2 mayat yang berjaya dikesan.Friday, April 6, 2012
Reban diceroboh
2 mayat yang berjaya dikesan.Monday, April 2, 2012
Anak Ayam Mutiara Untuk Dijual (SOLD)
Sunday, March 4, 2012
Aku Dikasari :(
Berparut la tgn aku... nampak cam tak dalam kan luka dia, tp darahnya meleleh.. dalam la tu.Rupanya kuku dia tajam wooo.. tp aku dah potong dah haha.. lepas ni tak kena dah kut.
Saturday, February 25, 2012
Ayam Kampung Kacuk Ayam Mutiara ?
Mungkinkah perkara di atas akan berlaku ? Mampukah kita hasilkan kacukan mcm ni ? Cuba rujuk tulisan aku pada post aku bertajuk Kacukan/Hybrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara. Agak mustahil tp org putih dah buat, so akupun try la buat jugak... jeng..jeng..jeng.. dan kat bawah ni adalah hasilnya.. haha menjadik jugak rupanya. So dengan bangganya aku boleh kata Anizam Agrofarm dah ada guinea fowl-chicken hybrid.. hehe. Aku gunakan ayam kampung jantan dicampur dengan ayam mutiara betina. Tak sangka ayam jantan ni galak betul sampai berbenih telur ayam mutiara tu...utk pengetahuan kwn2 semua, dari hari pertama tetas aku dah dpt kesan perbezaan anak ayam kacuk ni, pertamanya dari segi bunyi yg keluar dari anak ayam ni... kalau ayam mutiara selalunya akan bunyi ciapan panjang skit dan berturutan tp anak ayam ni bunyi sebijik cam anak aym kampung. So aku dah mula rekodkan... keduanya warna bulunya coklat, bukan berbatik spt ayam mutiara biasa... perkara2 lain adalah spt ukuran kaki-lebih panjang walaupun masih mengekalkan warna merah mirip kaki ayam mutiara... selain itu lehernya juga lebih panjang, ukuran sayap mmg besar ikut mak dia, mesti boleh terbang lepas ni, paruh dan kepalapelik skit sbb mcm ganas jer.. selebihnya korang tgk la sendiri... sekarang umurnya dah hampir sebulan dan saiznya 2 kaliganda ayam mutiara yg sama baya dengannya.. aku akan rekodkan perkembangannya sehingga dewasa utk tgk kelebihan dan kebaikan kacukan jenis ni...Monday, September 19, 2011
Anak Ayam Mutiara Untuk Dijual (SOLD)
Monday, January 17, 2011
Anak Ayam Mutiara Nak Jual (SOLD)

Saturday, December 25, 2010
Anak Ayam Mutiara
Monday, November 15, 2010
Perihal ayam mutiara, white leghorn, ayam laga, serama n giant cochin.



Ptg semalam aku dpt jugak dalam 10 biji telur ayam white leghorn kacukan aku yg pernah aku post dalam blog ni dulu. Telurnya tak sebesar telur ayam white leghorn ori, Mula ingat white leghorn ori tp rupanya kena trick :( .. dah terkacuk ngan ayam kampung agaknya.. kesian aku. Dah tu penjualnya takmau bertanggungjawab pulak tu.. Selebihnya adalah telur ayam laga baka Thai, aku try jugak nak eram mana tau dpt kuar anak.. mesti best hehe. Di bawah ni adalah telur-telur yg aku kutip semalam, dah selamat duk dlm incubator, lg 5 hari aku suluh la utk tgk benih, harap byk la yg menjadi..

Sementara tu, telur ayam mutiara yg aku eram terdahulu ( first batch ) dah tetas.. sekarang tgh lepak dalam bekas didik. Di bawah adalah gambar dia.. dah ada org booking semua.. laju betul lakunya.
Selain tu, aku suka jugak nak update perkembangan terkini ttg serama aku, setakat ni serama betina aku baru mula bertelur, alhamdulillah telur cukup sifat dan sempurna, harap tetas la nanti.. gambar induk, bapa serama n telur ada kat bawah ni..

Di bawah pula adalah ayam Giant Cochin aku yang dah byk pertumbuhan berbanding masa beli dulu.. dah besar n berisi.. setakat ni sihat lah.
Wednesday, May 26, 2010
Kacukan/Hibrid : Ayam Kampung + Ayam Mutiara
Kali ini aku nak bercerita tentang kacukan yang dijalankan semata-mata untuk kajian kesuburan dan cubaan iaitu kacukan antara ayam biasa dengan ayam mutiara. Kacukan antara keua-dua jenis ayam ini yang tergolong dalam spesis yang sama telah membuahkan hasil. Kejayaan ini ditempa oleh semestinya org putih, diaorg nih memang suka sgt buat kacukan n kajian nih.. semua benda nak dikacukkannya.. tp untung jugak sbb kita boleh la tumpang belajar.. yang elok kita ambil, yang tak elok kita letak tepi. Berbalik kpd hasil kacukan tadi, aku ada sertakan sedikit foto yang aku ambil dari internet ttg hasil kacukan ni..

Anak kacukan umur 1 hari.

Dah besar umur 7 hari.

Dah lagi besar umur sebulan.

Ni dah umur 7 bulan.

Tengok la kepala dia, gerun woo...

Ni lagi satu produk yang sama.. mcm garuda daa...
Mengikut keterangan dalam internet ni, ayam ini dikacuk cara semulajadi, dengan meletakkan ayam jantan dan ayam mutiara betina dalam satu kurungan. Mungkin disebabkan factor genetik yang lebih kurang sama dan tabiat hidup yang sama, kedua-dua haiwan ini mengawan dan menghasilkan telur yang subur untuk penetasan. Dijelaskan juga dalam artikel tersebut bahawa hanya telur yang menetas setelah 28 hari pengeraman sahaja yang akan menghasilkan anak yang betul-betul sihat dan berdaya hidup. Manakala anak yang menetas seawall 21 hari pengeraman akan mati atau tidak sihat seperti sepatutnya. Ini adalah kerana anak yang menetas awal lebih kepada tempoh pengeraman ayam tetapi dalam badannya terkandung gen ayam mutiara yang hanya akan melengkapkan sistem imunisasi tubuhnya dalam tempoh 28 hari pengeraman, tidak hairanlah ia akan mati atau tidak sihat jika menetas awal.
Di Malaysia aku belum dengar lg la pasal kacukan antara 2 sub-spesis nih, kalau dah ada yang buat tu meh la kita share kat sini, boleh jugak tambah ilmu.. tp kalau sapa2yang nak buat sbb terbaca tulisan aku ni, korang tolongla tanggung akibatnya.. sbbnya aku ada dengar yang hasil kacukan benda pelik2 ni tak subur, maksudnya anak hasil kacukan ni mungkin tak dapat bertelur atau membiak. Kalau korang nak buat kacukan ni utk cipta baka baru ayam mutiara pedaging ker boleh la buat dgn syarat niat kena la betul. Bukan apa aku risau kot-kot ayam-ayam tu tanya di akhirat esok, “Kenapa ko kacuk kami nih…” apa korang nak jawab ??!!
Monday, April 26, 2010
Ayam Mutiara Lagi

Salam, semalam (26/04/10) aku ke Sri Bumi Ternak milik saudara zul hilmi kat Beranang, tujuannya adalah nak ambil 4 ekor ayam mutiara yg dah aku order 3 hari sebelumnya. ! jantan dan 3 betina, Alhamdulillah setibanya aku kat ladang nampak beliau dah ada kat situ… ayampun dah siap tangkap cuma tinggal nak ikat kaki jer.. ayam ni aku oder khas buat member aku Azrul yg baru nak berjinak dengan ternakan ayam mutiara ni.. katanya, anaknya suka dengan ayam so aku cadangkan bela ayam mutiara, selain comel mereka ni sangat rintang penyakit.. so senang la nak bela for beginner.. berbalik kepada cerita kat ladang zul td, dalam sembang2 tu aku pun tangkap ayam tu n ikat kaki dia, cara ikat supaya dia susah lari adalah dgn ikat dua ekor sekaligus, so susah la dia nak lari.. mak aku la yg ajar semua nih… aku tak lama kat sri bumi ternak sbb ada org dtg nak ambil inkubator auto lak, en azizan dari Nilai.. Jadi malam tadi ayam-ayam tu transit kat rumah aku la kejap.. Pagi tadi mcm biasa jam 6.30 pg aku bertolak dari Bangi ke Shah Alam bersama isteri dan ayam-ayam mutiara tu sekali … sekarang ni ayam-ayam tu ada kat dalam raga dalam sangkar puyuh member aku kat opis nih.. ptg ni akan berubah la tempat tinggal mereka.. harap azrul akan dapat jaga mereka dengan baik, kalo menjadik aku nak cadangkan baka yang lagi menguntungkan utk beliau.. sbb dia tinggal kat rumah kampung.. Kalo nak lawat blog kedua-dua kenalan aku ni bolehla klik link di bawah :
Zul Hilmi : http://seribumiternak.blogspot.com/
Azrul : http://www.al-ansarfarm.blogspot.com/
Sunday, April 18, 2010
Jom Belek Jantina Ayam Mutiara






