Showing posts with label burung kecil. Show all posts
Showing posts with label burung kecil. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Diamond Dove Tetas Lagi

Salam, tak perasan diamond dove dah tetas 2 ekor n dah besar, rasa cam dah seminggu.. harap idup la kedua2 tu.. bertambah la warga Anizam Agro Farm :).. dan harap sepasang la.. jgn la jantan 2-2.. kalau betina 2-2 takpa :)



dah nak sama saiz ngan mak ayah dia dah haa..

Lawatan Time Balik Kampung

Salam semua, sebenarnya dah seahun lebih aku tak balik kampung aku kat Alor Setar nun... sbb sepanjang thn lepas wife aku selalu tak sihat, alahan pregnant n masuk hospital 2 bulan lebih.. so ni bila dah selamat bersalin apa lagi.. anak aku pun dah masuk 3 bulan.. ramai2 balik kg.. hehe.. punya la exited time tu haha.. so tanggal 2 Feb akupun balik kg bersama wife n 2 anak lelaki aku tu :)... anak aku yg sulung tu biasa la, dia buat keta aku tu mcm kat kem PLKN.. panjat sana sini... tp takper, terhibur la jugak aku ni :).. balik kg tgk umah dah baru dah sbb mak aku renovate.. cantik2.. tp yg tak cantiknya, abih ayam2 kat umah tu disemelih sbb nak buat kenduri.. tinggal 2 pasang jer.. haha.. lepas ni susah la anak aku nak kejar ayam.. so dalam suka2 makan ayam kg tu sempat la jugak aku snap gambar buah longan hasil dari pokok yg aku tanam 2 thn lepas... sejuk hati bila tgk pokok yg ditanam dgn tgn sendiri dah berbuah :)... ni foto buah2 tu tp tak masak lg so takut kempunan aku makan la jugak sebijik, manis jugak walopun tak masak lg.. isipun tak penuh lg.. so ok la tak kempunan dah lepas ni.








Esoknya aku ke rumah sepupu wife aku, mmg diaorg ni keturunan Pakistan n selalunya org sebelah sana suka bela lembu n kambing, pendek kata suka menternak.. aku pulak mmg pantang dgr org ada ladang.. mmg nek pergi ajer.. so samapai la aku kat sana. Aku ingat aku jer yg exited rupanya anak aku lg dasat.. hahaha. Bangga jugak la aku sbb anak aku ikut pe'el aku.. boleh la buat kawan besar esok. Kat situ ada bela kambing boer n ayam belanda so sesaper yg kat kawasan Alor Setar n Jitra yg nak beli kambing atau ayam belanda buleh la hubungi aku, nanti aku bg alamat diaorg... kat bawah ni ada foto2 berkenaan.








Kat bawah ni gambar anak aku yg sulung, Nazhan tgh buat tinjauan kat kandang kambing..










Gambar atas : Nazhan tgh bertanya khabar akan kesihatan kambing tersebut...



Berikut pula adalah foto2 burung budgie yg pesat membiak kat rumah abg aku di Aziahisma
Mini Farm... menjadik betul tgn abg aku ni.. kalah la aku :)








Thursday, September 22, 2011

Diamond Dove Dah Tetas



Salam semua, batch pertama pengeraman diamond dove ni tak menjadi.. so telur tu dia buang ke bawah.. kali kedua bertelur ni dia buat sarang atas alang reban, tinggi la pulak tak sampai nak amik gambar, setelah gunakan sepenuh tenaga utk memanjat baru la dpt snap gambar anak burung nih.. sakit jari2 aku tp takpa asalkan dpt tunjukkan gambar anak burung ni.. sekor jer pun, tp cumelll... mmg kalau masih anak kaler dia akan gelap jer sesuai utk penyamaran dalam sarang supaya sukar dikesan oleh pemangsa. Tp tu la, punya la penat panjat reban tup2 gambar kabur jugak..hahaha.. dah ler, tak laratnak panjat lagi dah .. tua dah aku nih. Harap burung ni membiak la dgn byk sbb suka tgk dia terkedek2 cari makan kat tanah :)

Sunday, August 28, 2011

Zebra Finch Dah Bertelur

Salam Aidilfitri, tak lama dah nak makan ketupat :) akuuuu jugak tak dpt balik kampung, huhuhu.. apapun aku td exited sgt sbb sepasang zebra finch yg aku beli dah berkurun tu dah bertelur 3 bijik.. ingat mandul dah haha.. harap2 netas la, lg 2 minggu (14 hari lebih kurang ) netas la tu.... yg bestnya selama ni couple ni dah 3 kali pindah sarang tp tak bertelurpun.. pindah sarang tak bermaksud buat sarang.. kalau dikira gian buat sarang tu nak bgtaunya, si jantan tu punya la giat buat sarang, setakat ni kalau dikumpul rumput n sampah sarap yg dikutip, aku rasa dah penuh satu peti sejuk satu pintu tu... banyak kan. Last2 bertelur jugak. Alhamdulillah... Harap lepas ni membiak la dengan pesat. Apa2 pun nanti aku update kalau dah tetas. Berikut gambar telur pasangan tu dalam sarang kat reban aku.


Wednesday, August 17, 2011

Diamond Dove Bertelur

Salam, bercerita ttg diamond dove ni mmg best.. terbayang rupa dia pun aku dah suka sbb dia kecik n comel... haha rasa cam nak picit jer.. baru ni diamond dove kat aviary aku dah bertelur 2 bijik.. excited woo.. jangka 22 hb ni menetas la lepas 14 hari pengeraman tp sbb pertama kali bertelur so tak lah berharap sgt.. aku pun tak buat candling telur tu pun.. just tunggu dan lihat je la.. ni ada gambar aku sempat snap n uploadkan.. cam biasa aku akan tambah dari semasa ke semasa.






Thursday, January 20, 2011

Sepasang Zebra Finch

Semalam aku dapat sepasang zebra finch dari kedai pets di Klang. Memang kiut menatang bernama zebra finch nih.. dengan warna dan corak bulu badan yang tersusun ditambah dengan saiz yg kecil menjadikan ia sejenis burung yang comel. Jadi disebabkan daya tarikan tersebut akupun beli jua akhirnya. Mula takmo beli. First time aku tgk burung ni secara dekat adalah kat kedai pets kenalan aku di Sg Ramal Dalam, Ramal Pets Shop nama kedainya, En Mat iaitu tuan punya kedai dapat burung tu sepasang tp yg betinanya dah 'padam' so masa aku lawat kedai beliau, cuma tinggal yg jantan jer.. bila aku tgk n sembang2 ngan en mat nih, rasa terpaut lak dgn burung ni.. yang jantan biasanya akan lebih jinak dan selalu berbunyi seakan siulan kecil dan manja, mmg sedap telinga dengar... bila aku check dalam internet, ternyata zebra finch mmg mendapat tempat di hati para peminat burung tempatan. Zebra Finch ( Taeniopygia guttata ) berasal dari Australia dan ia membiak sepanjang tahun. Perbezaan jantan dan betina aku ada tunjukkan dalam foto-foto di bawah. Jantan biasanya mempunyai bulu pipi kecoklatan , paruh yang kemerahan dan mempunyai pelbagai corak bulu di badannya. Betina pula tidak mempunyai sifat tersebut. Jika zebra finch tersebut telah mengalami mutasi warna contohnya mempunyai bulu putih dan lain2 yang mana tidak mempunyai warna bulu pipi yang jelas, maka warna paruh adalah satu-satunya kaedah mengenalpasti jantina mereka. Ia boleh hidup 5-10 tahun dalam kurungan dan mencapai 15 tahun jika lepas bebas. Ia makan bijirin kecil seperti kambu (sambau), biji rumput lain dan seumpamanya. Jumlah telur yang dikeluarkan setiap kali membiak adalah 2-7 biji dan yang paling kerap adalah 5 biji. Tp jika dalam kurungan ada rekod menunjukkan ia akan bertelur dalam jumlah yang lebih banyak. Anak2 burung ini mungkin mempunyai warna yang berbeza dari ibubapa mereka, jadi korang mungkin akan lebih teruja utk membela dan membiak burung ini. Anak burung jantan hanya akan mempunyai bulu pipi dan paruh yang berwarna apabila mencapai umur 2 bulan ke atas. Sebelum itu semua anak burung adalah kelihatan sama sahaja. Tempoh pengeraman adalah sekitar 14-16 hari, sama seperti burung budgie, penetasan anak adalah secara berperingkat. Dan pengeraman juga dilakukan oleh kedua-dua induk secara bergilir. Selepas 3 hingga 4 minggu anak burung akan cuba keluar dari sarangnya. Ia akan mula membiak setelah berumur 8 bulan ke atas.





Zebra Finch Betina yang aku baru beli.



Zebra Finch Jantan yang baru aku beli.




Kedua-dua Zebra Finch yang baru aku beli dari kedai pet Klang.


Contoh anak-anak zebra finch.




Ibu zebra finch duk layan 2 ekor anaknya.

Monday, January 17, 2011

Anak Budgie Umur Seminggu

Anak budgie aku yang sulung dah umur seminggu dah.. mmg susah nak pastikan semua hidup, tetas 7 ekor yang idup 3 jer dari 2 sarang tu.. tp apapun Alhamdulillah sebab ini pengalaman pertama aku.... lepas ni aku dah tau apa nak buat.. mmg aku akan breed budgie ni gila-gila punya sbb dah ada tempat n makanan pun senang. Ni aku sertakan foto anak budgie aku.. kaler kuning kehijauan kalo tak silap.. maklumla bulu baru tumbuh... lagi seminggu nampak la rupa dia.. :)



Friday, December 31, 2010

Anak Burung Budgie Dah Tetas

Salam semua, minggu ni adalah minggu bertuah aku, anak burung budgie dah mula menetas.. ada dua sarang yg aku tgk dah tetas.. taktau la berapa ekor jumlahnya nanti, disebabkan ini adalah pengalaman aku yang pertama, so aku terpaksa berhati-hati n selalu merujuk kepada internet n abg aku utk pastikan peratus survival anak budgie ni tinggi nanti.. aku takmo la nanti exited masa tetas jer.. last-last yg idup cuma 2 ekor jer dari 10.. mesti sedih n moral down nyer.. so aku akan tambahkan vitamin dalam air n jaga makan induk budgie ni dengan lebih teratur bermula pada hari ini.. harap budgie aku akan hidup dalam keadaan sihat n bahagia... berikut adalah foto induk n anak yg baru tetas tu.. :) enjoy !!





Di bawah ni adalah bekas makanan yang aku buat sendiri hasil dari tinjauan di internet, mmg sgt berguna terutama time aku balik kampung berhari raya dulu.. cam penyelamat dunia la kiranya dia ni..

Di bawah ni pula adalah ayam kesayangan aku, tak lain n tak bukan adalah Giant Cochin aku yang baru berusia 4 bulan, dah sama saiz ayam gajah dah.. sbb bulu tebal n lembut serta gebu.. mmg best layan ayam ni.. manja giler.. aku tunggu lagi 6 bulan utk pembiakbakaan.. :)


Saturday, December 25, 2010

Budgie Mula Bertelur

Wah.. mmg dalam sibuk-sibuk aku pun buleh senyum lagi tuu... why? sbb aku punya budgie dah bertulur... manyak pulak tuu.. hehe.. just excited jer lebih... aku ada gantung 4 sarang dari sabut kelapa dalam aviary aku tu.. yang bestnya 3 dari sarang tu dah berisi, tak sangka depa ni bertelur serentak.. last aku terjah hari tu ada 13 biji semuanya... 2 sarang serba 4 biji dan 1 sarang ada 5 biji... harap menjadik la nanti.. jgn sampai aku kempunan tgk anak budgie dah ler.. ni aku ada sertakan foto yg sempat aku snap dengan kaedah 'bedal jer' :) ada jugak foto budgie aku tengah makan jagung...











Sunday, September 19, 2010

Misi Memburu Budgie

Salam aidilfitri pada semua, dengar tajuk aku kali ni mcm gempak jer.. sebenarnya dari sebelum balik kampung sempena raya lagi aku dan abg aku (Abg Mail) dah plan nak cari burung budgie kat area Alor Setar tu.. maklumla, harga kat sana berbanding kat sini hampir separuh lebih murah.. kalo kat sini dapat RM 70 - 80 sepasang, kat Kedah cuma RM 40 sepasang.. langkah pertama dimulakan oleh abg aku ketika dia berkunjung ke Perlis melawat saudara sebelah kakak ipar aku.. nak dijadikan cerita, abg aku ni tersinggah di kedai burung Perlis tu.. dia ada ckp sblm pi Perlis tu, kalau ada burung cantik dia belikan dulu utk aku.. aku iyakan jer sbb abg aku ni mmg pandai nilai budgie nih.. sbb kat rumah dia pun dah mula biak dari 4 kepada 12 ekor.. jadi ptg tu aku plan nak jumpa kat rumah org tua aku utk tgk budgie yg dibeli.. mmg aku suka warna dia. Warna based adalah putih dan ada tona kuning di kepala dan ekor (spt foto di bawah).. sgt cantik bg aku. Dua2 betina pulak tu... mmg bertuah la aku. Hrp dpt byk anak lps nih.. untung2 jadi albino atau lutino... jadi sekarang aku dah ada 4 ekor budgie, satu hijau, satu pure kuning dan dua yg aku sebut tadi.


Pada petang 14 hb tu aku n abg mail drive pulak ke rumah pak sedara kami yg aku panggil pak ndak, dia ni mmg dasat sbb dah lama bela n induk pun byk.. mcm2 warna ada tolak pure white jer takder lg.. dari dia aku dapat la 3 pasang.. siap masuk sangkar tangkap sendiri tuu.. sangkar diapun besar so boleh la aku masuk dan mengamuk dalam tuu.. hehe.. mujur dia suruh aku keluar lepas dapat 3 pasang tu.. kalo tak mmg aku tangkap lagi : ) Foto sangkar dan burung kat rumah pak ndak aku seperti di bawah ni..






Pada keesokan harinya aku n abg aku berkunjung pula ke satu lg tempat biak budgie iaitu di Lorong Seri, Alor Setar.. sangkar budgie milik en shabani, seorang guru. Mmg bukan calang2 cikgu nih, dia ada lebih kurang 5-6 sangkar besar utk pelihara budgie, kat depan n belakang rumah semua ada budgie.. lama giler aku n abg aku borak ngan dia sbb kebetulan abg aku ni pun cikgu jugak.. lgpun ckgu shabani ni byk info.. dari cikgu shabani aku dapat 2 pasang so total budgie yg ada kat aku sekarang utk dibawa balik ke Bangi adalah 12 ekor.. dari cikgu shabani aku dapat salah satunya hampir pure white.. sbb ada watermarks biru pada belakangnya.. Berikut adalah foto reban burung en shabani..





Di bawah adalah himpunan 12 ekor budgie yg berjaya diburu dalam perburuan kali ini.. esok hantar Shah Alam masuk aviary aku :) hehehe...