Showing posts with label ayam bantam. Show all posts
Showing posts with label ayam bantam. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Stok Anak Ayam Hujung Jun 2013


 
Salam kengkawan semua, lama jugak aku tak update blog aku nih.  Sibuk ngan agenda Sambutan Hari Pekerja 2013, ni dah setel semua n pagi ni dah disambut so aku buleh la melepaskan penat lelah aku yg dah hampir sebulan tu.  Tinggal claim je aku nak kena buat nih.  Hampir RM1k jugak la 'terpakai' duit sendiri semata2 nak siapkan cenderahati utk sambutan tu.  Ok, habis bab tu, ni aku nak cerita berkenaan ternakan aku la plak... Seperti yg anda semua lihat dalam foto di atas tu, semua anak2 tu adalah stok utk jualan bulan Julai nanti.. tp kalau ada yg sanggup borong aku ok jer.  Insya Allah tetas lg...buat masa sekarang Alhamdulillah brahma menjadik balik, giant cochin mmg tak pernah putus, black rosecomb pun kembali beraksi cuma silver sebright jer ada masalah skit sbb aku lambat sedar rupanya jantan yg aku guna tak memanjat sbb tak sihat, mungkin demam kut... so lepas 2 minggu baru aku sedar yg telur tak berbenih.  Oleh yg demikian takder la stok anak yg tetas, sekarang dah masuk jantan baru yg aktif jadi insya Allah telur yg hari ni akan berbenih sbb biasanya telur yg dikeluarkan hari ni adalah hasil persenyawaan 3 hari lepas dan sperma pejantan akan kekal dalam simpanan sperma si betina selama 10 hari sebagai spare menunggu ovum dari betina matang sekiranya tiada persenyawaan berlaku dalam tempoh tu, kalau ada berlaku persenyawaan maka sperma baru tu akan digunapakai dan yg lama akan dikumuhkan.  Hehe terlajak la plak... siap bagi penerangan tu.  Ok lah.. kalau korang tgk dalam foto tu ada kelibat anak silver n golden yg sesat hehe. Tu last batch yg menetas sebelum jantannya sakit, n anak golden tu juga berbapakkan silver sbb tu aku tak berani jual, just suka2 jer... Bg sesaper yg duk follow blog aku ni aku ucapkan ribuan terima kasih sbb ramai jugak yg bertukar2 maklumat n petua.  Aku sgt2 berbesar hati kalau lg ramai yg buat mcm tu... sama2 lah kita kongsi ilmu pemberian Allah ni...

Sunday, April 28, 2013

Anak Silver Sebright Untuk Dijual

 
Salam dan selamat sejahtera kpd rakan dan taulan.  Setelah sekian lama aku tak breed n jual anak silver sebright ni, sekarang tibalah masa aku mula open semula market silver sebright aku.  Buat masa sekarang aku ada 2 ekor ibu sebright yg aktif bertelur so aku harap AAF akan dapat secara terus menerus mengeluarkan baka ni sepanjang masa.  Minggu lepas aku ada iklankan dalam mudah, semua 7 ekor tu dah selesai petang semalam.. so yang akan aku iklankan di sini adalah anak2 yg berumur baru seminggu, so hujung bulan depan baru boleh let go.. jadi bg sesapa yg berhajat tu bolehlah sms tinggalkan tempahan untuk aku rekodkan dlm buku rekod aku.  Sampai masanya aku akan hubungi semula untuk urusan jual beli.  Stok anak umur seminggu buat masa sekarang ada la dalam 15 ekor.  Tak termasuk yg bakal tetas (insya Allah) dalam bulan Mei nanti ada la dalam 25 biji telur.  Harap semua menetas tanpa masalah.  Cabaran aku adalah untuk mengeluarkan anak betina melebihi anak jantan, mmg agak susah.  Bukan sbb susah jadik, tp bila tetas mmg byk betina tp anak betina ni agak lemah berbanding yg jantan, senang sgt terpengaruh dgn cuaca so aku terpaksa asingkan anak betina untuk diasuh dgn teliti secara berasingan di bilik khas.  Agak leceh tp itulah kemanisannya bila tgk anak2 tu hidup dgn sihat nanti hehe.  Buat masa ni aku hanya jual secara berpasangan kerana kekurangan betina jadi aku terpaksa lah menolak tempahan kwn2 yg nak betina lebih, tp insya Allah kalau byk anak betina yg hidup, aku akan cuba penuhi hajat kawan2 semua.  Doakan aku ya.

Monday, March 25, 2013

Golden Sebright + Serama = ?


Salam semua, hehe.. jumpa lagi.  Intro biasa AAF :)  Kali ni aku nak storykan berkenaan anak kacukan lagi, hehe.. serama + golden sebright = anak kat foto atas tu :).. walopun aku taktau nak jadik mcmana lg tp aku nak cerita jugak.. anak ni jantan. Mmg la nampak jelas sifat2nya nanti.. senang nak tgk kalau ada perubahan berbanding anak betina.. sekarang baru umur sebulan.. dari segi lace nya mmg nampak kurang jadik berbanding baka tulen, kat kepak jer ada lece nipis manakala kat dada hanya jadik spangle.. tp kalau sekali lg menyalin bulu mungkin akan jadik lace (harap-harap la..) Balungnya pulak mmg tak dinafikan 100% sebright punya balung.. bentuk rose, cuma nampak kelopak rosenya terlalu banyak.. membesar dgn baik untuk umur ayam yg sebayanya... gaya badan mmg lain skit dari induk sebright, nampak lebih gaya kepada serama tp berbulu betina.. itu confirm.  Aku harap gaya seramanya akan meningkat seiring dgn usianya.. nanti aku akan upload lg foto ttg perkembangan tumbesaran anak ayam ni.. just utk suka2 dan sambil2 tu boleh belajar buat ayam hiasan yg cantik kalau di izin Allah.  Amin.


Si bapanya, sama bapak ngan rosecomb kacuk sebelum ni, aku pakai satu ni jer jantan serama utk buat biaksilang hehehe.. jimat skit.


Ni pula mamanya, induk ori golden sebright yg berpinggang luas, letih jugak nak buang pinggang tu... ntah bila nak setel nih, aku ada induk yg pinggang pendek tp aku dah jual la plak huhu nyesal !!

Wednesday, March 6, 2013

Induk Baru Silver Sebright Bantam



Salam semua, tanggal 26 Febuari 2013 aku terima kiriman 2 pasang silver sebright induk yg dah bertelur sebagai penghias Anizam Agro Farm.  Sekali lagi farm aku berseri dgn salah satu baka laced chicken ni..  seperti semua maklum, aku berhenti jap breed baka ni dulu sbb tak sempat jaga sanitasi mereka ni yg mana mereka ni sgt2 pembersih dan tak tahan penyakit.. jadi aku dah buat keputusan utk breed semula baka ni menggunakan kaedah yg bersih dan berusaha menghasilkan crossbreed yg mampu merintang penyakit2 biasa unggas.  Harap menjadi sbb aku dah ada sekor baka kacukan silver sebright ni dgn serama, sangat kuat dan lasak walaupun body kecik.  Foto ada aku masukkan di bawah...

 
 
Pejantan ni akan aku kacuk semula dengan betina yg baru aku beli ni utk dapatkan darah serama yg tahan penyakit tu. Harap menjadi.. Setakat ni aku akan breed 2 jenis silver sebright iaitu satu yg betul2 ori dan satu lagi yg crossbreed utk hasilkan bentuk tubuh yg cantik seperti ekor yang lebat, balung yang kecil dan keras, kepak yang panjang dan menutup kaki, dada yang tegak, lace yg teratur dan pinggang yang pendek serta rintang penyakit yg tinggi. Harap kawan2 doakan aku ya.. 
 
 
Haa.. mcm ni la bentuk ayam sebright idaman aku, baru la lawa....
mana tau Allah izin nanti... Insya Allah :)
 

Tuesday, May 22, 2012

Silver Sebright Betina Untuk Di Jual (SOLD)



Salam semua, 2 ekor anak sebright betina kat atas tu aku nak jual.. umur dah 2 bulan setengah, 2 ekor = RM400.  Sesiapa yg berminat call/sms aku di 012-5245002.  Baka mmg dijamin ori.. :)

Sunday, February 26, 2012

Update Kacukan Cochin-Sebright Bantam

Ingat lagi anak kacukan antara Buff Mini Cochin jantan dan Golden Sebright betina aku dulu (LINK), sekarang dah dara dah... tak lama lagi bertelur la tu.. dua2 betina.. tak dpt la tgk camner rupa jantannya... kat bawah ni adalah foto dua2 dara tu... taktau nak panggil apa sbb tak cantik mcm bantam n tak comel cam cochin... ni aku nak kacuk ngan menatang apapun aku tak tau ni.. kalau ada cadangan dari followers silakan la... warna bulupun tak cantik sgt.. taktau kut2 bila dah sekali nyalin bulu akan lg cantik... tp apapun aku suka jugak layan dua2 ekor ni sbb mereka ni jinak n suka mkn :)



Friday, February 24, 2012

Silver Sebright Kacuk Serama

Salam semua, td aku sempat sambar sekor silver bantam kacuk serama, ayam jantan... tgk cam galak semcm jer so berkenan n terus tangkap.. bukan apa, aku ada cita2 skit ngan ayam ni.. teringin nak hasilkan sebright hitam satu sut... harap jadik ler.. ayam ni mmg galak giler, dalam boot keterpun di berkokok lg.. body mmg kecik, balung kecik, pendek kata mmg semuanya kecik cuma semangatnya besar haha... so senang la aku nak kacuk ngan rosecomb betina aku tu. Buat masa sekarang aku ada 2 ekor rosecomb hitam betina yg giat bertelur... selama ni aku kacuk ngan ayam hutan jantan bulu betina tp aku rasa baik aku buat target hasilkan sebright hitam.. ada jugak harga n diiktiraf sbb sebright putih dah ada di USA. Harap usaha aku ni berjaya... doakan aku yer.. berikut aku sertakan foto sebright kacuk aku tu n bini2 baru dia... kepak labuh cam serama cuma bulu tak berapa nak laced, tp aku tak pedulipun kalau takder laced tu.. kalau hitam semua lg bagus, senang kejer aku :)



Sunday, February 19, 2012

Sebright Di Makkah Sebright Farm

Cuba korang perhatikan video youtube yg aku link kat bawah ni, bg aku ayam yg pak Arab ni buat mmg dasat.. kacukan antara seberight dan serama yg sangat menjadik.. aku tak pasti kaedah yg dipakai. Maksud aku samada dikacuk antara betina sebright dgn jantan serama atau sebaliknya.. dan berapa pula generasi diperlukan untuk mengeluarkan spesimen secantik dalam video ni.. aku tgh cuba hasilkan ayam mcm ni tp masih belum berhasil.. bayangkan sebright ni wujud kat Malaysia ni.. berapa pulak harga nak letak.. sanggup ke org beli hahaha..



Friday, January 6, 2012

Anak Kacukan Mini Cochin + Golden Bantam

Salam semua rakan2, ni aku nak perkenalkan dua ekor anak kacukan antara buff mini cochin jantan dan golden bantam betina aku. Anak yang kuar ni jadik la mcm kat bawah tu... kaler apa ntah nak panggil.. buat masa sekarang ni tak smart skit pun siap ada bulu kaki lak tu... balung jadik tunggal dan bukan rosecomb, bulu tak laced pun.. kaki mmg hitam n body agak bulat serta bulu agak gebu mungkin sbb ada darah cochin... sekarang baru umur sebulan lebih, tak pasti jantina lagi... yg aku nak tgk adalah adakah depa ni akan jadik bulu betina (kalau jadik jantan ler.. ) kalau jadik bulu jantan jugak maknanya tak bermakna la kacukan aku ni :(.. semelih lg bagus.. anak hasil kacukan ni akan aku kacuk sekali lagi dengan pasangan bantam dan untuk dapatkan bulu laced dan balung rosecomb. Doakan aku berjaya :) Nanti aku upload foto mak n abah diaorg...





Kat bawah ni pulak adalah abah n mama mereka :


Wednesday, January 4, 2012

Sepasang Silver Bantam Untuk Dijual (SOLD)


Salam semua, aku ada sepasang silver bantam untuk dijual, umur dah 4 bulan... keadaan sihat walafiat... siapa yg berminat boleh lah call atau sms ke 012-5245002.. dtg ambik sendiri la kali ni... tak sempat nak hantar pakai bas, sibuk ngan anak2 n baru pindah umah... jadi sapa yg dekat dgn aku nak beli sgt2 dialu-alukan.. harga RM500 sepasang. Tq.


Sunday, December 25, 2011

Bantam Kacukan Serama

Salam semua, lama dah aku tak update blog aku ni, sebenarnya sibuk sbb baru pindah rumah, aku pindah dari bangi ke kuarters tempat kejer aku di Jln Bukit Kemuning, Shah Alam.. masih dalam Selangor :) dalam 40 km lebih2 jer jarak pindah pun.. so bukan setakat barang2 rumah jer pindah.. reban pun kena rombak semula.. tu yg lambat skit tu nak update.. badan pun letih. Tp dalam sibuk2 pindah tu aku sempat jugak pi lawat kedai pets kat Klang, yg selalu aku lepak la.. dah dua kali aku jumpa baka kacuk yg aku nak citer ni.. mcm foto di bawah ni.. menarik jugak, org ni kacuk ayam bantam jantan dgn ayam serama betina ( ker ayam bantam betina dgn serama jantan ?? tak ingat dah aku.. ) tp hasilnya mcm di bawah la.. agak menarik jugak sbb balung n pial bawah dia cam comel jer.. tak panjang sgt atau mungkin ayam masih muda.. warna bulu kehitaman mungkin sbb pasangan bantam tu bulunya hitam, walaupun bukan ori tp tetap menarik dan semua ayam ni dah fully booked.. so nampak ada permintan la.. untung jugak kacuk mengacuk ni :) tp mau kena gayanya la.. kalau buatnya jadi balung sisir / papan maunya tak hangin.. sapa la yg nak :)



Thursday, November 3, 2011

Pembaka Silver Bantam

Salam semua, ada 2-3 org dari kengkawan yg lawat blog aku mintak uploadkan gambar pembaka silver bantam yg aku gunakan untuk turunkan benih. Jadi bagi kawan2, ini dia induk silver bantam aku tu, ada sekor jantan dan 2 betina, sekor lg yg betina duk ngeram. Bulu comot sbb sebelum ni duk main ujan, ni dah pindah tempat best skit.. Induk aku dah 3 ekor padam kesan dari bakteria penyebab coryza, yg dapat diselamatkan ni jer yg boleh meneruskan proses pembakaan. Tp takper aku akan beli induk baru kalau ada yg aku bekenan. Ramai jugak yg tanya nak beli anak gold bantam tp aku takder stok la lg.. dulu ada jugak kuar tp belum sempat apa dah padam dek coryza. Bapak jantannya pun arwah jugak so aku akan cari ganti la nanti utk teruskan kesinambungan waris diaorg ni.. Kepada sesapa nak jual gold bantam jantan tu sila la contact aku di 012-5245002. Aku tgh mencari ni..

Thursday, August 18, 2011

Silver Bantam Jantan For Sale (SOLD)

Salam 1 Malaysia, sekor bantam silver jantan aku nak let go.. Ayam dah 5 bulan lebih, dah pandai panjat ibu dah.. balung kecik, lace cantik n dah nyalin bulu sekali (sbb tu cantik :) ).. sapa nak, terus call atau sms.. harga cam biasa la RM300.. Foto dia kat bawah ni :)


Thursday, July 21, 2011

Anak Silver Bantam Jantan Utk Dijual (SOLD)

Salam, berikut adalah anak silver sebright jantan yg masih tinggal untuk dijual. Minta maaf byk2 kepada pengunjung blog yg harap aku dapat jual secara berpasangan, sbb bila check hanya jantan jer yg jadik.. so aku jual tak la mahal sgt, cukup sekadar boleh akad jual beli dengan senang hati di kedua-dua pihak. Aku dengar ada pengusaha yg cekik darah time jual ayam ni, umur 3 bulan dah jual sepasang rm600.. aku harap aku takkan jadik camtu.. kesian kat pembeli. Ada yg dapat yg tak original pulak tu, bila mintak tukar tak bagi.. hati2 dgn org camni.. dengarnya dia beroperasi di Sg buloh.. ada ramai yg dah terkena. Aku kalau tak ori ckp jer tak ori, kalau pelanggan nak jugak jual jer la murah2.. Yg penting akad tu jelas. Kita org Islam la.. Buat apa nak tipu, dah jadi tabiat bawak ke mati nanti. Buat pengunjung blog aku ni, aku sekadar berpesan, sabar jap n berurusan lah dgn penjual yg bertanggungjawab, jgn disbbkan tak sabar, duit anda melayang.. sakit ati pun dapat.. belajar kenal ayam dulu baru beli. Aku bukan apa kesian kat kawan2 yg dah terkena.. org Melayu ni bukan byk sgt duit, dikenakan pulak oleh org Melayu jugak.. niat nak cari duit utk anak bini last2 kena tipu... aduhhh. Di sini aku berikan nama penjual ayam eksotik yg aku rasa jujur selama aku berurusan.



1. En Mat - Ramal Pets Shop, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor.



2. En Man - Sg Petani, Kedah.



2 org ni jer yg aku percaya setakat ni, yg lain samada aku tak percaya langsung, tak percaya sangat atau tak kenal langsung.



p/s : Mintak maaf cakap lah kepada yg terasa hati, tak sanggup tgk Melayu makan Melayu.



Berikut adalah anak silver bantam yg ingin dijual :




Foto 1 : Umur sebulan lebih. RM100 (SOLD)




Foto 2 : Umur 2 bulan lebih dah.. RM 150.. (SOLD)

Jual Anak Silver Bantam Jantan

Salam, silver bantam aku yang nak dijual hujung bulan 7 ni rupa-rupanya jantan semua, sikit frust.. ingat boleh jual sepasang-sepasang tp hampeh.. aku mulanya ingat tadak org nak.. rupanya ada jugak org berminat.. so aku jual la kat Ust Ikbal ni.. Sekor umur sebulan, sekor lg umur sebulan lebih.. sekor rm 100 jer aku amik. lepas tu Ust Ikbal amik sekor lg serama betina dara aku, pun rm100 jugak aku jual sbb mmg baka cantik n sihat.. sekarang aku ada 2 ekor lagi jantan nak jual.. sekor umur sebulan lebih n sekor umur 2 bulan lebih dah.. sapa nak anak silver jantan call la aku sementara stok masih ada. Harap lepas ni jadik betina la banyak sbb tak sanggup dah asyik jadik jantan jer.. kurang la duit masyukkk :(



Rm100 jer.. umur dah 3 bulan lebih..



Ni pun Ust Ikbal amik jugak.. umur sebulan lebih.

Saturday, July 2, 2011

Silver Bantam Jantan Nak Jual ( SOLD )

Salam, disebabkan aku dah ada terlebih jantan so aku nak bukak jualan untuk silver sebright jantan aku yg sekor ni, dah matang n mengawan dgn baik. Umur dalam 8 bulan. Sekor ni jer nak jual sbb dah ada anak, so nak fokus kepada 2 pasang jer induk utk hasilkan benih. Harga aku bagi utk rakan pelawat blog aku ni RM250 dah la.. sapa nak boleh call aku 012-5245002 (nizam). Ayam boleh ambil kat Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam atau Bangi dan sekitar Kajang. TQ.



Sunday, May 15, 2011

Anak Golden Sebright Pertama

Salam semua, rasa cam lama tak update blog, hari ni nak citer pasal golden bantam aku lak.. dah dpt first baby dah.. dulu anak pertama silver bantam. Kali ni gold lak. Best-best.. harap jadik jantan la dia sbb nak buat blood line aku sendiri lak. Baru boleh buat selective breeding.. selective breeding ni akan menjamin kualiti ayam yang dihasilkan.. contohnya dengan membuat pemilihan pejantan yang berbalung kecil dikacukkan dengan si betina yang jugak berbalung kecil maka akan hasilkan anak2 yg juga berbalung kecil atau lebih kecil dari kedua ibubapanya. Begitu juga hal2 lain pada tubuh badan ayam tersebut contohnya corak bulu, saiz, warna balung, mata dan kaki serta bentuk bulu leher, belakang dan ekor. Ayam bantam ni kalau tak dijaga dengan betul nasab keturunannya akan hilanglah keasliannya kerana ia bukan baka asli, ia adalah hasil buatan manusia dengan membuat crossbreed, tak sama cam baka asli spt ayam hutan.. selagi membiak dari jenis ayam hutan jugak akan hasilkan ayam hutan jugak, hampir tadak beza di antara satu ekor dgn yg lain. Ayam bantam ni kadang2 akan keluar jugak anak yg berbentuk ayam biasa dgn ekor berjurai dan bulu tengkuk n belakang yg tajam2 tu.. tu la sbb kalau nak beli kena tgk tuannya dulu, kalau yg senang nego tu ok la, tp buatnya yg jenis tau jual jer tp after sale service hampeh, abih la.. beli anak cantek bila dah besar tak jadi n tak boleh tukar lak.. lg tak best, mujur aku tak jumpa lg org mcm tu.. Ok la, kat bawah ni aku sertakan anak golden sebright aku yg pertama, ni umur dalam 4 hari kut...










Yg ni mama dia :)

Saturday, April 23, 2011

Usaha Selamatkan Telur Sebright

Salam, hari ni aku ada peluang n masa lapang utk buat modifikasi sangkar sebright aku. Tujuannya adalah tak lain dan tak bukan utk selamatkan telur sebright yg dah kritikal jumlah telur yg selamatnya. Mana taknya, setiap kali bertelur jer terus disapu ibu sebright tu sendiri, asal bertelur jer dia tibai.. tak kira la telur dia sendiri ker atau telur ayam lain... ganazzzz.. sampai aku kurang bercucu.. setakat sebulan aku bela sebright ni cuma sekor anak yg kuar, Bukan sbb takder benih atau incubator tak cun, tp telur nak eram pun tarak... asyik kena makan jer. So kali ni aku sediakan sangkar yg lebih canggih.. sebenarnya tak le canggih mana, cuma aku tiru sangkar ayam penelur yang mana apabila ayam bertelur jer, telur tu akan cenderung utk bergolek ke luar sangkar bg mengelakkan telur kotor, pecah dipijak atau di makan oleh ibu ayam sendiri. Alhamdulillah, lepas aku modified dalam sejam, terus nampak ada sebiji telur dalam ruang telur tu.. selamat tanpa kecederaan spt calar, retak atau lubang. Bersyukur tul aku time tu.. harap lepas ni tak timbul dah masalah telur tadak utk di eram. Ni ada foto yg sempat aku snap, Enjoy ! Sekian.


Bercahaya-cahaya telur tu bila dah selamat :)


Aku rasa ni telur ibu muda yg sekor tu.. darah kat kulit telur menunjukkan ibu baru first time bertelur.. alhamdulillah sekor lg ayam dara aku bertelur.

Wednesday, April 13, 2011

Anak Silver Bantam Pertama Aku

Salam semua, hari ni aku nak beritakan yg telur ayam bantam aku yg pertama yg ada benih dah tetas.. sihat walafiat. Nanti aku kena jaga betul2 takut mati.. maklumla first time jaga baby silver bantam.. ni gambar dia.. nampak cam jantan jer.. aku teka je la..




Thursday, April 7, 2011

Silver Bantam Betina Lagi

Salam, hari ni aku bawak masuk lagi 2 ekor silver sebright betina, umur sekitar 5 bulan dah. Aku dapat dari Ramal Pets.. tq En Mat sbb bg peluang aku pilih dulu. En Mat mmg best.. :) Jadi buat masa sekarang aku dah ada 4 ekor ayam betina yang mana baru seekor bertelur dan 2 pejantan. Alhamdulillah, yang tinggal cuma nak jalankan proses breeding jer.. ni duk tunggu ayam2 tu bertelur la pulak. Kalau menjadi mmg aku akan jual baka2 ayam ni kepada yg berminat.. nak simpan byk2 pun payah jugak nak jaga sbb tempat sempit.. kalau dapat tanah satu ekar ker mmg jadi tokan sebright la pulak aku ni, boleh la aku bubuh nama aku kat belakang sebright tu, 'Silver Sebright Nizam Bantam' hehehe.. ayam silver sebright induk aku yg tengah bertelur ni byk masalah rupanya, disbbkan yg jantannya terlalu agresif, habis telur disepak terajangnya.. dah 4 biji pecah, bila pecah yg betina mulala mkn telur mentah2... adus.. geram tul aku, nak semelih kang, tak samapai ati sbb harga pun boleh tahan.. kalau ayam kampung aku dulu, asal mkn telur jer mmg kena pisau ler jawabnya.. sbb kalau dia dah mula makan telur mmg lain kali dia pantang jumpa telur.. mmg dia akan sebat punyer... so lepas ni aku terpaksa la mdified sangkar, nak buat cam sistem sangkar ayam telur tu, bila bertelur jer, telur terus bergolek ke luar sangkar. Selamat lah ia hendaknya.. Amin.. Aku betul2 berharap bila yg 3 lg betina dah mula bertelur jgn ler dia buat hal mcm kakak dia yg sekor ni.. poning kepalo den ni haa.. Ok berikut adalah foto ayam betina yg baru aku bwk masuk..