Saturday, February 25, 2012

Puyuh Putih

Salam, lama dah aku duk perhati puyuh putih ni.. kat kedai2 burung ada jugak yg jual.. berkenan mmg berkenan tp nak pilih jantan betinanya susah skit... so aku amik masa belajar pastikan jantinanya dulu baru aku beli n cuba biakkan. Satu lg masalah puyuh putih ni adalah warna bulunya yg kdg2 bertompok coklat (warna asal).. tu yg tak best tu... aku cuba cari n biakkan yg pure white sahaja.. mana tau anak dia akan jadik putih semua hehe.. lepas seminggu duk belajar kenal jantina puyuh putih ni n konfem tak silap so aku pun buat first try beli puyuh betina jer 2 ekor sbb yg jantan dah kawan aku beli dah 2 ekor.. dia ingat sepasang rupanya dua2 memanjat hahaaha.. frust dia. Tp takper aku pinjam jap.. jadik la jugak guna hehe... semalam (lps 3 hari beli) aku tgk sekor dari puyuh tu dah bertelur sebijik.. hahaha betul jugak teori aku yg tak pandai ni :) So lepas ni aku akan buat eksperimen utk hasilkan pure white quail... harap menjadik.
Kat bawah ni puyuh putih jantan kwn aku punya.. haha aku dah rendam pewarna, kasi pink skit.. senang aku nak kenal dari jauh, lepas ni kalau aku tgk puyuh pink ni, tau la aku yg dia ni jantan hahaha... jahat nya aku!!

Friday, February 24, 2012

Stok Anak Buff Mini Cochin d Anizam Agrofarm

Salam 1 Malaysia... berikut adalah stok anak ayam Buff Mini Cochin aku, ada 8 ekor semuanya.. dalam foto tu campur2 dah... tp saper yg arif akan kenal yg mana satu anak mini cochin tu... semuanya buff... skitpun tadak itam hehe.. comey2. Jadik sesaper yg berkenan boleh la contact aku.. sekarang baru umur seminggu... lepas sebulan buleh la aku jual.




Silver Sebright Kacuk Serama

Salam semua, td aku sempat sambar sekor silver bantam kacuk serama, ayam jantan... tgk cam galak semcm jer so berkenan n terus tangkap.. bukan apa, aku ada cita2 skit ngan ayam ni.. teringin nak hasilkan sebright hitam satu sut... harap jadik ler.. ayam ni mmg galak giler, dalam boot keterpun di berkokok lg.. body mmg kecik, balung kecik, pendek kata mmg semuanya kecik cuma semangatnya besar haha... so senang la aku nak kacuk ngan rosecomb betina aku tu. Buat masa sekarang aku ada 2 ekor rosecomb hitam betina yg giat bertelur... selama ni aku kacuk ngan ayam hutan jantan bulu betina tp aku rasa baik aku buat target hasilkan sebright hitam.. ada jugak harga n diiktiraf sbb sebright putih dah ada di USA. Harap usaha aku ni berjaya... doakan aku yer.. berikut aku sertakan foto sebright kacuk aku tu n bini2 baru dia... kepak labuh cam serama cuma bulu tak berapa nak laced, tp aku tak pedulipun kalau takder laced tu.. kalau hitam semua lg bagus, senang kejer aku :)



Wednesday, February 22, 2012

Update Merpati Anizam Agrofarm

Salam semua, td ptg duk sibuk2 kemas reban terasa nak amik foto2 perihal merpati kat reban tu, walaupun merpati2 tu biasa2 jer tp aku nak update jgak hahaha... ermm.. foto pertama hingga 3 tu adalah kacukan american fantail dan merpati kampung biasa.. anak2 nya hitam2 belaka, ak pasti bila dah penuh bulu macamana jadinya.. kita tunggu la dalam seminggu dua lg. Nak tau pasal apa aku kacuk merpati ni, sbbnya aku oder betina utk a. fantail jantan tu, dah 2 kali kena tpu, asyik dpt jantan jer.. frus :(... last2 kawenkan dgn merpati kg biasa jer. So jadik la anak dua ekor tu.. kalau jumpa a. fantail betina aku tukar la betina kg tu..



Kat bawah ni pulak adalah anak merpati indian fantail kacuk lahore putih (all white).. sekor pure white n sekor lg tampung2 lak.. hehe, tak sabar tunggu besar... harap sepasang...

Bawah ni pulak pasangan ideal aku... lahore hitam yg dah kali ke-5 bertelur ni mmg aku sayang... pasangan yg perfect.. harap sepasang la hendaknya anaknya nanti.. baru sebijik bertelur utk kali ni...

Sunday, February 19, 2012

Sebright Di Makkah Sebright Farm

Cuba korang perhatikan video youtube yg aku link kat bawah ni, bg aku ayam yg pak Arab ni buat mmg dasat.. kacukan antara seberight dan serama yg sangat menjadik.. aku tak pasti kaedah yg dipakai. Maksud aku samada dikacuk antara betina sebright dgn jantan serama atau sebaliknya.. dan berapa pula generasi diperlukan untuk mengeluarkan spesimen secantik dalam video ni.. aku tgh cuba hasilkan ayam mcm ni tp masih belum berhasil.. bayangkan sebright ni wujud kat Malaysia ni.. berapa pulak harga nak letak.. sanggup ke org beli hahaha..



Wednesday, February 15, 2012

Video Penetasan Anak Merpati Indian Fantail

Salam semua, kebetulan semalam makanan merpati aku dah habis langsung dalam bekas makan tu, so aku tambah la.. jadi dek sebabkan lapar sgt, kedua2 induk merpati ni terus meluru nak makan n tinggal la sarang beserta telur 2 bijik, rupanya yg sebijik tu dah nak kuar anak, nampak kepak jer duk terkial-kial.. tanpa buang masa akupun rakam :) ni la hasilnya walaupun aku kena tampar jugak ngan bapak burung ni sbb kacau sarang dia hahaha.... ada kut 3 kali kena tampar, kalau korang perasan ada dalam video ni.. saksikanlah video yg jarang2 dapat dirakam ni :)


Saturday, February 11, 2012

Diamond Dove Tetas Lagi

Salam, tak perasan diamond dove dah tetas 2 ekor n dah besar, rasa cam dah seminggu.. harap idup la kedua2 tu.. bertambah la warga Anizam Agro Farm :).. dan harap sepasang la.. jgn la jantan 2-2.. kalau betina 2-2 takpa :)



dah nak sama saiz ngan mak ayah dia dah haa..