Monday, February 15, 2016

Stok Anak Ayam Penelur Baka White Leghorn





Alhamdulillah, dengan izin Allah saya sekarang telah mampu mengeluarkan anak ayam baka penelur White Leghorn dengan kuantiti 100 ekor per minggu.  Dengan ini bagi sesiapa yang berkeinginan menternak samada secara komersial atau untuk kegunaan sendiri bolehlah hubungi saya di 012-524 5002.  Lokasi saya di Shah Alam dan penghantaran boleh diurus dengan sedikit caj.  Minimum order 10 ekor sahaja.  Tuan-tuan boleh rujuk perihal leghorn di sini 

https://en.wikipedia.org/wiki/Leghorn_chicken

In sya Allah baka ini sangat lasak dan sangat sesuai diternak lepas bebas atau separa lepas atau kurungan.  

Berikut adalah gred telur berdasarkan berat :

Gred AA - lebih dari 70g
Gred A - 65-70g
Gred B - 60-64g
Gred C - 55-59g
Gred D - 50-54g
Gred E - 45-49g
Gred F - kurang dari 45g






Friday, September 4, 2015

ASAS PENGIRAAN KOS TERNAKAN AYAM KG KACUK

Mohon KLIK jadual untuk besarkan.
 
Salam sejahtera kepada rakan penternak, di sini saya sertakan jadual pengiraan ringkas untung-rugi dalam menternak ayam kampung kacuk.  Jadual ini dihasilkan berdasarkan batch-batch terdahulu yang berjaya saya rekodkan.  Walaupun begitu, jadual ini adalah sangat asas dan hanya sesuai sebagai rujukan tuan-tuan untuk membina template jadual anda sendiri mengikut keupayaan ladang masing-masing.  Mohon izin saya teruskan.
 
Berdasarkan kiraan sebenar bagi 200 ekor ayam kampung kacuk yang dipelihara selama 2 bulan dan berat akhir ayam adalah sekitar 1.4-1.7 kg per ekor menjadikan purata berat adalah sekitar 1.55 kg per ekor.  Ringkasan pengiraan yang dapat saya buat adalah seperti jadual di atas.
 
Jika anak ayam berada pada minggu ke-2, maka cara kira pemberian jumlah dedak adalah seperti berikut,
 
Seekor ayam perlu 25 gram sehari
ada 200 ekor ayam, maka 25 g x 200 ekor = 5 kg sehari
iaitu 2.5 kg diberi pada sebelah pagi dan 2.5 kg diberi pada sebelah petang/malam
 
Jika anak ayam berada pada minggu ke-5, maka cara kira pemberian jumlah dedak adalah seperti berikut,
 
Seekor ayam perlu 50 gram sehari
ada 200 ekor ayam, maka 50 g x 200 ekor = 10 kg sehari
iaitu 5 kg diberi pada sebelah pagi dan 5 kg diberi pada sebelah petang/malam
 
 
 
Harga dedak adalah di anggarkan RM100 per guni.  Anda bebas memilih harga dedak anda sendiri berdasarkan per guni 50kg. 
 
Jadual ini dihasilkan dengan menggunakan dedak yang mengandungi protein 19-21%.  Jika kurang dari ukuran itu, dikhuatiri keputusan adalah sangat jauh berbeza.
 
Mohon teguran dan komen jika ada yang perlu saya baiki di sini.  Terima kasih.
 

Monday, August 24, 2015

JOM BELA BSFL (BLACK SOLDIER FLY LARVAE)


Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang tempoh ia dalam betuk seekor lalat.  Ia hanya mengawan dan bertelur.  Pelikkan?  Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat dari lalat ni.  Terutama bagi kita para penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!
Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah.  Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar bsfl yang mengandungi protein yang tinggi  iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas dan ikan. 
Kitaran Hidup BSF
Telur bsf biasanya akan mula menetas setelah 4 hari dari hari ia dikeluarkan oleh bsf betina.  Biasanya lalat betina akan bertelur (500 – 1200 biji telur ) pada dinding yang bersih di mana di bahagian bawahnya terdapat sumber makanan untuk anak2nya nanti.  Ini menjadikan bsf adalah sejenis lalat pembersih tanpa bawaan kuman pada kakinya.  Setelah 4 hari, bsfl akan mula menetas dan jatuh ke bawah iaitu ke dalam sumber makanannya, ia mula makan dengan lahap di samping mencerna sisa tersebut menjadi kompos. 
 
Peringkat larvanya mengambil masa 13 – 18 hari di mana ia akan makan, makan dan makan sebanyaknya.  Dalam proses ini ia secara tidak sengaja menukarkan bahan sisa kepada protein di dalam tubuhnya dan kompos dari tinjanya.  Dengan hanya telur-telur seberat 1g akan menghasilkan 2.4 kg larva yang penuh dengan protein.  Hebatkan!
 
Pra-pupa adalah tahap di mana larva akan bertukar kepada pupa.  Mengambil masa 6-7 hari di mana warna kulit akan mula berubah gelap dan keras.  Ia masih makan tetapi jumlah semakin sedikit dan gerakan semakin kurang.
 
Setelah itu, ia terus menjadi pupa dan berhenti makan.  Ia akan kekal menjadi pupa selama 10 hari hingga berbulan mengikut kesesuaian untuk ia berubah kepada bsf dewasa.

 
Setelah bertukar kepada bsf dewasa, ia akan kembali menjalankan tugasan yang sama seperti ibu dan ayahnya iaitu mengawan dan bertelur.  Pada ketika ini, ia hanya ada masa 5-8 hari sahaja untuk menyelesaikan tugas tersebut kerana setelah itu iapun akan mati. Mungkin sakit tua hehehe.
Jika kita lihat, kitaran hidup lalat ini sangat ringkas dan memberi manfaat kepada alam pada setiap kitarannya.  Alhamdulillah Allah pertemukan manusia dengan kelebihan lalat ini dan berjaya dikaji dengan baik.
Kandungan nutrient dalam bsfl.
 
17 - 42 % protein.
 
Kaedah Membiakkan BSFL
Bahan-bahannya :
       1.       Bekas A
       2.       Bekas B : Saiz lebih kecil dari bekal A
       3.       Pita perekat / gam
       4.       Sisa buah, dedak atau sisa dapur
       5.       Kertas kadbod (kotak barang)
       6.       Batu-bata
Kaedah :

 
Dengan merujuk rajah di atas, biar saya ceritakan perjalanan bsf ini menggunakan point angka dalam bulatan pink seperti berikut :
 
1. Pada point 1, bsf terbang ke lokasi setelah mengesan ada sisa dapur yang boleh menjadi makanan kepada bakal anak2nya.
 
2. Point 2 menunjukkan bahawa bsf telah hinggap di kadbod dan bertelur di liang-liang kadbod tersebut. (Kadbod dilekatkan pada dinding bekas B menggunakan pita pelekat) Rujuk juga rajah di bawah.
 
 
 
3.  Point 3 pula menunjukkan bsfl yang baru menetas jatuh ke dalam sisa dapur dan makan serta membesar di situ.
 
4.  Point 4 adalah di mana bsfl hampir matang merangkak keluar dari bekas yang lembab mencari tempat kering untuk bertukar menjadi pupa, persediaan ke alam dewasa.
 
5.  Pada point ini, bsfl matang telah berkumpul di dalam bekas A dan terperangkap di situ.  Pada keadaan ini, bsfl mudah diambil untuk diberi makan kepada ternakan kita.  Alhamdulillah.
 
Sekian sedikit perkongsian dari saya berkaitan penghasilan bsfl, banyak lagi penjelasan perlu saya lakukan dalam tulisan kali ini.  Akan tetapi atas kesuntukan masa, sy terpaksa update tulisan ini supaya lebih lengkap dari masa ke semasa sebagai rujukan kita bersama di masa hadapan.
 
Sekian dari saya.  Wassalam.

Friday, August 14, 2015

TIAMULIN : ANTIBIOTIK TERHEBAT 2015

 
TIAMULIN FUMARATE
     Tiamulin fumarate atau dikenali sebagai TIAMULIN selepas ini adalah biasanya berbentuk serbuk putih atau hampir putih, tidak berbau, tanpa rasa yang biasanya digunakan bagi merawat penyakit pernafasan pada ayam, itik dan burung.  Dalam keadaan keringnya, serbuk putih tiamulin perlulah mengandungi paling kurang 98% bahan tiamulin tulen.  Serbuk tiamulin adalah serbuk larut air tetapi kerapkali menjadi mendakan setelah beberapa jam ditinggalkan di dalam bekas minuman ayam.  Kaedah penggunaan adalah dengan mencampurkan 1 gram tiamulin (1 sudu teh) kepada 5-10 liter air minuman ayam.  Tiamulin adalah sesuai bagi merawat jangkitan akibat mycoplasma iaitu sejenis bakteria yang tidak mempunyai dinding sel.  Ini kerana kebanyakan antibiotik akan menyerang dinding sel bagi membunuh bakteria, namun begitu, mycoplasma akan selamat kerana ia tidak mempunyai dinding sel kecuali jika diberikan TIAMULIN.
     Pengalaman saya menggunakan tiamulin jenis serbuk ini sejak 3 bulan lalu telah memberikan harapan baru dalam rawatan penyakit ayam khususkan akibat jangkitan bakteria dan virus (kecuali sampar) yang sukar dirawat dengan menggunakan antibiotik jenis lain seperti amoxcicilin, oxytetracycline dan terramycine.  Dengan campuran 1 gram kepada 5 liter air, tindakbalas yang sangat positif telah diperolehi ke atas ayam-ayam yang menghadapi masalah jangkitan selsema (coryza), berak darah (coccidiosis), berak kapur (pullorum), berak hijau (cholera) dan puru (fowl pox).  Walaupun tempoh rawatan adalah selama 5-7 hari, namun begitu ayam-ayam yang dijangkiti dan berada dalam tahap permulaan dan sederhana akan mula menunjukkan kesan pemulihan pada hari ke-3 rawatan.  Rawatan diteruskan juga hingga hari ke-7 bagi menghapuskan saki-baki bakteria dan virus yang terdapat dalam tubuh ayam.  Seperti biasa, setelah rawatan selesai, ayam perlu direhatkan tanpa sebarang antibiotik selama 7 hari bagi memastikan daging ayam bebas dari antibiotik sebelum disembelih untuk jualan.
     Walaupun penggunaan tiamulin telah memberikan keputusan yang sangat baik, namun dinasihatkan supaya penggiliran jenis-jenis antibiotik dijalankan bagi memastikan bakteria dan virus yang bermutasi akan tetap terhapus apabila diberikan antibiotik yang berbeza.
 
 
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiamulin ini, mohon mesej atau whatsapp saya di talian 012-524 5002  (nizam).
Harga adalah RM15.00 bagi setiap 30 gram.
S. Malaysia : Kos POSLAJU adalah RM  6.00 bagi bagi berat kurang dari 500 gram.
Sab & Sar   : Kos POSLAJU adalah RM10.00 bagi bagi berat kurang dari 500 gram.

Thursday, July 2, 2015

GIANT COCHIN AAF 2015

 
 
 
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana koleksi ayam baka giant cochin di AAF semakin meningkat kualitinya.  Sekian lama mencari, sekarang berjumpa lah ia.  Buat masa sekarang cuma ada 2 jantan dan 2 betina di AAF.  1 jantan putih bersih. 1 jantan buff. 1 betina buff dan 1 betina hitam penuh.  Buat masa ini cuma betina hitam yang sedang bertelur.  Semuanya masih muda belia jadi masih lama lagi khidmat mereka pada AAF insya Allah.  Diharap berkembang biak baka import ni di AAF. 
 
Berikut adalah sedikit sebanyak info berkaitan baka ini yang direkodkan dalam Wikipedia :
 

WHITE LEGHORN : BAKA PENELUR UNGGUL - KINI DI ANIZAM AGRO FARM


 
Salam kepada anda semua yang mengikuti perkembangan blog saya yang tidak seberapa ini.  Pada tahun 2010 saya ada cuba memiliki baka white leghorn yang merupakan baka oenelur dari Italy yang mampu bertelur dengan baik walaupun dipelihara secara free range.  Rujuk link berikut :
 
 
Namun begitu, saya tidak bernasib baik kerana anak ayam yang dikatakan white leghorn tersebut rupanya bukanlah original tetapi telah dikacuk dengan ayam laga.. huhuhu.  Tipah tertipu lah jadinya..  kini setelah 5 tahun berlalu, saya berpeluang membiak sendiri white leghorn original yang diimport dari Filipina sedikit masa dahulu.  Alhamdulillah, baka ini menepati ciri-ciri white leghorn sebenar dan saya rasa sangat berpuas hati.  Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki baka ini, sila jangan segan silu untuk menghubungi saya di talian 012 524 5002 bagi mendapatkan leghorm anda sendiri.
 
 
Anak-anak white leghorn yang berusia antara 1 hingga 2 bulan.
 

Friday, June 26, 2015

PAMOXYL-50


PAMOXYL-50


Kegunaan
Antibiotik paling hebat untuk serangan bakteria seperti e.coli,
salmonella, staphylococci dan clostridium serta untuk rawatan CCRD dsb.

Mengandungi
Amoxycillin Concentrate.

Kaedah guna
1 kapsul setiap 12 jam per 500 gram berat unggas.

Isian pek – 50 kapsul

Jenis bentuk - Kapsul

Harga - RM35.00