Showing posts with label Ayam booted bantam. Show all posts
Showing posts with label Ayam booted bantam. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Ayam Sablefoot @ Booted Bantam

 
 Pagi tadi tepat jam 6:17 pagi aku terima satu kotak berisi trio anak ayam baka booted bantam.  Kiriman dgn bas dari saudara Hafiz (Rare Aves) BM, Penang.  Lama dah aku berkenan ayam ni.. dulu pernah bela tp ter 'padam' la plak hehe.. Tu foto kat atas tu la anak2 aku yg baru sampai tu.  



Foto kat atas pulak anak2 ayam yg sama yg telah masuk sangkar.  Harap mereka suka la sangkar n kediaman baru mereka ni.  Minat aku pada baka ayam ni adalah bulu kakinya yg sgt panjang selain saiz body nya yg comel bak serama.  Trio yg ku oder ni adalah dari induk yg sama so aku kena la usaha cari baka dari kengkawan lain yg ada bela utk buat tukar suka sama suka.  Baru berubah skit bloodline nya.  Baka yg aku perolehi ni mmg bermutu di pandangan mata aku, ya lah induknya pure import.  Mmg design baikkk punya la.. untung aku :)


Foto kat atas tu adalah induknya ( foto aku ceduk rare aves punya blog.. belum mintak permision lg nih hehe ).. dan aku berharap anak2tu akan membesar n jadik sebijik cam parent dia ni atau lg dasat.. hehe.  Mana tau gen darah anak bawak baka yg paling tulen n cantik.  Boleh buat selective breeding lak nanti.  Hasilnya mesti menawan :)

Monday, April 23, 2012

Booted Bantam Chicken

Salam kengkawan para pelawat blog aku ni, disebabkan aku berjaya dalam membiak brahma so ada la modal skit nak tambah koleksi baka ayam. Baru2 ni Ramal Pets offer aku anak Booted Bantam, warna kuning pekat/oren pendek kata korang tgk la sendiri gambarnya kat bawah ni. So akupun terus berkenan n sambar jer.. alhamdulillah kedua2 anak ayam tu masih sihat hingga ke hari ini. Harap dapat hidup dengan sihat selamanya. Ramal Pets kata baka ni adalah baka D'Uccle tp bila aku siasat, baka ni sebenarnya bukanlah D'Uccle sbb baka D'Uccle adalah hasil drp kacukan Antwerp Belgian yg ada beard/jambang dengan Booted Bantam yg ada bulu kaki panjang. Dan hasil kacukan adalah menjadi D'Uccle yg ada beard dan bulu kaki panjang. Mungkin ada salah faham di situ. Tp apapun aku akan baiki salah faham tu dan kembali dgn nama asal baka ayam ni iaitu baka Booted Bantam. Nama ni dipilih ni berdasarkan tumbuhnya bulu yg tebal di kaki ayam ni so mcm kasut boot, jadi kita panggillah Booted Bantam :)... Harga boleh tahan.. tp tak ramai yg aku tgk ada baka ni, kalau ada pun jarang dijualbeli. Akupun tak pasti kenapa? Tak membiak ker atau tak diminati.. tp nampak gayanya comel dan sgt sesuai sbg haiwan kesayangan.. Ayam jantan dewasa tak sampaipun berat sekilo, si betina apatah lg. Ayam baka ni mempunyai balung tunggal yg tegak biasanya dgn 5 gigi.. aku harap anak yg aku dpt ni punya balung yg tebal supaya tak senang jatuh atau senget.




Ni la anak yg aku dapat, bulu kaki baru nak tumbuh.. tunggu la lg 4 bulan utk tgk full grown.


Ni antara jantan dewasa baka Booted Bantam ni.. bagi aku mmg comel n cantik..


Manakala ini adalah baka D'Uccle yg sebenar, perhatikan beard di bawah dagunya..