Showing posts with label ayam giant cochin. Show all posts
Showing posts with label ayam giant cochin. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

GIANT COCHIN AAF 2015

 
 
 
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana koleksi ayam baka giant cochin di AAF semakin meningkat kualitinya.  Sekian lama mencari, sekarang berjumpa lah ia.  Buat masa sekarang cuma ada 2 jantan dan 2 betina di AAF.  1 jantan putih bersih. 1 jantan buff. 1 betina buff dan 1 betina hitam penuh.  Buat masa ini cuma betina hitam yang sedang bertelur.  Semuanya masih muda belia jadi masih lama lagi khidmat mereka pada AAF insya Allah.  Diharap berkembang biak baka import ni di AAF. 
 
Berikut adalah sedikit sebanyak info berkaitan baka ini yang direkodkan dalam Wikipedia :
 

Wednesday, October 30, 2013

Gergasi Manja

 
Salam semua, membela, menjaga dan membiakbaka ayam gergasi memang sangat menyeronokkan.  Ayam yang terkenal manja dan lembut walaupun mempunyai fizikal yang nampak gagah dan kuat.  Dengan fizikal yang terpamer itu membuatkan ada kanak-kanak yang takut untuk mendekati ayam baka giant cochin ini.  Hakikatnya bila sekali mereka memegang dan mengusap ayam ini, mereka akan cuba untuk mendekatinya sekali lagi dan malah berkali-kali lagi.  Aku mula memelihara dan membiakbaka ayam jenis ini dari tahun 2010 dan sudah banyak pengalaman indah yang aku lalui.  Pengalaman di mana saat melihat ayam pertama yang aku beli membesar dari hari ke hari, menunggu saat mereka matang dan bertelur dan seterusnya menunggu saat menetasnya anak ayam tersebut dari mesin eram.  Betapa comelnya anak-anak ayam ni... gebu n bulat !  Lepas tu tgk mereka membesar lagi n begitulah sehinggalah ke hari ini tanpa rasa jemu... beraneka warna dan karekter anak ayam ni.. ada yg suka bergurau dengan tangan, ada yang penakut.. maah ada yg suka kejar aku hehe  sampai la besar mcm tongkang masih nak kejar n patuk kaki aku hehe sakit gak kadang2 tu.. ada masa tu aku lak yg kejar dia hihi... Setakat ni baka giant cochin ni tak pernah mengecewakan aku, asal keluar anak jer mesti menjadik... bulu lebat n sihat.  Tak banyak yg sakit, kalu adapun hanya sakit mata jer yg mudah dirawat.   Bagi sesiapa yang teringin mendapatkan baka ni bolehlah hubungi aku.. anak2 masih giat menetas di reban aku nih.


Wednesday, October 16, 2013

Senarai Induk Brahma N Giant Cochin Di AAF


1.  Dara muda ni mmg menarik.. warna dan bulu yg menarik, gebu gitu.  Kalau berjalanpun ada gaya.  Tak sabar aku nak tgk anak dia... sekarang baru umur 4 bln.  2 bln lg nak telur.


2.  Yg ni mmg induk dah.. dah berpuluh ekor anak dia kuar.  Alhamdulillah.  Induk giant cochin ni masih aktif nih. Anak asal reban AAF dan mmg terkenal dengan kualiti telur yang bagus dan mudah biak. Warna yg menarik dan kadang2 warna anak yg keluar adalah buff hasil gen ibunya yg jugak warna buff.
 

3.  Ni ibu muda baru keluar anak first batch.. telur batch pertama ada 8 biji. 7 ada benih dan menetas.  Nak tengok batch kedua pulak bulan depan kut.  Induk ni anak tetas kat AAF sendiri iaitu anak kacukan bapak dark dan ibu black.  Jantannya dah dijual manakala betina aku simpan buat induk sbb aku takder lagi kaler ni.. ini adalah warna standard untuk betina dark brahma.

 
4.  Induk muda juga asal dari keturunan dark brahma dikacuk dengan ibu light brahma hasilkan anak buff.  Sekarang tgh aktif bertelur.  Tak pasti maksimum berapa biji tp bentuk teur sgt baik untuk pengeraman.  Bulunya masih dalam proses matang dan akan lebih gebu dalam sebulan 2 lagi.
 
 
5. Masih dara, belum pernah bertelur.  Bulan Nov 2013 jangkaan bertelur.  Harap2 akan menjadi induk terbaik AAF jugak nanti.  Giant cochin dengan warna light. Umur 5 bulan.


6.  Brahma muda dara, warna sedikit dark tp seolah-olah gen light dgn dark 50-50.  Xper biar dia.. nak tgk anaknya jadik warna apa bila cross dgn dark brahma.  Mana tau kuar semua dark.. hehe
 
Selain induk kat atas ni aku jugak ada 2 lagi induk hitam giant cochin dan brahma.  Tak sempat nak snap foto sbb mereka ni pemalu huahahaha.  Nantilah aku upload kalau ada masa.


Tuesday, June 4, 2013

Anak Giant Cochin For Sale !!

 
Salam semua, lama dah aku tak menulis nih.. sibuk nih.  Kali ni dpt menulis.. sabtu lepas ada org borong anak giant cochin n brahma.  Kebetulan kali ni anak brahma kurang tetas walopun induk bertelur jugak.. tp giant cochin menjadik betul.  Anak umur sebulan lebih aku jual RM150 sekor, tp kalau dah amik 4-5 ekor takkan aku tak diskaun kan.. so aku bg diskaun la pada pelanggan aku ptg sabtu tu.. Kualiti anak makin baik memandangkan aku dah mula buat selective breeding hasil dari pemilihan induk yg juga anak tetasan dari AAF tahun 2011 lepas... agak terkejut aku apabila genetik ayam ni masih dibawa dgn baik oleh anak2 pewarisnya walopun induknya yg asal tak menyerlah sgt.  Untuk itu,aku ada buat lg beberapa pemilihan anak yg aku cuba besarkan sebagai induk pelapis untuk hasil anak yg lebih tinggi kualitinya.  Harap AAF akan jadik pengeluar giant cochin dan brahma yg berkualiti secara berterusan.  Setakat ini AAF mampu mengeluarkan sekitar 10-15 ekor anak giant cochin dan brahma dalam sebulan.  Itu dah ditolak dgn anak2 yg mati dan berkualiti rendah... AAF cuba untuk menjual hanya anak yg menepati ciri standard baka asal sahaja.  Insya Allah dgn doa para pelanggan AAF akan berkembang dgn lebih pesat lg...  Kat bawah ni adalah anak2 ayam yg dijual pada Sabtu lepas... Harap En Muiz owner baru mereka dapat membiakkan baka ini suatu hari nanti dan bersama2 memeriahkan industri ayam eksotik di Malaysia.



Wednesday, January 9, 2013

Ayam Giant Cochin Baka Anizam Agrofarm

 
         Salam kepada semua pelawat dan pengikut blog aku yg setia, kali ni aku punya blog ada masalah nak upload foto lak... tu yg lambat nak buat posting baru tu.  Tp lepas byk kali try tak jalan jugak.. last2 aku tibai je lah... asal dpt posting baru :)  Kali ni aku nak story kan pasal giant cochin aku ygtak seberapa nih.. ada 3 foto beliau di mana dia ni adalah anak hasil reban aku sendiri pada hujung tahun 2011.. lepas 1 tahun umur so mcm ni la gayanya.. saiznya mmg gadang dan kalau diukur mmg lebih besar dari ayahnya sendiri yg berusia 2 tahun tu...  mmg hebat.  Dan yg paling aku minat ialah, baka ni sgt tahan penyakit dan dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran dgn sgt baik dan cepat.. kalau kita perhatikan, bukan semua baka ayam dari luar negara dapat merge atau menyesuaikan diri dgn iklim Malaysia.. terutamanya ayam yg direct diimport dari luar dan bukannya local breed.. tgk mmg cantik tp punyala lembik.. silap skit nak mati dah, cam hobi lak...  apapun sekarang nih, jantan aku ni dah berjaya membuatkan 2 ekor ayam betina sekaum dgnnya bertelur dan berbenih, so insya Allah aku akan bukak tawaran kpd sesiapa yg berminat utk bela baka aku nih... mmg tak secantik brg import tp tahan lama dan lasak :) hargapun seimpal :)

 
 
 
 
 
Kalau korang perasan, bulu bontot ayam2 nih semua aku cukur utk memudahkan persenyawaan, kalau tak, asyik eram telur kosong je lah aku nih....