Showing posts with label ayam brahma. Show all posts
Showing posts with label ayam brahma. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

Brahma Hitam Jantan Kesayangan

 
Salam semua, kat atas tu adalah anak brahma jantan kesayangan aku yg baru berumur 2 bulan.. mmg gebu giler.  Jinak pulak tu, pair dia betinapun hitam jugak.  Adik dia sekor lg jantan jgak jadik light brahma.  Harap mereka ni buleh aku jadikan pelapis induk sekarang ni.  Aku minat sgt brahma hitam ni sbb bulu dia hiju berkilat bila dah matang nanti.  Hehe tu yang tak sabar tu.  Harap mereka ni membesar dalam keadaan sihat walafiat nanti.  Aku akan update lg perkembangan anak ni bila dah umur 4 bulan nanti.  Tak sabar tak sabar hehe.  Kat bwh ni adalah adiknya jantan light n betina black.



 

Senarai Induk Brahma N Giant Cochin Di AAF


1.  Dara muda ni mmg menarik.. warna dan bulu yg menarik, gebu gitu.  Kalau berjalanpun ada gaya.  Tak sabar aku nak tgk anak dia... sekarang baru umur 4 bln.  2 bln lg nak telur.


2.  Yg ni mmg induk dah.. dah berpuluh ekor anak dia kuar.  Alhamdulillah.  Induk giant cochin ni masih aktif nih. Anak asal reban AAF dan mmg terkenal dengan kualiti telur yang bagus dan mudah biak. Warna yg menarik dan kadang2 warna anak yg keluar adalah buff hasil gen ibunya yg jugak warna buff.
 

3.  Ni ibu muda baru keluar anak first batch.. telur batch pertama ada 8 biji. 7 ada benih dan menetas.  Nak tengok batch kedua pulak bulan depan kut.  Induk ni anak tetas kat AAF sendiri iaitu anak kacukan bapak dark dan ibu black.  Jantannya dah dijual manakala betina aku simpan buat induk sbb aku takder lagi kaler ni.. ini adalah warna standard untuk betina dark brahma.

 
4.  Induk muda juga asal dari keturunan dark brahma dikacuk dengan ibu light brahma hasilkan anak buff.  Sekarang tgh aktif bertelur.  Tak pasti maksimum berapa biji tp bentuk teur sgt baik untuk pengeraman.  Bulunya masih dalam proses matang dan akan lebih gebu dalam sebulan 2 lagi.
 
 
5. Masih dara, belum pernah bertelur.  Bulan Nov 2013 jangkaan bertelur.  Harap2 akan menjadi induk terbaik AAF jugak nanti.  Giant cochin dengan warna light. Umur 5 bulan.


6.  Brahma muda dara, warna sedikit dark tp seolah-olah gen light dgn dark 50-50.  Xper biar dia.. nak tgk anaknya jadik warna apa bila cross dgn dark brahma.  Mana tau kuar semua dark.. hehe
 
Selain induk kat atas ni aku jugak ada 2 lagi induk hitam giant cochin dan brahma.  Tak sempat nak snap foto sbb mereka ni pemalu huahahaha.  Nantilah aku upload kalau ada masa.


Tuesday, July 16, 2013

Sepasang Brahma Terbaik Untuk Pak Brahim


 
Salam semua, ni adalah 2 ekor anak light brahma aku yg telah dijual kpd Pak Brahim bulan lepas, hehe.. Insya Allah akan membesar bagai johan nanti.  Kalau diperhatikan, ayam baka light brahma yg AAF keluarkan ni semakin hari semakin berkualiti.  Kenapa aku ckp mcm tu? Sebabnya, AAF sedaya upaya mencari baka2 brahma berkualiti untuk dikacukkan melalui kaedah selective breeding yg aku amalkan sejak 2010 lagi khas utk baka ayam eksotik sahaja. Sehinggakan ketika aku menulis inipun aku masih mencari, membeli dan mengkaji ttg bagaimana menghasilkan dan mempertahankan baka ayam eksotik yg berkualiti daripada pupus di AAF.  Brahma dan Giant Cochin merupakan antara baka yg sukar dibiakkan kerana baka ini terlalu lembut dan agak kurang agresif dalam sudut pembiakan.  Namun begitu aku takkan mudah mengalah kerana itulah baka brahma dan giant cochin AAF sentiasa menghasilkan telur sepanjang musim.  Alhamdulillah dan bagi sesiapa yg suka dengan baka ini, silalah hubungi aku.  Stok akan habis bila ada pemborong yg datang bertandang, jika tidak... stok akan sentiasa ada di AAF.  Sekian terima kasih.

Saturday, June 22, 2013

Stok Anak Ayam Hujung Jun 2013


 
Salam kengkawan semua, lama jugak aku tak update blog aku nih.  Sibuk ngan agenda Sambutan Hari Pekerja 2013, ni dah setel semua n pagi ni dah disambut so aku buleh la melepaskan penat lelah aku yg dah hampir sebulan tu.  Tinggal claim je aku nak kena buat nih.  Hampir RM1k jugak la 'terpakai' duit sendiri semata2 nak siapkan cenderahati utk sambutan tu.  Ok, habis bab tu, ni aku nak cerita berkenaan ternakan aku la plak... Seperti yg anda semua lihat dalam foto di atas tu, semua anak2 tu adalah stok utk jualan bulan Julai nanti.. tp kalau ada yg sanggup borong aku ok jer.  Insya Allah tetas lg...buat masa sekarang Alhamdulillah brahma menjadik balik, giant cochin mmg tak pernah putus, black rosecomb pun kembali beraksi cuma silver sebright jer ada masalah skit sbb aku lambat sedar rupanya jantan yg aku guna tak memanjat sbb tak sihat, mungkin demam kut... so lepas 2 minggu baru aku sedar yg telur tak berbenih.  Oleh yg demikian takder la stok anak yg tetas, sekarang dah masuk jantan baru yg aktif jadi insya Allah telur yg hari ni akan berbenih sbb biasanya telur yg dikeluarkan hari ni adalah hasil persenyawaan 3 hari lepas dan sperma pejantan akan kekal dalam simpanan sperma si betina selama 10 hari sebagai spare menunggu ovum dari betina matang sekiranya tiada persenyawaan berlaku dalam tempoh tu, kalau ada berlaku persenyawaan maka sperma baru tu akan digunapakai dan yg lama akan dikumuhkan.  Hehe terlajak la plak... siap bagi penerangan tu.  Ok lah.. kalau korang tgk dalam foto tu ada kelibat anak silver n golden yg sesat hehe. Tu last batch yg menetas sebelum jantannya sakit, n anak golden tu juga berbapakkan silver sbb tu aku tak berani jual, just suka2 jer... Bg sesaper yg duk follow blog aku ni aku ucapkan ribuan terima kasih sbb ramai jugak yg bertukar2 maklumat n petua.  Aku sgt2 berbesar hati kalau lg ramai yg buat mcm tu... sama2 lah kita kongsi ilmu pemberian Allah ni...

Thursday, January 10, 2013

Projek Dark Brahma Anizam Agrofarm

 
Salam semua, gambar kat atas tu adalah jantan dark brahma aku yang sedang giat dibiakkan bersama brahma hitam betina tu... setakat ni sekor anak yg terhasil tp jantan walaupun jadik warna itam ikut ibunya.  Jika dibandingkan dengan giant cochin aku, dark brahma ni agak kecik sikit, sikit jer.. mungkin kurang berat dalam 200-300 gram jer.. tp bulu kakinya mmg lebat dan bulu peha juga sangat sempurna.  Telur dalam incubator dah 6 bijik so insya Allah akan ada bakanya menyusul hujung Jan atau awal Feb nanti... kalau ada lebih insya Allah akan ditukar milik kan :)  Aku juga bercadang nak tambah ibu brahma nanti, mungkin dalam Feb kut.. sementara tu aku duk carik jer dulu.
 
 
Foto kat atas adalah induk hitam yang sedang giat bertelur walaupun selang sehari :)
 
 
Manakala ni ibu ayam telur yg aku bela dari kecik dan sekarang aku pula giat pungut telur tiap2 hari kat reban, so takyah beli telur dah aku sejak dia mula bertelur sebulan lepas.

Saturday, May 19, 2012

Anak Ayam Light Brahma Stok Mei 2012 (SOLD)


Salam 1Malaysia, Mei 2012 ni ada lagi belasan ekor anak light brahma yg ingin aku jual, tawaran hebat menanti pengunjung blog aku ni, aku jual murah jer sbb stok banyak.  Seekor RM150 jer atau sepasang RM300.  Itu yang umur sebulan dah tu dan gerenti senang jaga.  Bagi pets shop atau sesiapa saja yg nak beli borong aku bagi lg diskaun hebat.  Ada berani ? Kalau ada berani hubungi la aku di 012-5245002. Penghantaran disediakan melalui bas dengan tambahan RM30/kotak.
P/S : Foto kat atas tu foto stok lama, bila dah banyak2 ni malas lak nak snap gambar terbaru.. sama jer semua :).

Sunday, April 15, 2012

Stok Baru Anak Ayam Light Brahma (SOLD)


Salam semua, kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkan baka anak ayam light brahma yg berbulu kaki lebat keluaran Anizam Agrofarm ni silalah hubungi aku..Harga sekor RM200 umur sebulan lebih, stok tgh banyak dan aku buka tawaran harga menarik kepada sesiapa yg nak borong semuanya seperti kedai2 pets dsb.. penghantaran boleh diuruskan ke seluruh Malaysia guna bas ekspress dgn tambahan rm30 per kotak.... hubungi aku di 012-5245002 (nizam).


Saturday, March 24, 2012

Projek Brahma

Salam, 7 bulan lepas aku ada buat crossbreed antara ayam laga Siam dan Giant Cochin dan telah hasilkan beberapa ekor anak. Salah seekornya kekal hidup hingga ke hari ini iaitu sekor betina spt dalam gambar kat bawah ni, warnanya hitam dengan bulu leher oren.. ada bulu kaki walaupun tak berapa panjang.. so sekarang ayam ni dah mula bertelur dah. So projek aku kembali beroperasi utk hasilkan ayam brahma berbalung kecil dan mempunyai ketahanan atau imun badan yg kuat spt ayam laga. Buat masa sekarang aku kacukkan ibu muda ni dgn jantan light brahma aku yg merupakan penghulu reban sejak dulu. Kita tgk la sama2 apa jenis anak yg bakal keluar nanti.. kalau tgk dalam gambar tu mmg balung induk muda ni jenis batu atau sgt kecil dan rapat ikut bapaknya dulu iaitu sekor ayam laga baka hujung.. so bulu agak lebat dan tebal sbb ikut mak dia giant cochin..

Perbandingan saiz dgn ibunya...
Kalau berdiri mmg lebih tinggi dari ibunya...
Perhatikan tubuhnya...
Dari kiri : Telur giant cochin matang, telur induk muda Thai+Cochin dan telur ayam hutan matang...

Black Brahma Chicken

Salam semua, sebulan lepas ada la aku beli sekor induk black brahma, balik2 terus bertelur dan tp telur awal tu takder benih so aku pakai bapak ayam light brahma aku la buat suami dia.. lepas tu baru ada benih, so anak2 yg tetas kat bawah tu mmg anak light brahma + black brahma la.. sekor kelabu dan sekor itam.. tak pasti bila besar esok jadik kaler apa tp hrp cantik la.. apapun aku hrp ada la anak dia jadik pure hitam supaya dapat la aku cross semula ngan emaknya dan hasilkan anak2 yg pure hitam legam nanti.. harap perancangan aku menjadik. Kat bawah ni adalah foto2 yg terlbat dalam cerita aku kali ni..

Anak2nya..Bapanya...
Mamanya...

Sunday, March 4, 2012

Penghantaran Anak2 Light Brahma Guna Bas

Salam semua, saja aku nak update perihal jualan anak2 brahma aku, setakat ni dah 9 ekor bertukar tangan... 5 ekor ke Sungai Petani, Kedah dihantar pakai bas kepada 2 tuan baru yg berbeza manakala 4 lagi diambil sendiri oleh tuan barunya kat reban aku. Kat bawah ni adalah anak2 yg sempat aku snap fotonya sebelum aku hantar ke SP. Setakat ni penghantaran guna bas tiada masalah walaupun aku hantar siang (pagi).. dulu ada drebar bas yg tak mau ambik sbb takut berbau satu bas, nak letak kat tempat barang takut 'padam' pulak ayam tu.. sekarang alhamdulilah.. semua drebar mau ambik n hantar.. syukur, mudah kerja aku.. :)





Lubang2 pada kotak tu aku tebk pakai holesaw.. spesel utk para pelangan aku hehe.. baru senang anak ayam tu nak bernapas :)

Monday, February 27, 2012

Stok Anak Light Brahma Untuk Dijual



Salam semua, kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkan baka anak ayam light brahma yg berbulu kaki lebat keluaran Anizam Agrofarm ni silalah hubungi aku sekarang sbb ada 2-3 org yg tempah dulu aku tak ingat sapa... pendek kata aku lupa so mintak maaf tp jgn bimbang.. insya Allah stok banyak.. anak ayam mcm dalam gambar dan setakat ni alhamdulillah telur tak pernah putus jadi insya Allah akan ada stok sentiasa sampai la diberitahu kelak.. penghantaran boleh diuruskan ke seluruh Malaysia guna bas ekspress dgn tambahan rm30 per kotak.... hubungi aku di 012-5245002 (nizam).


Wednesday, February 1, 2012

Jualan Light Brahma Jantan

Salam semua, td tghari aku buat jualan salah sekor light brahma jantan aku yg aku sayang, sedih jugak nak jual tp sbb tak muat reban so terpaksa letgo la... Dgn harga RM400 sekor akupun men 'letgo' kan brahma aku.. tinggal la lg 2 ekor adik dia utk disimpan sbg baka.. kut2 bapak dia padam so boleh la si teruna ni turun padang :).. En Sani dari dengkil yg jadik tuan baru ayam aku tu, mmg beliau ni peminat ayam sejati.. siap beli buku berkenaan ayam eksotik lg tu.. akupun kena la beli gak.. nanti nak cari buku tu.. :) Ayam aku ni jinak2 belaka, siap main2 ngan tangan tu.. umur dah 5 bulan dah, so sebulan lg dah boleh buat pejantan reban.. Yg bawah ni gambar2 dia 3 beradik tu.. gambar pertama dan kedua adalah abg sulung yg kena jual tu.. posing terakhir dia la tu (sori gambar kabur, pakai hp jer..).. Dua keping gambar terakhir tu gambar adik2 dia yg belum galak lg.. mungkin alah skit dgn abg long, la ni abg long tadak so diaorg lak la yg bermaharajalela... hahaha...







Friday, January 20, 2012

Light Brahma Tetas Lagi

Salam, hehe ada berita gumbira... td aku baru check incubator.. anak light brahma tetas lagi... mmg best, lama dah dia berenti bertelur.. ni kembali menghiasai anizam agrofarm.. sukanya aku. Dah la cumel2.. hehe.. ada 7 ekor utk batch pertama ni.. dah lama stop bertelur sebenarnya induk aku ni... maklum la dia terkejut sbb tengkujuh hari tu sejuk sgt. Ni bila dah mula bertelur tu cam tanak stop lak.. syukur2.. batch paling last dulu pun dah umur hampir 4 bulan sekarang ni... so depa dapat adik kecik la nampaknya.. first batch pula lg sebulan mau bertelur.. harap menjadik :) Di bawah ni adalah foto2 dalam incubator aku yg sempat di snap :)








Friday, January 13, 2012

Brahma Berpindah Reban

Salam semua, ayam brahma aku yg bakal cecah umur 5 bulan pd hujung bulan ni telah dipindahkan ke reban baru.. sebenarnya aku ada sewa sebuah rumah kat Bangi khas utk ayam2 kesayangan aku ni, hajat nak buat reban kat luar rumah tu tp takut kena curik so aku modified bilik2 dalam rumah tu buat reban ayam, tp jgn bimbang, rumah masih cantik sbb aku jaga.. lepas cuci gerenti cantik balik :) tuan rumah pun sporting, maklumla rumah kampung ... cuma lokasi tu jauh la dgn rumah aku sekarang, aku kat Shah Alam n ayam kat Bangi.. seminggu sekali la pi tgk.. so aku jangkakan hujung Febuari akan bertelur la ayam2 dara brahma tu, dapat la aku tambah koleksi induk dan harap byk la anak2 kuar nanti... dapat la aku penuhi permintaan kengkawan nanti. Setakat sekarang ni ada sebuah lg bilik kosong dan aku bercadang nak letak ayam hutan aku kat situ, nak biakkan pikat bulu betina tu dgn 4-5 ekor ibu hutan, harap byk anak yg turun ayah dia... mesti best :) ni dalam usaha nak beli induk ayam hutan yg molek2 :) Berikut adalah beberapa foto yg sempat aku snap time hantar ayam2 brahma tu ke rumah baru... enjoy !!





Friday, January 6, 2012

Stok Pewaris Light Brahma



Salam semua, gambar kat atas ni adalah stok pewaris light brahma aku, semuanya adalah yg terpilih... kriteria pemilihan adalah bulu kaki panjang, betis panjang/tinggi, balung kecik, warna cerah, dada angkat, bulu gebu dan lembut serta bertubuh besar. Alhamdulillah rupanya kebanyakan anak2 ayam aku mmg ada kriteria tu.. so tak la susah untuk aku simpan.. yang aku dah jual sebelum2 ni pun ada kriteria ni... sapa yg dah beli dari aku dulu mesti dapat rasa apa yg aku rasa.. sgt suka tgk bulu kaki dia yg panjang n penuh.. time bulu kaki gugur mmg nampak kurang skit tp bila dah tumbuh balik dia akan jadik lg lebar n panjang serta lebih berkilat dan tone warna akan jadik makin jelas... mmg best bela ayam baka ni.. aku akan sambung tugas aku untuk hasilkan ayam yg sempurna dan menarik... doakan aku. Ayam muda yg dalam foto di bawah ni dah berumur 5 bulan so tak lama lg bertelur la tu... insya Allah kalau anak dah byk boleh la aku turunkan skit harganya.. rajin2 la korang belanja aku makan.. :) Semasa aku duk taip nipun hanya tinggal 2 pasang yang belum jual.. yg lain dah sold out... batch baru akan menetas hujung bulan ni... 2 bulan jugak induk berenti bertelur disebabkan pengaruh tengkujuh.. mujur induk masih sihat dan kuat :)

Saturday, November 26, 2011

Anak Light Brahma Nak Di Jual - 3 (SOLD)







Salam perpaduan sekali lg, foto kat atas menunjukkan sepasang anak light brahma berbulu kaki lebat n panjang dalam 2 pose berbeza jugak hehe.. sebenarnya aku nak jual pasangan ni jugak. Umur dah 2 bulan setengah so harga RM 700 sepasang .. kalau tgk bulu dah penuh n badan dia 2 kali ganda saiz dari yg umur sebulan tu, sapa berminat sila lah contact aku di 012-5245002 samada call atau sms masih dilayan... jugak :)

Anak Light Brahma Nak Di Jual - 2 (SOLD)





Salam perpaduan sekali lg, foto kat atas menunjukkan sepasang anak light brahma berbulu kaki lebat n panjang dalam 2 pose berbeza jugak hehe.. sebenarnya aku nak jual pasangan ni. Umur dah sebulan jugak setengah so harga RM 500 sepasang jugak .. sapa berminat sila lah contact aku di 012-5245002 samada call atau sms masih dilayan... jugak :)