik cam anak aym kampung. So aku dah mula rekodkan... keduanya warna bulunya coklat, bukan berbatik spt ayam mutiara biasa... perkara2 lain adalah spt ukuran kaki-lebih panjang walaupun masih mengekalkan warna merah mirip kaki ayam mutiara... selain itu lehernya juga lebih panjang, ukuran sayap mmg besar ikut mak dia, mesti boleh terbang lepas ni, paruh dan kepalapelik skit sbb mcm ganas jer.. selebihnya korang tgk la sendiri... sekarang umurnya dah hampir sebulan dan saiznya 2 kaliganda ayam mutiara yg sama baya dengannya.. aku akan rekodkan perkembangannya sehingga dewasa utk tgk kelebihan dan kebaikan kacukan jenis ni...Puyuh Putih

Salam, lama dah aku duk perhati puyuh putih ni.. kat kedai2 burung ada jugak yg jual.. berkenan mmg berkenan tp nak pilih jantan betinanya susah skit... so aku amik masa belajar pastikan jantinanya dulu baru aku beli n cuba biakkan. Satu lg masalah puyuh putih ni adalah warna bulunya yg kdg2 bertompok coklat (warna asal).. tu yg tak best tu... aku cuba cari n biakkan yg pure white sahaja.. mana tau anak dia akan jadik putih semua hehe.. lepas seminggu duk belajar kenal jantina puyuh putih ni n konfem tak silap so aku pun buat first try beli puyuh betina jer 2 ekor sbb yg jantan dah kawan aku beli dah 2 ekor.. dia ingat sepasang rupanya dua2 memanjat hahaaha.. frust dia. Tp takper aku pinjam jap.. jadik la jugak guna hehe... semalam (lps 3 hari beli) aku tgk sekor dari puyuh tu dah bertelur sebijik.. hahaha betul jugak teori aku yg tak pandai ni :) So lepas ni aku akan buat eksperimen utk hasilkan pure white quail... harap menjadik.
Kat bawah ni puyuh putih jantan kwn aku punya.. haha aku dah rendam pewarna, kasi pink skit.. senang aku nak kenal dari jauh, lepas ni kalau aku tgk puyuh pink ni, tau la aku yg dia ni jantan hahaha... jahat nya aku!!
Friday, February 24, 2012
Stok Anak Buff Mini Cochin d Anizam Agrofarm
Salam 1 Malaysia... berikut adalah stok anak ayam Buff Mini Cochin aku, ada 8 ekor semuanya.. dalam foto tu campur2 dah... tp saper yg arif akan kenal yg mana satu anak mini cochin tu... semuanya buff... skitpun tadak itam hehe.. comey2. Jadik sesaper yg berkenan boleh la contact aku.. sekarang baru umur seminggu... lepas sebulan buleh la aku jual.
Subscribe to:
Posts (Atom)




