Ayam Kampung (AK) mencetus fenomena apabila negara mula mengimport dan menternak ayam pedaging berbulu putih (Broiler Chicken - BC). Betul, apabila ada saingan barulah AK dihargai. Saingan yang bagaimana?? Saingan rasa daging, saingan tempoh masa ternak dan saingan harga. Sebelum adanya BC, AK dipandang biasa-biasa shj. Namun begitu AK diburu semula apabila pengguna menyedari kualiti yang ada padanya.
Bermula dari ini, para penternak juga memulakan langkah baru dengan menternak AK (samada kacukan atau asli) secara kecilan atau skala besar. Muncul penternak-penternak baru bagai cendawan. Tak kurang penternak lama yang meluaskan jajahan dan bilangan ayam ternakan mereka bagi mengambil peluang kepada permintaan yang tidak pernah putus terhadap AK. Namun begitu, seperti kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, bukan semua penternak-penternak ini berjaya mengaut keuntungan daripada usaha mereka ini. Risiko ayam mati, bantut dan berpenyakit membuatkan ada di kalangan mereka gulung tikar awal. Tempoh tumbesaran AK di antara 2-4 bulan sebelum dijual adalah terlalu lama dan risiko tersebut ditanggung sepenuhnya oleh penternak. Hanya airmata yang dapat merawat sebahagian kesedihan dan kekecewaan mereka. Satu cara atau kaedah yang sangat ampuh dalam mengatasi masalah ini adalah kaedah TRADING. Ya, kaedah yang KURANG berisiko. Para penternak kurang stress dan mampu menjana pendapatan lebih teratur dan terancang.
Bagaimana ianya berlaku ?
Saya tidak mampu meilih contoh dari syarikat lain. Oleh itu saya ambil contoh apa yang syarikat saya jalankan iaitu Syarikat Anizam Resources dan Syarikat Gemilang Cakaran (Pengeluar Product Ayam Gemilang). Bagaimana kami membantu penternak dalam usaha memastikan WIN-WIN SITUATION berlaku dan kerjasama berpanjangan. Contoh seperti berikut diaplikasikan dengan baik sekali :
Pihak yang terlibat :
1. Syarikat : Gemilang Cakaran, Rawang, Selangor
2. Penternak A : En Rosli dari Bangi, Selangor
Oleh kerana ingin mengelakkan risiko, En. Rosli hanya menternak 200 ekor sahaja walaupun beliau mampu memasarkan 2,000 ekor AK hidup dalam sebulan. Beliau tahu bahawa Syarikat Gemilang Cakaran mampu menyediakan bekalan AK dengan harga rendah dan berkualiti sekiranya beliau membeli secara borong. Para pelanggan beliau juga tahu bahawa En. Rosli seorang penternak AK yang berkualiti. Apa yang perlu dilakukan oleh En. Rosli adalah menggiatkan usaha dan strategi marketing kepada para pelanggannya bahawa beliau mempunyai stok bekalan AK yang berkualiti dan berterusan. En Rosli mengambil tempahan dari para pelanggan sebelum membuat order AK dari Syarikat Gemilang Cakaran (minima 300 ekor per delivery).
Pengiraan keuntungan En Rosli boleh diwakilkan seperti berikut :
Jumlah min per order : 300 ekor
Berat purata : 1.6kg per ekor
Berat total 300 ekor : 300 ekor x 1.6kg = 480kg
Harga di beli dari Syarikat Gemilang Cakaran : RM7.80/kg (Timbangan hidup diladang)
Harga total semasa borong : RM7.80 x 480kg = RM3,744
Harga Jualan Semula : RM8.80/kg (Masih keklkan timbangan hidup diladang)
Oleh itu,
RM8.80 x 480kg = RM4,224
Keuntungan,
Jualan - Modal = Untung
RM4,224 - RM3,744 = RM480 per order
En Rosli mampu menjual 2,400 ekor sebulan iaitu 8 kali order dari Syarikat Ayam Gemilang. (seminggu 2 kali hantar)
Maka,
RM480 x 8 = RM3,840
Dengan ini En. Rosli mengaut keuntungan kasar RM3,840 dalam sebulan iaitu dengan menjual 2,400 ekor AK hidup.
Note : Ayam ditimbang diladang dan dijual kepada pelanggan dengan timbangan ladang.
Jika kita lihat cerita En Rosli di atas, beliau mengamalkan trading secara sepenuhnya. Beliau mengambil peluang ke atas label dirinya sebagai penternak yang baik dan rekod penghasilan produk yang berkualiti. Cara beliau menjaga kualiti produk tradingnya adalah dengan sentiasa memeriksa AK yang dihantar kepada beliau oleh Syarikat Gemilang Cakaran.
Belum mengambilkira para penternak yang memproses AK untuk jualan yang mana harga akan lebih tinggi berbanding hanya trading hidup. Keuntungan sangat bagus di mana, AK proses yang dijual mencapai RM12-14/kg (walaupun berlaku susut berat 20-30% akibat kesan proses buang darah, bulu dan usus namun keuntungan masih dikira hebat).
Demikianlah perihal sistem trading yang banyak menyelamatkan penternak baru dan lama di Malaysia, namun begitu tidak ramai yang menyedari hal ini dan masih menternak dalam kuantiti penuh walaupun mereka tahu tidak mampu. Nasihat saya, gunakan peluang yang ada didepan mata dan sambil-sambil itu, usahakanlah menambah ilmu dan mencari kaedah mengurangkan risiko kerugian dalam menternak. TRADING adalah salah satu altenatif hebat yang ada buat masa ini. Gunakanlah ia selagi diperlukan, dah ready kalu.. boleh teruskan menternak sekala penuh semula. Sekian perkongsian saya kali ini.
Nizam Yaacob
Anizam Resources
012 524 5002
Bang nizam...ada tak cara untuk taknak bagi tikus datang...takutlah kalau malam mesti dia datang...anak ayam hutan 2 ekor kena tarik,tersepit kat celah dawai reban..last2 mati..umur diorang tak panjang
ReplyDelete