Showing posts with label ayam rosecomb. Show all posts
Showing posts with label ayam rosecomb. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Stok Anak Ayam Hujung Jun 2013


 
Salam kengkawan semua, lama jugak aku tak update blog aku nih.  Sibuk ngan agenda Sambutan Hari Pekerja 2013, ni dah setel semua n pagi ni dah disambut so aku buleh la melepaskan penat lelah aku yg dah hampir sebulan tu.  Tinggal claim je aku nak kena buat nih.  Hampir RM1k jugak la 'terpakai' duit sendiri semata2 nak siapkan cenderahati utk sambutan tu.  Ok, habis bab tu, ni aku nak cerita berkenaan ternakan aku la plak... Seperti yg anda semua lihat dalam foto di atas tu, semua anak2 tu adalah stok utk jualan bulan Julai nanti.. tp kalau ada yg sanggup borong aku ok jer.  Insya Allah tetas lg...buat masa sekarang Alhamdulillah brahma menjadik balik, giant cochin mmg tak pernah putus, black rosecomb pun kembali beraksi cuma silver sebright jer ada masalah skit sbb aku lambat sedar rupanya jantan yg aku guna tak memanjat sbb tak sihat, mungkin demam kut... so lepas 2 minggu baru aku sedar yg telur tak berbenih.  Oleh yg demikian takder la stok anak yg tetas, sekarang dah masuk jantan baru yg aktif jadi insya Allah telur yg hari ni akan berbenih sbb biasanya telur yg dikeluarkan hari ni adalah hasil persenyawaan 3 hari lepas dan sperma pejantan akan kekal dalam simpanan sperma si betina selama 10 hari sebagai spare menunggu ovum dari betina matang sekiranya tiada persenyawaan berlaku dalam tempoh tu, kalau ada berlaku persenyawaan maka sperma baru tu akan digunapakai dan yg lama akan dikumuhkan.  Hehe terlajak la plak... siap bagi penerangan tu.  Ok lah.. kalau korang tgk dalam foto tu ada kelibat anak silver n golden yg sesat hehe. Tu last batch yg menetas sebelum jantannya sakit, n anak golden tu juga berbapakkan silver sbb tu aku tak berani jual, just suka2 jer... Bg sesaper yg duk follow blog aku ni aku ucapkan ribuan terima kasih sbb ramai jugak yg bertukar2 maklumat n petua.  Aku sgt2 berbesar hati kalau lg ramai yg buat mcm tu... sama2 lah kita kongsi ilmu pemberian Allah ni...

Sunday, June 9, 2013

Projek BBRed Rosecomb - The Making

 
 Salam semua, BBRed Rosecomb atau nama panjangnya Black Breasted Rosecomb adalah salah satu baka rosecomb yang tidak kurang menariknya.  Di Malaysia aku masih belum dapat lihat baka rosecomb dgn variasi warna ini.  Kebanyakannya adalah berwarna hitam diikuti dengan warna putih.  Pun begitu, warna putih juga amat jarang dibiakkan.. memang ada di Malaysia tp aku jarang lihat warna ini dijual-beli dalam pasaran unggas Malaysia.  Kalau ada, akupun nak hehe.. dikesempatan ni aku nak perkenalkan lah kepada kwn2 semua variasi BBRed aku.. yg mana aku cuba hasilkan dengan mengacuk serama jantan dan rosecomb betina.  Aku kira dalam 40% jer lagi nak kena tambahbaik nih untuk jadikan BBRed standard mcm dalam foto kat bawah nun.  Bezanya ayam aku ni akan jadik lebih kecil dari yg standard.. kira kalau warna, balung n cuping telinga dah tip top nanti leh la aku lawan ayam omputih huhahahaha... apapun doakan aku yer geng!!
 

Saturday, May 18, 2013

Black Rosecomb

 
 Salam semua, pagi tadi aku baru  jer hantar pasangan BR ( Black Rosecomb ) foto yg kat atas tu ke Stesen Bas Larkin, jap td owner barunya dah sms yg mereka dah sampai dgn selamat.  Alhamdulillah la.. yang betinanya bulan depan insya Allah akan mula bertelur.  Harap owner barunya En Affendi cepat dapat 'cucu' hehe.. Aku jamin 'cucu-cucu' nya nanti mmg mengancam sbb keturunan n darah pure breed ada dalam pasangan ni.  Apapun aku ada lg beberapa pasangan yang serupa seperti foto di atas dalam simpanan untuk dibuat pembaka di farm aku.  Insya Allah bulan depan akan bertelur dan membiak sakan.  Pasangan2 tu aku simpan dari batch pertama induk import dari Philipine tu.  Anak2 betina akan aku kacuk semula dgn bapak pure breed nya.. harap dapat mengekalkan darah dan baka asli BR ni.  Di samping tu juga aku ada buat pertukaran baka BR dgn kawan2 yg sudi.  Khas untuk ubah bloodline sahaja.  Dengan syarat ayam kawan tupun ori la jugak hehe.  Kalau tak ori naya jugak la aku nih.  Apapun aku percaya dgn membuat biak silang ni, keturunan ayam ni akan lebih terjaga dan lebih asli.  Kepada sesapa yg sependapat dgn aku harap jgn segan untuk kita tukar baka, setakat sekarang ni aku dah dpt 2 baka dari kwn2 peminat BR.  Harap akan ada lg rakan2 yg sudi buat tukar baka ni.  HIDUP BR UTK HOBI KITA !! :)

Tuesday, March 19, 2013

Kacukan Serama Dan Black Rosecomb

 
Salam sejahtera kepada para pelawat blog aku, posting kali ni aku nak story skit berkenaan hasil biaksilang (crossbreed) yang telah aku jalankan 3 bulan lepas.  Dah berhasil tp baru peringkat permulaan.. masih byk lg yang perlu dilakukan.  3 bulan lepas aku ada beli pejantan serama warna merah kekuningan, ada foto kat atas aku tunjukkan.. masih muda time tu, baru belajar galak.  Manakala induk betina black rosecomb mmg sedia ada kat farm aku nih, so dalam duk saja-saja tu aku cuba la sekalikan bapak serama tu dgn induk rosecomb ni.  Tujuan aku ada 2, pertama nak hasilkan ayam black rosecomb yg ber'body' serama, dan yg kedua nak hasilkan rosecomb yg berwarna selain hitam.  Percaturan aku mula menjadi bila terhasil 2 ekor anak yg mana sedang meningkat remaja sekarang ni, satu warna hitam pure berbalung rose, bertelinga putih dan tubuhnya mirip tubuh serama... manakala adiknya juga bertubuh serama walopun tak ketara cam abgnya ttp bulu2 merah keluar di tengkuk dan belakang.. hasilkan variasi spt yg aku rancang.  Alhamdulillah... semoga ada lagi hasil2 yg menyokong impian aku ni nanti.  Foto kat atas sekali adalah si bapa, yg bawahnya adalah si ibunya manakala kat bawah ni pula adalah anak2 nya yg 2 beradik tu.. cuma sedikit kureng sbb 2-2 jantan, tak jadi betina kali ni... Foto yg last sekali adalah anak pure rosecomb pada umur yg sama, dapat tak korang lihat betapa byknya perbezaan tubuh mereka.  Mana yang menjadi pilihan korang agak2nya ???!!!
 

 
 
Si abang yg aku kira sgt menjadi kecuali balungnya agak tinggi dan cuping telinga yg kurang putihnya.  Kita tgklah apa jadik bila dah umur 6 bulan, sekarang baru 3 bulan lebih skit..
 
 
Si adik yg kurang menyerlah tp berbeza ketara dari si abang sbb ada bulu-bulu merah kekuningan di tengkuk dan belakang.  Tak sabar tunggu full grown diaorg...
 
 
Foto anak rosecomb pure ni pulak aku letak sbb nak buat perbandingan di antara yg kacuk serama n ori, jauh tu beza dia.. yg kacuk serama dah mula kokok umur sebulan lebih, yg ni dah 3 bulan lebih baru kokok.. tu pun pelat :) manakala body nya mmg out lah... tp tu la baka ori.. juga sgt hebat dalam kelasnya yg tersendiri.

Tuesday, March 12, 2013

Batch Pertama Black Rosecomb Sold Out

 

 
Salam semua peminat unggas eksotik, nak diceritakan kepada kalian bahawa 6 pasang anak rosecomb umur antara 2-3 bulan dahpun sold out iaitu batch pertama keluaran Anizam Agro Farm (AAF).  Batch kedua baru jual sepasang memandangkan yg betina masih kurang berbanding yg jantan.  Ada 3 ekor anak jantan umur 4 bulan yg masih menunggu pasangan utk jualan.. ayam sihat n kalau sesapa yg nak jantan sahaja mmg sesuai sgtlah dtg berkunjung ke reban aku atau aku pos pakai bas jer mudah hehe..  Esok en khairul dari Kuantan yg bekerja di Selangor akan bawak balik sepasang sebagai buah tangan ke Kuantan.  Insya Allah anak ayam yg aku bagi kat dia mmg menjadi, balung n cuping telinga dah mula memutih walaupun baru umur sebulan setengah.  Namun apapun, Anizam Agro Farm mengamalkan prinsip beli, bawa balik, bela n kalau tak puas hati atau tak ori boleh pulangkan n ganti baru atau pulangkan bayaran.  Mudah mcm tu sbb AAF nak berkawan bukan nak berniaga sangatpun.. duit hasil buat beli dedak n tukar baka ayam jer.. bukan nak buat rumah banglo hahaha.. Buat masa sekarang stok yg tgh ramah adalah giant cochin n brahma mcm2 kaler kuar haha.. ada giant cochin buff, light, dark n black, brahma pun sama... buff, dark n light.. kaler yg aku tatau nak sebutpun ada.. sapa berminat sila sms atau call.  Dtg sendiri n kita berurusan.. AAF tatak sombong punyer.. kena ngan harga kita juallllll :)

Saturday, February 16, 2013

Black Rosecomb Stok Jualan Hujung Feb 2013



Alhamdulillah syukur aku ke hadhrat Allah SWT atas limpah kurnia Nya kepada aku pada 2013 ni. Walaupun ada dugaan berat yg aku tgh tangung beberapa tahun ni tp rezki dalam ternakan ayam eksotik terutama rosecomb, giant cochin dan brahma masih berpihak kepada aku. Bukan nak riak tp membiak sakan ayam2 tu kat farm kecik aku ni, tak muat weh nak letak mana, terpaksa jual merpati utk clear sangkar. Anak rosecomb bakal bertukar tangan penghujung Feb 2013, ramai yg oder tp aku tak ingat sapa, semua aku janji hujung bulan, sapa cepat dia dpt la.. sori kengkawan huhu. Setakat ni aku ada 7 pasang yg akan capai umur 2 bulan lebih skit pd hujung bulan ni. Khas untuk jualan nanti, yg selebihnya ada berbelas ekor lg tp semuanya jantan.. adui.. lupa set semula incubator bulan tu :(.. Ramai pelanggan tanya kenapa nak tunggu umur 2 bulan baru nak letgo, aku bukan tak nak jual awal tp aku takut anak2 ayam tu tak cantik bila besar. Biar aku tgk betul2 dulu baru aku jualkan, senang.. takder la pelanggan komplen, buatnya tetiba kuar bulu merah kat tengkuk tu maunya tak naya muka aku kena maki... jadi utk langkah berjaga2 aku simpan besar skit n aku bg jaminan boleh pulangkan ayam jika tak ori.. senang jer, aku ni bukan nak apa, nak berkawan jer ngan rakan2 yg satu minat nih. Malaysia bukan luaspun. Berikut adalah foto2 anak2 ayam yg aku maksudkan tu.. enjoy lah kengkawan !





Thursday, January 24, 2013

Projek Black Rosecomb berhasil

 
Salam semua, alhamdulillah telur2 rosecomb menjadik musim ni.. walaupun hanya ada 2 induk betina dan seekor pejantan.. tp anak setakat ni hampir 30 ekor dah dalam simpanan, bukan nak riak tp mohon kawan2 alert ttg jualan anak2 ayam ni pada hujung bulan Feb nanti sbb pada masa tu anak2 ayam ni dah cukup la sebulan lebih ..  Buat masa ni semuanya masih diletak di bawah lampu ..


 
Di antara anak2 rosecomb yang berjaya di snap....

Thursday, August 30, 2012

Anak-anak Ayam Red Rosecomb

Aku dah lama teringin nak hasilkan baka rosecomb yg beraneka warna sbb bg aku mmg baka yg byk kaler ni ada nilai yg tersendiri.  Usaha aku kini dah berhasil dgn adanya anak rosecomb merah hasil kacukan dengan induk berdarah ayam hutan.. aku harap anak2 kan jadi pelapis dan pembaka yg dasyat satu hari nanti sbb selain nak hasilkan red rosecomb aku jugak nak pastikan badan rosecomb ni menjadi semakin kecil dgn ekor yang lebat serta tubuh yang agak tegak.. anak jantan yg dalam gambar di bawah tu dah ada ciri2 tubuh kecil dan tegak so aku nak tgk la perkembangan ekornya.. adakah akan lebat atau sebaliknya.  Kalau kat US, ayam red rosecomb dah byk dibiakkan, malah terdapat pelbagai variasi rosecomb dah pun cuma kita jer tak main lagi.. insya Allah lepas ni jo kita lak main :)
 

Thursday, June 21, 2012

Modern Rosecomb - Baka baru di Anizam Agro Farm



Salam kepada semua pelawat blog aku, dah lama aku tak posting.. sibuk dgn budak2 ADTEC ni nak final exam.  Ni depa dah nak abih final so ada masa skit la :)  Kali ni aku nak berbicara ttg ayam kacukan aku.  Anak jantan yg baru mula galak.. dia ni adalah hasil kacukan antara pure modern game bantam jantan dan pure black rosecomb betina aku.  Kalau tgk betul2 byk kelainannya antara baka mix ni ngan mak bapaknya.. cuma aku tak puashati balungnya tu.. langsung tak rose.. aku tak tau la jadik bunga apa tp yg pastinya bukan bunga rose hahahak... ntah bunga taik ayam ke hapa tp aku akan usaha lg dgn mengacukkan jantan ni ngan betina rosecomb yg ori jugak.. tak salah mencuba :)  bulunya yg kurik tu mmg aku suka cuma kalau semua solid black lg bagus rasanya.. tp aku percaya akan muncul jugak anak yg body kecik berbulu rapat n keras bila aku kacuk sekali lg ngan pure blood rosecomb.  Insya Allah doakan aku supaya berjaya nanti. Kat bawah ada 2 keping gambar beliau :) dan gambar last sekali tu bersama isteri beliau iaitu modern game kacukan ayam hutan :).. kita tgk la anak dia jadik camner :)


Tuesday, April 24, 2012

Anak Rosecomb Tetas Dah

Salam kepada semua, malam semalam tetaslah sudah anak ayam pure black rosecomb aku.. telur 6 bijik cuma tetas 4 ekor jer.. tp syukur alhamdulillah sbb berjaya jugak ditetaskan.. indukpun masih bertelur dgn baik. Harap lepas ni akan bertambahlah populasi rosecomb aku ni :) Berikut adalah 2 foto anak ayam tersebut.
p/s : Org tempah 10 ekor (5 psg) tp yg tetas 4 ekor jer.. sapa tempah dulu, dialah yg dapat dulu..

Sunday, April 8, 2012

Black Rosecomb Mula Biak

Salam satu Malaysia, dah seminggu aku duk kutip telur pasangan Black Rosecomb aku ni, bila dah masuk incubator n diteropong mmg ada benih, so alhamdulillah la.. so lepas ni aku harap anak dia kuar dgn cantik n kiut2 belaka mcm mak ayah dia, dijangka pertengahan bulan ni menetas la tu.. kalau takder aral hujung bulan depan boleh la aku jual kpd sapa2 yg minat baka ni.. ayam ni sgt jinak, rintang penyakit dan mudah biak.. telurpun dia eram sendiri cuma aku jer eram pakai incubator sbb takmau ibu ayam tu stop bertelur. Rosecomb ni juga satu jenis ayam yg manja dan suka dibelai, so mmg sesuai dibuat pet.. perangai cam ayam serama la jugak. Kokok pun tak nyaring sgt so jiran tak la marah hahaha. Kat bawah ni adalah pasangan rosecomb aku.

Thursday, March 22, 2012

Anak Kacukan Ayam Hutan Bulu Betina + Rosecomb

Salam semua, minggu lepas adalah minggu yang aku sgt2 nantikan di mana telur2 dari ayam betina rosecomb yang dikacukkan dengan ayam hutan jantan bulu betina dijangka akan tetas. Aku saja jer buat eksperimen mana tau akan jadik ayam yg hebat2 dan cantik.. tak salah mencuba hehe.. so seperti yg dijangka, drp 5 biji, ada la 3 ekor yg berjaya tetas dan nampak sgt sihat. Warnanya hitam legam dan semuanya berbalung rosecomb, kira menariklah bg aku.. boleh la buat baka rosecomb bulu betina tp tak pasti la aku samada anak2 ayam ni akan jadik bulu betina ke tak.. kita tunggu la sama2.. tak sabar nak tunggu anak2 ayam aku ni membesar.. Insya Allah aku tak lupa update kan kat blog kesayangan aku ni bila baby2 tu dah ready :) Aku ni mmg tak habih2 dengan idea kacuk mengacuk ayam.. abih ayam aku kacuk, tp tu mmg hobi aku utk lihat apa jadik kat anak ayam yg dikacuk tu.. nikmat menunggu dan melihat sesuatu yg aku tak pasti adalah sgt best.. hehe. Takper kalau korang tak paham, yg penting aku mmg mcm ni.. mangsanya adalah ayam2 aku la.. hehe

Baby2 nya... yg itam legam :)
Si Bapa nya..
& Si Mama nya...

Tuesday, March 20, 2012

Kacukan Modern Game + Black Rosecomb

Salam semua, kali ni aku nak update hasil reban aku yang terbaru, kacukan modern game dengan black rosecomb.. cuba perhatikan anak ayam kat bawah tu, dah umur 2 bulan dah tp kecik cam puyuh jer.. bapak dia modern game, mak dia rosecomb.. kaler dia lak jadik tompok2 putih.. boleh tahan.. tak pasti lagi jantina tp nampak mcm betina.. saja jer kacuk bukan nak buat jual pun sbb hari tu modern game aku tgh menduda dan kebetulan rosecomb pun janda so kawenkan jer dulu.. harap anak ni cantik la bila besar nanti.. perhatikan juga balungnya yg berbentuk rosecomb.. haha boleh panggil rosecomb modern game sbb cutting body mmg modern game cuma balung jer rosecomb.. disertakan sekali adalah foto mak n ayahnya.






Friday, February 24, 2012

Silver Sebright Kacuk Serama

Salam semua, td aku sempat sambar sekor silver bantam kacuk serama, ayam jantan... tgk cam galak semcm jer so berkenan n terus tangkap.. bukan apa, aku ada cita2 skit ngan ayam ni.. teringin nak hasilkan sebright hitam satu sut... harap jadik ler.. ayam ni mmg galak giler, dalam boot keterpun di berkokok lg.. body mmg kecik, balung kecik, pendek kata mmg semuanya kecik cuma semangatnya besar haha... so senang la aku nak kacuk ngan rosecomb betina aku tu. Buat masa sekarang aku ada 2 ekor rosecomb hitam betina yg giat bertelur... selama ni aku kacuk ngan ayam hutan jantan bulu betina tp aku rasa baik aku buat target hasilkan sebright hitam.. ada jugak harga n diiktiraf sbb sebright putih dah ada di USA. Harap usaha aku ni berjaya... doakan aku yer.. berikut aku sertakan foto sebright kacuk aku tu n bini2 baru dia... kepak labuh cam serama cuma bulu tak berapa nak laced, tp aku tak pedulipun kalau takder laced tu.. kalau hitam semua lg bagus, senang kejer aku :)



Saturday, October 1, 2011

Ayam Black Rosecomb


Salam semua, pagi tadi aku berkesempatan jumpa En Mat di kedainya Ramal Pets..tujuannya adalah nak ambik sepasang anak ayam baka black rosecomb yg cumel tu. 2 hari oder terus dapat. Ayam ni pertama direkodkan dikembangbiak di Britain sekitar kurun ke 14.. dah lama tu. Ayam ni dapat nama dia berdasarkan bentuk balungnya yang berbentuk bunga rose di bahagian hadapan. Kalau kira berat dewasa jantan cuma 600 gram lebih jer sekor n yg betina dewasa pulak cuma 500 gram lebih jer.. sebab tu mereka ni jatuh dalam kategori bantam ( kerdil ).. Di atas tu adalah contoh ayam dewasa jantan dan di bawah ni betina manakala foto anak ayam adalah anak ayam yg aku beli dari en mat.. baru umur sebulan jer tu..