Showing posts with label incubator. Show all posts
Showing posts with label incubator. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

"DEAD-IN-SHELL" PADA TELUR YANG DIERAM

 
   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para follower blog saya yang tidak seberapa ini.  Akhir-akhir ini saya berkesempatan untuk update blog dengan lebih kerap memandangkan jawatan pun sudah berubah, lebih banyak masa untuk family dan hobi.  Semuanya setelah 2 tahun berhempas pulas menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak pengurusan. Alhamdulillah.  Jadi dengan kesempatan yang diberikan oleh Allah ini, saya cuba sedaya upaya back on track berkongsi ilmu dengan tuan/puan dalam perihal ternakan unggas.
 Kali ini dengan tajuk yang sangat jarang dirungkaikan.  Kebanyakan tajuk membincangkan prosedur menggunakan incubator dengan cara yang betul tetapi jika telur masih gagal menetas walaupun terbukti embrio berkembang pada mulanya, apakah punca yang dapat dikenalpasti dan perlu diatasi oleh kita?  Ayuh kita bincangkan bersama dalam tulisan saya pada kali ini. 
  Pertama sekali biarlah saya jelaskan apakah maksud "Dead-In-Shell" ini.  Istilah ini digunakan para penternak unggas dalam memberi nama kepada kejadian embrio mati di dalam telur tanpa sempat menetas samada ia telah menebuk mahupun tidak.
   Kebanyakan kes "Dead-In-Shell" berlaku dalam masa 3 hari pertama eraman ataupun selepas 3 hari akhir eraman.  Namun begitu tidak dinafikan terdapat kes-kes selain masa itu yang mana embrio mati pada bila-bila masa sepanjang tempoh eraman.  Apapun puncanya, Allah mahu manusia berusaha mengkaji, memahami dan memperbaikinya, In sha Allah.
  Sejak 1996 saya mula membina inkubator dan menjalankan penetasan sendiri, pelbagai cabaran yang saya tempuhi.  Dengan ilmu yang cetek, banyak telur-telur yang dibuang begitu sahaja sepanjang tempoh pengeraman.  Sedikit demi sedikit ilmu bertambah dan praktikal pun mula berkembang.  Inkubator dinaiktaraf dari masa ke semasa bagi mendapatkan peratusan penetasan yang paling tinggi.  Saya cuba untuk 100% jadi jika dapat, 90% dah kira tinggi bagi sebuah inkubator.  Alhamdulillah inkubator saya dengan jagaan yang sempurna pernah mencapai 100% beberapa kali dalam setahun.  Pelbagai faktor mempengaruhi yang mana perlu kita bincangkan sekarang!!
 Berikut adalah sebab-sebab biasa yang menjadikan "Dead-In-Shell" sebagai realiti:
 
 1. Kelemahan rekabentuk dan larasan incubator
 
     Sebuah incubator perlu memenuhi 4 perkara asas iaitu :
     a. julat suhu yang sesuai
       Kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh pembuat dan  penjaga incubator adalah mengukur suhu bukan pada permukaan atas kulit telur.  Tidak dibafikan anda boleh mamsang sensor termostat atau thermometer tergantung ditengah incubator namun semasa membuat kalibrasi, perlu diingat bahawa sensor "wajib" diletakkan dan suhu dibaca betul-betul di atas permukaan kulit telur.  Dengan kata lain, sensor perlu diletakkan di atas kulit telur.  Bukan diudara!  Ini adalah bagi memberikan bacaan yang tepat berkenaan nilai suhu sebenar yang diterima oleh embrio dalam telur.  Udara adalah penebat haba yang paling baik, jadi tidak hairanlah  perbezaan suhu yang ketara akan diperolehi jika posisi sensor berbeza walaupun hanya seinci!  Julat suhu juga memainkan peranan penting, apabila "suhu atas" sebenar telah diperolehi, "suhu bawah" perlu diset pada termostat dengan tepat.  Seeloknya 0.5 - 1 darjah Celcius sahaja.  Contohnya menjadikan "suhu atas" 38 dan "suhu bawah" 37 atau 37.5.  Julat suhu yang kecil mengebabkan embrio sempat bertenang dan sekiranya berlaku kegagalan termostat, julat suhu inilah yang akan menyelamatkan embrio.  Tolong jangan setkan termostat tanpa julat suhu, contohnya "suhu atas" 38 dan "suhu bawah" juga 38, bukan sahaja embrio menjadi gila malah life span termostat dan perkakas lain incubator juga menjadi pendek.

 
 b. julat kelembapan yang sesuai
   Kelembapan paling sukar dilaras kerana wap air yang terhasil dalam udara sukar dihapus dan dijana dalam masa singkat, tidak sama seperti haba.  Oleh itu hygrometer perlulah dipasang untuk pemantauan yang berpanjangan.  Elakkan hanya bergantung kepada teori dalam internet dan bahan bacaan sahaja.  Malah jika anda seorang pembuat incubator, amalkan kajian sendiri berkaitan incubator ciptaan anda, kaedah "try and error" atau istilah lebih baik, "cuba jaya" sangat diperlukan dalam hal ini.  Kelembapan diperlukan bagi memastikan embrio sentiasa berkembang dalam persekitaran normal kerana apabila haba dijana di dalam incubator, kelembapan normal dari persekitaran luar tidak dapat masuk ke dalam incubator, seolah-olah incubator mencipta dunianya yang tersendiri.  Jadi kita "wajib" memberikan ia kelembapan buatan dengan menyediakan takungan air yang terdedah bagi membolehkan peratusan kelembapan mencecah antara 65-75% dan ini bergantung pula kepada umur telur yang dieram.  Sangat subjektif dan memeningkan kepala jika anda adalah orang baru dalam bidang ini.  Tetapi percayalah, saya juga telah alami perkara ini beberapa belas tahun lepas, ditambah lagi tiada pakar rujuk untuk dijadikan mentor di kawasan sekitar saya.  Kelebapan yang tidak mencukupi menyebabkan membrane kulit telur menjadi liat dan anak ayam tidak dapat memecahkannya walaupun dari dalam.
 
 c. jumlah putaran yang sesuai
   Kenapa telur perlu diputar?  Sangat penting sebenarnya (semua yang saya bincangkan di sini adalah penting sebenarnya :)), ibu ayam sendiri memutarkan telurnya tetapi tidak pula sampai mengukur berapa darjah setiap kali membuat putaran!  Tujuan memutarkan telur adalah untuk memastikan embrio tidak melekat kepada membrane telur dan seterusnya mati.  Embrio adalah anak ayam yang belum menetas, jadi sama seperti anak ayam, ia tertarik kepada punca haba.  Ia cenderung untuk 'berenang' merapati kulit telur dan akhirnya secara tidak sengaja melekat pada membrane dan mati.  Sangat menyedihkan dan merugikan.  Putaran telur terbaik adalah yang paling kerap tetapi dengan gerakan yang sedikit, cukuplah dengan hanya 10-30 darjah.  Sekadar mengubah posisi tumpuan embrio pada haba yang baisanya dibekalkan dari bahagian atas incubator.  Putaran perlu dihentikan pada 3 hari terakhir eraman iaiatu pada hari ke-18 pada eraman telur ayam yang tempoh eram total adalah 21 hari.  Kenapa?  Bayangkan diri kita di dalam telur tersebut dan hari ke 18 adalah hari di mana kita telah sedia untuk menebuk dan keluar, kita akan berusaha mencari punca haba dan tebuk bahagian itu dahulu (Allah dah jadikan naluri anak ayam macam tu sbb punca haba jika eraman induk ayam sendiri juga dari atas).  Jika kita tetap alihkan telur makan anak ayam terpaksa berpusing di dalam telur untuk mengubah kedudukan, jika 5-6 kali terpaksa mengubah kedudukan, anak ayam akan menjadi letih dan tidak sempat keluar dan mati lemas.  Setelah bersedia untuk menebuk, anak ayam cuma ada beberapa jam sahaja untuk tebuk kulit telur dan hirup udara luar kerana udara dalam telur hanya cukup untuk embrio, bukan untuk anak ayam lengkap.  Liang udara telur tidak dapat menyerap udara yang cukup untuk anak ayam yang keletihan mencari posisi menebuk yang sepatutnya.
 
 d. tahap kebersihan yang terbaik
    Kebersihan mmg diwajibkan dalam Islam.  Merangkumi semuanya.  Kerana kebersihan menyihatkan dan dalam kes pengeraman, ia menyelamatkan nyawa!  Bagaimana? Persekitaran yang kotor dan tidak bersih, penuh dengan bakteria dan virus yang membiak sangat menyumbang kepada kematian embrio di dalam telur.    Tidak ramai yang sedar kerana mereka telah membersihkan incubator dengan baik.  Sebenarnya membersih sahaja tidak cukup kerana masih lagi terdapat bakteria dan virus berkeliaran mencari perumah (iaitu telur ayam/embrio).  Bakteria dan virus boleh masuk ke dalam telur melalui liang udara di kulit telur yang telah tercemar.  Seterusnya menjangkiti embrio dan menyebabkan ia lemah dan tidak dapat keluar dari kulit telur kerana tidak cukup tenaga akibat sakit.  Kerap juga kita lihat anak ayam yang Berjaya tetas masih lagi mati akibat daripada kesan jangkitan sedari dalam kulit telur padahal adik beradiknya yang lain kekal sihat sehingga besar.  Embrio yang terjangkit akan menyebabkan kesukaran semasa penetasan, ada yang belum sempat menebuk tetapi sudah mati, ada yang telah menebuk tetapi jug amati dan ada juga yang telah Berjaya kelauar namun tetap mati kesan jangkitan tadi. Jadi bagaimana untuk memastikan incubator anda bersih dan terhindar dari jangkitan bakteria ataupun virus? Setiap penyakit ada ubatnya.  Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.  Seperti apa yang kita tahu, Allah jadikan alam dengan sangat seimbang.  Bakteria dan virus dapat dihapuskan dengan sinaran UV.  Sinaran UV mmg diketahui terdapat dalam sinar semulajadi matahari.  Mendedahkan incubator dan perkakasannya  selama 1 jam di bawah sinaran terik cahaya matahari akan membunuh semua bakteria dan virus.  In sha Allah.  Proses dedahan ini ini perlu dijalankan setiap kali incubator dicuci bagi menjamin kejadian "dead-in-shell".
 
 2. Kekurangan nutrien dalam telur
 
    Ramai yang tidak peduli dengan kuantiti dan kualiti nutrien yang terdapat dalam telur yang ingin mereka eram.  Akibatnya, telur gagal menetas dengan sempurna.  Pemberian nutrien yang cukup dalam gizi para induk ayam sangat diperlukan.  Terutamanya jika ayam tersebut dipelihara secara sistem kurungan yang mana pemberian makanan adalah hanya berhgantung kepada makanan yang diberikan tanpa makanan tambahan yang boleh ayam tersebut cari sendiri.  Mungkin dedak yang kita berikan adalah dedak terbaik dan mengandungi semua vitamin dan nutrien.  Namun begitu, setiap baka dan keturunan ayam memerlukan kuantiti vitamin yang berbeza walaupun jenis vitamin yang sama.  Oleh itu, kita perlu membuat kajian sendiri terhadap baka yang kita pelihara untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan baka tersebut bagi membolehkan kita meningkatkan mutu penetasan telurnya.  PREMIX atau ADDITIVE makanan yang bersesuai perlu diberikan mengikut tujuan ayam dipelihara contohnya PREMIX PEMBAKA perlu diberikan dalam kes ini kerana induk ayam akan mengeluarkan telur yang bakal dieram untuk tujuan penetasan. Antara vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk mengelakkan "dead-in-shell" adalah seperti vitamin A, vitamin D, vitamin E, thiamin, riboflavin (vitamin B2), niacin, biotin, panthothenic acid, pyridoxine, folic acid, vitamin B12, manganese, zinc, iodine dan iron.  Setiap vitamin dan nutrien tersebut mempunyai fungsi masing-masing dalam mengekalkan kesihatan dan daya hidup embrio sehingga menetas dan semuanya terkandung dalam PREMIX PEMBAKA, cuma perlu campurkan dengan dedak.  Dan sekiranya anda menghadapi kesukaran dalam mencari PREMIX PEMBAKA ini, anda juga bolehlah gunakan dedak keluaran GOLDCOIN kod 107 iaitu khas untuk pembaka.
 
 3. Kesilapan semasa menyimpan telur untuk eraman
 
    Kaedah penyimpanan telur ayam sebelum pengeraman juga dalah tidak kurang pentingnya. Walaupun belum dimasukkan ke dalam incubator, putaran telur perlu juga dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.  Ini dilakukan atas alasan yang sama iaitu mengelakkan germ dics (pemula embrio)  melekat pada membran telur.  Disamping itu, telur juga perlu disimpan pada suhu dan kelembapan bilik, bukan dalam plastic atau peti sejuk.  Ini kerana telur juga bernafas dan menyimpannya di dalam plastic akan menyebabkan ia lemas akibat wap air terlalu banyak dan oksigen yang tidak cukup.  Menyimpan di dalam peti sejuk tidak membunuh emrio tetapi akan menyebabkan telur terhidrat atau kehilangan air, jadi setiap telur yang dikeluarkan dari peti sejuk perlu direhatkan pada udara biasa bagi mengembalikan semula kandungan air dalam telur. 
      Sentiasa menyimpan telur dalam keadaan baring (seperti semulajadi dalam sarang ayam) atau menegak dengan hujung yang tajam ke bawah.  Ini mengelakkan ruang udara dalam telur pecah dan rosak.  Elakkan menyimpan dalam kain atau berlapik sesuatu bahan yang boleh menyimpan lembapan kerana bakteria akan membiak di sini.  Elakkan juga dari sentiasa memegang telur dengan tangan kosong tanpa lapik kerana tangan kita mempunyai enzim dan kuman yang memudaratkan kulit telur iaitu memusnahkan lapisan perlindungan kulit telur dari kuman.  Kegagalan menyimpan telur dengan baik akan meyumbang kepada kematian embrio pada peringkat awal eraman.
 
  4. Kulit telur yang terlalu tebal
 
    Pernahkan kita lihat dan pecahkan telur ayam kampong, telur ayam telur, telur ayam belanda, telur itik dan telur ayam mutiara?  Kita dapat perhatikan bahawa ketebalan kulit setiap jenis telur tersebut adalah berbeza.  Walaupun sazinya lebih kurang sama.  Telur ayam kampong contohnya, mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding kulit telur ayam mutiara walaupun saiznya adalah sama.  Terapat beberapa factor yang menjadi penyebabnya.  Antaranya adalah, baka ayam mutiara lebih liar, ganas dan kasar berbanding ayam kampong.  Jadi ia memerlukan kulit telur yang tebal dan kuat bagi mengelakkan ia pecah semasa induk ayam mutiara masuk ke sarang dan mengeram telurnya.  Oleh kerana anak ayam mutiara juga kuat, maka tidak menjadi masalah besar baginya untuk memecahkan kulit telur tersebut dari dalam.  Bagi ayam kampong, ia kurang kasar (walaupun ada kes terpencil kekasaran berlaku).  Jadi anak ayam hanya mampu keluar sekiranya kulit telur tidak terlalu tebal.  Bayangkan jika anak ayam kampong diletakkan dalam kulit telur ayam mutiara.  Memang saya yakin, ia akan syahid di dalam tu!  :)  Itulah yang akan terjadi sekiranya induk diberikan kalsium yang berlebihan dan kalsium tersebut pula disalurkan secara berlebihan bagi membina kulit telur.  Bagaimana memastikan induk menerima bekalan kalsium yang cukup?  Pemerhatian adalah penting.  Sila perhatikan batch pertama telur yang dieram, sekiranya peratusan anak ayam yang berjaya menebuk serentak tinggi maka kulit telur adalah normal.  Di samping itu juga, kaedah candling juga dapat melihat ketebalan setiap kulit telur.  Balikkan cahaya yang terang (tidak terlalu terang) memberi maksud bahawa ketebalan adalah normal, manakala untuk balikan yang lebih gelap, kadar kalsium terlalu tinggi ( kaedah perbandingan ini hanya sesuai untuk semua telur dari induk yang sama).
 
   Wah! Tajuk kali ini panjang lebar, maklumlah lama tak menulis.  Walau apapun harap saya dan tuan-tuan dapat sedikit ilmu daripada hasil tulisan saya kali ini.  Dan yang paling penting, semua ilmu yang ada pada kita diberkati oleh Allah S.W.T.
 

Friday, June 28, 2013

Proses Pengeraman Telur di Anizam Agro Farm


Salam rakan2 penternak sekalian, seperti yang anda sedia maklum, semua telur dari AAF akan ditetaskan oleh mesin penetasan / incubator keluaran AAF sendiri dan setakat ni aku pakai 2 buah incubator yg dah berusia hampir 2 tahun.  Kedua-duanya dari jenis automatik.  Alhamdulillah mesin aku ni tak pernah mengecewakan.  Dan spt dalam foto kat atas adalah telur2 yg bakal menetas (insya Allah) mengikut tarikh masing2.  Bermula dari sebelah kiri hingga yg terbaru di kanan sekali.  Mmg aku akan campur adukkan telur-telur ikut tarikh pungutan samada setiap hari atau selang sehari.  Buat masa sekarang AAF mampu mengeluarkan sekitar 7-10 biji telur ayam eksotik dalam sehari.  Jadi mmg aku kena pakai 2 buah mesin muatan 100 biji setiap satu.  Telur2 yg telah menjalani proses candling dan ternyata tiada benih atau benih mati akan digantikan dengan telur baru bagi menjimatkan ruang.  Oleh itu aku akan buat candling selang 3 hari.  So dapatla aku jimatkan ruang dan tenaga elektrik.  Kadang2 kalau telur tak banyak aku akan hidupkan cuma 1 mesin jer.. Buat masa ni aku masih guna kedua-dua mesin serentak sebab telur tengah banyak.  Foto di atas telah diambil setelah proses candling dilakukan bermaksud semua telur di atas adalah berbenih dan aktif kecuali telur baru di hujung kanan sbb baru sehari masuk mesin mcmana nak sulu huahahaha.  Apapun aku harap semuanya ada benih.  Kebelakangan ni aku hadapi masalah dalam mengacuk ayam hutan bulu betina dgn ayam hutan betina dan ayam silver sebright berbalung tunggal.. semua telur yang keluar tidak berbenih.  Ayam hutan jantan aku dulu mmg aktif tp sekarang walaupun memanjat betina dgn baik tapi benih tadak.  So aku cuba bg makanan berkhasiat termasuk ubatan spt Breeding Vita dan madu lebah.  Rawatan aku buat selama sebulan dan harap pejantan ni akan kembali produktif.  Oleh kerana betina silver sebright berbalung tunggal tu giat bertelur jadi aku akan kacukkan dengan ayam serama supaya menghasilkan anak serama berbulu laced.  Saja jer cuba2 kut2 jadik hehe.. kat bawah ni adalah telur2 dari incubator aku dalam view yg berbeza.


 
Perhatikan tulisan pada kulit telur yang membezakan tarikh, saiz dan short form yang aku gunakan bagi membezakan jenis induk ayam pengeluar telur tersebut. Cthnya B utk Brahma, R/C utk Rosecomb, HR/C utk kacukan penghasilan BBRed Rosecomb dsb.
 
Inilah mesin yang bertanggungjawab dalam menetaskan anak-anak ayam yang comel untuk AAF.

Saturday, November 19, 2011

Incubator Manual & Automatik Model Baru

Salam semua, lama lak tak update blog ni.. sibuk anak duk kena demam kuning tp alhamdulillah dah baik dah :) Tp dalam sibuk2 tu aku sempat buat model baru incubator keluaran aku, sekarang ni samada model auto atau manual akan guna digital thermostat.. bermakna takder lg kena pusing2, semua main tekan2 jer.. cam microwave hehe.. kendalian incubator ni lebih mudah dan keboleharapan lebih tinggi dari model sebelumnya. Contohnya dengan hanya sekali set, incubator akan kekal dengan setup tersebut sampai bila2.. tak macam dulu di mana pengguna kena pastikan bacaan pada termometer adalah sesuai dan pelarasan pula dibuat secara berasingan pada termostat. Pada digital thermostat ni, termometer telah ada padanya jadi setupnya adalah secara sekaligus.. mudahkan? Selain itu keboleharapan juga tinggi di mana selama setahun aku ujiguna benda ni tak pernah lagi termostat ni buat hal, maksudnya telur2 ayam selamat dari jadik telur bakar atau telur salai hehe.. Di bawah ni aku perkenalkan incubator model baru aku tu.. sesaper yg berminat boleh la hubungi aku di 012-524502. Bagi model automatik (AT-100A) aku sediakan harga promosi sbb ini model baru di mana termostat dan motor adalah model baru yg lebih berkesan dan tahan lama.. harga asal RM1000 aku kurangkan RM200 jadik RM800 jer termasuk penghantaran ke seluruh Malaysia... UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH LA KE http://nizamspace.tripod.com/

Model Manual AT-100M


Model Manual (Pandangan dalam)



Model Automatik (AT-100A)



Model Automatik ( Pandangan dalam )






Model Automatik ( Tuil motor dan tray alihan automatik )

Thursday, September 22, 2011

Model Baru Incubator ( Dgn Digital Thermostat )



Salam semua, nampak tak model incubator kat atas tu.. haa.. tu model baru tu. Aku gantikan digital thermometer n thermostat biasa tu dgn thermostat digital. Seperti yg kita semua maklum, thermostat digital ni adalah kombinasi daripada kedua2 komponen tadi so ini banyak memudahkan pengguna dalam kerja2 menetaskan telur unggas. Sebelum aku jual benda ni hujung tahun ni, aku test dulu produk baru aku ni.. bulan ni cukuplah 6 bulan masa ujikaji n ujiguna aku terhadap incubator model ni.. aku dapati penggunaan thermostat digital ni sgt bagus. Tak perlu risau tentang pelarasan tak jitu atau tersentuh / terpusing dsb. Pakai digital takyah susah2, sekali set kira pakai yg tu jer sampai mesin pencen.. hahaha.. best woooo !! Kalau korang berani meh la oder dari aku.. Dari segi rupa parasnya nampak cam lg ringkas la sbb 2 komponen dah jadi 1.. tp jgn bimbang, ia menjadi semakin POWER ! :) Setakat ni dah 6 bulan test tanpa masalah suhu dan wiring, mmg boleh harap.. so sesaper yg berminat intai2 la no phone aku.. tq.

Tuesday, January 25, 2011

Incubator Khas Untuk Puyuh

Sale kepado semuo hok melawat blog kawe de adik kakok..

Kali ni kawe nok guno loghat kelate buat nulih sini.. sapo hok tak pahe keno rujuk kepado ye arif berkenoe loghat nih... harap demo-demo hok duk baca ni tak berapo tak pahe loghat kelate nih.. ceritonyo kawe nak royak buei adoloh berkenae inkubator kawe hok terbaru... kawe sebena nyo ado tempahe khas utk ngere telo puyuh.. meme sebelum nih pun banyok doh kawe buat inkubator utk puyuh nih, cumonyo kawe tok buat sebare perubahe atau naiktaraf kerano para pelangge kawe nok ngere telo lain jugok selain telo puyuh.. jadik set-set tu royak kato tak perlu sebare perubahe.. dio terimo denge hok mano ado jah.. kali nih kawe dapat tempahe dari sore cik ( oghe tino la ).. namo dio cik ina dari perok.. dia nok khas utk telo puyuh. Jadi kawe kena usaho ke utk buat tray utk alihe telo hok muat2 telo puyuh ye comey lote tu.. di bawoh ni kawe serta ke foto-foto hok sempat kawe ambik semaso duk sibuk siap ke tempahe beliau..
muate atau kapasiti incubator nih adolah lebih kure 300 butir telo puyuh...


Sunday, August 29, 2010

Incubator Raya

Minggu ni aku pulun siapkan 3 buah incubator model auto utk 3 org pelanggan yg dah hampir sebulan tunggu turn. Alhamdulillah dah siap untuk dihantar dlm minggu depan.. itulah kelemahan aku nih, stok mmg tak sempat simpan pun, buat jer lebih sebuah-dua dah dpt tempahan baru.. ada yg tunggu sampai sebulan baru siap. Tu tak masuk yg terlepas pandang sbb lupa key-in alamat dalam buku rekod.. kesiann. Pada mereka-mereka yg dalam kategori tersebut aku mintak maaf la byk2.. tp semua tu dah setel dah. Dah dpt brg masing2 pun..

Stok paling byk aku pernah simpan adalah 7 buah. Letak tepi tangga rumah, dalam 2 minggu abis kena jual.. mmg laku benda nih, bukan sbb aku pandai buat benda nih tp sbb mmg para penternak Malaysia nih amat memerlukan benda nih.. insya-Allah lepas raya nanti aku tambah stok dan pengeluaran utk bekalkan kepada pengedar aku di Kuantan pulak. Kebetulan dia ni member baik kau masa di Miri so kalo ada pelanggan atau bakal pelanggan dari Kuantan dan kawasan sekitarnya, sila la rojer kau lepas nih.. mudah skit nak servis atau tukar spare part.. start minggu dpn aku stop buat incubator utk fokus kpd urusan nak beraya n kemas barang sbb nak tinggal rumah nanti. Jadi setiap tempahan yg aku terima dalam seminggu dua ni semuanya aku forward ke lepas raya.. mujur pelanggan paham kalo tak jenuh jugak nak berbahas.. :)
Di bawah ni ada aku selitkan video model AT-100A yg merupakan incubator automatik aku, saksikan :

Wednesday, June 23, 2010

Penyebab Kematian Embrio


Kematian embrio dalam tempoh pengeraman adalah sangat mengecewakan. Penyebab kematian adalah sangat banyak. Terdapat pelbagai jenis organisma yang mampu memasuki telur lalu menjadi penyebab kematian embrio.


Bakteria


Adakalanya bacteria menjangkiti telur dan masih boleh menetas dengan baik namun anak ayam tersebut akan menjadi pembawa bacteria tersebut sepanjang hayatnya. Kulit telur mempunyai lubang-lubang halus yang mana bacteria kecil masih dapat memasuki telur dengan mudah. Chlamydia psittaci adalah sejenis bacteria primitive yang boleh diturunkan oleh ibu ayam ke dalam telur, bacteria ini mampu membunuh embrio jika ia dalam kuantiti yang banyak. Rawatan adalah dengan menyuntik telur dengan doxycyline. Pemberian doxycyline secara oral kepada anak ayam juga boleh merawat penyakit ini dari diturunkan ke generasi akan datang. Satu lagi bacteria penyebab kematian embrio adalah Salmonella, bacteria ini menyebabkan anak ayam sgt lemah dan gagal untuk keluar dari kulit telur di akhir pengeraman. Bakteria ini mampu memasuki liang telur dan juga masuk menerusi ibu ayam. Terdapat juga jenis-jenis bakteria Staphylococcus juga berupaya membunuh embrio. Bakteria Staph. Aureus boleh membunuh embrio dalam tempoh 48 jam. Bakteria Staph. Faecalis mampu member kesan kepada 50% perkembangan embrio. E. coli adalah bacteria yang biasanya dijumpai dalam haiwan. Ia mampu memasuki telur dengan dua cara iaitu melelui ibu ayam dan kulit telur. Kotoran dalam sarang dan sangkar menjadi penumbang utama jangkitan bacteria ini. Kebanyakan embrio yang dijangkiti E. coli akan mati pada akhir pengeraman atau sebaik sahaja lepas menetas.


Mycoplasma

Mycoplasma adalah lebih primitive berbanding bacteria dan memerlukan perumah untuk hidup dan berkembang-biak. Bagi mengelakkan jangkitan mycoplasma, tylosin disuntik ke dalam ruang udara telur.


Viral Disease


Contohnya virus Newcastle Disease yang menjangkiti induk ayam juga boleh memasuki telur yang dikeluarkan oleh ayam tersebut. Namun begitu, kenyataan ini tidak kritikal kerana ayam yang dijangkiti virus ini akan berhenti bertelur dengan segera. Cuma yang perlu dirisaukan adalah telur yang terdedah kepada udara bervirus mungkin akan mencemarkan suasana dalam incubator dan seterusnya merebak kepada anak yang baru menetas.

Parasites

Parasit seperti cacing gelang (round worm) dewasa pernah dijumpai dalam telur. Ini terjadi apabila cacing gelang melekar pada telur yang belum bercengkerang dalam badan ayam. Setelah cengkerang terhasil, cacing tersebut terperangkap dalam cengkerang.

Thursday, June 3, 2010

Model Baru Incubator 2010


Hari ni aku nak bercerita tentang design incubator baru aku. Design baru bagi incubator manual ni aku upgrade dari yg lama cuma aku tukar kotaknya kepada kotak yg lebih kukuh supaya lebih stabil dan kuat berbanding kotak lama. Lagipun dah ada pembuat incubator yg guna kotak yg sama sebijik macam yg aku guna untuk buat incubator komersial dan dijual lebih murah sbb bhn dan komponen yg berbeza, tak sedap pulak hati sbb ada pelanggan yg kata aku menciplak diaorg punya. Sedih betul rasa hati.. Untuk pengetahuan korang, bukan senang nak buat research ttg incubator ni, makan masa, makan tenaga, makan duit dan penat jerih tu takder sapa tau. So nak tak nak terpaksa la aku beralah n cari alternatif lain. Setelah agak sebulan mencari so aku dpt la design kotak ni. Tak tau la sampai bila aku boleh bertahan dgn design ni tanpa diciplak. Jika dibandingkan dgn kotak lama dulu, kotak yg baru ni lebih praktikal kerana tidak terlalu dalam dan lebih besar dan panjang. Ini dpt menampung lebih banyak bilangan telur hingga 100 biji untuk sekali eram. Yg menambahkan kekukuhan kotak baru ini adalah rekabentuk tetulang pada kotak itu sendiri membuatkan ia tidak mudah pecah atau piuh jika diangkat walaupun ia panjang dan lebar.


Selain dari kotak tersebut, aku juga ada tambah tali penahan pada pemasangan kotak supaya bumbung boleh ditegakkan dan ini adalah satu upgrading yg diminati oleh para pelanggan aku. Setakat hari ni aku dah jual hampir 30 unit incubator design baru ni dan mmg ada pelanggan yg dah beli 2-3 unit secara berperingkat menunjukkan keboleharapan design baru ni setanding dgn design lama dulu.

Begitu juga bagi incubator automatik, juga dgn muatan 100 biji telur ayam, aku dah upgrade dgn penggunaan motor yg lebih tahan lembapan, punyai daya kilas yg tinggi serta rpm yg lebih rendah. Oleh kerana motor ini diletakkan dalam incubator maka dedahan kepada lembapan tidak dpt dinafikan, oleh itu motor mestilah tahan terhadap lembapan ini tanpa byk komponen yg boleh karat dgn cepat. Daya kilas yg tinggi dpt memastikan telur-telur dialihkan dgn baik tanpa member kesan beban yg memendekkan jangkahayat motor. Manakala rpm atau kelajuan pusingan motor yg rendah dpt memberi kelembutan dalam aktiviti memusingkan telur. Kadar pusingan telur adalah sgt kerap membuatkan mesin ini mempunyai peratus penetasan yg sgt tinggi selain memudahkan pengguna.

Lagi satu hal adalah berkenaan jaminan atau warranty, aku mmg bagi jaminan 6 bulan kat pelanggan aku, bukan apa. Aku tak boleh nak rendahkan harga sbb aku mmg buat setiap incubator aku dgn sgt teliti dan kemas, ditambah pula dgn komponen-komponen yang berkualiti tinggi yang mmg mahal, so utk menguntungkan lagi pelanggan aku dgn harga yg aku tawarkan, aku bagi la warranty kepada mereka. Tak la diaorg rasa ralat sgt. Ye la kan, dah keluar duit ratus-ratus takkan pakai 2 bulan dah kong pun takleh ganti part baru secara percuma.. kesian kat pembeli.
Selain itu jugak, aku ada buat incubator untuk hanya 60 biji telur khas untuk beginner dalam aktiviti penetasan ni.

Sunday, April 25, 2010

Isu Putaran Telur Dalam Inkubator

Salam utk semua, aku baru lepas siap buat sebiji auto inkubator tadi.. ni tgh rehat2.. so ada mood nak menulis lak.. kali ni aku nak tulis pasal isu di atas, ya, isu putaran telur dlm inkubator... berbalik kepada tujuan membina inkubator. Kalau tak silap aku tujuan manusia bina inkubator ni adalah utk gantikan ibu ayam yg mana manusia mengambil keputusan utk meniru 100% sistem dan keadaan ketika telur dieram oleh ibu ayam tersebut. Antara perkara-perkara yg berjaya ditiru adalah :
1. Suhu badan eraman ibu ayam - di ganti dengan pemasangan heater/pemanas cthnya mentol @ heater coil dgn kawalan dr thermostat samada digital atau biasa, bg ayam suhu maksimum diset kepada 38-39 darjah Celcius.
2. Kelembapan sekitar telur – apabila heater dipasang, kelembapan udara di dlm kotak inkubator akan berkurang disbbkan proses pemanasan, oleh itu satu bekas air perlu diletakkan dlm kotak inkubator bg menyediakan lembapan yg sesuai contohnya 55-65% bg eraman telur ayam.
3. Pengudaraan – lubang-lubang kecil disediakan pada inkubator bg memastikan udara sentiasa beredar dlm inkubator ini termasuklah memasang blower atau kopas kecil bertujuan menyeragamkan suhu pada segenap penjuru inkubator. Ibu ayam biasanya akan mengangkat badannya bg memberikan pengudaraan yg baik utk telur, perkara ini juga dilakukan bg tujuan mengawal suhu dan kelembapan.
4. Memutar telur – inkubator manual biasanya memerlukan bantuan pengguna dlm membuat putaran telur manakal bg inkubator automatic pula, ia telah disetkan utk memutarkan telur selang beberapa jam atau beberapa kali dlm sehari. Bg kebanyakan pengguna dan pembuat inkubator, mereka berusaha utk memutarkan telur kepada 180 darjah atau paling kurang 90 darjah. Namun begitu jika kita lihat sifat ibu ayam semasa mengeramkan telur tersebut, ia tidak pula mengalihkan telur-telurnya mengikut sudut-sudut tersebut, kenapa ? Ini kerana, tujuan memutarkan telur telah disalahertikan oleh segelintir dr kita. Mereka menyangkakan bahawa telur perlu diputar utk memastikan semua permukaan kulit telur menerima suhu yg sama pada setiap masa. Ini adalah salah faham sebenarnya, tujuan telur diputar adalah bg mengelakkan embrio melekat pada permukaan membran (selaput) kulit telur, sifat embrio adalah sentiasa mencari haba, oleh itu ia akan bergerak ke bahagian kulit yg menerima haba, jika haba terlalu panas ia akan menjauhi permukaan kulit telur dan berada ditengah-tengah telur, jika haba yg diterima kurang maka ia akan mendekati kulit telur dan jika ia berada terlalu hampir dan terlalu lama pada permukaan kulit telur, ia akan melekat pada membran dan seterusnya mati. Ini kemudiannya menghasilkan telur tembelang. Ibu ayam hanya menggerakkan telur-telurnya beberapa kali setiap hari, cukup sekadar telur tersebut bergoyg kerana gerakan ini akan mengelakkan embrio melekat lalu mati. Jadi utk menghasilkan inkubator automatik yg baik, cuba kerapkan gerakan atau goyangan dan tidak perlu bersusah payah menghasilkan kedudukan yg tersusun dgn darjah tertentu kerana ini akan memakan kos yg tinggi. Selamat Berjaya Utk Anda Yg Ingin Mencuba !!!

Tuesday, February 2, 2010

Mesin Penetasan



Kali ni aku nak bercerita berkenaan incubator atau dalam bahasa Melayunya, mesin penetasan. Di Malaysia ni aku tgk, setiap peternak moden dah jatuh hukum wajib dah utk memiliki paling kurang sebuah incubator utk tetaskan telur ayam atau unggas mereka sendiri. Kalau kat luar negeri dah berabad diaorg gunakan teknologi nih. Kat Malaysia baru mula berkembang jer.. tp mmg laju perkembangannya.

Banyak jenis mesin ni kat negara kita sekarang ni, berbagai jenis model.. ada yg buatan sendiri dan ada yg diimport dari USA, Indonesia, Taiwan, China dan negara lain. Tp konsepnya tetap sama, bertujuan menetaskan telur dengan kadar seragam dan membenarkan kawalan penetasan semaksima mungkin. Ini bermaksud, penetasan dapat dijadualkan dari segi jumlah dan tarikh telur menetas. Keselamatan telur juga lebih terjamin, ye la kan.. kalo dah tiap-tiap hari kita kutip telur tu, takder ler sempat kat kera, monyet, biawak, musang dan lain-lain pemangsa. Kalo masuk ke incubator mustahil pulak biawak leh masuk ambik.. :) So bagi aku mesin ni amatlah penting di reban aku tu.. alhamdulillah.. bersyukur aku sbb aku mampu buat sendiri mesin ni.. yg auto ker manual ker semua aku buat sendiri jer.. bukan nak riak tp bila dah faham konsep campur lak dgn ilmu time belajar dulu skit.. terhasil la incubator yg tak seberapa. Asal menetas dah la...

Gambar-gambar yg aku masukkan ke sini adalah antara incubator yg aku hasilkan sendiri, dan sebenarnya aku juga merupakan pembuat dan penjual incubator.. dah dekat 200 biji aku jual dari thn 2007 dulu.. itu belum campur yg dari thn 1996.. model plywood masa tu.. rezki aku murah setakat ni. Alhamdulillah sekali lg.



Manual eggs turner
utk incubator manual.



Anak itik menetas dalam incubator automatik.




Inilah barisan incubator yang aku guna direban aku.