Showing posts with label ayam silkie. Show all posts
Showing posts with label ayam silkie. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Mini Cochin + Silkie

Salam, lama jugak aku tak update blog aku ni, tak byk benda nak citer pun, bantam bau mula kuar hasil, hujung bulan 7 boleh la jual kut.. merpati pun sama, kali ni yang aku nak citer adalah tentang penetasan anak ayam kacukan aku. Aku kacuk mini cochin jantan ngan silkie putih betina.. mmg jadi benih n kuar anak, tujuan aku nak hasilkan silkie warna coklat.. ni dah tetas sekor tp tak jadi perang pun, jadi kelabu ada la.. disbbkan baru menetas so tak nampak lg la samada bulu dia jadi silkie ke tak.. yg pastinya, balung n warna kulit ikut bapak dia, harap bulu ikur mak dia, boleh la jadik silkie mini cochin.. atas kepala ada jambul skit tp tak ketara langsung.. berikut aku sertakan foto :)



Ni bapaknya..





Emaknya...






Babynya..

Monday, April 18, 2011

Makan Telur Giant Cochin n Silkie

Salam, bluuurpp.. Alhamdulillah. Sendawa aku sbb kenyang makan telur ayam paling mahal di Malaysia hehehe... disebabkan aku tadak jantan giant cochin so aku pun makan jer telur-telurnya. Termasuklah telur silkie yang takder benih. Frust pun ada tp apa nak buat, oder giant cochin jantan tak sampai2 lg... sebenarnya dah berpuluh biji telur giant cochin ni menjadi santapan aku, tp kali ni jer baru teringat nak masukkan dalam blog.. syer 'cerita' jer la, nak syer 'rasa' tak dapat :)..



Telur yang masih dalam sarang.. aku sebagai pemangsa dah berjejeran air liur :)



Proses kedua selepas di basuh, pecahkan telur :)







Dah pecah n nak goreng.. yum..yum..

Saturday, February 19, 2011

White Silkie

White Silkie atau org Melayu panggil ayam sutera atau ayam selasih mmg sgt comel bg aku tambahan pula kalau yg dah dimandi n disyampoo gebu gitu.. aku ada jugak cadangan nak mandikan ayam aku ni tp si jantan tu cam pelesit jer liarnya.. tp takper nanti aku mandikan n kasi sauna skit baru dia tau.. :) Pasangan ayam milik aku ni dah mula bertelur tp silap pulak sbb lupa bg dedak telur so tergendala jap, ni aku dah mula balik jaga makanan dia.. sori ye ayam!
Kalau korang perhatikan gambar di bawah adalah foto yg sempat aku snap semasa depa tgh tido, pelan2 aku kasi snap sbb takut yg jantan terkezut.. berjaya jugak aku. Yg betina sporting n peramah.. tp suka berleter sekor-sekor.. takper asal ko bertelur lepas ni..




Selain white silkie, black silkie ada juga dalam koleksi aku tp masih baby.