Thursday, January 19, 2012

Induk Baru Ayam Belanda

Salam semua, semalam 18 Jan 2012.. sebanyak 8 ekor induk ayam belanda berserta 2 pejantan telah di bawa masuk ke reban baru di Kg Kuantan, Kuala Selangor.. Ladang ni aku kongsi dgn kawan aku En Azrul.. ayam2 ni aku dapat dari Cikgu Ajin ( Ayam Kampung Opah, Banting ).. aku pi ambik sendiri di rumah beliau, geram tgk ayam arab yg dia biakkan, menjadik betul... tp aku sabarkan diri dulu, lain kali kalau belanda dah menjadik n nak tambah baka lain pulak baru aku cari dia.. kebanyakan ayam belanda ni dah bertelur dan ada yg tgh bertelur pun, so aku harap akan dapat pulangannya dalan sebulan dua ni.. tujuan kami ( aku n Azrul ) bukan nak jual daging tp nak jual anak yg berumur 2 minggu hingga sebulan.. harap ada permintaan nanti. Walaupun ayam2 betina tgh bertelur tp bukan bermakna akan senang2 dapat dibiakkan, tentu ada masalah yg bakal dihadapi kelak, namun begitu aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan projek ni satu kejayaan dalam usahasama ternak kami yg pertama ni. Insya Allah kalau menjadi aku akan masukkan baka2 ayam yg hangat dipasaran ketika ini spt ayam arab, ayam gajah, ayam hutan kacukan dan baka2 ayam eksotik lain. Bagi sesiapa yg berminat untuk dptkan anak ayam belanda tu, silalah jenguk2 blo aku ni, insya Allah kalau dah membiak bakal aku jual dgn harga yg berpatutan :)


Ayam2 belanda yg baru sampai dari Banting... Ni tgh transit di Shah Alam :)
En Azrul tgh susun ayam untuk di bawa balik ke Kuala Selangor...

6 comments:

  1. terima kasih atas kesudian berurusan dengan ayam kg opah..................
    esok2 boleh la kita berurusan lagi

    ReplyDelete
  2. Insya Allah.. terima kasih jugak sbb bg kerjasama :)

    ReplyDelete
  3. Asskm En. Nizam, saya baru terbaca ruangan blog ini. Boleh berkongsi sebarang maklumat tentang sekiranya ada pembekal anak ayam belanda di sekitar Banting atau kawasan terdekat? Saya tinggal di Banting dan sedang mencari pembekal anak2 ayam belanda untuk dibiakkan. Atau En. Nizan sendiri ada membekal anak ayam belanda. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. ada... sila hubungi saya di 012 524 5002

    ReplyDelete
  5. Kalo aku berada d sabah, bgaimana aku nak dpt anak ayam belanda sekitar umur 2 minggu

    ReplyDelete
  6. Keluaran ayam turkey ABT Tech Farm bermula pada Disember 2014,50Ekor tiap2 bulan...jenis black spanish turkey, white holland turkey, royal palm turkey, sweet grass turkey, broadbester bronze turkey, brown kalkun turkey, red bourbon turkey ..harga anak turkey. Bermula dari rm6 - rm12 ..dewasa harga rm15/kg- rm19/kg ..untuk keterangan lanjut sila hubungi en.Adam 012-564 2271

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.