Monday, July 2, 2018
Ayam Kampung - Sistem Trading Oleh Penternak
Friday, June 8, 2018
"DARJAT" AYAM KAMPUNG DI MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat dan para penternak sedunia.
Berbalik kepada soalan lagi : Kenapa AKA mahal? Ayam daging murah pulak?
Sebenarnya AKA tak mahal tuan-tuan, tapi ayam daging yang terlajak murah. Menyebabkan AKA nampak mahal. AKA ambil masa 4-6 bulan untuk capai berat 1-2kg (ikut jenis baka), tetapi.. ayam daging hanya perlu 30 hari untuk capai berat 2kg. Jadi, kita difahamkan bahawa 'MASA ITU EMAS'.. iaitu masa sangat bernilai.. jadi tempoh masa 4-6 bulan vs 30 hari.. agak2 la.. mana yang lebih mahal? Walaupun AKA dilepas bebas, makan xperlu banyak belanja, tapi tempoh masa itulah menjadi taruhannya.
Isu kedua yang 'memberi' harga pada AKA adalah faktor pemakanannya. Kerana apa? Kerana pemakanan ayam akan mempengaruhi rasa dagingnya. Ada ka sapa-sapa yang tak kisah beli ayam sekilo RM20 tp rasa macam ayam daging? Agak-agak melompat tak? hihi.. AKA lepas bebas, makan serba serbi (xpayah ceritalah makan apa haha), rasa dan tekstur daging sangat hebat jadinya. Perumpamaan, antara madu lebah ternak dari ladang bunga dibandingkan dengan madu lebah dari pokok tualang hutan, yang mana pilihan tuan? Ada beza harga tak? Kenapa mahal pula madu lebanh tualang padahal pergi kutip je bukan perlu keluar modal buat sarang dan sebagainya. Ya.. mahal sebab lebah tualang kutip madu dari pelbagai jenis bunga, luas jajahan kutipannya.. tak sama lebah ternak, hanya sekitar ladang bunganya sahaja.. kalau di situ ada bunya tahi ayam dan kekwa.. maka itulah sahaja madunya (bunga tahi ayam dan kekwa ada madu ke? maaf xarif..)
Berapa harga runcit AKA sekarang ? (Jun 2018) Di Selangor, timbang hidup sekilo RM16-18, siap proses sekilo RM20-22. Harga Ayam Kampung Kacuk (AKK) ? Hidup RM8-12/kg, siap proses RM12-14/kg. Ayam Daging ? RM6-6/kg hidup dan RM7-8.50/kg. (Ni semua runcit, bukan borong.. borong harga macam-macam boleh jadi ikut isu semasa reban dan owner..)
Ada soalan-soalan bertanya : Apa jadi pada harga AKA jika diternak dalam reban dan makan dedak komersial semata-mata? Mahal macam tu jugak ka lagi?
ok.. Ikan patin sungai yang ditangkap liar sekilo berapa RM? Yang diternak dalam sangkar pulak berapa RM? Baka ikan yang sama, makan benda yang berbeza.. macam tu juga AKA, tidak akan dipandang kalau hanya makan dedak semata, tanpa rayauan mereka di tunggul-tunggul yang beranai-anai, di celah-celah perdu pokok yang banyak telur semut, di tebing-tebing sungai yang banyak belalang.. dan sebagainya. Ini juga menjawab persoalan kenapa harga AKK tidak sehebat AKA. Tq hehe
Ok, ada lagi soalan : Habis tu kalau AKK diternak lepas bebas bersama-sama AKA, jalani cara hidup AKA, adakah harga akan jadi AKA?
Suatu hari En Abu ngail ikan. Dapat naikkan seekor keli Afrika seberat 1kg. Harga keli sungai pada masa tu RM15 sekilo, harga keli kolam (Afrika) RM3 sekilo. Agak-agak kalau En Abu jual RM15 sekilo keli yang dia pancing tu laku ke ? Kann.. Jadi tak akan AKK dapat 'darjat' yang sama dengan AKA dengan hanya cari makan bersama, cuma mungkin ada kenaikkan sedikit dari harga asal AKK sekiranya seller pandai menggunakan USP yang ada pada AKK nya itu.
Dah-dah.. jangan ditanya pulak kalau ayam daging bersama-sama cari makan dengan AKA.. haha
Soalan seterusnya : Sama-sama makan dedak yang sama, sangkar yang sama tetapi hanya tempoh matang untuk dijual sahaja yang berbeza, kenapa harga AKK dan Ayam Daging berbeza??
3 kriteria penentu harga :
1. Corak pemakanan
2. Tempoh masa membesar
3. Baka
Daripada 3 di atas, tinggal 2 je yang jadi perbezaan, iaitu tempoh masa membesar dan baka. AKK perlu 2 bulan untuk capai 2kg berat badan. Ayam Daging perlu 30 hari untuk capai 2kg.
AKK Umur 2 bulan perlu 6kg dedak
1kg dedak RM1.70
Total 2 bulan RM1.70 x 6 = RM10.20
Ayam Daging Umur 1 bulan perlu 3.5kg dedak
1kg dedak RM1.70
Total 30 hari RM1.70 x 3.5 = RM5.95
Agak-agak pasaipa AKK mahal berbanding ayam daging? Itu belum diambilkira harga anak ayam dan kos penjagaan yang terang-terangan sangat berbeza kosnya.
Baka : Kenapa baka juga penentu harga?
Kerana melalui bakalah para penternak dapat mempelbagaikan dan menentukan corak pemakanan dan tempoh masa membesar. Contohnya : Para penternak tidak boleh gunakan baka ayam daging untuk tujuan ternakan lepas bebas dalam reban yang tidak berbumbung, dengan mengharapkan prestasi tumbesaran dan kesihatan sama seperti AKA. Sepengalaman saya, ayam daging tidak sesuai diternak secara lepas bebas, (ok..ok.. ada pulak kata, eh saya buat ok je! Ya buat lah.. berapa orang yang bela 3,000 ekor ayam daging lepas bebas.. setakat 30 ekor sy pun xmau la komen haha.. ) Sebaliknya juga, penternak tidak boleh ternak AKA dalam reban umpama ayam daging dengan mengharap AKA mereka akan jadi berat 2kg lepas 30 hari.. dan jual sekilo RM18. Jem gini..
Kesimpulannya :
Maaf sekiranya kita tak sependapat hehe. Bagi saya, gabungan baka, corak pemakanan dan tempoh masa membesar tidak dapat dipisahkan dalam penentuan harga ayam. Jagan asingkan 3 beradik kriteria ni, bila diasingkan akan kelirulah pengguna. Namun begitu, para penternak masih bebas menggunakan Unique Selling Point (USP) bagi produk masing-masing untuk melariskan produk selagi tidak menipu. USP seperti ayam bebas antibiotik, ayam omega 3, ayam lepas bebas dan ayam herba boleh menjadi HOT sekiranya penternak jujur. AWAS ! Jangan sampai ada USP melibatkan ayam beriman, ayam diperdengarkan AL-Quran, ayam doa, ayam organik (tanpa sijil sah), ayam solat 5 waktu, ayam selawat la bagai pulak nanti.. xlarat nak bersubahat dah bila kita diam.. menjadi-jadi pulak.
SEKIAN
** Tulisan ini sekadar menyuarakan pendapat saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Selaku orang yang bergiat secara langsung dalam bidang ini, saya amat-amat gembira bilamana tumbuhnya para penternak-penternak baru dari kalangan kaum Melayu. Namun begitu, janganlah kita terlalu taksub dengan standard, bukan semua benda boleh di standardkan. Terdapat beberapa perkara yang lebih elok dibiarkan berada pada tempatnya seperti sediakala. Alhamdulillah. Saingan sihat diperlukan di sini. In sha Allah.
Nizam Yaacob
Anizam Resources
012-524 5002
Friday, September 4, 2015
ASAS PENGIRAAN KOS TERNAKAN AYAM KG KACUK
Saturday, February 25, 2012
Ayam Kampung Kacuk Ayam Mutiara ?
Mungkinkah perkara di atas akan berlaku ? Mampukah kita hasilkan kacukan mcm ni ? Cuba rujuk tulisan aku pada post aku bertajuk Kacukan/Hybrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara. Agak mustahil tp org putih dah buat, so akupun try la buat jugak... jeng..jeng..jeng.. dan kat bawah ni adalah hasilnya.. haha menjadik jugak rupanya. So dengan bangganya aku boleh kata Anizam Agrofarm dah ada guinea fowl-chicken hybrid.. hehe. Aku gunakan ayam kampung jantan dicampur dengan ayam mutiara betina. Tak sangka ayam jantan ni galak betul sampai berbenih telur ayam mutiara tu...utk pengetahuan kwn2 semua, dari hari pertama tetas aku dah dpt kesan perbezaan anak ayam kacuk ni, pertamanya dari segi bunyi yg keluar dari anak ayam ni... kalau ayam mutiara selalunya akan bunyi ciapan panjang skit dan berturutan tp anak ayam ni bunyi sebijik cam anak aym kampung. So aku dah mula rekodkan... keduanya warna bulunya coklat, bukan berbatik spt ayam mutiara biasa... perkara2 lain adalah spt ukuran kaki-lebih panjang walaupun masih mengekalkan warna merah mirip kaki ayam mutiara... selain itu lehernya juga lebih panjang, ukuran sayap mmg besar ikut mak dia, mesti boleh terbang lepas ni, paruh dan kepalapelik skit sbb mcm ganas jer.. selebihnya korang tgk la sendiri... sekarang umurnya dah hampir sebulan dan saiznya 2 kaliganda ayam mutiara yg sama baya dengannya.. aku akan rekodkan perkembangannya sehingga dewasa utk tgk kelebihan dan kebaikan kacukan jenis ni...Thursday, September 23, 2010
Reban Ayamku D Kampung

Di bawah ni pula adalah reban ayam serama aku yg aku buat pada tahun 1997 dulu.

Berikut pula adalah barang2 ternakan ayam yg bersepah sbb tadak sapa pedulik lg dah..



Ini pula adalah ibu-ibu ayam yg masih produktif di reban lama tu..

Wednesday, May 26, 2010
Kacukan/Hibrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara
Kali ini aku nak bercerita tentang kacukan yang dijalankan semata-mata untuk kajian kesuburan dan cubaan iaitu kacukan antara ayam biasa dengan ayam mutiara. Kacukan antara keua-dua jenis ayam ini yang tergolong dalam spesis yang sama telah membuahkan hasil. Kejayaan ini ditempa oleh semestinya org putih, diaorg nih memang suka sgt buat kacukan n kajian nih.. semua benda nak dikacukkannya.. tp untung jugak sbb kita boleh la tumpang belajar.. yang elok kita ambil, yang tak elok kita letak tepi. Berbalik kpd hasil kacukan tadi, aku ada sertakan sedikit foto yang aku ambil dari internet ttg hasil kacukan ni..

Anak kacukan umur 1 hari.

Dah besar umur 7 hari.

Dah lagi besar umur sebulan.

Ni dah umur 7 bulan.

Tengok la kepala dia, gerun woo...

Ni lagi satu produk yang sama.. mcm garuda daa...
Mengikut keterangan dalam internet ni, ayam ini dikacuk cara semulajadi, dengan meletakkan ayam jantan dan ayam mutiara betina dalam satu kurungan. Mungkin disebabkan factor genetik yang lebih kurang sama dan tabiat hidup yang sama, kedua-dua haiwan ini mengawan dan menghasilkan telur yang subur untuk penetasan. Dijelaskan juga dalam artikel tersebut bahawa hanya telur yang menetas setelah 28 hari pengeraman sahaja yang akan menghasilkan anak yang betul-betul sihat dan berdaya hidup. Manakala anak yang menetas seawall 21 hari pengeraman akan mati atau tidak sihat seperti sepatutnya. Ini adalah kerana anak yang menetas awal lebih kepada tempoh pengeraman ayam tetapi dalam badannya terkandung gen ayam mutiara yang hanya akan melengkapkan sistem imunisasi tubuhnya dalam tempoh 28 hari pengeraman, tidak hairanlah ia akan mati atau tidak sihat jika menetas awal.
Di Malaysia aku belum dengar lg la pasal kacukan antara 2 sub-spesis nih, kalau dah ada yang buat tu meh la kita share kat sini, boleh jugak tambah ilmu.. tp kalau sapa2yang nak buat sbb terbaca tulisan aku ni, korang tolongla tanggung akibatnya.. sbbnya aku ada dengar yang hasil kacukan benda pelik2 ni tak subur, maksudnya anak hasil kacukan ni mungkin tak dapat bertelur atau membiak. Kalau korang nak buat kacukan ni utk cipta baka baru ayam mutiara pedaging ker boleh la buat dgn syarat niat kena la betul. Bukan apa aku risau kot-kot ayam-ayam tu tanya di akhirat esok, “Kenapa ko kacuk kami nih…” apa korang nak jawab ??!!
Sunday, January 31, 2010
Ayam Kampung Kacukan



Salam kengkawan dan para pembaca blog aku nih. Hari ni aku sempat ambik gambar ayam-ayam kg kacukan aku tgh makan. Kalo korang tgk ayam aku ni tak la byk sgt, ada la dalam 250 ekor. Tu pun rasa cam dah berkurang sbb ada yang dah dibeli dek org.. Sekilo RM9 aku jual buat masa nih.. Untung jugak la walopun tak banyak..
Satu kemusykilan yg masih bermain dalam benak aku ialah, ayam kampung kacuk ni ayam apa sebenarnya.. maksud aku dikacuk antara ayam kampung dengan ayam apa? ayam gajah ke ? ayam telur ke ? ayam daging ke ? atau ayam import yang lain..
Dulu aku pernah kacuk ayam gajah ngan ayam sabong siam.. jantan ayam sabong siam dan betina ayam gajah.. anak dia mmg besar n berat tp makan pun kuat :) cam gajah la jugak.. body mmg cam ayam sabong tp time timbang.. terkezut tokey borong ayam.. 'beratnya ayam hang, jenih apa nih.. ka hang bg makan batu?' petikan kata-kata apek tokey borong ayam kat kg aku..





