Salam 1 Malaysia n salam perpaduan kepada semua pelawat blog aku ni... semalam aku berjaya membeli sepasang induk merpati Reversewing yang menjadi idaman aku sejak baka ini mengibarkan saypya di Malaysia. Walaupun harganya 'boleh tahan' tp aku berjaya jugak mendapatkannya hasil jasa baik pemilik asal yang sgt prihatin. Mulanya aku tempah anak jer, tp time pegi nak ambik anak tu rupa2nya sekor jatuh sakit.. nak ambik anak yg pair lain masih kecik lg, bulu pun tak tumbuh lg.. so si pemilik melepaskan induknya untuk aku.. mmg langkah kanan. Alhamdulillah n aku ucap berbanyak2 terima kasih kepada si pemilik asal pasangan Reversewing ini. Mengikut kata beliau rekod anak pasangan ini yang lepas adalah samada sekor hitam n sekor merah atau dua2 merah.. tp baru 2-3 kali bertelur so aku harap ada la yg kuar kuning cam mak dia n kalau untung ada biru :) walopun agak mustahil tp kuasa Allah siapa yg tau nanti. Mengikut kata beliau lg, Reversewing ada 4 kaler utama dan harga paling rendah adalah hitam, diikuti merah, kuning dan paling mahal biru. Tp kat Malaysia aku tak pasti ler warna mempengaruhi harga, aku masih budak dalam ternakan fancy pigeon ni. Di bawah ni aku sempat ambil beberapa keping gambar semasa baru jer bawak balik burung tu. Please enjoy the photos !!
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Silver Sebright Betina Untuk Di Jual (SOLD)
Salam semua, 2 ekor anak sebright betina kat atas tu aku nak jual.. umur dah 2 bulan setengah, 2 ekor = RM400. Sesiapa yg berminat call/sms aku di 012-5245002. Baka mmg dijamin ori.. :)
Saturday, May 19, 2012
Anak Ayam Light Brahma Stok Mei 2012 (SOLD)
Salam 1Malaysia, Mei 2012 ni ada lagi belasan ekor anak light brahma yg ingin aku jual, tawaran hebat menanti pengunjung blog aku ni, aku jual murah jer sbb stok banyak. Seekor RM150 jer atau sepasang RM300. Itu yang umur sebulan dah tu dan gerenti senang jaga. Bagi pets shop atau sesiapa saja yg nak beli borong aku bagi lg diskaun hebat. Ada berani ? Kalau ada berani hubungi la aku di 012-5245002. Penghantaran disediakan melalui bas dengan tambahan RM30/kotak.
P/S : Foto kat atas tu foto stok lama, bila dah banyak2 ni malas lak nak snap gambar terbaru.. sama jer semua :).
Labels:
ayam brahma,
untuk dijual
Anizam Agrofarm / Anizamtani Ent Dalam Program 'Makan Angin' di TV9
Salam semua, beberapa bulan lepas, kebetulan farm kecik aku jadi perhatian TV9 utk buat rakaman Rancangan "Makan Angin Musim ke-3". Tujuan mereka adalah nak buat rakaman aktiviti pengacaranya si Faiz menangkap burung puyuh aku utk disembelih n dimasak. Kebetulan aku time tu dah plan balik kampung so terpaksa la hantar wakil iaitu kawan baik aku En Azmi Abd Rahman utk jadik tokey puyuh merangkap tokey farm aku sekali. Jadi takder la muka aku dalam TV9 tu nanti, frust jugak la tp balik kg lg penting time tu. Buat kawan2 follower blog aku, jgn lepaskan peluang utk tgk rakaman ni, aku tak pasti apa lg yg diaorg nak tayang sbb byk jugak dirakam ttg ayam eksotik aku tp tak pasti la kuar tv ke tak.. apapun tarikh tayangan program tu adalah pada 20 Mei 2012 (Ahad), jam 8:30 malam di TV9. Tengok jangan tak tengok..
Labels:
burung puyuh,
pelbagai
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Thursday, April 26, 2012
Projek Ayam Arab
Salam kawan2 para pelawat blog, Rabu lepas aku berpeluang dapatkan 100 biji telur ayam arab dari Sepang. Alhamdulillah berjumpa juga aku dgn telur ayam ni yg aku tempah khas utk pengeraman, dah lama mencari sbb nak penuhkan reban ayam aku yg kosong kat Kuala Selangor nun. Rakan kongsi aku tgh bersemangat tu so aku akan teruskan penetasan ni guna sebuah incubator auto yg baru siap ni. Warna merah lg :)... Baka ayam arab ni hampir pupus di kalangan penternak Selangor gara-gara kena sampar, 2-3 org penternak aku kontek tp semuanya takder stok atau baru restock balik lepas hampir keseluruhan kena sampar.
Anak ayam mmg takder apatah lg induk yg nak dijual, jauh sekali ler... So langkah yg boleh aku buat utk dptkan ayam2 betina dah jantan utk pembaka adalah dgn eram sendiri telur2 ayam tu dan buat sendiri pemilihan anak2 ayam khas utk pembakaan. Kalau menetas 50 ekor pun cukup dah, tu pun jenuh nak jaga kalau dah induk.. harap2 betina byk la. Jantan 3-4 ekor dah la, n kena pesan supaya duduk elok2 jgn gaduh2 :) Ka bawah ni adalah gambar2 induk kat tempat aku beli telur2 tu.. ada 150 ekor betina dan 10 jantan. Mmg byk la telur2 setiap hari.. rambang mata aku sbb telur2 tu akak tu biar aku pilih sendiri.
Lantai simen...
Ada kayu utk bertenggek waktu malam..
Antara induk yg jadi penelur sepenuh masa..
Ni ada lagi...
Tuesday, April 24, 2012
Anak Rosecomb Tetas Dah
Salam kepada semua, malam semalam tetaslah sudah anak ayam pure black rosecomb aku.. telur 6 bijik cuma tetas 4 ekor jer.. tp syukur alhamdulillah sbb berjaya jugak ditetaskan.. indukpun masih bertelur dgn baik. Harap lepas ni akan bertambahlah populasi rosecomb aku ni :) Berikut adalah 2 foto anak ayam tersebut.
p/s : Org tempah 10 ekor (5 psg) tp yg tetas 4 ekor jer.. sapa tempah dulu, dialah yg dapat dulu..
White Polish Chicken
Salam, Jumaat lepas aku di datangi Iqbal, kenalan lama dalam industri ayam hiasan ni.. dah lama tak dgr khabar tetiba jer muncul.. Iqbal kata nak dtg tgk reban, aku ckp sambil2 tu bawak la apa2 ayam yg nak dijual.. hehe mana tau berkenan. Dia bawak sepasang polish putih yg umur sekitar 5-6 bulan.. cantik n aku suka. So berlaku la jual beli tp bukan dalam tunai tp secara Barter.. untung jugak kaedah ni, sbb tak nampak duit keluar.. tak la ralat sgt :) Dua2 pihak puas hati maka halal lah akad jual beli nya. Alhamdulillah dpt jugak aku polish putih, harap membiak lah hendaknya :) Di bawah ni adalah foto ayam polish yg dimaksudkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
