Friday, January 13, 2012
Brahma Berpindah Reban
Wednesday, January 11, 2012
Isteri Untuk "Maikel"
Salam kpd semua pelawat blog aku, ingat tak ayam denak aku yg berbulu betina ni, aku namakan dia "Maikel", ejaan pun aku buat dalam Bahasa Melayu haha.. baru tradisional skit :) Sepertimana yg aku dah citer sebelum ni, Maikel mmg baik ngan aku, sifatnya yg suka melayan aku tu aku suka.. manja jer :) Minggu lepas aku pi cari bini kat dia, aku dpt masa tgh mengeram, ada la telur 8 bijik, 5 tetas anak ayam hutan, 2 ayam katik putih n 1 ayam mini cochin hitam.. tak tau camner leh jadik camtu. Mesti tuan dia ada masukkan telur2 ayam baka lain tu dalam sarang mintak tolong eram, sekali pekerja dia jual ayam n sekali ngan semua telur tu.. telur2 tu baru jer netas semalam, tak sampai seminggu aku eram.. bini Maikel ni aku namakan "Mimi".. So sekarang Mimi tgh tunggu masa untuk bertelur semula mungkin dalam minggu depan kut... nampak cam ok dah skit.. nanti galak la tu. Tujuan aku beli Mimi mmg nak kacukkan ngan Maikel utk dptkan anak yg berbulu betina jugak, tp kalau korang nak tau badan Mimi lg besar dari Maikel... so harap anaknya nanti takla besar sgt, kalau tak.. tak best la.. ada jugak plan nak kacuk ngan ayam serama tp belum jumpa induk yg sesuai.. maksud aku induk yg galakbertelur.. kebanyakan induk serama malas bertelur.. bukan apa, nak dptkan baka ayam hutan bertubuh tegak, dada angkat dan sayap leret dan tegak.. lambat la skit usaha ni nak berhasil tp aku akan tetap cuba :) chaiiiiyyyyooookkkkkk .... hahaha..
Haa.. ni gambar telur2 g masih dieram.. ada lapan bijik semuanya, sebijik lg tu telur ayam mutiara sesat...
Kat bawah ni pulak bila dah tetas... mcm2 ada... :)
Sunday, January 8, 2012
Merpati Liar Untuk Ubat
Merpati liar mmg byk kat Malaysia ni... sejak dibawa masuk ke Malaysia sehingga sekarang semakin hari semakin byk merpati ini membiak.. hampir di mana2 saja ada merpati berterbangan.. makanannya adalah bijirin yg mmg byk kat atas bumi. Ada jugak pencinta2 alam yg sanggup berhabis wang untuk membeli makanan utk burung ini semata2 kerana leka melihat telatah merpati yg sedang makan.. 2-3 hari lepas ada seorg hamba Allah hubungi aku nak mencari merpati liar tk dibuat makan sbg ubat.. tak berani pulak aku nak tanya utk ubat apa.. so beliau nak dalam 3-4 ekor... jadi akupun pi la ty cari kat kedai.. nak tangkap takut tak dpt maklum la kursus menjerat tak abih lg so bila pi kedai kena la paw hehe... aku mintak dia tangkapkan sbb mmg dia selalu tangkap.. oder 4 ekor esok terus dpt n akupun proses :) jadi la cam gambar di bawah ni... elok jer tersusun dlm pinggan, gemuk2 jugak rupanya walaupun nampak camtak cukup makan :)... terliur lak aku, lain kali nak semelih buat sup la pulak, mesti best :) Kepada sapa2 yg nak merpati ni nak buat ubat lain kali boleh la contact aku sbb dah pernah buat n ada pembekal so senang skit :)
Friday, January 6, 2012
Stok Pewaris Light Brahma

Salam semua, gambar kat atas ni adalah stok pewaris light brahma aku, semuanya adalah yg terpilih... kriteria pemilihan adalah bulu kaki panjang, betis panjang/tinggi, balung kecik, warna cerah, dada angkat, bulu gebu dan lembut serta bertubuh besar. Alhamdulillah rupanya kebanyakan anak2 ayam aku mmg ada kriteria tu.. so tak la susah untuk aku simpan.. yang aku dah jual sebelum2 ni pun ada kriteria ni... sapa yg dah beli dari aku dulu mesti dapat rasa apa yg aku rasa.. sgt suka tgk bulu kaki dia yg panjang n penuh.. time bulu kaki gugur mmg nampak kurang skit tp bila dah tumbuh balik dia akan jadik lg lebar n panjang serta lebih berkilat dan tone warna akan jadik makin jelas... mmg best bela ayam baka ni.. aku akan sambung tugas aku untuk hasilkan ayam yg sempurna dan menarik... doakan aku. Ayam muda yg dalam foto di bawah ni dah berumur 5 bulan so tak lama lg bertelur la tu... insya Allah kalau anak dah byk boleh la aku turunkan skit harganya.. rajin2 la korang belanja aku makan.. :) Semasa aku duk taip nipun hanya tinggal 2 pasang yang belum jual.. yg lain dah sold out... batch baru akan menetas hujung bulan ni... 2 bulan jugak induk berenti bertelur disebabkan pengaruh tengkujuh.. mujur induk masih sihat dan kuat :)
Ayam Gajah Yang Gagah
Salam, tajuk atas cam tajuk buku citer kanak-kanak.. aku suka :) Nanti aku tulis buku citer ni untuk anak aku :)... ayam gajah aku yg sepasang jer pun ni sangat aku syg sbb aku bela dari kecik.. dua2 sihat n bertelur dgn baik... Insya Allah anak2 dia akan aku bela sampai besar untuk dijadikan santapan hehehe... warna ayam ni memang menarik.. teringin jugak nak kacuk yg jantan tu ngan betina giant cochin aku tp mungkin lain kali kut... tunggu dara muda cochin la bertelur.. yg mak cochin biar la ngan suaminya yg tercinta tu.. lgpun dah lama mereka bersama ( ayat drama )... kalau korang nak tau aku mmg kawal pemakanan ayam gajah aku ni... sbb takut sakit jantung... sehari lebih kurang 5 genggam dedak jer... kalau lebih takut byk lemak yg mana boleh menyebabkan kematian.. dah byk dah padam kes terlalu gemuk... tambahan kalau ayam baka byk daging nih...

Anak Kacukan Mini Cochin + Golden Bantam
Salam semua rakan2, ni aku nak perkenalkan dua ekor anak kacukan antara buff mini cochin jantan dan golden bantam betina aku. Anak yang kuar ni jadik la mcm kat bawah tu... kaler apa ntah nak panggil.. buat masa sekarang ni tak smart skit pun siap ada bulu kaki lak tu... balung jadik tunggal dan bukan rosecomb, bulu tak laced pun.. kaki mmg hitam n body agak bulat serta bulu agak gebu mungkin sbb ada darah cochin... sekarang baru umur sebulan lebih, tak pasti jantina lagi... yg aku nak tgk adalah adakah depa ni akan jadik bulu betina (kalau jadik jantan ler.. ) kalau jadik bulu jantan jugak maknanya tak bermakna la kacukan aku ni :(.. semelih lg bagus.. anak hasil kacukan ni akan aku kacuk sekali lagi dengan pasangan bantam dan untuk dapatkan bulu laced dan balung rosecomb. Doakan aku berjaya :) Nanti aku upload foto mak n abah diaorg...


Kat bawah ni pulak adalah abah n mama mereka :
Wednesday, January 4, 2012
Sepasang Silver Bantam Untuk Dijual (SOLD)

Salam semua, aku ada sepasang silver bantam untuk dijual, umur dah 4 bulan... keadaan sihat walafiat... siapa yg berminat boleh lah call atau sms ke 012-5245002.. dtg ambik sendiri la kali ni... tak sempat nak hantar pakai bas, sibuk ngan anak2 n baru pindah umah... jadi sapa yg dekat dgn aku nak beli sgt2 dialu-alukan.. harga RM500 sepasang. Tq.
Subscribe to:
Posts (Atom)

