Showing posts with label penyakit & penawar. Show all posts
Showing posts with label penyakit & penawar. Show all posts

Saturday, December 13, 2025

Masalah Angel Wing Pada Unggas




Assalamualaikum dan dalam sejahtera kepada para pelawat blog ini.  

Kali ini saya akan kongsikan berkaitan masalah bulu pelepah unggas yang mencapah keluar dari kedudukan asalnya.  Gejala ini lebih mudah dikenali sebagai ‘angel wing’ dalam Bahasa Inggeris.  Orang Barat memanggilnya Angel Wing kerana ada bulu pelepah yang keluar ke kiri dan ke kanan seolah-olah sayap malaikat yang mereka faham dan gambarkan.  Masalah angel wing ini bukan baru bagi para penternak unggas serata dunia.  Ia merupakan masalah global di mana para penternak unggas seluruh dunia pernah atau berisiko menghadapinya.  Antara unggas yang paling mudah kena angel wing adalah angsa, diikuti oleh itik pedaging samada hybrid atau tulen dan agak kerap pada jenis-jenis ayam yang mempunyai kadar tumbesaran yang pantas seperti ayam pedaging, ayam gajah, ayam keturunan laga bersaiz besar seperti ganoi, shamo, indio gigante dan ratu.



Kenapa angel wing terjadi?

Terdapat 3 faktor utama yang dikenalpasti menjadi penyebab angel wing iaitu:

1.    Kecacatan genetik

Ya angel wing adalah salah satu kecacatan.  Bila ia dikategorikan sebagai salah satu kecacatan genetik maka bermaksud ianya boleh diwarisi dari ibu atau bapa unggas kepada anak-anaknya.  Oleh itu, jika anda ingin membuat pembiakan bagi unggas-unggas ini, elakkan memilih unggas yang mempunyai masalah angel wing.  Jelas sekali seolah-olah kita sengaja mencari masalah hehe.

 

2.    Kekurangan nutrisi dalam makanan harian

Angel wing bermaksud di mana ada beberapa bulu pelepah di kepak utama (primaries wing) mencapah keluar dan bukan tersusun di tempat asalnya pada bahagian lapisan bawah kepak (rujuk foto).  Pertumbuhan bulu-bulu ini sepatutnya seiring dengan pertumuhan tulang yang menyokongnya supaya elok terletak pada laluannya.  Namun begitu, akibat kekurangan nutrisi seperti vitamin D, vitamin E, kalsium atau manganese, maka susunan tersebut gagal diperolehi.  Maka terhasillah masalah angle wing.

 

3.    Diet tinggi protein dalam makanan

Masalah angel wing bukanlah masalah yang berlaku dalam sekejap masa.  Ia adalah hasil yang diperolehi dari satu tempoh yang panjang.  Bermula dengan sedikit demi sedikit kedudukan bulu pelepah tersebut berubah lokasi hasil daripada pertumbuhan badan yang terlalu cepat berbanding pertumbuhan tulang akibat makanan terlalu tinggi kandungan protein samada dalam bentuk mentah ataupun amino acid.  Dalam proses tumbesaran unggas, pertumbuhan tulang dan kemasukan daging atau pertambahan berat perlulah seiring.  Jika tidak, ada sahaja yang tak kena sepanjang proses tersebut dan akan menghasilkan kesan sampingan dan dalam kes ini adalah angel wing.

 


Angel wing, adakah boleh dirawat?

Ya angel wing masih boleh dirawat. Alhamdulillah.  Tetapi… hanya jika anda merawatnya pada peringkat awal iaitu ketika unggas masih muda dan tulang dan tubuh masih dalam proses pertumbuhan.  Jika unggas sudah matang, maka kemungkinan rawatan ini tidak lagi berhasil.  Kecuali dengan kaedah penbedahan.  Rawatan adalah paling mudah di peringkat awal anda perasan unggas anda ada gejala angel wing.  Biasanya angle wing mula berlaku pada unggas usia muda iaitu di bawah umur 2 bulan mengikut jenis unggas.  Cara merawat paling biasa digunakan adalah 2 kaedah iaitu mengikat barisan bulu pelepah yang terlibat ke lokasi asalnya dan membiarkan dalam keadaan tersebut sehingga kembali normal atau cara kedua adalah dengan memotong terus bulu pelepah yang teribat sehingg pendek betul sehingga ia salin dengan bulu baru secara semulajadi.  

Namun begitu, dalam kedua-dua rawatan ini, unggas wajiblah diberi makan dan minum serta tempat tinggal yang paling baik dan selesa bagi mendapatkan kesan rawatan optima.  Kita sebagai penternak tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana jika dibiarkan maka menjadi-jadi pula masalah angle wing ini di reban kita.  Baikilah kualiti pengurusan unggas di reban kerana angel wing bukan hanya masalah unggas, tetapi juga menandakan masih ada ruang yang perlu diperbaiki dalam pengurusan reban kita.  

Sekian semoga bermanfaat untuk semua.  Terima kasih dari saya.

 

Monday, February 21, 2022

AYAM LUMPUH AKIBAT RADANG LUTUT

Salam sejahtera kepada para pembaca dan rakan ternak yang budiman.  Berjumpa lagi kita dalam blog kesayangan saya ini.  Seminggu-dua ni saya teringin menulis berkaitan salah satu penyakit yang berupaya melumpuhkan ayam iaitu Viral Arthritis.  Jom kita huraikan.

 


Pengenalan

Penyakit yang dikenali sebagai Viral Arthritis(Tenosynovitis) ini adalah penyakit yang membentuk radang pada tendon di lutut ayam.  Radang yang berlaku akan menyebabkan tendon di lutut mengalami luka dan membengkak, seterusnya menyebabkan ayam kurang upaya untuk berdiri atau menjadi lumpuh jika berada pada peringkat kritikal.  Ia disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Avian Reovirus.


 

Kaedah jangkitan

Kaedah jangkitan adalah melalui induk ayam, perkakasan dalam reban atau reban yang telah dijangkiti, virus dipindahkan kepada anak-anak ayam dalam tempoh 48 jam selepas penetasan.  Virus ini akan mula menunjukkan kesan apabila ayam meningkat dewasa di mana ketika ayam betul-betul memerlukan kakinya untuk menampung berat badan masing-masing.  Sepengalaman saya, ayam yang mempunyai saiz besar atau tinggi seperti ayam laga yang tinggi, ayam ratu, pelung, aseel, Malay dan indio gigante adalah cenderung untuk cepat lumpuh apabila dijangkiti penyakit ini.  Selain itu, ayam yang tidak mendapat zat yang cukup juga cenderung untuk mudah dijangkiti dengan virus ini, jadi berhati-hatilah dalam memilih pemakanan untuk ayam anda.

 
Bengkakan ketara pada sendi lutut

Gejala dimulai dengan bengkakan di belakang lutut

Perbezaan antara dua belah kaki yang mempunyai bengkakan tendon lutut


Gejala yang ditunjukkan

Gejala akan mula kelihatan pada ayam yang berusia lebih dari 30 hari dan ke atas..  Sekitar 30% daripada jumlah ayam akan terjangkit dan menunjukkan gejala ketara.  Ayam yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seperti berikut :

1.    Banyak masa dihabiskan dengan duduk berbanding berdiri.

2.    Bahagian belakang lutut kelihatan membengkak.

3.    Lama kelamaan ayam mulai lumpuh.

4.  Kesukaran untuk berdiri menyebabkan ayam akan kurang makan dan minum, membawa kepada dehidrasi dan kematian.

Para penternak ayam dinasihatkan sentiasa peka kepada setiap perubahan kepada tingkah laku dan fizikal ayam supaya setiap gejala dapat dikenalpasti dengan segera.  Ini penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan.

 

Rawatan dan pencegahan

Rawatan - Tiada rawatan khusus yang terbukti dapat menyembuhkan penyakit ini secara total.  Namun begitu, dengan mengamalkan penjagaan rapi, kebersihan dan ubatan, terdapat juga ayam yang berjaya disembuhkan walaupun mengambil masa yang lama.  Bukan semua ayam yang ‘sembuh’ dapat berfungsi dengan sempurna, contohnya terdapat ayam jantan yang sembuh namun begitu hadapi kesukaran untuk memanjat betina.  Antara ubatan yang biasanya digunakan dalam rawatan adalah antibiotik seperti amoxicillin (Pamoxyl atau Pharmox), florfenicol (Flor-X atau Florfen) dan oxytetracycline (kapsul hijau putih).  Pemberian vitamin pengurang stress juga membantu contohnya Vita Stress atau Nopstress.  Selain itu terdapat juga ubatan khas untuk kes lumpuh keluaran syarikat veterinar seperti Power Forte, Ostelin atau Osteo Plus.  Adalah lebih mudah merawat ayam bersaiz kecil, ringan dan rendah berbanding ayam yang bersaiz besar, berat dan tinggi. Namun begitu, saya yakin, pencegahan adalah langkah terbaik memandangkan sangat sukar merawat ayam yang telah sakit.  Sangat-sangat memenatkan.


 






Pencegahan - Pertama sekali, anak-anak ayam perlulah diperolehi daripada induk yang telah divaksin terhadap serangan Avian Reovirus.  Selain itu, biosekuriti perlu diketatkan bagi mengelakkan penyebaran virus ini diladang.  Induk perlu divaksin pada seawal usia 4-5 hari dan diulang pemvaksinan pada usia 30 – 40 hari.  Vaksin Avian Reovirus adalah sangat jarang dijual, jadi adalah penting bagi para penternak mengenalpasti pembekalnya supaya mudah dicari jika memerlukan. 

Vaksin digunakan bagi mencegah gejala radang 
pada ayam akibat jangkitan Avian Reovirus



Thursday, November 30, 2017

STROK HABA PADA AYAM


Strok Haba atau Heat Stroke pada ayam/unggas tidak asing lagi di Negara kita terutama kepada baka-baka ayam yang berbulu tebal seperti ayam giant cochin, brahma dan tidak ketinggalan ayam pedaging.  Bagi ayam hiasan seperti giant cochin dan brahma khususnya, memang menjadi antara masalah besar kerana baka-baka ini diimport dari Negara seperti Eropah yang mempunyai suhu agak rendah berbanding Malaysia. 

Pengalaman membeli ayam dewasa yang diimport dari Negara Eropah sejak 2014 menjadikan saya sangat berhati-hati dalam menjalankan kuarantin di reban saya sebaik sahaja ketibaan mereka.  Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan dibimbangkan.  Perkara-perkara seperti jenis makanan, kesesuaian saiz sangkar, level stress yang telah/sedang mereka lalui, kesesuaian suhu reban, ketahanan tubuh pada virus, bakteria dan hama di reban baru sehinggalah kebimbangan kepada kesesuaian jumlah klorin dalam air minuman (yang mana tidak beri kesan besarpun, tp tetap risau bila ayam start monyok huhu).  Setiap kali terima ayam import baru, perkara pertama yang saya lakukan adalah periksa keadaan fizikal ayam dimulai dengan berat ayam.  Ya kita faham bila ayam diimport maka mereka akan melalui 1-2 minggu kuarantin di Negara asala sebelum bertolak ke Malaysia.  Dan bila sampai di Malaysia, bakal dikuarantin sekali lagi selama 1-2 minggu bergantung kepada undang-undang semasa.  Dalam reban kuarantin di KLIA atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Penang ni, pengimport tidaklah boleh hari-hari datang jaga, jadi terpaksa upah orang pusat tu jaga, dia pulak bukan pakar jadi tuan-tuan pun boleh agak lah kebajikan ayam secara individu jadi macamana.  Tak dapat salahkan mereka sebab baka-baka ni memang bukan mudah nak jaga.  Memang masa tamat kuarantin, ayam akan kurus.  Tapi tak kisahlah asalkan sihat.  Kalau tak sihat tu nasiblah, tawakal je bawa balik dan rawat ikut skill masing-masing.  Andai kata padam jugak pun pasrah je lah ye huhu.  Ayam ni bila kurus sebab kurang makan tiada masalah, tapi kalau kurus sebab sakit, memamg kita jem dik oii.. jem jem jemmmm huhu.

Perkara kedua saya akan check selepas terima ayam adalah check kut-kut ada penyakit.  Rapatkan badan ayam ke telinga untuk dengar nafas ayam, risau ada bunyi disebabkan penyakit pernafasan.  Paling koman pun check for Infectious Coryza (dalam bahasa Melayu : selsema ayam), bukan selsema burung tu.. kalau ada yg tu sedari kuarantin dulu tak lepas dah huahuahua.  Rawatlah guna tilmicosin ke, oxytetracycline ke, florfenicol kea tau apa-apa antibiotic yang disyorkan untuk rawat coryza.  Kalau ada penyakit lain pun sila alert ya tuan-tuan, jangan check coryza je.  Mungkin ada berak kapur ke, berak darah ke atau berak hijau.

Seterusnya saya akan check bulu-bulunya, jangan ada kutu atau hama pulak.  Dah.. merebak pulak kutu dan hama omputih kat Malaysia ni haa.  So saya biasanya akan mandikan terus guna sampoo Dettol ke syampoo kutu kucing tu ke.. asalkan mapuh set-set kutu hama tu.. huahuahua.  Time nak mandikan tu kena lah cari masa yang sesuai, janganlah awal pagi atau petang nak malam tu, sejuk kot.  Naya dia.. saya biasanya mandikan pada jam 11 pagi atau paling lewat 3 petang, sempat la bulu tu kering sebelum malam menjelma.  In sha Allah selamat beliau.

Lepas semua tu, saya mulalah fikir macamana nak anginkan reban jika suhu agak tinggi.  Macamana nak tau suhu tinggi? Tengok je lah keadaan ayam tu, kalau mulut asyik nganga je, kepak asyik angkat renggang je dengan badan, sah lah panas tu.. takkan tunggu dia royak wi ko kito.. hehe.  Jadi saya biasanya akan bawak sangkar tu ke kawasan yang kurang panas contohnya bawah bumbung tinggi ke, kawasan berangin ke, kawasan tak kena sinaran matahari secara terus ke atau saya letak je reban tu bawah pokok yang redup (awas en sawa).  Kalau ada duit lebih, buat la reban sistem tertutup tu, macam reban ayam daging tu.. fuhh, hanya jika pok cik kayoooo. Haha.  Jadi bila ayam dah nampak kembali normal, paruh dan kepak kurang atau tidak langsung macam sebelumnya. Alhamdulillah kemungkinan besar untuk tuan dapat pewaris baka import ni adalah tinggi.  Tapi jika Nampak tidak berubah jugak, tuan kena selalulah basahkan bawah ketiak ayam tu dengan air sehingga lencun, elakkan letak depan kipas secara terus kerana ayam akan sejuk melampau.  Dan elakkan juga guna mist fan kerana akan bagi kesan kat paru-paru ayam, tak pasal-pasal ayam kena paru-paru berair lak nanti. Dahlah kecik je tubuhnya.

Foto ini menunjukkan tanda -tanda ayam sedang kepanasan : 
paruh dan kepak dibukak luas bertujuan membebaskan haba lampau.

Ok sekarang kita anggaplah ayam import ni dah selesa dan bebas kutu hama bagai.  So kita nak pilih makanan pulak untuk dia.  Apa yang saya buat adalah, sy akan cuba bagi makanan biasa yang saya guna untuk ayam-ayam direban saya tu, tp sikit je.. supaya dia kekal lapar sentiasa.. maknanya biar dia makan habis dan minta lagi.. makan lagi.. habis dan minta lagi.. cara ni lebih selamat berbanding kit abagi penug tembolok, lepas tu dia stop dan layan tembolok kembang sbb dedak dan kena air.  Dia start mengah dan mulalah ngantuk nak tidurrrr je.  AWAS !! Ayam kerap mengantuk di siang hari tu gejala badan tengah lemah dan bila-bila masa virus dan bakteria boleh tembus benteng imun tubuh.  Hati-hati ya anak-anak.  Lepas 2-3 hari dia dah mula serasi dengan dedak dan bekas air minuman kita tu maka tiada masalah lah untuk kita  terus penuhkan bekas makanan dengan dedak. 

Untuk kita lihat perkembangan positif atau negatifnya tahap kesihatan ayam-ayam ni adalah paling jelas dengan kelakuan mereka.  Bagi ayam jantan kalau bunyi kokoknya ada, kuat dan kerap, sahlah dia sihat atau makin sihat.  Dan bagi ayam betina, sekiranya asyik bunyi dan mematuk makanan dan sebaginya, maka terbukti dia sihat in sha Allah. Tapi… kalau jalanpun selangkah.. selangkah.. maka sila pikirkanlah rawatannya.

Biasanya ayam yang diimport dari Eropah memang dah matang (tp ada juga kes terpencil import ayam muda). So takkan lama akan bertelur lah mereka.  Tp kalau bela 6 bulan tak bertelur juga, kena fikir-fikirlah untuk cari apa punca.  Tu belum dikira betina dan bertelur cantik, tapi bila eram takde benih la pulak. Kebetulan konon import baka baru, kat Malaysia kita sorang je lah yang ada… haa padan muka. Nak cari mana lak jantan ganti. Jemmmmm lalu bisikan setan pun datang, “Kacuk ayam laga je lah”  hohoho

Soooo… berbalik semula kepada perbincangan kita berkaitan strok haba tadi (melalut jauh tuuu).  Seperti yang saya terangkandi atas tadi, cubalah sedaya mungkin kerapkan periksa keadaan ayam, sebab strok haba ni tak bagi tanda lama-lama, kejap je boleh padam.  Pernah terjadi kepada ayam giant cochin import saya, pagi jam 11 tgk ok lg.. makan-makan macam biasa, tiada satu tanda apapun yang menyatakan dia sakit.  Check pulak jam 1 tengahari dan terbaring, badan lembut lagi time dapat tahu.  Mati bodoh-bodoh gitu je.. omputih kata stupid-stupid death gitu.. hadoilaaa. Hiba wooo.  Duit melayang.

Bagaimana nak elak strok haba selain cara yang dah ditulis di atas tu? Ya.. ada satu lagi cara iaitu : jangan beli ayam tu.  Huahahha.. gurau je weihhh jgn marah nooo.. saya biasanya akan gunakan Nopstress yang mana kandunganya adalah gabungan vitamin yang bertindak sebagi anti stress dengan tambahan electrolyte yang bertindak menggantikan bekalan cecair yang hilang dalam tubuh ayam.  Fungsinya macam kita minum 100Plus tu. Alhamdulillah cara ni agak berkesan, maka saya memang sentiasa ada stok Nopstress ni kat reban.

Jadi jika tiada masalah ketara, maka ayam-ayam tuan ni akan bertelur danmembiak dengan baik di Malaysia.  In sha Allah akan ada para pelapis yang menghuni Malaysia dengan baik. Aamiinn.  Sekian dulu coretan untuk kali ni, semoga bersua lagi. Selamat Berjaya.



Monday, June 12, 2017

EGG DROP SYNDROME (EDS)


Nama Penyakit         : Egg Drop Syndrome (EDS 76) 

Spesis Terlibat         : Ayam, itik, ayam mutiara

Punca                      : Virus Avian Adenovirus

Info Lain                  : Mula dikesan pada tahun 1976 di Ireland

Kaedah Jangkitan    : 
Telur yang subur, oral dan air minuman. Unggas liar dan burung   hijrah menjadi salah satu ejen penyebar penyakit ini contohnya burung hantu dan bangau.

Simptom                  :
 1. Pengeluaran pada puncak sangat rendah (5-40%) selama 4-10 minggu.
 2. Gejala kulit telur seperti tiada kulit, kulit lembut, nipis atau sangat kasar.
 3. Warna kulit telur hilang.
 4. Kualiti dalaman telur yang rendah.
 5. Bentuk kulit telur yang tidak normal.
 6. Saiz telur lebih kecil.

Kaedah Pencegahan : Vaksin EDS (Killed Vaccine - Injection Type) - umur 2 & 4 bulan.

Kaedah Rawatan       :
Tiada rawatan boleh dilakukan.
Usaha hanya boleh dilakukan dengan memberi vitamin bagi membantu ayam sentiasa aktif.



Pelbagai masalah pada kulit telur akibat dari jangkitan EDS


Vaksin EDS yang terdapat di pasaran Malaysia.








Friday, August 26, 2016

TORTICOLLIS PADA AYAM




Apakah torticollis?

Torticollis adalah keadaan di mana leher unggas terpusing ke belakang tanpa boleh dikawal olehnya.  Ramai penternak akan jadi takut kerana simptom ini adalah seakan sama dengan simptom sampar/newcatle disease.  Ada yang salah anggap dan segera bertindak menghapuskan ayam ini.  Bezanya yang jelas adalah, ayam yang mengidap torticollis akan hidup lebih lama berbanding ayam yang dijangkiti sampar (yang biasanya mati keesokkan harinya).  Torticollis juga dikenali dengan nama lain iaitu wry neck, crook neck, twisted neck dan stargazing.  

Apakah puncanya?

Kajian ilmiah telah dibuat dan keputusan telah diperolehi dengan jayanya bahawa punca sebenar berlakunya toticollis adalah hasil daripada kekurangan vitamin E dan mineral Selenium. Ianya tidak berjangkit tetapi akan ada ayam lain yang hadapi kes sama kerana sumber makanan yang juga sama iaitu kurang vitamin dan mineral tersebut.  Ini kelihatan seolah-olah iainya berjangkit.

Apakah kaedah rawatannya?

Semudah puncanya juga, kaedah rawatan adalah dengan memberikan vitamin E dan Selenium dengan dos 3 kali per hari.  Akan pulih paling cepat dalam tempoh 24 jam hingga seminggu In shaa Allah.

Selamat Mencuba !

Saturday, January 18, 2014

VITA CHICKS - MULTIVITAMIN UTK ANAK AYAM

 
 
VITA CHICKS adalah multivitamin yang disediakan khas untuk membantu tumbesaran anak ayam, mengelakkan tekanan dan penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin dan meningkatkan kekebalan tubuh anak ayam dalam merintang penyakit.  Anak ayam adalah sangat kuat pada minggu pertama hidupnya, namun begitu antibodi yang dibekalkan oleh kuning telur dalam tubuhnya akan habis dan tubuh badannya perlu membina antibodi sendiri.  Proses ini tidak akan berlaku sekiranya ia tidak dibekalkan dengan vitamin yang sempurna.  Dengan ini VITA CHICKS telah dirumus bagi menampung kekurangan vitamin tersebut. 
 
Kegunaan :
Meningkatkan kadar tumbesaran
Mengelakkan kekurangan vitamin
Mengatasi tekanan
Merendahkan kadar kematian
 
Didatangkan dalam bentuk:
Sacet serbuk : 10 g
 
 

EGG STIMULANT - PENGGALAK TELUR

 
 
 
EGG STIMULANT adalah ubat serbuk yang larut air mengandungi antibiotik dan multivitamin.  Antibiotik jenis Bacitracin MD adalah penggiat tumbesaran dengan menghapuskan bakteria patogenik dalam saluran pemakanan denan itu dapat meningkatkan kadar penyerapn nutrisi.  Multivitamin pula sangat diperlukan untuk metabolisma dan sebagai penggalak pertumbuhan sel baru.  Sepanjang tempoh bertelur, ayam betina aktif mengeluarkan telur, menyebabkan pembentukan kuantiti sel baru yang banyak dalam ovari.  Ini akan menyebabkan ayam berada dalam keadaan tertekan, yang mana akan menyebabkan penurunan prestasi.  Dengan membekalkan multivitamin, terutamanya vitamin C, ia dapat mengatasi masalah ini.
 
Kegunaan :
Meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran telur.
Menghalang penurunan kadar pengeluaran telur semasa ayam sakit dan dalam tempoh rawatan.
Mempercepatkan proses pemulihan ayam.
 
Didatangkan dalam bentuk:
Sachet serbuk : 100 g
 

TRIMEZYN-S - ANTIBIOTIK SANGAT MUJARAB

 
 
 
TRIMEZYN-S adalah dihasilkan bagi bertujuan bagi merawat beberap jenis penyakit seperti :

1. Coryza
2. Fowl Cholera
3. Colibacillosis
4. Pullorum
5. CRD
 
TRIMEZYN-S adalah boleh larut air yang mengandungi gabungan Sulfadiazine dan Trimethoprim yang mana dapat melawan bakteria seperti E. Coli, Haemophillus sp, Pasteurella sp, Salmonella sp, Staphylococcus sp dsb.  Sulfathoprim bertindak dengan menyerap ke dalam asid folik yang diperlukan oleh semua haiwan hidup untuk menghasilkan proteind an asid nuklik dan merencatkan tumbesaran bakteria.
 
Kandungan :
Setiap kg mengandungi:
Sulfadiazine 160 g
Trimethoprim 32 g
 
Kegunaan :
Coryza (kesejukan, berhingus dan bengkak muka)
Jangkitan E.Coli
CRD (nafas berbunyi)
Fowl Cholera (berak hijau)
Pollorum (berak kapur)
 
Cara Guna :
1 gram dicampur ke dalam 1-2 liter air minuman untuk 3-5 hari rawatan berturut-turut.
 
Didatangkan dalam bentuk:
Sacet : 10 g
 
Jika diikutkan, TRIMEZYN-S adalah ubat yang lebih baik berbanding Vita Tetra Chlor dalam melawan jangkitan bakteria.  Kesannya sangat cepat.  Aku gunakan khas untuk melawan coryza, berak hijau, berak kapur dan pucat muka.  Kalau aku tak pasti ayam aku tu sakit apapun, ubat ni jugalah aku campur dalam air minuman depa.  Alhamdulillah berhasil.  Byk yg dapat diselamatkan.

Sunday, January 12, 2014

NEOBRO - PENGGALAK TUMBESARAN UNGGAS

 

 
 
NEOBRO
Fungsi NEOBRO adalah untuk meningkatkan berat badan dan tumbesaran unggas.

NEOBRO adalah makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan asid amino.  Multivitamin membantu metabolism lemak, karbohidrat dan protein sementara asid amino pula adalah blok pembina tubuh yang sgt diperlukan oleh semua benda hidup.  Gabungan kedua-dua bahan ini menjadikan NEOBRO sejenis makanan tambahan yang berkesan dan murah dalam meningkatkan berat dan tumbesaran unggas.

Kandungan bagi setap kg :
Methionine 250 g
Lysine 10 g
Sodium salicylate 10 g
Vitamin A 5,000,000 IU
Vitamin D3 500,000 IU
Vitamin E 2,500 IU
Vitamin K3 1 g
Vitamin B1 2 g
Vitamin B2 4 g
Vitamin B6 6 g
Vitamin B12 2 mg
Vitamin C 10 g
Calcium-D-pantothenate 5 g
Nicotinamide 15 g
Zinc 2 g
Manganese 2 g
Magnesium 5 g
Copper 400 mg
Cobalt 200 mg
Excipients up to 1 kg

Kegunaan :
 
• Meningkatkan tumbesaran unggas.
• Membekal pelbagai vitamin dan asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran.
• Meningkatkan nisbah pertukaran makanan dalam membentuk daging (FCR).
• Menghalang tekanan dan meningkatkan rintangan unggas terhadap penyakit.

Dos dan kaedah guna :

Umur unggas 0-6 minggu:
1 gram untuk 2 liter air minuman atau 1 gram untuk 1 kg makanan.
Umur 6 minggu - matang:
1 gram untuk 3 liter air minuman atau 1 gram untuk 1.5 kg makanan.

Didatangkan dalam bentuk :
Sacet : 5 g

Di reban aku, selalunya aku pakai untuk gemukkan ayam brahma muda yg mmg terkenal dengan perangai kurang selera makan, alhamdulillah lps bagi NEOBRO seleranya bertambah dan ayam kembali berat dan berdaging.  Kalau tak mmg kurus melidi jelah



Saturday, January 11, 2014

MERPATI KURUS – APA PUNCANYA?

                                     
 

     Salam sejahtera kepada rakan-rakan peminat tegar unggas hiasan di serata dunia yang melawat dan faham tulisan dalam blog aku ni… Alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk menulis dalam blog kesayangan aku ni.  Sejak akhir2 ni mmg aku sibuk sgt2.. dengan kerja hakiki dan kerja tak hakiki hehe.. apapun aku akan gunakan peluang menulis kali ni untuk sedaya upaya menyampaikan info yang berguna untuk rakan2 semua.
     Berbalik kepada tajuk seperti yg aku tulis ka atas tu.  Tajuk ini bukan sahaja dibincangkan untuk merpati tetapi boleh diaplikasikan kepada hampir semua jenis unggas seperti ayam dan spesis burung lain.  Ramai penternak merpati termasuk aku pernah mengalami masalah merpati tiba-tiba dikesan menjadi kurus sehingga tulang dada menjadi macam belakang  parang sebab dah takder daging di kiri dan kanan tulang tu… agak menyedihkan bila tengok keadaan merpati pula yang monyok dengan bulu yg kusam tidak bersinar menunjukkan ia tak sihat.  Apa puncanya? Mari kita selidik sama2… Aku sendiri pernah beberapa kali kehilangan merpati dan ayam kesayangan akibat penyakit senyap ni… aku usaha hari2 untuk suap makan dan sebagainya tetapi tetap tak berkesan, seolah-olah ada ‘jin’ dalam tubuh merpati tu yg makan semua makanan yg disuap… jika dikaji dengan teliti, ada berbagai kemungkinan yg dapat diteka.. antaranya adalah CACING, SALMONELLA (PARATYPOID) dan COCCIDIOSIS.  Kebanyakan daripada kita mmg tak mampu atau tak sempat nak teka penyakit mana satu yg ada pada merpati tu… atau 2 penyakit hinggap sekaligus atau semua penyakit tu ada pada si merpati malang tu.  Merpati dalam kurungan perlukan nutrient yg lebih, penjagaan yang lebih dan perhatian yang lebih.  Tak sama macam merpati liar yang bebas mencari ubat semulajadinya dari alam dan berjemur di bawah sinar matahari selama mana di perlukan dan ditempat mana diperlukan.  Pendek kata, bila ia dikurung, kitalah segalanya bagi merpati ni… kitalah ayah, kitalah ibu, kitalah guru, kitalah doktornya…. Dan selaku semua tu, wajiblah kita mencari dan memberi nutrien yg cukup utk mereka.  So balik kpd cerita tadi, sebagai org yang tak pandai meneka atau dah puas meneka atau baik tak payah teka, sbb kalau duk teka2 ni… belum sempat dapat jawapan, merpati kesayangan dan ‘jalan’ dulu dah… huhu.  Untuk rawatan yg pernah aku jalankan bg merpati mcm ni ada beberapa langkah :
1.    Asingkan merpati ke sangkar kuarantin dan biar satu sangkar cuma seekor.  Guna sangkar kecik pun dah ok… muat utk seekor merpati dan selesa. 
2.    Isikan air bersih tanpa klorin.  Air bertapis kat rumahpun ok, air paip yg ditag 2 haripun ok sbb klorin dah neutral lepas 2 hari tu.
3.    Isikan makanan/dedak yg berkualiti atau utk selamat bg jer Goldcoin 201C (tapis supaya tiada serbuk halus, cuma bijian yang mudah ditelan, serbuk halus akan melekat pd lelangit merpati).
4.    Awasi najis dari burung tersebut, najis yg jatuh dalam tray sangkar akan mudah dilihat dan diamati.  Cuci secara harian bg memudahkan kerja mengenalpasti kalau ada cacing ker, berak hijau ker, berak putih ker, berak cair ker atau tak berak ker hehe..
5.    Langkah pertama lepas dah masuk sangkar n semua setting dah sempurna adalah bagi mkn ubat cacing ikut dos yg telah ditetapkan, boleh pakai ubat cacing Mediworm, Combi Worm, Cestolin dan sebagainya yg tuan2 pernah guna dan berkesan.
6.    Langkah seterusnya adalah bagi vitamin B12 spt Multivit B12 ikut dos selama seminggu.  Lepas tu kurangkan sedikit demi sedikit dgn campur dalam makanan merpati tu. Maksudnya boleh bagi separuh atau sepertiga atau seperempat dari dos asal kalau didapati merpati dah mula naik berat badan.  Dalam duk bagi B12 tu, bagi jugak ubat utk salmonella dan coccidiosis spt MEDPET 4 in 1.  Cth sebelah pagi bg B12 so sebelah ptg bg 4 in 1.  Buat selama seminggu seiring dgn B12.  Makanan n bekas air jgn lupa bersihkan jika ada kotoran.  Dalam dedak selalulah letak serbuk kunyit dan NEOBRO skit.  Biar ada antibak semulajadi n nutrient tambahan.
7.    Lepas merpati tu agak berisi anda bolehlah sembelih buat sup… erk.. step ni anda tak payah la ikut kalau tak sanggup hahahaha.
Tu lah nasihat yang boleh aku bagi utk kawan2… aku ni menulis berdasarkan pengalaman.  Yg aku ceritakan kat sini adalah pengalaman aku semasa duk rawat merpati n ayam.  Kalau pengalaman org aku tak berani masuk sini, takut mati merpati korang aku jugak kena maki huhuhu.  Selamat mencuba kawan2

Tuesday, November 19, 2013

PARATYPHOID PADA MERPATI / UNGGAS


 
Penyakit yang dikenali sebagai PARATYPHOID ini adalah kesan daripada sejenis bakteria yang dikenali sebagai Salmonella.  Kebanyakan sangkar pemilik merpati mempunyai penyakit ini tanpa mereka sedari kerana ia adalah sejenis penyakit yg merebak secara senyap.  Penyakit ini hanya akan memberi kesan kepada merpati yang tidak mempunyai imun terhadap bakteria salmonella.  Merpati akan menderita oleh diarrhea (cirit-birit) yang kadang-kadang berdarah dan anorexia (kehilangan berat badan mengejut).  Merpati juga cenderung untuk minum air yang banyak kerana dehidrasi dan jika tidak dirawat, merpati akan mati akibat kehilangan air dalam tubuh.  Bagi kebanyakan kes kronik, bakteria salmonella akan masuk ke organ dalaman dan memusnahkan sistemnya seperti buah pinggang, paru-paru, hati, limpa dan yang paling menakutkan adalah sistem pembiakan yang mana bakteria boleh memasuki telur melalui kaedah ini.
KAEDAH JANGKITAN - Penyakit ini merebak melalui udara yang mana kaedah jangkitan ini sangat menakutkan.  Habuk2 dari najis yg kering akan berterbangan dan disedut masuk oleh unggas lain lalu berlakulah jangkitan.
 
SIMPTOM - Merpati jadi malas untuk terbang, malas menjaga anak dan malas makan dan minum.  Burung monyok, asyik dahaga, cirit-birit, lemah, kurus dan berak hijau dan cair.  Bagi kes-kes yang lambat mendapat rawatan, merpati akan menghadapi bengkak kepak dan kaki serta yang paling teruk akan mengakibatkan hilang imbangan sebelum mati.
KAEDAH PENCEGAHAN - Pastikan kebersihan di dalam reban adalah diperingkat terbaik sebagai sebuah reban.  Vaksin adalah juga baik tetapi perlu dilakukan bagi setiap ekor merpati.
KAEDAH RAWATAN - Anizam Agro Farm telah berjaya mengubati penyakit ini dengan menggunakan MEDPET 4 in 1 Tablets.  Jadi AAF dengan sukacitanya mengimport ubat tersebut dari USA untuk membantu para peminat merpati tanahair mengubati merpati kesayangan mereka.  Berilah merpati import anda makan ubat yang juga diimport kerana bagi AAF itu lebih baik dari mencuba ubatan lain yang belum terbukti sedangkan merpati tersebut semakin hari-semakin lemah. Hehehe...

Sunday, October 27, 2013

Ketidaksuburan Pada Ayam Jantan

 
Salam semua, semasa membeli pasangan induk ayam atau burung, kita biasanya akan paling risau takut2 induk betinanya tak bertelur.  Lepas confirm yg betina pernah bertelur kitapun beli n bawak balik umah.  Lepas 2-3 minggu dapat la 8-10 biji telur n bubuh dalam mesin eram.  Tunggu 5 hari n suluh.. tadak apapun.  Tunggu lagi hari ke 10 pun tadak apapun.. ah sudah.  Lepas 21 hari pun kosong.  Nak marah sapa la ni?, Penjual ayam ?, Pembeli ayam ? (kita la tu), Ayam betina ? atau Ayam jantan?.... nak contact penjual nanti dia kata "Mana aku tau, dulu ok jer..", Jom marah ayam betina.. sekali dia jawab "Come on man, I dah bertelur dah apa... tanya la ayam jantan tu dia o.k. ka k.o." Tu mmg betul, ada ayam jantan yg kurang atau mmg langsung tak subur... faktor makanan sgt penting dalam menentukan ayam jantan kekal subur.  Ayam jantan yang kekurangan vitamin akan menyebabkan ia secara diam kurang subur.  Maklumlah, bela dalam kurungan.. kalau lepas bebas cam ayam kampung mungkin takder masalah ni.  Pernah tak anda beli ayam jantan, masuk reban anda, lepas sebulan pertama, anak keluar berpusu-pusu.  Tp lepas selang 5-6 bulan tetiba dah tadak benih dalam telur.  Aku da beberapa kali hadapi masalah ni, apa yg aku buat adalah guna ubat keluaran MEDPET Cock Fertility Tablets.  Ubat ni dirumus khas untuk merawat ayam jantan yang dikenalpasti menghadapi masalah kesuburan samada jumlah simen yang sedikit ataupun jumlah sperma yg sedikit walaupun mengeluarkan simen yang banyak. 
 
Cock Fertility Tablet keluaran Medpet adalah ubat khas untuk menggalakkan kesuburan pada pejantan merpati, burung lain dan ayam.

INDIKASI:
- Ubat penggalak kesuburan dan baiki keadaan tubuh pejantan ungas.
- Dos yang muah, tinggi Vitamin E dan juga sesuai untuk pejantan yang telah agak tua.
- Penggalak prestasi maksimum dengn penyembuhan pantas dari sebarang tekanan.

KOMPOSISI:
- Tocopherol Acetate (Vitamin E) 150 mg
- Creatine 50 mg
- Magnesium Sulphate (Mg) 5 mg

KAEDAH GUNA:
- 1 tablet untuk 5 hari pertama dan 3 kali seminggu semasa musim pembiakan.

PAKEJ:
-  100 tablet/botol 

Friday, April 12, 2013

Penyakit Cacar Pada Unggas (Fowl Pox)


Apa itu fowl pox?
Fowl pox adalah sejenis jangkitan virus yang tersebar secara perlahan di kalangan hampir semua spesis burung termasuk ayam. Jangkitan dalam mulut adalah berupa tempelan keputihan pada bahagian lelangit mulut (versi basah) manakala pada luaran pula, akan kelihatan tompokan kekuningan, keperangan atau kehitaman di bahagian muka terutama pada balung ayam (versi kering). Penyakit ini akan menyebabkan tekanan, pucat, hilang selera makan, tumbesaran terganggu dan penurunan dalam pengeluaran telur. Kematian unggas adalah disebabkan hilang selera makan dan kurang nutrien.
 
Apakah penyebab penyakit ini?
Fowl pox adalah disebabkan oleh virus dari keluarga Poxviridae dari jenis Avipoxvirus. Ia boleh disebarkan secara udara dan sentuhan iaitu melalui unggas itu sendiri, nyamuk dan kutu. Nyamuk adalah ejen paling cekap menjalankan tugas menyebarkan virus ini. Apabila dijangkiti, ia boleh kekal berada dikalangan kumpulan unggas yg sama selama berbulan-bulan lamanya.
 
Apakah kaedah pencegahan dan rawatannya?
Tiada rawatan khusus untuk fowl pox. Namun begitu untuk jenis kering, aku selalu pakai ubat kurap cecair merah cap kaki tiga untuk cepatkan proses penyembuhan atau boleh biarkan ia sembuh dgn sendirinya dalam tempoh beberapa minggu. Manakala untuk jenis basah rawatan menggunakan MEDPET 4 in 1 adalah sangat berkesan bagi mempercepatkan ia kering dan gugur. Kesan penyembuhan akan meninggalkan sedikit parut yg akan juga akan hilang ttp mengambil masa yg lama. Pencegahan adalah melalui vaksin apabila setiap kali berlaku aktiviti pertambahan unggas atau penerimaan unggas baru di kawasan sangkar. Kawalan nyamuk yg sempurna akan mengurangkan kadar jangkitan kepada unggas lain.

Sunday, March 31, 2013

Stok Baru Ubat Unggas Mujarab Dari USA

 
 
Salam semua, semalam pesanan ubat MEDPET 4 in 1 dah sampai, jadi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ubat mujarab ni bolehlah call/sms aku di 012-5245002. Ubat ni aku jual secara botol atau bagi yang baru nak mencuba boleh juga aku jual secara biji.  Aku dah byk kali pakai ubat ni dan terbukti berjaya menyelamatkan byk nyawa termasuk ayam, puyuh dan merpati.  Maklumat terperinci berkenaan ubat tersebut seperti yang kilang keluarkan adalah seperti di bawah :

Rawatan dan pencegahan untuk:

- Trichomoniasis (Canker) : Kurap atau kudis bernanah dalam tekak dan tersebar ke mulut/paruh unggas.  Unggas paling kerap kena penyakit ni adalah merpati.  Ayam kadang2 ada jugak terutama ayam laga.  Penyakit disebabkan bakteria dalam air yg tercemar oleh najis unggas yg dah terjangkit.

- E.Coli : Juga penyakit disebabkan bakteria yg disebar melalui air yag tercemar, unggas terutama ayam akan jadi murung, sesak nafas, hilang selera makan, muka pucat, lemah dan berak hijau.  Penyebab kematian di kalangan unggas.

- Paratyphoid (Salmonella) : Selalunya menyerang anak ayam sehingga umur sekitar 2 minggu yg mana pada umur mcm ni anak ayam boleh mati.  Anak ayam akan lemah, hilang selera dan tumbesaran terbantut.  Kepak seakan meleret, mata pejam dan sentiasa cari punca haba.

- Gastro Intestinal Infection : Keadaan unggas hilang selera makan sbb ada masalah dalam perut.  Jangkitan virus atau bakteria, ayam murung dan mata berair serta berak cair.
 
- Diarrheas : Penyakit paling lazim pada unggas terutama ayam, berpunca dari sejuk lampau, reban yg kotor atau makanan yg tercemar.  Maksud secara ayat kampung adalah keracunan makanan, hehe senang paham ye tak, silap makan mmg keracunanlah.. bakteria atau virus penyebab utama. 

Kandungan:
- Furaltadone
- Ronidazole

Dos kegunaan:
- Pencegahan: 1 biji sehari untuk 3 hari berturutan.
- Rawatan: 1 biji sehari untuk 5-7 hari berturutan.
* Untuk unggas yg beratnya tak lebih 500g seekor. 
** 1 biji untuk setiap 500g berat badan unggas. Cth kalau utk ayam sakit seberat 2kg sekor kena bg 4 biji la sehari selama 5-7 hari.

Saiz:
100 biji/botol

Senang cakap, kat reban aku kalau nampak jer ayam lemah atau tak selera makan jer terus aku sumbat sebiji, esoknya insya Allah akan ok, tp jgn la biar ayam tu sampai terduduk nak bangun pun tak larat baru nak bg mkn ubat, mmg lg cepat kojol ada la sbb tercekik ubat hehehe..