Dah lama aku tunggu akhirnya termakbul jugak doa untuk tengok sepasang anak pomeranian aku tetas dan hidup sihat, dah beberapa kali tak berapa nak jadik, kali ni baru tetas dan hidup keduanya... Merpati pomeranian adalah salah satu baka merpati yang sgt aku gemari kerana bentuk tubuhnya yang nampak tegak bergaya dan gagah di samping 'belon' nya yang besar serta berbulu kaki.. inuk yg aku beli dari Issam Puchong ni mmg tak mengecewakan.. kedua2 anaknya keluar menjadi pomer merah, mmg bergaya habis. Dulu pernah jadik sekor biru dan sekor light grey.. tp sayangnya kedua2nya mati masa umur tak sampai sebulan sbb aku bagi induk fantail jaga. Mungkin ada jangkitan baktria sbb induk fantail tu pernah sakit satu masa dulu. Kali ni aku biar mak n ayahnya sendiri yang jaga.. alhamdulillah berhasil. Kat bawah ni aku sertakan gambar pomer aku tu :)
Thursday, August 30, 2012
Merpati Satinette Tetas Lagi
Syukur alhamdulillah, merpati satinette tetas lagi, pasangan anak pertama aku dah jual, ni tiba yang kedua dah.. dan 2 hari lepas ibunya bertelur lagi dan tengah mengeram sekarang. Istimewanya baka satinette ni adalah ia sangat comel hehe.. paruh pendek jer cam pipit. Selain tu warnanya yang simetri sangat memukau ditambah pula dengan laced yang terhasil pada bulu kepaknya. Pasangan yang aku ada ni mmg diimport dari Pakistan so anak2 ni adalah anak baka import yg mana saiznya agak besar berbanding baka tempatan yang tidak dijaga bloodline nya.. apa beza baka yg dijaga bloodlinenya dan baka yg tidak dijaga bloodlinenya? nanti kita cerita bab tu.. akupun baru belajar n praktikkan dalam setahun dua ni jer.. :) Berikut adalah foto pasangan satinette yang sedang bagi makan anak2 nya...
Tuesday, August 28, 2012
Anak Ayam Belanda Untuk Dijual
Salam Syawal kepada semua pelawat blog aku di bulan perayaan ini, lama betul aku tak update blog, sepanjang Ramadhan mmg tak sempat nak update.. byk foto2 yang aku ambil berkenaan aktiviti aku kat reban ttp cuma aku simpan jer sbb tak sempat nak karang cerita.. aku tak bercadang nak ulas semula secara terperinci berkenaan apa yg dah berlaku sepanjang kesibukan aku tp kalau ada yg berkenaan akan aku cerita la jugak.. buat masa sekarang aku sibuk mulakan semula proses buat incubator memandangkan sepanjang ramadan aku mmg tak berkesempatan.. harap semua tempahan dapat aku siapkan dalam bulan ni jugak. Perlu sokongan semua :). Update aku kali ni adalah berkenaan anak ayam belanda nak dijual, ada 5 ekor jer pun.. saki baki sebelum balik cuti raya hari tu.. dah 2 minggu umurnya, sekor RM 15.. datang sendiri leh la tawar skit :) biasalah kawan2.. kat bawah ni fotonya.. selain tu anak ayam mutiara sama umur ada jugak 4 ekor.. sapa2 berminat leh la..
Sunday, July 8, 2012
Masalah Tikus dan Cara Aku Atasinya
Salam kepada semua.. kali ni aku nak bercerita berkenaan masalah utama aku dlm menternak ni.. tikus !! ya tikus .. dari mula aku tak sedar yg beliau telah menjadikan hidup ternakan aku sengsara tp aku mula sedar bila mana aku terserempak dengan sekumpulan tikus ni duk khusyuk makan dedak dlm pasu yg aku sediakan utk merpati aku. Punya la ramai jemaah mereka sampai penuh bekas tu.. saiznya pulak mmg gadang2 belaka.... aku rasa kalau timbangpun mau 7-8 ekor sekilo tu.. mcm puyu siam dah beratnya. Kalau laku jual aku dah untung ni.. tp aku ada jugak terpikir nak jual tikus ni buat makanan ular. Sekor rm3.. hehe buleh ke? Duitnya buat beli dedak, ganti balik dedak yg mereka2 ni makan selama ni haha.. bernas jugak idea aku ni.. ok mulai sekarang sapa nak tikus sihat, gemuk dan mempunyai ikatan kekeluargaan yg tinggi boleh la hubungi aku.. sekor rm3 jer.. gerenti ular tu sihat :) So bermula semalam aku dah mula design perangkap tikus, sendiri punya design sbb dah byk kali aku try yg beli kat kedai tu susah betul nak kena, tikus zaman sekarang dah cerdik dah.. bila aku pasang perangkap aku ni mula2 dapat la sekor, pagi ni aku dapat 5 ekor terus.. wah lumayan betul tu. Kalau boleh buat gulai dah satu kuali dah tu.. tahan sampai malam hahaha.. ni ada aku uploadkan gambar2 tikus yg kena perangkap aku ni buat tatapan korang. Sihat2 tikus ni. mata teranggg jer haha.
How To Get Rid of Rats In My Farm
How To Get Rid of Rats In My Farm
Hi to everybody.. since my blog was visited
by other countries so starting from now I will try my best to write in English.
Actually I am not very good in English writing but I believe that you can
understood my words :).. or beside you'll leave my blog from the beginning
hahaha. Today I would like to briefly write about rat attacks in my farm. For
me this is a very very big problem. To be frank, I buried so many chicken and
birds since this things start to homing my farm. By eating the fowls feed, they
growing faster and become very good in breeding. So if I am not doing something
to control them, may be in the future I have to change my birds farm into rats
farm. So sad :(... To eliminate them, I use rat trap that I made it myself..
using my creativity (if that the right words haha) I started to develop the
trap. Luckily, I succeed hahaha... hahaha... and hahaha again. Good by my
little friends, you'll be very tasty lunch for pythons (my friend have 2 of
them). Yesterday I got 5 of them, trapped in my lovely and creatively rats
trap. Good.. I'll trapping rats for the rest of my life after this hahaha.
Below are the rats that trapped successfully.
Sunday, June 24, 2012
Kedai Anizam Agrofarm Enterprise
Salam kepada semua pelawat blog aku ni, kali ni ada beberapa keping gambar yg sempat aku snap kat kedai aku. Kedai ni bukan aku bukak pun.. aku buat simpan n biakkan ayam n merpati jer.. jadik kalau ada sesaper yg nak pi kedai aku kena la call aku dulu utk tgk burung atau ayam aku tu. Oleh sbb kedai ni aku tak bukak utk public so aku tak la kemaskan atau susun cam sebuah kedai. Jadik masih berselerak la sekarang ni. Apapun merpati n ayam2 aku tu masih bertelur n biak dgn baik walaupun aku tak sempat kemas. Bukan takder niat nak kemas, cuma progress tu slow skit :)... setakat ni aku ada 24 sangkar kat kedai dgn 20 darinya dah ada isi.. namun begitu aku masih mencari induk merpati dan ayam untuk dibiakkan kat kedai. Bukan apa, alang2 ada kedai ni kena make sure fully utilized la hehek.. takkan bayar sajer jer kut. Minggu depan insya Allah akan masuk lg 2-3 pasang baka baru kat kedai aku ni cuma yg menjadi kerisauan aku bila time raya nanti sapa pulak la nak jaga makan minum pets aku ni... nak jer aku upah wak tukang kebun aku tu tp belum tanya lg la setakat ni, harap dia tak balik indon la.. kalau dia balik jugak alamat kena pikir plan B la pulak. Seminggu jugak la aku nak kena tinggalkan depa ni... kakak sebelah kedai aku ni org Ganu so aku tak rasa dia tak balik beraya... tp apapun akan aku usahakan utk pastikan pets aku selamat nanti. Oklah kat bawah ni beberapa keping gambar yg sama jer cuma anglenya berbeza.. nanti akan aku tambah lg dari semasa ke semasa.
Thursday, June 21, 2012
Modern Rosecomb - Baka baru di Anizam Agro Farm
Salam kepada semua pelawat blog aku, dah lama aku tak posting.. sibuk dgn budak2 ADTEC ni nak final exam. Ni depa dah nak abih final so ada masa skit la :) Kali ni aku nak berbicara ttg ayam kacukan aku. Anak jantan yg baru mula galak.. dia ni adalah hasil kacukan antara pure modern game bantam jantan dan pure black rosecomb betina aku. Kalau tgk betul2 byk kelainannya antara baka mix ni ngan mak bapaknya.. cuma aku tak puashati balungnya tu.. langsung tak rose.. aku tak tau la jadik bunga apa tp yg pastinya bukan bunga rose hahahak... ntah bunga taik ayam ke hapa tp aku akan usaha lg dgn mengacukkan jantan ni ngan betina rosecomb yg ori jugak.. tak salah mencuba :) bulunya yg kurik tu mmg aku suka cuma kalau semua solid black lg bagus rasanya.. tp aku percaya akan muncul jugak anak yg body kecik berbulu rapat n keras bila aku kacuk sekali lg ngan pure blood rosecomb. Insya Allah doakan aku supaya berjaya nanti. Kat bawah ada 2 keping gambar beliau :) dan gambar last sekali tu bersama isteri beliau iaitu modern game kacukan ayam hutan :).. kita tgk la anak dia jadik camner :)
Friday, June 1, 2012
Baka-baka Merpati D'Anizam Agrofarm
Salam kepada semua, kedai pets aku kat Kg Bukit Naga masih byk ruang kosong lagi, so minggu lepas aku ada bawak masuk beberapa pasang merpati seperti Black Mookee, Modena Blue Barred Gazzi, White Giant Runt dan Indian Fantail. So sekarang aku dah ada beberapa baka merpati termasuk white dove, American Fantail, English Pouter, Pomeranian, Santinet, Homer, Australian dan Reversewing. Aku masih dalam proses mencari Capuchine, Jacobin, dan baka-baka yang sesuai untuk pasaran musim ni. Maklumlah.. bukan semua baka jadi idaman peminat merpati. Baka-baka seperti pouter yg ada 'belon' tu mmg ada tempat di hati peminat merpati di Malaysia. So nanti-nanti lah aku buru yg tu pulak, sbb modalpun leh tahan :) Kat bawah ni ada beberapa keping gambar berkenaan merpati yg ada di Anizam Agrofarm.
Pomeranian - Induk dah baru nak bertelur semula.
Santinet ( Induk Import ni... dah ada anak sekor n bertelur semula dah )
English Pouter - tgh ngeram dah.
Homer.. anak lagi ni baru 3 minggu rasanya.
Anak indian fantail.. mak ayah dia lupa lak nak amik gambar.
Giant runt.. muda lagi ni.
American fantail.. tgh ngeram.
Hana Spangle.. tgh nak bertelur dah sbb dah induk beberapa kali.
Mookee.. tg buat sarang, burung muda.
Modena.. muda lagi ni.
Lahore.. induk dah, baka awal di Anizam Agrofarm.
Subscribe to:
Posts (Atom)

