Saturday, June 22, 2013

Stok Anak Ayam Hujung Jun 2013


 
Salam kengkawan semua, lama jugak aku tak update blog aku nih.  Sibuk ngan agenda Sambutan Hari Pekerja 2013, ni dah setel semua n pagi ni dah disambut so aku buleh la melepaskan penat lelah aku yg dah hampir sebulan tu.  Tinggal claim je aku nak kena buat nih.  Hampir RM1k jugak la 'terpakai' duit sendiri semata2 nak siapkan cenderahati utk sambutan tu.  Ok, habis bab tu, ni aku nak cerita berkenaan ternakan aku la plak... Seperti yg anda semua lihat dalam foto di atas tu, semua anak2 tu adalah stok utk jualan bulan Julai nanti.. tp kalau ada yg sanggup borong aku ok jer.  Insya Allah tetas lg...buat masa sekarang Alhamdulillah brahma menjadik balik, giant cochin mmg tak pernah putus, black rosecomb pun kembali beraksi cuma silver sebright jer ada masalah skit sbb aku lambat sedar rupanya jantan yg aku guna tak memanjat sbb tak sihat, mungkin demam kut... so lepas 2 minggu baru aku sedar yg telur tak berbenih.  Oleh yg demikian takder la stok anak yg tetas, sekarang dah masuk jantan baru yg aktif jadi insya Allah telur yg hari ni akan berbenih sbb biasanya telur yg dikeluarkan hari ni adalah hasil persenyawaan 3 hari lepas dan sperma pejantan akan kekal dalam simpanan sperma si betina selama 10 hari sebagai spare menunggu ovum dari betina matang sekiranya tiada persenyawaan berlaku dalam tempoh tu, kalau ada berlaku persenyawaan maka sperma baru tu akan digunapakai dan yg lama akan dikumuhkan.  Hehe terlajak la plak... siap bagi penerangan tu.  Ok lah.. kalau korang tgk dalam foto tu ada kelibat anak silver n golden yg sesat hehe. Tu last batch yg menetas sebelum jantannya sakit, n anak golden tu juga berbapakkan silver sbb tu aku tak berani jual, just suka2 jer... Bg sesaper yg duk follow blog aku ni aku ucapkan ribuan terima kasih sbb ramai jugak yg bertukar2 maklumat n petua.  Aku sgt2 berbesar hati kalau lg ramai yg buat mcm tu... sama2 lah kita kongsi ilmu pemberian Allah ni...

Sunday, June 9, 2013

Projek BBRed Rosecomb - The Making

 
 Salam semua, BBRed Rosecomb atau nama panjangnya Black Breasted Rosecomb adalah salah satu baka rosecomb yang tidak kurang menariknya.  Di Malaysia aku masih belum dapat lihat baka rosecomb dgn variasi warna ini.  Kebanyakannya adalah berwarna hitam diikuti dengan warna putih.  Pun begitu, warna putih juga amat jarang dibiakkan.. memang ada di Malaysia tp aku jarang lihat warna ini dijual-beli dalam pasaran unggas Malaysia.  Kalau ada, akupun nak hehe.. dikesempatan ni aku nak perkenalkan lah kepada kwn2 semua variasi BBRed aku.. yg mana aku cuba hasilkan dengan mengacuk serama jantan dan rosecomb betina.  Aku kira dalam 40% jer lagi nak kena tambahbaik nih untuk jadikan BBRed standard mcm dalam foto kat bawah nun.  Bezanya ayam aku ni akan jadik lebih kecil dari yg standard.. kira kalau warna, balung n cuping telinga dah tip top nanti leh la aku lawan ayam omputih huhahahaha... apapun doakan aku yer geng!!
 

Tuesday, June 4, 2013

Anak Giant Cochin For Sale !!

 
Salam semua, lama dah aku tak menulis nih.. sibuk nih.  Kali ni dpt menulis.. sabtu lepas ada org borong anak giant cochin n brahma.  Kebetulan kali ni anak brahma kurang tetas walopun induk bertelur jugak.. tp giant cochin menjadik betul.  Anak umur sebulan lebih aku jual RM150 sekor, tp kalau dah amik 4-5 ekor takkan aku tak diskaun kan.. so aku bg diskaun la pada pelanggan aku ptg sabtu tu.. Kualiti anak makin baik memandangkan aku dah mula buat selective breeding hasil dari pemilihan induk yg juga anak tetasan dari AAF tahun 2011 lepas... agak terkejut aku apabila genetik ayam ni masih dibawa dgn baik oleh anak2 pewarisnya walopun induknya yg asal tak menyerlah sgt.  Untuk itu,aku ada buat lg beberapa pemilihan anak yg aku cuba besarkan sebagai induk pelapis untuk hasil anak yg lebih tinggi kualitinya.  Harap AAF akan jadik pengeluar giant cochin dan brahma yg berkualiti secara berterusan.  Setakat ini AAF mampu mengeluarkan sekitar 10-15 ekor anak giant cochin dan brahma dalam sebulan.  Itu dah ditolak dgn anak2 yg mati dan berkualiti rendah... AAF cuba untuk menjual hanya anak yg menepati ciri standard baka asal sahaja.  Insya Allah dgn doa para pelanggan AAF akan berkembang dgn lebih pesat lg...  Kat bawah ni adalah anak2 ayam yg dijual pada Sabtu lepas... Harap En Muiz owner baru mereka dapat membiakkan baka ini suatu hari nanti dan bersama2 memeriahkan industri ayam eksotik di Malaysia.



Friday, May 24, 2013

Dedak Oh Dedak

 
Salam semua, semalam aku pertama kali beli dedak 2 guni sekaligus.  Ada 2 sebab, pertama sbb aku akan ke Singapore seminggu so kena tinggal dedak utk student aku bg makan ayam2 aku nih.  Kalau tak, kebuluran lak ayam aku nanti.  Sebab yg kedua adalah mmg aku tak sempat nak ke kedai kerap2, baik aku beli 2 guni terus senang kejer, lagipun 2 guni dedak tu cuma tahan 10 hari jer tu.  Hehe... byk betuk ayam aku makan.. mujur anak menjadik jugak kalau tak jenuh aku nak pakai duit gaji buat beli dedak.  Seperti biasa aku nak story skit pasal dedak ni memandangkan ramai yg masih tak tau atau tak perasan bahawa pemilihan dedak adalah penting utk pembiakan dan pertumbuhan unggas di reban kita.  Tak boleh main hantam keromo jer bg dedak nih, kena ada cara dia, terutama kalau kita bela ayam dalam kuantiti yg byk khas utk pengeluaran baka mcm aku nih.  Sgt kritikal n berbeza dgn bela ayam utk pedaging atau penelur.  Buat masa ni aku berjaya biakkan byk ayam dgn gunapakai 2 jenis dedak mcm dalam foto di atas, bukan nak kata dedak lain tak bagus tp kalau nak anak n induk ayam sihat, mohon pengeluar dedak se Malaysia buat rumusan yg boleh beat pengeluar dedak nih.. baru aku akan pakai.  Bukan nak sombong tp aku dah jenuh n tak larat tgk kematian anak2 ayam yg aku sayang bila pakai dedak cap lain.  So dedak 201 C aku bg kat anak ayam umur 1 hari hingga sebulan n dedak 105 M aku bg kat induk si pengeluar baka.  Alhamdulillah walopun mahal skit tp berbaloi.  Bg aku, nyawa anak ayam lebih penting dari modal beli dedak, biar anak ayam tu baka murah sekalipun, jgn biar dia mati mcm tu jer.. jaga dia, ubati dia sampai dia layak dijual.  Insya Allah usaha anda akan berkat.  Ok berbalik kpd dedak tadi, seguni 50 kg.. dulu aku beli pakai timbang jer sbb ayam tak byk tp sekarang dah byk sgt so kena la ubah plan.  Apapun aku alu-alukan kalau ada kwn2 yg baru nak blajar bela ayam eksotik nih buleh la tanya aku melalui blog ni.. aku akan cuba bantu ikut pengalaman aku.. maksudnya setakat mana yg aku mampu jer.  Insya Allah.

Sunday, May 19, 2013

Ayam Sablefoot @ Booted Bantam

 
 Pagi tadi tepat jam 6:17 pagi aku terima satu kotak berisi trio anak ayam baka booted bantam.  Kiriman dgn bas dari saudara Hafiz (Rare Aves) BM, Penang.  Lama dah aku berkenan ayam ni.. dulu pernah bela tp ter 'padam' la plak hehe.. Tu foto kat atas tu la anak2 aku yg baru sampai tu.  



Foto kat atas pulak anak2 ayam yg sama yg telah masuk sangkar.  Harap mereka suka la sangkar n kediaman baru mereka ni.  Minat aku pada baka ayam ni adalah bulu kakinya yg sgt panjang selain saiz body nya yg comel bak serama.  Trio yg ku oder ni adalah dari induk yg sama so aku kena la usaha cari baka dari kengkawan lain yg ada bela utk buat tukar suka sama suka.  Baru berubah skit bloodline nya.  Baka yg aku perolehi ni mmg bermutu di pandangan mata aku, ya lah induknya pure import.  Mmg design baikkk punya la.. untung aku :)


Foto kat atas tu adalah induknya ( foto aku ceduk rare aves punya blog.. belum mintak permision lg nih hehe ).. dan aku berharap anak2tu akan membesar n jadik sebijik cam parent dia ni atau lg dasat.. hehe.  Mana tau gen darah anak bawak baka yg paling tulen n cantik.  Boleh buat selective breeding lak nanti.  Hasilnya mesti menawan :)

Saturday, May 18, 2013

Black Rosecomb

 
 Salam semua, pagi tadi aku baru  jer hantar pasangan BR ( Black Rosecomb ) foto yg kat atas tu ke Stesen Bas Larkin, jap td owner barunya dah sms yg mereka dah sampai dgn selamat.  Alhamdulillah la.. yang betinanya bulan depan insya Allah akan mula bertelur.  Harap owner barunya En Affendi cepat dapat 'cucu' hehe.. Aku jamin 'cucu-cucu' nya nanti mmg mengancam sbb keturunan n darah pure breed ada dalam pasangan ni.  Apapun aku ada lg beberapa pasangan yang serupa seperti foto di atas dalam simpanan untuk dibuat pembaka di farm aku.  Insya Allah bulan depan akan bertelur dan membiak sakan.  Pasangan2 tu aku simpan dari batch pertama induk import dari Philipine tu.  Anak2 betina akan aku kacuk semula dgn bapak pure breed nya.. harap dapat mengekalkan darah dan baka asli BR ni.  Di samping tu juga aku ada buat pertukaran baka BR dgn kawan2 yg sudi.  Khas untuk ubah bloodline sahaja.  Dengan syarat ayam kawan tupun ori la jugak hehe.  Kalau tak ori naya jugak la aku nih.  Apapun aku percaya dgn membuat biak silang ni, keturunan ayam ni akan lebih terjaga dan lebih asli.  Kepada sesapa yg sependapat dgn aku harap jgn segan untuk kita tukar baka, setakat sekarang ni aku dah dpt 2 baka dari kwn2 peminat BR.  Harap akan ada lg rakan2 yg sudi buat tukar baka ni.  HIDUP BR UTK HOBI KITA !! :)

Sunday, April 28, 2013

Anak Silver Sebright Untuk Dijual

 
Salam dan selamat sejahtera kpd rakan dan taulan.  Setelah sekian lama aku tak breed n jual anak silver sebright ni, sekarang tibalah masa aku mula open semula market silver sebright aku.  Buat masa sekarang aku ada 2 ekor ibu sebright yg aktif bertelur so aku harap AAF akan dapat secara terus menerus mengeluarkan baka ni sepanjang masa.  Minggu lepas aku ada iklankan dalam mudah, semua 7 ekor tu dah selesai petang semalam.. so yang akan aku iklankan di sini adalah anak2 yg berumur baru seminggu, so hujung bulan depan baru boleh let go.. jadi bg sesapa yg berhajat tu bolehlah sms tinggalkan tempahan untuk aku rekodkan dlm buku rekod aku.  Sampai masanya aku akan hubungi semula untuk urusan jual beli.  Stok anak umur seminggu buat masa sekarang ada la dalam 15 ekor.  Tak termasuk yg bakal tetas (insya Allah) dalam bulan Mei nanti ada la dalam 25 biji telur.  Harap semua menetas tanpa masalah.  Cabaran aku adalah untuk mengeluarkan anak betina melebihi anak jantan, mmg agak susah.  Bukan sbb susah jadik, tp bila tetas mmg byk betina tp anak betina ni agak lemah berbanding yg jantan, senang sgt terpengaruh dgn cuaca so aku terpaksa asingkan anak betina untuk diasuh dgn teliti secara berasingan di bilik khas.  Agak leceh tp itulah kemanisannya bila tgk anak2 tu hidup dgn sihat nanti hehe.  Buat masa ni aku hanya jual secara berpasangan kerana kekurangan betina jadi aku terpaksa lah menolak tempahan kwn2 yg nak betina lebih, tp insya Allah kalau byk anak betina yg hidup, aku akan cuba penuhi hajat kawan2 semua.  Doakan aku ya.