Showing posts with label ayam belanda. Show all posts
Showing posts with label ayam belanda. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Red Bourbon Turkey D'Anizam Agrofarm


Salam semua, sempena MAHA 2012 lepas aku berpeluang mendapatkan baka ayam belanda yang aku idam kan selama ini iaitu baka red bourbon ( terima kasih kpd En Ebraheem dari Dangau Poultry ).  Baka ni asalnya baka domestik yang di beri nama Red Bourbon sempena warna bulunya yg kemerahan dan dibiakkan di Bourbon County, Kentucky. Jantan dewasa adalah seberat 15 kg manakala betina dewasa mencecah 8.2 kg. Walaupun di Malaysia berat tersebut jarang diperolehi dengan baka yg sama akibat cuaca dan corak pemakanan serta pembiakbakaan yang tidak terancang, namun baka ini dilihat masih mengatasi baka terdahulu samada dari segi berat, saiz serta nilai estetikanya. Masalah saiz yang semakin mengecil bukan sahaja dihadapi oleh penternak di Malaysia, tetapi juga di tempat asalnya. Mengikut kata pakar, baka ini dibiarkan tanpa kawalan pembiakbakaan yang terancang dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan hasil yang agak mengecewakan. Kat bawah ni adalah anak2 ayam yg berumur 2-3 bulan yg dibawa terus dari Penang ke ladang aku, aku bela dulu la sampai umur 5 bln baru boleh lepas bersama induk yg lain utk pembesaran.  Buat masa sekarang masih lagi di Shah Alam, ladangnya di Kuala Selangor... 




Tuesday, August 28, 2012

Anak Ayam Belanda Untuk Dijual

Salam Syawal kepada semua pelawat blog aku di bulan perayaan ini, lama betul aku tak update blog, sepanjang Ramadhan mmg tak sempat nak update.. byk foto2 yang aku ambil berkenaan aktiviti aku kat reban ttp cuma aku simpan jer sbb tak sempat nak karang cerita.. aku tak bercadang nak ulas semula secara terperinci berkenaan apa yg dah berlaku sepanjang kesibukan aku tp kalau ada yg berkenaan akan aku cerita la jugak.. buat masa sekarang aku sibuk mulakan semula proses buat incubator memandangkan sepanjang ramadan aku mmg tak berkesempatan.. harap semua tempahan dapat aku siapkan dalam bulan ni jugak.  Perlu sokongan semua :).  Update aku kali ni adalah berkenaan anak ayam belanda nak dijual, ada 5 ekor jer pun.. saki baki sebelum balik cuti raya hari tu.. dah 2 minggu umurnya, sekor RM 15.. datang sendiri leh la tawar skit :) biasalah kawan2.. kat bawah ni fotonya.. selain tu anak ayam mutiara sama umur ada jugak 4 ekor.. sapa2 berminat leh la..

Saturday, February 11, 2012

Lawatan Time Balik Kampung

Salam semua, sebenarnya dah seahun lebih aku tak balik kampung aku kat Alor Setar nun... sbb sepanjang thn lepas wife aku selalu tak sihat, alahan pregnant n masuk hospital 2 bulan lebih.. so ni bila dah selamat bersalin apa lagi.. anak aku pun dah masuk 3 bulan.. ramai2 balik kg.. hehe.. punya la exited time tu haha.. so tanggal 2 Feb akupun balik kg bersama wife n 2 anak lelaki aku tu :)... anak aku yg sulung tu biasa la, dia buat keta aku tu mcm kat kem PLKN.. panjat sana sini... tp takper, terhibur la jugak aku ni :).. balik kg tgk umah dah baru dah sbb mak aku renovate.. cantik2.. tp yg tak cantiknya, abih ayam2 kat umah tu disemelih sbb nak buat kenduri.. tinggal 2 pasang jer.. haha.. lepas ni susah la anak aku nak kejar ayam.. so dalam suka2 makan ayam kg tu sempat la jugak aku snap gambar buah longan hasil dari pokok yg aku tanam 2 thn lepas... sejuk hati bila tgk pokok yg ditanam dgn tgn sendiri dah berbuah :)... ni foto buah2 tu tp tak masak lg so takut kempunan aku makan la jugak sebijik, manis jugak walopun tak masak lg.. isipun tak penuh lg.. so ok la tak kempunan dah lepas ni.








Esoknya aku ke rumah sepupu wife aku, mmg diaorg ni keturunan Pakistan n selalunya org sebelah sana suka bela lembu n kambing, pendek kata suka menternak.. aku pulak mmg pantang dgr org ada ladang.. mmg nek pergi ajer.. so samapai la aku kat sana. Aku ingat aku jer yg exited rupanya anak aku lg dasat.. hahaha. Bangga jugak la aku sbb anak aku ikut pe'el aku.. boleh la buat kawan besar esok. Kat situ ada bela kambing boer n ayam belanda so sesaper yg kat kawasan Alor Setar n Jitra yg nak beli kambing atau ayam belanda buleh la hubungi aku, nanti aku bg alamat diaorg... kat bawah ni ada foto2 berkenaan.








Kat bawah ni gambar anak aku yg sulung, Nazhan tgh buat tinjauan kat kandang kambing..










Gambar atas : Nazhan tgh bertanya khabar akan kesihatan kambing tersebut...



Berikut pula adalah foto2 burung budgie yg pesat membiak kat rumah abg aku di Aziahisma
Mini Farm... menjadik betul tgn abg aku ni.. kalah la aku :)








Thursday, January 19, 2012

Induk Baru Ayam Belanda

Salam semua, semalam 18 Jan 2012.. sebanyak 8 ekor induk ayam belanda berserta 2 pejantan telah di bawa masuk ke reban baru di Kg Kuantan, Kuala Selangor.. Ladang ni aku kongsi dgn kawan aku En Azrul.. ayam2 ni aku dapat dari Cikgu Ajin ( Ayam Kampung Opah, Banting ).. aku pi ambik sendiri di rumah beliau, geram tgk ayam arab yg dia biakkan, menjadik betul... tp aku sabarkan diri dulu, lain kali kalau belanda dah menjadik n nak tambah baka lain pulak baru aku cari dia.. kebanyakan ayam belanda ni dah bertelur dan ada yg tgh bertelur pun, so aku harap akan dapat pulangannya dalan sebulan dua ni.. tujuan kami ( aku n Azrul ) bukan nak jual daging tp nak jual anak yg berumur 2 minggu hingga sebulan.. harap ada permintaan nanti. Walaupun ayam2 betina tgh bertelur tp bukan bermakna akan senang2 dapat dibiakkan, tentu ada masalah yg bakal dihadapi kelak, namun begitu aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan projek ni satu kejayaan dalam usahasama ternak kami yg pertama ni. Insya Allah kalau menjadi aku akan masukkan baka2 ayam yg hangat dipasaran ketika ini spt ayam arab, ayam gajah, ayam hutan kacukan dan baka2 ayam eksotik lain. Bagi sesiapa yg berminat untuk dptkan anak ayam belanda tu, silalah jenguk2 blo aku ni, insya Allah kalau dah membiak bakal aku jual dgn harga yg berpatutan :)


Ayam2 belanda yg baru sampai dari Banting... Ni tgh transit di Shah Alam :)
En Azrul tgh susun ayam untuk di bawa balik ke Kuala Selangor...