Friday, June 8, 2018

"DARJAT" AYAM KAMPUNG DI MALAYSIA

Kredit Foto : Abang Bedin Jusoh,Terengganu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat dan para penternak sedunia.

Tajuk yang bakal dikongsi kali ini agak berat sikit.  Tapi memandangkan saya nak menulis jugak, dan ini adalah blog saya, so ikut suka la kan haha.  Di Malaysia, tidak sama seperti di negara-negara jiran yang juga aktif menternak ayam, kita lebih suka mengupas sesuatu isu sambil berasa sangat risau.  Padahal yang paling perlu dirisaukan oleh penternak adalah, mampukah beliau menjual hasil ternakan beliau dan menjana keuntungan, pada hari itu!. Namun begitu, sedikit huraian dari saya ini bukanlah bertujuan menambah kekeliruan masyarakat, namun begitu cuba menyampaikan pendapat saya tentang isu ini.  Mohon para pembaca tidak terus membuat kesimpulan kerana ini hanyalah pendapat saya sebagai penternak ayam selama lebih 30 tahun. ya lah, lama duk bela ayam, pelik jugak la pasaipa isu ni tiba-tiba jadi hot, padahal berpuluh tahun jual-beli ayam ok je pun. Terasa la jugak nak menulis kan haha. 

Pertama sekali, kita tanya soalan ni : Kenapa berebut sangat nak jual ayam guna nama ayam kampung?

Jawapan : Sebab harga, dapat jual mahal...

Ok.. kenapa ayam kampung asli (AKA) mahal ? Sbb kaum Cina akan beli mahal.. ya betul, tapi kenapa? Sejak saya mula-mula bela ayam dulu sekitar tahun 1985 mmg Cina yang ramai datang rumah beli AKA, Melayu kalau datang beli pun sebab ayam dia dah habis jual dan beli ayam saya untuk top-up ayam dia, sbb Cina datang cari dah abih haha.  Kenapa Melayu xbeli AKA untuk makan.. sbb mereka pun dah ada bela.. kalau ayam diaorg abih. diaorang beli ikan atau ayam daging buat lauk.. ini hakikat yang berlaku di kampung saya.

Berbalik kepada soalan lagi : Kenapa AKA mahal? Ayam daging murah pulak?

Sebenarnya AKA tak mahal tuan-tuan, tapi ayam daging yang terlajak murah.  Menyebabkan AKA nampak mahal.  AKA ambil masa 4-6 bulan untuk capai berat 1-2kg (ikut jenis baka), tetapi.. ayam daging hanya perlu 30 hari untuk capai berat 2kg.  Jadi, kita difahamkan bahawa 'MASA ITU EMAS'.. iaitu masa sangat bernilai.. jadi tempoh masa 4-6 bulan vs 30 hari.. agak2 la.. mana yang lebih mahal?  Walaupun AKA dilepas bebas, makan xperlu banyak belanja, tapi tempoh masa itulah menjadi taruhannya.  

Isu kedua yang 'memberi' harga pada AKA adalah faktor pemakanannya.  Kerana apa? Kerana pemakanan ayam akan mempengaruhi rasa dagingnya.  Ada ka sapa-sapa yang tak kisah beli ayam sekilo RM20 tp rasa macam ayam daging? Agak-agak melompat tak? hihi.. AKA lepas bebas, makan serba serbi (xpayah ceritalah makan apa haha), rasa dan tekstur daging sangat hebat jadinya.  Perumpamaan, antara madu lebah ternak dari ladang bunga dibandingkan dengan madu lebah dari pokok tualang hutan, yang mana pilihan tuan? Ada beza harga tak? Kenapa mahal pula madu lebanh tualang padahal pergi kutip je bukan perlu keluar modal buat sarang dan sebagainya.  Ya.. mahal sebab lebah tualang kutip madu dari pelbagai jenis bunga, luas jajahan kutipannya.. tak sama lebah ternak, hanya sekitar ladang bunganya sahaja.. kalau di situ ada bunya tahi ayam dan kekwa.. maka itulah sahaja madunya (bunga tahi ayam dan kekwa ada madu ke? maaf xarif..)

Berapa harga runcit AKA sekarang ? (Jun 2018) Di Selangor, timbang hidup sekilo RM16-18, siap proses sekilo RM20-22.  Harga Ayam Kampung Kacuk (AKK) ? Hidup RM8-12/kg, siap proses RM12-14/kg. Ayam Daging ? RM6-6/kg hidup dan RM7-8.50/kg.  (Ni semua runcit, bukan borong.. borong harga macam-macam boleh jadi ikut isu semasa reban dan owner..)

Ada soalan-soalan bertanya : Apa jadi pada harga AKA jika diternak dalam reban dan makan dedak komersial semata-mata? Mahal macam tu jugak ka lagi?

ok.. Ikan patin sungai yang ditangkap liar sekilo berapa RM?  Yang diternak dalam sangkar pulak berapa RM? Baka ikan yang sama, makan benda yang berbeza.. macam tu juga AKA, tidak akan dipandang kalau hanya makan dedak semata, tanpa rayauan mereka di tunggul-tunggul yang beranai-anai, di celah-celah perdu pokok yang banyak telur semut, di tebing-tebing sungai yang banyak belalang.. dan sebagainya.  Ini juga menjawab persoalan kenapa harga AKK tidak sehebat AKA. Tq hehe

Ok, ada lagi soalan : Habis tu kalau AKK diternak lepas bebas bersama-sama AKA, jalani cara hidup AKA, adakah harga akan jadi AKA?

Suatu hari En Abu ngail ikan.  Dapat naikkan seekor keli Afrika seberat 1kg.  Harga keli sungai pada masa tu RM15 sekilo, harga keli kolam (Afrika) RM3 sekilo.  Agak-agak kalau En Abu jual RM15 sekilo keli yang dia pancing tu laku ke ? Kann.. Jadi tak akan AKK dapat 'darjat' yang sama dengan AKA dengan hanya cari makan bersama, cuma mungkin ada kenaikkan sedikit dari harga asal AKK sekiranya seller pandai menggunakan USP yang ada pada AKK nya itu.

Dah-dah.. jangan ditanya pulak kalau ayam daging bersama-sama cari makan dengan AKA.. haha

Soalan seterusnya : Sama-sama makan dedak yang sama, sangkar yang sama tetapi hanya tempoh matang untuk dijual sahaja yang berbeza, kenapa harga AKK dan Ayam Daging berbeza??

3 kriteria penentu harga : 
1. Corak pemakanan
2. Tempoh masa membesar
3. Baka

Daripada 3 di atas, tinggal 2 je yang jadi perbezaan, iaitu tempoh masa membesar dan baka.  AKK perlu 2 bulan untuk capai 2kg berat badan.  Ayam Daging perlu 30 hari untuk capai 2kg. 

AKK Umur 2 bulan perlu 6kg dedak
1kg dedak RM1.70
Total 2 bulan RM1.70 x 6 = RM10.20

Ayam Daging Umur 1 bulan perlu 3.5kg dedak
1kg dedak RM1.70
Total 30 hari RM1.70 x 3.5 = RM5.95

Agak-agak pasaipa AKK mahal berbanding ayam daging? Itu belum diambilkira harga anak ayam dan kos penjagaan yang terang-terangan sangat berbeza kosnya.

Baka : Kenapa baka juga penentu harga? 

Kerana melalui bakalah para penternak dapat mempelbagaikan dan menentukan corak pemakanan dan tempoh masa membesar.  Contohnya : Para penternak tidak boleh gunakan baka ayam daging untuk tujuan ternakan lepas bebas dalam reban yang tidak berbumbung, dengan mengharapkan prestasi tumbesaran dan kesihatan sama seperti AKA. Sepengalaman saya, ayam daging tidak sesuai diternak  secara lepas bebas, (ok..ok.. ada pulak kata, eh saya buat ok je!  Ya buat lah.. berapa orang yang bela 3,000 ekor ayam daging lepas bebas.. setakat 30 ekor sy pun xmau la komen haha.. )  Sebaliknya juga, penternak tidak boleh ternak AKA dalam reban umpama ayam daging dengan mengharap AKA mereka akan jadi berat 2kg lepas 30 hari.. dan jual sekilo RM18. Jem gini..

Kesimpulannya :

Maaf sekiranya kita tak sependapat hehe. Bagi saya, gabungan baka, corak pemakanan dan tempoh masa membesar tidak dapat dipisahkan dalam penentuan harga ayam. Jagan asingkan 3 beradik kriteria ni, bila diasingkan akan kelirulah pengguna. Namun begitu, para penternak masih bebas menggunakan Unique Selling Point (USP) bagi produk masing-masing untuk melariskan produk selagi tidak menipu.  USP seperti ayam bebas antibiotik, ayam omega 3, ayam lepas bebas dan ayam herba boleh menjadi HOT sekiranya penternak jujur.  AWAS ! Jangan sampai ada USP melibatkan ayam beriman, ayam diperdengarkan AL-Quran, ayam doa, ayam organik (tanpa sijil sah), ayam solat 5 waktu, ayam selawat la bagai pulak nanti.. xlarat nak bersubahat dah bila kita diam.. menjadi-jadi pulak.  

SEKIAN

** Tulisan ini sekadar menyuarakan pendapat saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.  Selaku orang yang bergiat secara langsung dalam bidang ini, saya amat-amat gembira bilamana tumbuhnya para penternak-penternak baru dari kalangan kaum Melayu.  Namun begitu, janganlah kita terlalu taksub dengan standard, bukan semua benda boleh di standardkan.  Terdapat beberapa perkara yang lebih elok dibiarkan berada pada tempatnya seperti sediakala.  Alhamdulillah.  Saingan sihat diperlukan di sini. In sha Allah.

Nizam Yaacob
Anizam Resources
012-524 5002

14 comments:

  1. Kalau durian terbakik pulak
    Durian kampung ori RM 5 - RM 10 sekg
    Durian klon (ternak) sampai RM 60.00 sekg

    ReplyDelete
  2. sangat setuju tuan. tapi malangnya banyak pengguna tertipu dan ditipu, keliru antara AKA dan AKK. kesudahannya bayar harga mahal untuk ayam yang jauh lebih murah. undang2 dan penguatkuasaan kita lemah bab ni. dah puas adu kepada KPDNKK. KPDNKK salahkan DVS tak sediakan garis panduan. DVS pula lepas tangan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tanye bpe hrge pasaran ayam kampung sekarang?baru2 nk cube menternak

    ReplyDelete
  4. Susah nak pasarkan ayam sbb harga yg peraih amik terlalu rendah...ade cara lain yg saya bleh guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun x Tau la, peraih ambil RM 9 sekilo. Susah2

      Delete
    2. Jual sendiri..kawan sy jual ayam aka sekilo rm20..raya cina rm24 skilo

      Delete
  5. Assalamualaikum tuan ..sy penternak ayam kg .. Baru ceburi bidang ini secara sambilan di waktu lapang sy .. Dengan mempunyai benih ayam sekitar 20 ekor .. 17 betina 3 jantan .. Sy perlukan tunjuk ajar dr tuan cara utk sy hasilkan makanan organik sendiri utk bekalan makanan ayam sy ..

    ReplyDelete
  6. Sila whatsapp sy tuan 0146994804

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, t. Kasih atas cerita diatas tuan, sy bercadang nk bela AKK dn tapak pun sedang disiapkan harap permulaan sy akan berjaya, dn mohon share utk dptkan harga terbaik bagi benih anak AKK, makanan dedak dgn harga berpatutan dn mampu,ubat EM dn boster ,selain itu mohon share campuran makanan alternatif lain yg boleh diberi utk AKK yg sudah cecah umur sebulan .T .Kasih 011-2302 2175

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ..sy baru berjinak2 dalam menternak AKK / AKA/ AD .. Alhamdulillah setiap hari ada orang beli..sampai da habis bekalan..
      Bole kita buat 1 group untuk penternak ayam x?

      Delete
    2. Hubungi whatapps 0183666196

      Delete
  8. saya ade ternak ayam kampung kacuk dan talipia merah...kalau berminat contact saya yusof 0173667729

    ReplyDelete
  9. 0172447443baru berjinak ternak ayam kg 200 ekor mintak tunjuk ajar..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.