Showing posts with label ayam gajah. Show all posts
Showing posts with label ayam gajah. Show all posts

Tuesday, September 15, 2020

KABIR SI AYAM ISRAEL

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Bersua lagi kita dengan topik baru iaitu berkaitan perihal ayam. Kali ini saya suka untuk menulis tentang ayam KABIR keluaran syarikat dari Israel. Insya Allah saya cuba tulis tentang apa yang sering ingin diketahui oleh para penternak ayam di Malaysia tentang baka ini.

    KABIR bermaksud ‘besar’. Jadi di Israel apa sahaja yang besar mereka panggil kabir. Dalam hal ayam, mereka mengusahakan ‘ayam besar’ atau ‘dijaj kabir’. Genetik ayam KABIR mula dikembangkan oleh Zvi Katz iaitu presiden syarikat Kabir Chicks Ltd sekitar tahun 1960-an. Namun begitu pada tahun 2006 hibrid tersebut telah dimiliki oleh syarikat Avizoo dari Itali.

    Di Malaysia parent stock ayam Kabir diimport sejak sebelum 2006 lagi dan kebanyakannya adalah dari jenis Red Kabir. Red Kabir digunakan kerana ada perbezaan warna bulu berbanding SASSO. Ini membolehkan ayam antara dua syarikat ini dibezakan dan kajian berterusan dapat dibuat di Malaysia. Sejak Red Kabir masuk ke Malaysia, kita dapat lihat warna bulu adalah jelas berbeza berbanding SASSO, namun begitu setelah berbelas tahun di Malaysia, warna bulu tidak lagi relevan untuk dibezakan kerana ada beberapa syarikat yang mengeluarkan F1 Kabir dan SASSO telah membiak silang antara kedua-dua baka ini bagi menghasilkan satu hibrid baru sebagai tindakan bertujuan menaiktaraf genetik untuk imun tubuh dan sebagainya.

    Kehadiran ayam Kabir di Malaysia adalah berseiring dengan SASSO. Maka tidak hairanlah jika sekitar penghujung tahun 80-an dahulu kita dapat lihat demam ayam gajah di kalangan penternak di kampung-kampung. Terdapat tokey-tokey anak ayam menjual anak ayam gajah (Kabir dan SASSO) sambal mempamerkan versi dewasa ayam-ayam ini untuk membuktikan kehebatan saiz mereka. Sejak itulah ayam Kabir dikenali di kalangan penduduk kampung khususnya di Utara sebagai ayam Israel dan di Pantai Timur sebagai ayam Sroel. Ada juga yang pukul rata menggelarkan sebagai ayam gajah kerana saiznya yang besar itu.

    Sepertimana ayam SASSO, ayam Kabir juga terkenal dengan kadar tumbesaran yang cepat dan saiz matang yang hebat. Dan sama seperti SASSO, Kabir mempunyai induk parent stock yang bertubuh kecil dikenali sebagai Female Kabir yang sangat menjimatkan kos makanan dan ruang di samping sifatnya yang resesif di mana menurunkan hanya genetik pembaka kepada anak-anak yang bakal menetas.

    Berikut adalah sedikit foto dan maklumat berkaitan induk dan pembaka parent stock Kabir yang dapat saya paparkan mengikut apa yang dikeluarkan oleh Avizoo Itali ketika artikel ini ditulis.

 

 






   

 Ayam KABIR F1 milik saya berumur 6 bulan ketika ditimbang.

Monday, September 14, 2020

PERIHAL AYAM SASSO

      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat blog saya yang tidak seberapa ini.

      Kali ini saya akan menulis berkaitan ayam SASSO.  Apa sebenarnya ayam SASSO? Kenapa ia dibawa masuk ke Malaysia? Kenapa ianya mendapat permintaan hangat pada masa sekarang? Semuanya akan saya huraikan di dalam tulisan saya kali ini.

      SASSO sebenarnya adalah nama sebuah syarikat pengeluar baka ayam yang beroperasi di Perancis (France).  SASSO adalah dari singkatan "Sélection Avicole de la Sarthe et du Sud Ouest" yang membawa maksud "Poultry Selection from Sarthe and South West".  Sarthe dan South West adalah nama lokasi di Perancis.  Ini membawa maksud ayam-ayam yang dikeluarkan oleh  SASSO adalah ayam-ayam yang bakanya dipilih dari 2 kawasan tersebut dan disatukan lalu dijalankan kajian genetik sehinggalah menghasilkan beberapa jenis ayam hibrid yang mencapai tujuan yang dikehendaki oleh mereka.  SASSO mula beroperasi lewat tahun 1960-an lagi.  Bayangkan hasil mereka setelah kajian selama hampir 60 tahun dalam bidang genetik ayam, sudah semestinya hebat.  Fokus SASSO adalah mengeluarkan beberapa hibrid ayam yang digunakan untuk tujuan pedaging namun menyediakan alternatif kepada ayam pedaging moden. Ini bermaksud, SASSO menghasilkan ayam pedaging yang mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan jika dibandingkan dengan ayam pedaging komersil seperti hibrid Ross and Cobb (ayam pedaging bulu putih biasa). Apa keperluan mengeluarkan hibrid ini? Sejak kehadiran ayam pedaging bulu putih sekitar tahun 1950-an, para penduduk dunia dihidangkan dengan masakan dari ayam pedaging yang berusia 40 hari (anak ayam), dengan kualiti daging yang terlalu muda itu, agak kurang rasa ayam sebenar dapat dinikmati.  Para penggemar ayam masih mencari kualiti daging yang lebih bagus, di sinilah SASSO mengambil peluangnya.  Dengan kepakaran yang ada, SASSO mula mengkaji baka-baka asli yang ada di negara mereka dan mula menghasilkan hibrid yang memenuhi permintaan tersebut.  Hibrid tersebut mestilah tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat membesar untuk mencapai saiz sembelihan.

     Pada masa artikel ini ditulis, SASSO mempunyai 3 jenis kod induk parent stock (PS) dan 6 jenis kod pembaka seperti berikut.

 

Induk :


Pembaka :

 

     Setiap induk yang dihasilkan mempunyai kelebihan di mana ia mampu menghasilkan anak-anak (F1) hampir 100% mengikut phenotype dan genotype si pembaka.  Contohnya jika pembaka Ruby C (C44) yang bertubuh besar dibiakkan bersama induk SA31A yang bertubuh kecil, maka anak yang terhasil samada jantan atau betina adalah mengikut ciri-ciri pembaka Ruby C (C44) yang akan cepat membesar, bertubuh besar serta warna bulu yang sama (anak-anak ini yang kita kenali sebagai ayam gajah, israel @ sroel).  Kelebihan pada SA31A adalah ia mempunyai genetik resesif di mana tidak akan mempengaruhi kepada genetik anak-anaknya kelak.  Oleh kerana tubuhnya yang kecil, maka SA31A sangat menjimatkan kos makanan dan ruang. Inilah kelebihan yang dihasilkan oleh SASSO yang tiada pada ayam biasa yang kita pelihara sekarang.  Pendek kata jika kita biakkan SA31A dengan ayam cemani yang serba hitam itu, maka anak-anak (F1) yang dikeluarkan juga adalah hitam dan saling tidak tumpah ayam cemani.

Namun begitu, kelemahan F1 adalah ia tidak dapat mengekalkan ciri-ciri yang ada pada dirinya kepada anak-anaknya (F2) di mana anak-anak hasil pembiakan F1 jantan dan F1 betina yang dikenali sebagai F2 tidak lagi membawa genotype dan phenotype F1. 

 Sebagai contoh :

Induk SASSO kod SA31A dibiakkan dengan jantan Cemani akan hasilkan anak-anak jantan dan betina F1 (hitam seakan cemani)

F1 Jantan dibiakkan dengan F1 Betina tadi akan hasilkan anak-anak (F2) yang tidak lagi hitam keseluruhan seperti F1. Akan ada bulu kecoklatan di tubuh F2 kerana membawa semula genetik resesif SA31A yang telah diaktifkan semula.

Di Malaysia, SA31A sangat terkenal dan di bawa masuk untuk dibiakkan bersama ayam kampung lokal seperti apa yang dilakukan oleh pihak MARDI untuk menghasilkan ayam kampung MARDI.  Tidak kurang juga syarikat-syarikat seperti Sin Long Heng, GSM, KAMI Farming dan lain-lain menggunakan SA31A dan dibiakkan dengan ayam jantan lokal yang telah dihibridkan untuk menghasilkan hibrid baru yang diberi nama ayam kampung kacuk.  Terdapat juga syarikat yang masih mengekalkan baka hibrid SASSO dalam keluarannya seperti syarikat Charoen Pokhpand yang membiakkan induk SA31A dengan pembaka C44 dan Ruby N.

Seiring dengan pertumbuhan populasi penduduk di Malaysia, keperluan makanan terutama daging ayam adalah sangat tinggi sehingga Malaysia terpaksa mengimport ayam dari negara jiran.  Malaysia dengan itu berusaha mewujudkan ladang-ladang ayam pedaging komersil denga pesat bagi menampung keperluan tersebut.  Namun begitu, terdapat juga golongan penggemar ayam kampung dan mereka ini kurang memakan ayam pedaging komersil di atas pelbagai alasan samada tentang penggunaan antibiotik, rasa daging sehingga kaedah ternak.  Maka peluang inilah diambil oleh syarikat-syarikat tertentu untuk memperkenalkan baka SASSO di Malaysia.  Sesi perkenalan ini disambut baik oleh golongan penggemar ayam 'slow growth' ini.  Dan sejak itu sampailah ke hari ini permintaan tidak pernah putus.

Walaupun ayam SASSO tergolong dalam kategori ayam pedaging berwarna (colored broiler) dan menjadi isu perdebatan hangat di Malaysia pada maka kini, namun permintaannya tidak pernah surut sejak ia mula dibawa masuk ke Malaysia.  Ia menjadi sumber rezeki kepada pelbagai golongan masyarakat disebabkan harga yang mampu milik dan kitaran tumbesaran yang hebat di samping kualiti daging yang agak baik seiring dengan tumbesarannya.

 

Anak-anak F1 hasil dari induk SA31A dan Ruby C

Sepertimana induk SASSO, para pembaka SASSO juga mempunyai kelebihan tersendiri.  Ruby C contohnya mempunyai stuktur tulang yang besar dan dada yang luas membolehkan daging diisi dengan lebih banyak manakala Thunder mempunyai tubuh yang tinggi dan warna bulu yang menarik. Mamba pula mempunyai bulu hitam keseluruhan dan antara hibrid terbaru daripada SASSO.

 

Friday, January 6, 2012

Ayam Gajah Yang Gagah

Salam, tajuk atas cam tajuk buku citer kanak-kanak.. aku suka :) Nanti aku tulis buku citer ni untuk anak aku :)... ayam gajah aku yg sepasang jer pun ni sangat aku syg sbb aku bela dari kecik.. dua2 sihat n bertelur dgn baik... Insya Allah anak2 dia akan aku bela sampai besar untuk dijadikan santapan hehehe... warna ayam ni memang menarik.. teringin jugak nak kacuk yg jantan tu ngan betina giant cochin aku tp mungkin lain kali kut... tunggu dara muda cochin la bertelur.. yg mak cochin biar la ngan suaminya yg tercinta tu.. lgpun dah lama mereka bersama ( ayat drama )... kalau korang nak tau aku mmg kawal pemakanan ayam gajah aku ni... sbb takut sakit jantung... sehari lebih kurang 5 genggam dedak jer... kalau lebih takut byk lemak yg mana boleh menyebabkan kematian.. dah byk dah padam kes terlalu gemuk... tambahan kalau ayam baka byk daging nih...



Tuesday, September 20, 2011

Ayam Gajah Aku Dah Bertelur

Salam tuan2 dan puan2 yg saya hormati sekalian, hari ni laporan aku adalah berkenaan ayam gajah yg dah bertelur.. aku rasa umur pasangan ni baru 20 minggu (5 bulan).. tp dah bertelur. Mmg cepat.. wa manyak untun wooo.. tatak payah bele lame-lame.. tp sepasang jer.. kalau betina banyak lg la best :) takpa, sabar dulu.. pelan2.. hari ni telur pertama beliau, mmg kecik sbb ayam dara.. bg batch kedua nanti mungkin akan lebih besar, kebiasaannya mcm tu la.. foto bawah sekali tu ada aku buat perbandingan antara telur2 ayam eksotik aku.. kalau dibandingkan dgn giant cochin, ayam gajah mmg lebih besar saiz dan kuantiti dagingnya tp sbb ayam betina tu baru mula bertelur so telurnya kecik je la dari telur ayam giant cochin tu. Aku tak pernah timbang berat ayam gajah atau brahma atau cochin aku tu.. tp aku rasa utk tujuan rekod perlu jugak aku buat satu masa nanti.. Lepas ni boleh la aku biakkan ayam gajah pulak, jual anak, sekor Rm3.50 utk umur bawah seminggu.. hehe best dak angan2 aku.. Kat bawah ni aku sertakan foto-foto berkaitan benda-benda yang aku cerita td..








Wednesday, April 27, 2011

Anak Ayam Gajah

Salam, dah lama tak bela ayam gajah dan dah lama tak tgk gelagat ayam gajah ni. So aku buat keputusan nak bela 6 ekor ayam, baru jer beli semalam kat pasar Klang. Sekor RM3.50. Kira dah seminggu kut umur dia, dah boleh lepas kat reban pun, kawan ngan puyuh dulu.. lepas 2 bulan aku semelih la.. :) kalau aku syg aku simpan la sekor dua.. aku suka tgk gelagat dia, lemah lembut jer.. mungkin sbb berat kut :) Ni anak ayam yg aku beli tu, semua aku pilih yg kaler cantik2 jer.. boleh buat hiasan :)









Friday, January 28, 2011

Ayam Azrul ( Member Aku )

Salam,
Minggu ni adalah minggu memburu ayam buat aku. Sebenarnya aku tolong member aku carikan ayam kegemaran dia utk dibela secara suka2 kat umah dia di Kuala Selangor. Member aku nama dia Azrul, kejer satu tempat jugak ngan aku.. baru mula berkecimpung dalam dunia 'belaan' dalam setahun lepas.. dulu aku dah carikan ayam mutiara utk dia dan alhamdulillah dah membiak :)... kali ni aku diminta carikan 3 baka ayam iaitu :
a. Ayam Gajah
b. Ayam Selasih
c. Ayam Bulu Balik

So misi mencari aku akhirnya berjaya juga, semuanya serba 4 ekor atau 2 pasang.. kalo ayam gajah n selasih mmg senang nak dpt anak benih tp yg bulu balik ni susah skit.. mujurlah penjualnya tu jenis senang kira so alhamdulillah semuanya jadik... Berikut adalah foto2 anak2 ayam yg berumur sekitar 2 minggu ke 1 bulan kepunyaan Azrul... harap membesar sihat dan kuat bagai johan :)

Ayam Gajah

Ayam Selasih

Ayam Bulu Balik