Salam semua, ayam brahma aku yg bakal cecah umur 5 bulan pd hujung bulan ni telah dipindahkan ke reban baru.. sebenarnya aku ada sewa sebuah rumah kat Bangi khas utk ayam2 kesayangan aku ni, hajat nak buat reban kat luar rumah tu tp takut kena curik so aku modified bilik2 dalam rumah tu buat reban ayam, tp jgn bimbang, rumah masih cantik sbb aku jaga.. lepas cuci gerenti cantik balik :) tuan rumah pun sporting, maklumla rumah kampung ... cuma lokasi tu jauh la dgn rumah aku sekarang, aku kat Shah Alam n ayam kat Bangi.. seminggu sekali la pi tgk.. so aku jangkakan hujung Febuari akan bertelur la ayam2 dara brahma tu, dapat la aku tambah koleksi induk dan harap byk la anak2 kuar nanti... dapat la aku penuhi permintaan kengkawan nanti. Setakat sekarang ni ada sebuah lg bilik kosong dan aku bercadang nak letak ayam hutan aku kat situ, nak biakkan pikat bulu betina tu dgn 4-5 ekor ibu hutan, harap byk anak yg turun ayah dia... mesti best :) ni dalam usaha nak beli induk ayam hutan yg molek2 :) Berikut adalah beberapa foto yg sempat aku snap time hantar ayam2 brahma tu ke rumah baru... enjoy !!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.